Sambut ‘Birthday’: Resepi Mengaut Pahala

Saya kira setiap orang suka memiliki identitinya sendiri dan tidak kelihatan meniru-niru orang lain.  Apa kata kalau kita sama-sama berusaha membina identiti tersendiri yang ‘so smart’ dalam menyambut ‘birthday’?  Tentu seronokkan…!  Kita sebagai umat Islam perlu ada identiti sendiri dalam melakukan apa jua perkara dan tidak perlu terikut-ikut budaya barat yang tidak selari dengan kehendak syarak.   

Menyambut ulang tahun kelahiran bukanlah datang dari ajaran Islam namun hukumnya harus selagi mana tidak beriktikad bahawa ia adalah sunnah atau satu kewajiban untuk diadakan setiap tahun.  Berikut ‘resepi’ mengaut pahala dan menambah rasa ‘happy’ tatkala tiba pada tarikh ulangtahun kelahiran sendiri:- 

  1. Bangun solat tahajjud dan sujud syukur pada malam ‘birthday’ sebagai tanda syukur kerana Allah SWT melanjutkan usia.  Berdoa sepenuh hati supaya Allah panjangkan umur dalam rahmatNya serta diberkati sehingga penghujung hayat.

2. Berpuasa pada siangnya sebagai tanda syukur (KECUALI jika ‘birthday’ jatuh pada hari-hari yang diharamkan berpuasa) .  Juga kerana meneladani Rasulullah SAW dalam menyambut ulangtahun kelahirannya.

Abu Qatada melaporkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ
“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.”

Direkod Imam Muslim, no. 1162

3. Mengunjungi kedua ibubapa serta berterima kasih kepada mereka kerana ibu yang telah bersusah payah melahirkan dan telah membesarkan kita dengan baik.

Masakan untuk Bonda pada hari ulangtahun 2019. Siap untuk dihantar 🙂

4. Memasak hidangan yang digemari ibubapa.  Sama ada menjemput ibubapa bersantap di rumah atau menghantarnya kepada mereka.   Ada kawan saya memasak untuk mertuanya pada hari kelahiran suaminya sebagai ganti ibubapa sendiri yang sudah tiada.  Sungguh ‘owsem’, bukan?

5. Sekiranya ibubapa telah meninggal, panjatkan doa supaya mereka berbahagia di alam sana, membaca al-Quran dan bersedekah yang diniatkan pahala untuk mereka.  Walaupun amalan ini seeloknya dilakukan setiap hari, namun lebihkan usaha pada ‘birthday’ kita sebagai tanda syukur.

Ummu Abbas

1 Rabiul Akhir 1441H/28 Nov 2019

#dengandakwahummahberubah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: