Artikel di bawah ialah yang disiarkan di dalam Era Muslimah bil 2. Sudah diedit dan ditambah dari yang asal.
Ummu Abbas
27 Rabi’ 2 1433H/19 Mac 2012
Melbourne.

Mencari Rumah Sewa di Melbourne
Bismillahirahmaanirrahiim.
“Berjalan bermusafirlah.
Melihat keagungan Allah.
Meninjau menitilah. Rahsia ciptaan Allah,” senikata lagu itu masih terngiang-ngiang di telinga.
Jika bermusafir untuk sementara sahaja mengundang banyak kelelahan, pengorbanan masa dan wang, inikan pula berpindah tempat bermastautin. Tempat baru yang bakal didiami nun beribu batu jauhnya, melangkau benua dan lautan. Kaedah atau prosedur mendapatkan rumah sewa juga berbeza dari Malaysia. Kami menyelidik laman web agen perumahan dan hartanah seperti Real Estate dan Domain bagi melihat lokasi, kadar sewa dan spesifikasi rumah. Selain itu, tarikh ‘inspection’ diberikan. Selepas memilih rumah, perlu hubungi wakil agen dan maklumkan tarikh pilihan untuk melihat rumah dari dekat.
Di Australia, penyewa wajib hadir sendiri ke rumah sewa untuk buat ‘inspection’. Selepas memeriksa keadaan rumah dan bersetuju dengan kondisi yang ada, kami perlu mengisi borang. Antara maklumat yang perlu dinyatakan ialah anggaran sewa yang mahu dibayar, bilangan penghuni dewasa dan kanak-kanak, slip simpanan wang dalam bank dan pendapatan bulanan. Agen akan memaklumkan jika tuan rumah bersetuju menerima kita sebagai penyewa. Jika tuan rumah tidak bersetuju, mereka tidak akan menghubungi kita. Ringkasnya, tidak boleh mewakilkan orang lain untuk tolong sewakan rumah sebelum kita sendiri sampai ke Australia.

Alhamdulillah, hari pertama sampai di Melbourne, kami melihat sebuah rumah yang sudah ditempah sejak di Malaysia. Rumah tersebut mempunyai 3 bilik dan benar-benar di hadapan sekolah. Ada beberapa orang lagi yang turut melihat bersama kami. Jika ramai pemohon, kita perlu ‘mark-up’ kos sewa yang diberikan andai benar-benar berhajatkan rumah tersebut.
“Kamu anak ramai. Lebih baik usahakan rumah yang mempunyai laman yang luas”.
Itulah rasional penolakan diberikan oleh wakil agen. Rupa-rupanya, warga Australia mementingkan keselesaan seluruh penghuni rumah. Apakan daya walaupun kami tidak berkira soal laman itu.
Lazimnya, ‘landlord’ agak berkira dengan jumlah anak penyewa. Antara faktor utama ialah kerana mahu menjaga rumah agar sentiasa berkeadaan baik sehingga tamat tempoh menyewa.
Oleh sebab itu, kami dinasihatkan oleh kawan-kawan post-grad agar mengisi jumlah anak maksimum 3 orang anak sahaja. Boleh dikatakan hampir semua pelajar post-grad yang memiliki anak melebihi 3 orang (kebanyakannya 4 orang) akan mengisi jumlah anak seramai 3 orang di dalam borang permohonan. Dalam keadaan kami mengisi 3 orang anak pun, agak sukar mendapatkan rumah sewa di sini.
Dek kerana tidak biasa berbohong, semasa mengisi 3 orang anak, kami niatkan 3 anak yang bersekolah sahaja. Itu dianggap berhelah, bukannya bohong hidup-hidup. Lagi pun, soalan dalam borang itu dari sudut bahasanya soalan berbentuk umum. Pada masa itu memang anak kami 3 orang yang sudah bersekolah. Dua lagi belum. Sekarang sudah bertambah seorang, jadi 6 orang semuanya.

Hari pertama di Melbourne, kami tinggal di Malaysia Hall namun melihatkan suasana yang ada tidak mesra keluarga dan kanak-kanak, kami memutuskan berpindah ke ‘homestay’.
Homestay ialah rumah pelajar Malaysia yang pulang ke Malaysia dalam tempoh yang pendek atau panjang. Biasanya mereka pulang untuk mengumpul data-data kajian. Pada masa itu, kami mempunyai 3 pilihan homestay. Atas nasihat kawan, kami bersetuju tinggal di rumah satu famili yang mempunyai 4 orang anak. Benar, rumah tersebut sesuai dengan kondisi kami. Mempunyai 3 bilik dan laman belakang yang luas untuk anak-anak bermain. Kereta tuan rumah jenis wagon 7 tempat duduk itu juga termasuk dalam pakej. Alhamdulillah, ia memudahkan urusan kami.
Pada masa itu, musim dingin dan bulan Ramadan. Musim dingin siangnya pendek. Jam 5 lebih sudah waktu berbuka. Masa ‘inspection’ rumah pula lazimnya setiap Sabtu antara jam 5 hingga 6 petang. Jadi sering juga kami berbuka di atas kereta dek kesuntukan waktu. Kadang-kadang kita boleh buat ‘inspection’ pada hari bekerja tetapi perlu buat permohonan melalui agen. Wakil agen akan datang membawa kunci rumah.
Minggu-minggu pertama di Melbourne itu, urusan seharian tertumpu pada mencari rumah; melawat laman web agen perumahan, menanda pilihan dan buat temujanji untuk melihat rumah. Banyak juga rumah yang kami tidak berkenan.
Tuan rumah ‘homestay’ menawarkan rumah mereka untuk kami ambil alih. Ini salah satu cara mudah mendapatkan rumah di Melbourne. Oleh kerana rumah jenis ‘weatherboard’ itu sangat sejuk, tiada ‘ducted heating’ dan juga agak gelap, kami menolak tawaran tersebut.

Bagi sesetengah orang, mencari rumah sewa di Melbourne ini bagai satu igauan ngeri; memenatkan dan urusan yang cerewet. Sambil mencari, kami tidak putus berdoa agar Allah permudahkan urusan, “Ya Allah, berikanlah kami rumah yang baik dan jiran yang baik”.
Bukan mudah membuat keputusan memilih rumah di rantau orang begini. Jika negara umat Islam pun, kita harus memilih jiran, inikan pula negara non muslim. Lokasi sekolah, tempat membeli-belah dan lain-lain prasarana, kita mudah lihat secara zahir jaraknya dari rumah. Namun jiran-jiran di sebelah, tiada siapa yang tahu dan kenal. Kita boleh merisik jika ada kenalan di kawasan tersebut. Jika tiada kenalan, hanya kepada Allah kita mampu memohon petunjuk.
Seperkara lagi, kami mahu mengelak berpindah banyak kali akibat memilih rumah yang tidak sesuai sejak dari awal. Kurang berpindah memberi erti menjimatkan tenaga, masa dan wang. Itulah yang kami lakukan sejak di Malaysia dan Allah perkenankan hasrat kami. Segala puji bagiMu ya Allah.

Berkat Silaturrahim
Alhamdulillah, ada beberapa kenalan lama dan baru yang membantu suami meninjau rumah. Inilah berkat silaturrahim kerana Allah yang dijalinkan seawal tiba di Melbourne. Para pelajar post-grad di sini solat terawih berjemaah secara bergilir-gilir rumah. Suami pula aktif mengikutinya. Jadi dia mudah mendapat kawan dari program tersebut. Benarlah sabda Nabi s.a.w yang mengatakan, “Sesiapa yang suka agar dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.” Hadis direkod oleh Imam Bukhari. Pertolongan manusia adalah sebahagian dari rezeki.
Lambaian akhir Ramadan menggamit pergi. Seorang ustaz yang menolong suami berkata, “Sebaiknya, tinggal di rumah sendiri hari raya nanti”. Tuan rumah ‘homestay’ pula berkata, “Tinggallah lagi di situ. Kami lambat lagi pulang ke Melbourne”. Saranan ustaz, kami terima dengan baik. Kami juga sudah jemu mencari rumah selepas 3 minggu berada di sini. Akhirnya, kami mendapat rumah idaman dengan harga yang diturunkan dari kadar yang ditawarkan. Sudah menjadi rezeki kami, rumah banglo 3 bilik tidur itu berhalaman luas di bahagian belakang. Alhamdulillah.
Selepas membuat keputusan, barulah kami tahu jiran di hadapan rumah merupakan satu famili pelajar post-grad Melayu. Jiran sebelah kanan rumah, Muhammad berbangsa Arab Lubnan. Dia seorang mekanik yang mana rumahnya dijadikan bengkel kereta. Ramai pelajar Malaysia suka mendapatkan khidmatnya dek sifatnya yang ramah dan mudah berkira. Jiran sebelah kiri rumah berbangsa Inggeris warga Australia yang peramah dan suka menolong. Jiran di belakang rumah berbangsa Greek dan Holand yang prihatin dengan keadaan rumah kami.
Selain jiran yang baik, kami dapati banyak lagi kemudahan berhampiran rumah yang tidak terfikir pun sebelum ini. Kedai buah, sayur dan barang runcit milik muslim Arab Lubnan yang menawarkan harga yang lebih murah dari kedai-kedai biasa, kolam renang yang mempunyai jadual khusus untuk wanita, masjid yang diuruskan kumpulan tabligh, klinik yang mempunyai doktor muslimah dan banyak lagi.

Rasulullah s.a.w berkata, “Empat perkara yang membawa kebahagiaan; wanita yang solehah, rumah yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa”.
– Direkodkan oleh Ibn Hibban
salam..
kadang2 mmg teringin nak ke luar negara..hehe..
xpe2..sdg mengumpul duit..chaiyokk!! \(^^)/
Assalamualaikum, Saya nak tanya tentang persekolahan anak di Melbourne. Mahal ke yuran sekolah kalau pergi public school? Terima kasih
seronok baca cerita n pengalamn Nor d neg org. Nor kesana smbung blajar ke? ingat saya x, Musraihanie blajar kat MMP gak dulu.
Tadi ternampak FB Musraihanie 🙂 Insya ALlah, bila tengok wajah tu rasa ingat jugalah. Kita satu batch ke? Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini 🙂 Datangla lagi ye…
Alin, moga dipermudahkan Allah… yang penting niat untuk taqarrub ilallah.
Wa’alaikum salam warahmatullah Rozie…
Setakat ini, di Victoria persekolahan adalah percuma… tiada yuran. Just ada perbelanjaan lain seperti kelengkapan pakaian sekolah, alat tulis, bekal makan minum dan lain-lain.
salam, saya akan ke Melbourne pada mid of Nov hingga end Dec 2012. Saya pergi sekejap sahaja kerana ada tugas2 penyelidikan dengan supervisor di Univ of Melbn. Pada masa ini saya adalah pelajar postgraduate di UiTM.
Saya nak tanya sikit,kalau ada maklumat ttg homestay pada waktu tersebut. email saya adalah suray078@gmail.com. Harap dapat inform sekiranya ada maklumat. Terima kasih .
salam.. Insaallah sy akan ke sana awal tahun depan. Senang ke sy hendak mendapatkan rumah sewa yang harganya berpatutan untuk memulakan pekerjaan baru di sana. Berapakah harga sewa kebiasaan rumah di sana. sekian terima kasih
boleh kah penulis bantu saya untuk mendapatkan homestay dari 19feb13 hingga 28feb13? email noor.othman@ymail.com
Saya baru hantar email pada Puan. Harap maklum.
Maaf . saya tak dapat email dari Ummu Abbas mengenai homestay. ple take note email saya ymail bukan gmail ye. bila tarikh hantar?
Kali pertama hantar 13 January. Sudah betul email addnya sebab saya copy paste dari apa yang Puan tinggalkan di sini 🙂
Saya baru forward sekali lagi. Mohon cek.
hmm…tak dapat juga emel ummu abbas. mungkin kene type kut emel add tu….
Sudah forward kali ketiga yang ditaip emailnya buat kali kedua.
Jika selepas ini, Puan belum menerimanya, mohon Puan hantar email kepada saya di ummu_abbas@ymail.com.
Saya akan balas jika saya terima email Puan dan sebaliknya.
salam , akak .. skrg akak masih di melbourne ke ? saya bercdg untuk membuat project dia sana .. dlm 10 org dan lebih kurg 10 hari menetap di sana .. tp bajet kami terlalu limited .. boleh saya dapatkn info n kos yg murah untuk ke sana ? untuk tempat tinggal , mknn dan transpotation ..
terima kasih ..
Assalamualaikum.. bole saya minta info untuk homestay di sana utk vacatipn september. Emailkan contact ya. Kami sekeluarga dan tgh mecari2 ni. Dewan malaysia penuh. TQ bayasharir@yahoo.com
cantiknye rumah kat sana.. teringin nak cuba kalau ada peluang….
Assalamualaikumwrbth
Pn. Ummu..saya berminat untuk mendiami homestay dan mohon bantuan utk dptkan info homestay Melbourne.. MH Melbourne full house sepanjang september. Saya dan anak akan berada di Melbourne dari 24 hingga 20 Sept. 2013.
Kerjasama dari Pn amat saya harapkan..sbb even budget hotel pun tiada tarikh yg kami pohon.
Terima kasih aliafauzi@hotmail,com
Wa’alaikum salam warahmatullah Alia.
Mohon maaf, saya jarang berkesempatan jenguk blog sekarang.
Saya baru tengok mesej ini hari ini.
Semoga Allah permudahkan urusan Alian.
Wassalam.
Saya baru pulang from holiday di Melbourne. Sesiapa yang nak cari makanan halal di Melbourne, boleh lawat blog ini -> http://halalfoodmelbourne.blogspot.com
macam ni ukht ummu…suami saya akan ke melbourne mgu depan…17 mac 2014….bekerja di ladang..pergi under agen…saya dan anak2 belum pergi lagi..mungkin dia ke sana 3 bln dl,lpas tu balik ambik saya dan anak2..tapi,akhir2 ni macam2 yg saya dengar ttg australia..kos belajar ank2 tinggi,kalau setakat kerja ladang,tak mampu hidup di sana,asuhan pun mahal,,,,visa mahal,susah dpt..untuk pengrtahuan ukht,saya mmg menyimpan impian untuk ke sana…saya dan keluarga ingin berhijrah…tapi dengar cerita macam tu.terus saya tak sedap hati..takkan nak berpisah dengan suami lama2..ukht blh tak bg cadangan,ap yg saya perlu buat?mcmana dengan kos nurseri kat sana?
Mohon maaf, baru tengok mesej ini. Apa2 pun, kita sudah sembang di hp kan…:)