Purdah: Satu Pengalaman

Suatu hari di tahun 1998, Wafa keluar bersama 3 orang anak murid perempuan yang baru memasuki alam remaja. Semua mereka memakai purdah kerana pihak sekolah yang mendisiplinkan demikian. Sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah tahfiz swasta. Belum pun setahun Wafa berada di Malaysia waktu itu setelah berkelana lebih kurang 5 tahun di Bumi Anbiya’. Wafa sendiri mula memakainya sejak 6 tahun yang lalu.

Mereka pergi ke sebuah pasar raya area Kuala Lumpur. Pasar raya kepunyaan bangsa Cina tentunya. Dalam pasar raya, mereka berselisih dengan pemuda Cina. Pemuda Cina itu lalu menegur sambil berkata, ‘Wah! Bagus…bagus… Pakai macam ni la bagus.’

Mereka berlalu tanpa menghiraukan teguran tersebut. Terkedu juga Wafa mendengar teguran demikian. Dalam ramai-ramai orang Islam sendiri tidak kira lelaki atau wanita, tua dan muda prejudis dengan pemakaian purdah, ada juga lelaki Cina yang kelihatan seperti non muslim yang menyukainya.

Wafa berfikir, ‘Apakah kaum muslimin yang prejudis itu menapis pandangannya dengan IMAN dan taqwa? Dan lelaki Cina itu tadi menyukainya semata-mata kerana ia sesuai dengan naluri?’.

Hanya Allah yang maha mengetahui.

5 thoughts on “Purdah: Satu Pengalaman

Add yours

  1. assalamualaikum,….saya sendiri belum memakai purdah,..dan sekarang sedang mencari nur Ilahi dan jawapan kenapa majoriti di Malaysia x memakai purdah (muslim)……sy teringin tahu kisah selaljutnya….jika ummuabbas sudi berkongsi dengan sy semoga Allah memberkati Ummu ke pintu Jannah….sy dalam kekeliruan,..x tahu bagaimana untuk menukar cara hidup yg sebelum ini agak sosial..sekarang cuma normal…dan ingin menukar ke muslimah yg berpurdah,..tp sy rasa seakan2 dibantah oleh org2 terdekat sendiri…Ya Allah kuatkan lah hati sy….sy sedang berusaha merubah imej dan membeli pakaian2 baru…walaupun org tidak percaya dan memandang sinis niat hati sy…mereka kata,..memakai purdah tidak wajib…..boleh didedahkan wajah dan tangan,..cukuplah berpakaian sopan seakan muslimah tapi sya mahukan kepastian,..sekali sy memakai purdah sy xkan berpaling……sy perlu dan dahagakan jawapan dan bimbingan,….sy takut sy mati sebelum sempat menyedari hal ini,..

  2. assalamulaikum…..ana juga ingin sekali memakai purdah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH..ana berharap agar ALLAH memakbulkan keinganan ana ini dan an dan memudahkanya…..Ana ingin menjadi seorang muslimah yang menjaga auratnya…mentaati perintah allah dan rasul..menjaga pergaulan dan mempunyai akhlak yang terpuji…INSYAALLAH…

    Wa’alaykum salam warahmatullah, Amin, moga Allah perkenankan doa itu.


  3. ASSALAMUALIKUM….. ana juga ingin memakai pudah …terasa keinginan hati ini terlalu ingin memakainya … tapi sebelum tu ana harus membetulkan niat ana dahulu dan perlu istiqamah ..ana berharap satu hari nanti ana akn memakainya … ya allah kau berikan lah keistimewaan ini kepda hamba mu ini kerna hati ini terlaluingin menvapainya ….penah juga niat di hati ditentang oleh mak ana… sedih rasa hati ini mak ana selalu ungkitkan jiran ana nie yg dulunya berpudah tp akhirnya ia membuka purdahnya dan sekarang memakai pakaiaan pesyen sekarang…bila dipikirkan balik ana risau juga …. tapi apa2pn ana tabahkn hati nie untuk bergantung pd yg maha isa ….moga ia memberi petunjuk pada hambanya .. aminnn….

    penah sekali ana pakianya semasa dlm kereta pulang ke kg …. rasa tenang diri nie bila mengenakn purdah rasa selamat dari pndangan lelaki …. tapi apa2pn ana harap cita2 ana tercapai… aminn

  4. assalamualaikum.. ana pun tringin sangat berpurdah.. tiap kali ana tengok kakak2 senior yg berpurdah, hati ana trase tenang.. slalu tdetik, bila pula akan sampai giliran ana? tapi ana pun sama macam sahabat2 yg lain.. trase ilmu blum cukup utk mmbawa imej wanita berpurdah..trase diri ini tidak layak..sebab ana bukan dari sekolah aliran agama.. malah ana pernah terlibat dgn band yg agak bebas pergaulannya.. namun ana tetap menjaga diri ana..ana selalu cemburu dgn shbt2 yg belajar dlm aliran agama.. yg memang terasuh dgn acuan agama n ilmu agama yg sentiasa mengalir utk mereka stiap kali hadiri kelas.. namun kini ana cb istiqamah btudung labuh n cb mndekati shbt yg bg ana bleh mmbimbing ana yg dahagakn motivasi n psekitaran yg sntiasa mnyedarkan ana tentang agama.. biarlah ana mendaki perlahan2.. smoga urusan ana dipermudahkan.. amin..

    Wa’alaikum salam wbh…

    Ameen. Semoga diberi jalan oleh Allah untuk menuju kepadaNya dengan sebaik-baik cara.

    Moga Allah permudahkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: