Kali Pertama Mendengar Azan

Bismillah.

Khamis lepas, saya hadir kelas BI. Hari ini hari pertama. Hanya 4 muslimah yang hadir untuk belajar. Guru yang mengajar, Mrs Aneta warga Australia jati. Sedang dia bercakap, berbunyi suara azan dari handphone. Saya segera menutup suaranya.

Mrs Aneta meneruskan perbualan. Tiba-tiba terdengar suara, “Allahuakbar! Allahuakbar!…”. Azan berbunyi dari pembesar suara dalam bilik kuliah itu. Tempat kami belajar ialah pusat aktiviti Islam di tengah bandar Melbourne.”Ouh!… ” Mrs kelihatan terperanjat dek suara yang agak kuat sambil tangannya diletakkan di atas dada.

Salah seorang dari kami memberitahu, ” Itu suara memanggil kami solat”.

” Oh begitu. Kalau kamu mahu solat dahulu, pergilah”, beritahu Mrs Aneta meraikan kami.

” Tidak mengapa. Kami boleh solat selepas kelas”

” Pergilah. Saya tidak apa-apa”

Kami saling senyum antara satu sama lain. Salah seorang dari kami berkata, ” Ada tempoh masa untuk kami solat. Masih ada waktu lagi”.

” Ok”

Mrs menyambung bicara. Seketika kemudian, “Allahuakbar! Allahuakbar! Asyhadu alla ilaha ilallah.. “, kedengaran iqamah pula.

Sekali lagi Mrs kelihatan terperanjat.

Kami tersenyum-senyum sahaja melihat gelagatnya.

” Itu panggilan supaya bersedia untuk solat”

” Adakah kamu dipaksa bersegera untuk solat?”

” Tidak. Kami boleh solat selepas habis kelas. Ia sekadar pemberitahuan”

Mrs berbual lagi. Sekejap-sekejap berbunyi, “Allahuakbar”, menandakan Imam rukuk, sujud dan seterusnya. Setiap kali berbunyi, dia kelihatan terperanjat.

Saya berkata, ” Adakah ia (suara-suara) itu mengganggu awak?”

“Oh tidak… ini kali pertama saya mendengar suara seperti ini. Sungguh menarik!”

Saya menarik nafas lega bimbang dia merasa terganggu. Mendengar responnya, teringat kisah-kisah ramai non muslim kembali ke agama fitrah setelah mendengar suara azan. Terfikir juga, andai masjid di sini lebih bebas mengumandangkan azan, tentu lebih ramai non-muslim mendapat pendedahan tentang Islam dan berusaha mendekatinya.

Untuk makluman, semua masjid di Victoria, Australia tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara setiap kali azan berkumandang. Ada masjid yang dibenarkan menggunakan pembesar suara tetapi untuk waktu Zohor sahaja.
Apa pun, saya bercadang memberitahu staf pusat supaya pembesar suara dimatikan di dalam bilik kuliah sewaktu imam sedang solat. Memadai dibuka semasa azan berkumandang sahaja. Bi iznillah (Dengan izin Allah).
Mrs Aneta berkata lagi, ” Adakah kamu semua diwajibkan solat termasuk kanak-kanak?”
“Untuk kami, ianya wajib.  Untuk kanak-kanak seperti dia iaitu bermula usia 7 tahun, mereka mula dilatih menunaikan solat.  Yang kecil itu tidak perlu”, saya menjelaskan sambil tangan menunjuk ke arah Aesya yang berusia 7 tahun dan Aleeya yang berusia 1 setahun setengah.
Mrs Aneta menganggukkan kepalanya.  Kelihatannya, kepalanya sarat dengan pelbagai perkara yang ingin diketahuinya.
Semoga Allah berikan hidayah kepada Mrs Aneta.
Ummu Abbas
10.37pm
St Lucia, Brisbane.
15 Dzul Qi’dah 1433H/ 1 Oktober 2012.

3 thoughts on “Kali Pertama Mendengar Azan

Add yours

  1. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakhbar..Moga Allah berikan hidayah kepada Mrs Aneta. Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang sangat indah.

  2. Kenapa tidak mensegerakan solat setelah mrs Aneta membenarkan? Bukankah cantik kita menunjukkan bahawa kita mendahulukan suruhan Allah dalam apa jua keadaan pun.

    Selepas itu apa jadi dnegan Mrs Aneta?

  3. 1. Bagi perempuan, waktu menyucikan diri & berwuduk memakan masa lebih lama dari lelaki. Kelas tersebut sudah ada had masanya. Jika solat terlebih dahulu, Mrs Aneta tetap akan berhenti kelas pada waktu yang sudah dijadualkan. Sedangkan waktu berakhir kelas masih awal dengan waktu masuk solat. Menangguh solat dalam situasi begini termasuk uzur syar’ie. Bila disebut uzur syar’ie, ia masih dalam lingkungan mendahulukan perintah Allah.

    Berbeza jika Mrs Aneta mahu mengganti masa pelajar menunaikan solat dengan melewatkan waktu habis kelas. Di sini juga ada dakwah lisanul hal yang baik yang mana memperlihatkan bahawa hukum Fikah Islam bersifat fleksibel dan bagi waktu solat ada keluasan masa untuk menunaikannya jika bertembung dengan sesuatu keadaan.

    2. Antara kami, ada yang uzur pada hari tersebut 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: