Kisah dalam Kelas BI (Isu Pasangan)

Salah seorang dari kami menjawab,”Bergantung pada seseorang. Ada yang diuruskan oleh orang tengah dan ada yang mencari sendiri.”
Mrs Aneta menganggukkan kepalanya sambil berkata, “Bagaimana kamu boleh bernikah sedangkan kamu belum mengenali antara satu sama lain?”
“Kami bercinta selepas kahwin”, kami tersenyum-senyum sambil tergelak kecil.
Saya teringat persoalan ini sering juga berlegar-legar di kalangan umat Islam yang kurang yakin cara mencari pasangan secara Islam. Tidak yakin dengan cara Islam sama seperti tidak menaruh sepenuh kepercayaan kepada Allah swt yang berkuasa menentukan jodoh seseorang. Justeru itu ramai yang memilih cara sendiri dengan ber’couple’ dan berkenalan dengan seorang demi seorang, keluar ‘dating’ dan pelbagai lagi kaedah-kaedah yang membahayakan iman dan taqwa.
Hend, “Jodoh saya diuruskan”
Mrs Aneta bertanya yang kedua,”Kamu?”
Sarah, “Juga diuruskan”
“Kamu?”
Saya, “Dia yang melamar”. Tersenyum.
“Oh… Kamu pula?”, sambil memandang ke arah kawan berbangsa Bangladesh.
Rumana, “Diuruskan”
[Antara kami berempat, saya seorang sahaja yang memakai purdah.]
“Saya fikir semua kamu diuruskan orang tengah sebab saya pernah dengar begitu. Bila kamu dikira dengan seseorang, adakah kamu dipaksa menerima pasangan kamu?”
“Tidak. Orang tengah atau ibubapa akan bertanya sama ada kami setuju atau tidak. Jika kami setuju, baru kami dinikahkan”.
“Oh begitu. Pasangan kamu cium kamu?”
“Iya.” Kami tersenyum-senyum dan tergelak. Tidak terfikir isu tersebut menjadi persoalan bagi individu seperti Mrs Aneta. Terasa lucu sekali… iyalah, kalau tidak, mana mungkin kami memperolehi anak.
“Saya rasa hairan bagaimana kamu boleh bercium dengan seseorang yang kamu tidak pernah berkenalan”.
Kami tergelak lagi. Saya seolah-olah dapat memahami kawan-kawan muslimah yang lain saling memahami namun tidak terungkap dibibir untuk menjelaskan lebih lanjut.
Soal naluri mudah ditanggapi. Ia sudah sedia ada dalam setiap insan normal. Untuk menerangkan isu fiqh, memerlukan keimanan kepada Allah terlebih dahulu. Tanpa iman, sesuatu yang bersifat syariat tidak mudah dihadam. Oleh sebab itulah perjuangan awal Rasulullah s.a.w ialah membersihkan kekufuran dalam cara berfikir dan iktikad hati. Selepas isu aqidah dilepasi, barulah syariat diturunkan sedikit demi sedikit.
Mrs Aneta, “Saya punya ramai teman lelaki sebelum ini. Salah seorangnya berbangsa Turky tetapi dia tidak berpegang teguh pada agamanya.”
Hmm, sedikit sebanyak info yang Mrs Aneta berikan membuatkan saya memahami bagaimana dia masih samar dalam banyak perkara mengenai Islam. Dia bercinta dengan lelaki muslim yang tidak komited dan mendengar cerita-cerita negatif mengenai pernikahan di dalam Islam.


[41]Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.”
Ini mungkin sedikit lari dari topik tapi masih berkisar mengenai pasangan dan perkahwinan.
Jika masih belajar , masih bawah biaya ibu bapa, elok lah tumpu pada pelajaran saja. Bab bab kawin ni, lepas belajar besok saja lah. Jangan kecewa kan ibu bapa. Kami ibu bapa sangat risau pada anak anak di luar negara yang terpengaruh dengan benda yg tidak sihat. Pengaruh barat yang tidak elok pun kita tak suka, pengaruh pemikiran fanatik Islam pun kita tak mau! Ada seorang ibu mengeluh, kata nya ada group yang mencari kan pasangan utk student berkahwin untuk menjauh kan maksiat. What kind of thinking is that? Nasihat lah bagi jaga tataterbit, adab sopan bukan dengan berfikiran singkat begitu, jalan pintas , kawin saja! Berdosa jika galak kan anak orang menderhaka , mengguris hati ibu bapa mereka. Kawin can wait. Lagi pun yang baru lepas SPM, A level mereka terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Kahwin bukan setakat sex sahaja!
Baru-baru ni jumpa Dr Nani, bincang banyak isu kesihatan dan lain-lain, tetiba termasuk topik sifilis dan gonorrhea (betulkan jika salah eja) bila bercakap pasal pendidikan agama anak-anak.
Saya terdiam bila beliau menceritakan seorang ibu membawa anak remaja untuk diperiksa kerna sakit perut berpanjangan. Bila dimaklumkan anak beliau mengandung, dia bertanya macamana boleh mengandung pada doktor. Nak tergelak tapi saya faham si ibu memang panik. Si anak pulak boleh bercakap, “takkan buat gitu boleh mengandung?”
Kesimpulan, kahwin boleh tangguh tapi seks bebas remaja mungkin payah dibendung. Melakukan seks sebelum nikah lebih dahsyat kesannya seks selepas nikah. Dan tak semua orang mempunyai kapasiti tahap kesabaran dan keimanan yang sama.
Pendapat saya ini selepas melalui beberapa pengalaman dengan remaja2 di Raudhah Sakinah, Pusat Serenti Wanita dan juga orang perseorangan. Saya belum bernikah tapi saya sudah menyaksikan kesan ibu bapa yang tidak alert dengan perkembangan seksual anak-anak mereka sendiri. Ibu bapa menyangkakan anak mereka baik, tapi si anak rupanya bijak menyembunyikan aktiviti mereka sehinggal perut membuncit atau jangkitan kelamin. Wallahuaklam
Saya pula sering menjadi rujukan gadis-gadis hamil meminta pertolongan kerana tidak mahu keluarga tahu. Memang saya uruskan penjagaa selepas bersalin, perlu carikan keluarga angkat agar nasib anak tadi terpelihara.
Seperti rumah perlindungan. Mengkaji bagaimana mereka hamil, yang datang kepada saya bukan anak-anak terbiar atau terdedah dengan gejala sosial. Tetapi kerana kenaifan mereka dengan sexs, kerana kegoaan ibu bapa mengharap anak tamat belajar dan balas budi kerana memberikan peluang pendidikan tinggi kepada mereka.
Yang datang kepada saya ialah anak dari ibubapa yang baik- baik, beragama, bertudung labuh, bapa ahli kariah masjid berdekatan. Tapi kerana ego ibu bapa tidak membenar anak meminta bernikah awal tetapi mampukah mengawal keinginan sexs mereka? mampukah mengawal langkah mereka setiap masa? Inputlah segala ilmu agama kepada mereka, namun bila syaitan mengoda, mereka layu juga.
Anak diberikan didikan agama, bukan setakat sekolah agama biasa, tetapi sekolah arab dinniyah, pasangan pun sama, terjebak dalam kemelut syaitan iblis.
Inikah ibu bapa mahukan? Mana lebih terguris, anak hamil luar nikah atau anak dicarikan pasangan melalui baitulmuslim yang terjaga indah?
Ummu Abbas, harap masih ingat saya. Oleh kerana ada yang berminat, maka saya buka satu topik, http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19350.msg283838#msg283838
jika berkesempatan update tulisan ke sana. May be ramai tak rajin nak klik ke sini, maka boleh post ke sana juga tulisannya untuk dikongsi dengan lebih ramai pembaca.
Insyaa Allah… saya masih ingat Puan. Akan ke sana jika berkelapangan. Terima kasih kerana sudi menjemput.