Berhati-hati Menerima Berita

Bismillah

 

Akhir-akhir ini, masyarakat diasak dengan pelbagai berita yang berbau provokasi.  Provokasi yang mahu memecahkan perpaduan ummah di Malaysia amnya.

 

Dalam kadar masa yang terhad ini, sekadar mahu berkongsi tip ringkas dalam menghadapi serangan media yang tidak bertanggungjawab;

 

Teringat zaman mengaji di Jordan dulu, apabila seseorang yang baru dikenali datang kepada saya lalu menceritakan hal ehwal yang tidak baik si anu dan si anu, biasanya saya sukar percaya kepada individu seperti ini.  Jika di hadapan kita dia boleh burukkan orang lain, maka hal yang sama dia akan lakukan pada kita di hadapan orang lain.  Lainlah jika saya sudah mengenalinya sebagai seorang yang jujur dan amanah.  Berdasarkan pengalaman, saya akan cuba kenali sendiri dahulu individu yang diperkatakan dan biasanya ada banyak kebaikan mengatasi kekurangan individu tersebut.  Kenali hati budi seseorang secara menyeluruh terlebih dahulu, baru kita dapat menilai dengan lebih adil.

 

Sama juga bila kita berdepan dengan laporan media-media, apatah lagi jika tajuknya sahaja berbau provokasi, normalnya manusia akan lari daripada terhidu bau busuk, maka sebaik-baiknya beritanya tidak perlu dibaca.  Berita provokasi adalah salah satu khabar yang berbau busuk.   Menjauhi khabar-khabar berbau fitnah memberi lebih banyak manfaat dan lebih memelihara kesihatan mental, fizikal dan spiritual.  Jika memilih untuk membacanya, perlu sediakan penapis yang berkualiti.  Jangan percaya dulu apatah lagi menerimanya seterusnya membuat penilaian atas perkara yang bukan fakta.  Tanpa disengajakan, sikap begini akan menjerumuskan seseorang menjadi penyebar fitnah pula.  Na’uzubillah.  Cuba dapatkan berita dari empunya badan, biasanya ia jauh berbeza dari apa yang dilaporkan.

 

Cuba fikir jika orang lain lakukan hal yang sama pada kita, menyampaikan khabar-khabar negatif yang tidak berasas, kemudian penerimanya bersikap terus percaya atau mungkin menyelidik sedikit tetapi tidak bertanya kita sendiri, sebaliknya bertanyakan orang lain, apa yang kita rasa?  Ia tidak adil, bukan?  Jika kita suka orang lain datang berjumpa kita sendiri untuk mengetahui kebenaran, maka mulakan sikap tersebut pada diri sendiri terlebih dahulu.

 

Orang baik-baik akan melahirkan cerita yang baik-baik dan mendamaikan hati ramai pihak.  Orang seperti ini yang layak dijadikan kawan dan rujukan.  Bukan mereka yang suka mengapi-apikan sifat permusuhan.

 

Semoga Allah swt sentiasa memberi taufiq hidayahNya kepada kita sehingga ke penghujung hayat.  Dengannya, in syaa Allah hidup sentiasa terpandu ke jalan yang lurus dalam cara berfikir, mengambil pendirian, bersikap dan melahirkan tindakan.

 

Wassalam.

 

Apa yang baik itu dari Allah swt.

 

Ummu Abbas

4 Jamadil Akhir 1436H

24 Mac 2015

22.27pm

 

Nota:

 

Mohon maaf kepada yang meninggalkan soalan-soalan di ruang komen, saya jarang menjenguk blog ini sekarang.  Mohon doa kepada semua untuk mendoakan supaya saya aktif berkongsi ilmu di ruang maya ini.  Sesetengah komen, saya sudah respon ye…mohon rujuk semula.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: