Bismillah
Tanggal 18 Jun 2017, dunia Islam digemparkan semula dengan “idea pembebasan” yang mengiktiraf ‘wanita sebagai imam solat’. Bukan itu sahaja, bahkan sebuah masjid liberal pertama telah dibuka di German dengan pelbagai lagi ‘kebebasan’ dituntut seperti hak untuk tidak bertudung, hak untuk golongan gay dan sebagainya. Untuk ‘entry’ ini, saya suka berkongsi jawapan dan perspektif yang baik dari saudari Yasmin Mogahed tentang isu Imam Wanita yang pernah dipelopori oleh Amina Wadud. Jawapan tersebut tetap relevan untuk isu yang diperjuangkan oleh aktivis hak-hak wanita, Puan Seyran Ates di German ini . Takbir!!

Di kesempatan ini, saya mengucapkan ‘Jazakumullahukhoyra’ kepada Kak Tah (YB Mumtaz Md Nawi) yang pernah ‘share’ tulisan Puan Yasmin Mogahed ini di dalam grup Whatsapp, Ahmad Abbas Zainy, anakanda sulung saya yang membantu menterjemah dan juga adinda Hafilah (Dr Nur Hafilah Musa) yang berkongsi berita tentang masjid liberal di German di dalam grup Whatsapp.
Saya mengalu-alukan sebarang pembetulan atau penambah baikan dalam terjemahan di bawah ini.
Semoga usaha ini menjadi amal jariah kita semua dalam usaha mengembalikan ‘asolah Islam’ yang tulen di dalam pemikiran umat Islam dan sanubari mereka yang terkeliru.
Ya Allah, berilah hidayahMu kepada kami semua dan tetapkan hati kami dengannya… Aamiin.
Ummu Abbas
4 Syawal 1438H
28 Jun 2017
#Serambi Mekah untuk Islam#
#Tanah Tadahan Wahyu untuk Pejuang yang cari Redha Allah SWT#
*************************
April 24, 2017
Tanggal 18 Mac 2005 Amina Wadud telah mengimamkan Solat Jumaat yang pertama. Pada hari itu, wanita telah mengambil langkah besar untuk menjadi seperti lelaki. Namun adakah kita lebih hampir dalam merealisasi konsep kebebasan yang diberi oleh Allah?
Saya tidak merasakan begitu.
Apa yang kita selalu lupa ialah Allah mengangkat kedudukan wanita dengan memberi mereka penilaian berdasarkan hubungan dengan Allah — bukan berdasarkan hubungan dengan lelaki. Namun apabila fahaman feminis barat memadamkan “Allah” (disebabkan reformasi) dari gambaran kehidupan, tidak ada lagi piawaian (standard) yang tinggal kecuali lelaki.
Natijahnya, feminis barat terpaksa mencari piawaian (standard) berdasarkan hubungan dengan lelaki. Dengan berbuat begitu, dia telah menerima tanggapan yang salah. Dia telah menerima lelaki sebagai piawaian, maka wanita tidak akan boleh menjadi manusia sempurna sehinggalah dia menjadi seperti lelaki — berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan itu.
(Sebagai contoh-p) Apabila lelaki memotong pendek rambutnya , perempuan juga mahu memotong pendek rambutnya. Apabila lelaki menyertai tentera, dia juga mahu menyertai tentera. Dia mahu perkara sebegini tanpa alasan munasabah kecuali disebabkan piawaian (- yakni bahan ukuran iaitu apa yang lelaki boleh buat) itu memilikinya.
Apa yang dia tidak kenali adalah Tuhan memberi penghormatan kepada lelaki dan wanita dalam kekhasan mereka (yakni sifat-sifat mereka yang khusus) – bukan kesamaan mereka. Dan pada 18 Mac, wanita muslim telah membuat kesilapan yang sama.
Selama 1400 tahun, telah menjadi ijmak di kalangan ulama’ bahawa golongan lelaki mengimami solat. Sebagai wanita muslim, kenapa perkara ini penting? Yang mengimami solat tidak semestinya memiliki iman yang lebih tinggi.
Sesuatu tidak menjadi lebih baik kerana lelaki membuatnya. Dan mengimami solat tidak menjadi lebih baik kerana mengimami itu sendiri.
Jika ia menjadi tugas wanita atau ia menjadi lebih mulia, maka kenapa nabi tidak meminta Aisyah atau Khadijah ataupun Fatimah, wanita-wanita yang paling mulia sepanjang zaman untuk mengimamkan solat?
Wanita-wanita ini dijanjikan syurga tetapi mereka tidak pernah mengimami solat. Tetapi sekarang, untuk kali yang pertama dalam 1400 tahun, kita melihat lelaki yang menjadi imam dan kita memikirkan “itu tidak adil”. Kita yang berfikiran begitu, walaupun Allah tidak memberi hak istimewa kepada mereka yang menjadi imam. Imam tidak menjadi lebih tinggi di mata Allah dari orang yang solat di belakangnya.
Sebaliknya, wanita sahaja yang boleh menjadi ibu. Dan Pencipta telah memberi hak istimewa kepada ibu. Nabi telah mendidik kita bahawa syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Tetapi tidak ada apa-apapun lelaki boleh buat untuk dia menjadi seorang ibu. Jadi adakah ini adil?
Apabila ditanya siapakah yang paling layak menerima perbuatan baik kita? Nabi menjawab “ibu kamu” tiga kali sebelum mengatakan “ayah kamu” sekali. Adakah itu seksis? Tidak kira apa yang dilakukan oleh seorang lelaki, dia tidak akan dapat mencapai status seorang ibu. Pun begitu, walau Tuhan memberi kehormatan kepada kita dengan suatu sifat feminin yang unik, kita masih terlalu sibuk mencari harga diri kita merujuk kepada lelaki, untuk menilai harga diri tersebut – atau juga notis. Kita juga telah menerima lelaki sebagai satu piawaian; Jadi apa-apa yang bersifat feminin yang unik – secara definisinya – dianggap lebih rendah atau lemah:
Menjadi sensitif adalah sesuatu yang hina, menjadi seorang ibu – nilai yang merosot. Di dalam pertempuran antara sifat rasional yang tabah (dianggap maskulin) dan sifat belas kasihan yang tidak mementingkan diri sendiri (dianggap feminin), sifat rasional menguasai dengan kuat.
Sebaik sahaja kita menerima kesemua yang dimiliki dan dilakukan oleh seorang lelaki adalah lebih baik, semua yang mengikutnya menjadi refleks: Jika lelaki memilikinya, kita juga menginginkannya. Sekiranya lelaki solat di barisan depan, kita rasa ini lebih baik, jadi kita mahu solat di hadapan juga. Jika lelaki menjadi imam, kita menganggap imam adalah lebih dekat dengan Allah, jadi kita mahu menjadi imam juga. Pada suatu masa (tiba-tiba), kita telah menerima tanggapan bahawa kepimpinan dunia merupakan indikasi (petunjuk) kepada kedudukan seseorang di sisi Allah.
Seorang wanita muslim tidak perlu menjatuhkan dirinya dengan cara ini. Dia memiliki Allah sebagai piawaian. Dia memiliki Allah untuk menilainya; dia tidak memerlukan lelaki untuk ini.
Bahkan, di dalam perjuangan kita mengikut lelaki, kita, sebagai wanita, tidak pernah berhenti untuk melihat kemungkinan yang kita miliki adalah lebih baik untuk kita. Dalam sesetengah keadaan, kita telah meninggalkan sesuatu yang lebih baik semata-mata mahu menyerupai lelaki.
50 tahun lalu, kita telah melihat lelaki yang keluar dari rumah untuk berkerja di dalam kilang. Kita merupakan ibu. Walaupun begitu, kita melihat lelaki melakukannya, jadi kita mahu melakukannya. Kita telah menganggap ‘kebebasan’ wanita untuk meninggalkan pendidikan seorang manusia untuk menjaga mesin.
Kita telah menerima bahawa berkerja di dalam kilang lebih hebat dari menjaga asas kepada masyarakat — hanya kerana lelaki melakukannya.
Selepas berkerja, kita dianggap seorang dewi (superhuman) — ibu yang sempurna, isteri yang sempurna, orang rumah yang sempurna, dan juga pekerja yang sempurna. Walapun tidak salah bagi seseorang wanita berkerja, tetapi tidak lama selepas itu kita menyedari apa yang kita telah korbankan untuk menjadi seperti lelaki.
Kita telah menyaksikan anak kita menjadi orang asing dan menyedari keistimewaan yang kita telah lepaskan.
Sekarang, selepas diberi pilihan, wanita-wanita di barat memilih untuk duduk di rumah menjaga anak-anak mereka. Berdasarkan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (United States Department of Agriculture), hanya 31 peratus daripada ibu-ibu yang memiliki bayi, dan 18 peratus ibu-ibu yang memiliki dua dan lebih anak-anak berkerja sepenuh masa.
Dan daripada ibu-ibu yang berkerja, tinjauan yang dikendalikan oleh Majalah Parenting pada tahun 2000, mendapati 93% daripada mereka mengatakan mereka lebih rela berada di rumah bersama anak-anak, tetapi terpaksa berkerja kerana “kewajiban kewangan”. Kewajiban ini dikenakan ke atas wanita kerana kesamaan jantina Barat Moden, dan telah dikeluarkan dari wanita dengan perbezaan jantina di dalam Islam.
Ia mengambil wanita Barat hampir satu abad (sebagai subjek-p) eksperimen untuk menyedari tentang keistimewaan yang diberi kepada wanita Islam 1400 tahun yang lalu.
Memandangkan keistimewaan saya sebagai seorang wanita, saya hanya merendahkan diri saya untuk menjadi apa yang saya bukan, dan sejujurnya, tidak mahu menjadi — lelaki.
Sebagai wanita, kita tidak akan mencapai kebebasan yang sebenar sehinggalah kita berhenti dari cuba menjadi seperti lelaki dan menghargai keindahan yang ada pada perbezaan yang diberi oleh Allah.
Sekiranya diberi pilihan antara keadilan dan belas kasihan, saya memilih belas kasihan. Dan jika diberi pilihan antara kepimpinan dunia dan syurga di kaki saya – saya memilih syurga.
Salam.
Yasmin Mogahed
Tinggalkan Jawapan