Bismillah.
Hari ini, mahu kongsi status di Facebook mengenai calon suami pilihan hati untuk gadis-gadis. Tentu banyak ciri-ciri yang adik-adik gariskan dan tampal dalam hati, iya tak? Akak mahu beri satu sahaja hari ini. Ia bukan paling penting tetapi termasuk yang penting antara yang penting-penting.
“Tip untuk gadis pilih calon suami.
Antara perkara penting yang perlu dirisik ialah sejauh mana ‘putera pujaanmu’ itu menghormati ibunya. Jika dia seorang yang menghormati ibunya menurut peraturan Allah, insya Allah, dia juga akan bergaul denganmu sebagai isterinya dengan cara makruf. Ujian pertama seorang lelaki dalam melayani kerenah wanita ialah ibu kandungnya sendiri. Namun satu perkara perlu dibezakan, cari yang ‘hormat mak’, bukannya yang jenis ‘anak mak’ 🙂
Pertanyaan dari seorang kawan FB: Apa beza ‘hormat mak’ dan ‘anak mak’ ? 🙂
Ada satu jawapan tepat dari seorang kawan FB yang lain pula: Hormat mak ialah meletakkan mak di tempatnya utk dihormati & dengar cakap mak selama mana ia tidak melanggari syariat Allah Al-Khaliq.
Manakala anak mak ialah anak yang tidak akan buat apa-apa keputusan kecuali keputusan maknya sahaja. Dia di’control’ maknya=)
Sedikit penambahan dari saya: ” Itulah yang dimaksudkan antara ‘hormat mak’ dan ‘anak mak’.
Pernah berlaku kes dua orang yang jenis ‘anak mak’, nikah & cerai walaupun isterinya orang baik-baik sahaja. Kekurangan ‘cerdik’nya itu dalam membezakan antara hak ibu dan hak isteri menyebabkan ‘tocang’ ibu makin naik di atas kepala, manakala isteri pula teraniaya. Impaknya dalam rumahtangga bukan kecil. Salah seorang darinya nikah cerai, nikah cerai sampai dua kali dengan dua isteri yang berlainan (kalau tidak silap) semata-mata kerana menurut telunjuk ibunya. Dapat isteri yang ketiga, baru ‘cerdik’nya itu datang. Alhamdulillah, yang ketiga ini rasanya setakat ini masih bertahan.
Ok… berhati-hati pilih suami 🙂
Moga dikurniakan suami yang baik.
Ummu Abbas
29 Safar 1433H/ Melbourne
12.38am
Assalamualaikum,
Boleh saya link-kan post ini ke blog saya? Tetapi saya akan translate kan dulu ke Bahasa Inggeris kerana saya ingin sharekan matlumat ini kepada audience international juga. Terima kasih.
Suriya
salam..
kalau yg menyerahkan semua urusan kawen (cam tema, baju pengantin..n die bayar je kat mak die) kat mak tu kire anak emak ke x ye?
Assalammualaikum.. satu kupasan tajuk sesuai pada masa kini..interesting.. Terima kasih atas maklumat itu…
owh…takut jugak kalo2 die anak emak..haha
xpengantin baru lagila kak..baru tgh2 merancang je ni..:)