Tip Menghadapi Kerenah Sahabat

3 spesis burung liar sedang makan di koridor apartment kami di Meehan Street, Sydney.  Gambar diambil pada 27 Jun 07.
3 spesis burung liar sedang makan di koridor apartment kami di Meehan Street, Sydney. Gambar diambil pada 27 Jun 07.

Salam..saya ada seorang sahabat yang saya kenal ketika baru belajar di universiti. Hubungan kami agak rapat tapi lama kelamaan saya merasakan persahabatan makin renggang. Kami sudah jarang bertemu dan jika berjumpa pun hanya sekejap. Tolong lah Kak Nur… Saya tidak mahu kehilangan sahabat saya… Saya pun sudah anggap dia seperti adik beradik saya sendiri.

Assalamu’laykum,

Faris,

Kak Nur pun pernah alami perkara yang sama. Apa yang Kak Nur buat bagi mengatasi perkara sebegini ialah;

1. Kita mulakan untuk menghubungi dia. Sebaik-baik sahabat ialah yang memulakan memberi salam. Orang yang memulakan menghubungkan tali silaturrahim paling dikasihi Allah berbanding orang yang dihubungi. Yang penting ikhlaskan kerana Allah. Kita bersilaturrahim kerana Allah dan tidak berhubung juga kerana Allah.

2. Kalau berlaku sesuatu musibah padanya, kita segera menziarahi dia dan nyatakan simpati.

3. Kalau dia memperolehi sesuatu yang baik, kita ucapkan tahniah dan berikan hadiah.

4. Memohon maaf sekiranya sahabat-sahabat pernah tersinggung dengan kata-kata atau perbuatan kita.

5. Sentiasa doakan kebaikan dan rahmat Tuhan untuk sahabat. Malaikat akan mendoakan kita sebagaimana kita doakan sahabat kita dalam keadaan mereka tidak tahu.

Insya Allah, sekiranya Faris dapat melakukan tip-tip di atas, Faris akan sentiasa dapat merasakan kemanisan ukhuwwah bersamanya. Lebih besar lagi, kita akan dapat merasai indahnya kasih sayang Tuhan kerana kita lakukan semua itu semata-mata mengharapkan reda Allah.

Keadaan kita dan sahabat juga boleh mempengaruhi kekerapan berhubung dan berjumpa. Macam Kak Nur sekarang dan sahabat-sahabat Kak Nur yang lain, apabila sudah menempuh alam rumahtangga, kami tidak dapat berhubung sekerap seperti zaman bujang namun alhamdulillah, hati-hati kami senantiasa bertaut kerana Allah. Kami saling memahami dan bertolak ansur dengan keadaan masing-masing. Kami juga saling bersangka baik dan ingat-mengingatkan dengan cara lembut dan mesra.

Kami sedaya upaya menjauhi prasangka buruk pada sahabat-sahabat dan tidak mudah mengambil hati di atas kelemahan masing-masing. Inilah antara kenikmatan bersahabat kerana Allah. Kami mesra walaupun jauh di mata dan jarang berjumpa.

Moga sedikit pengalaman yang Kak Nur kongsikan di sini dapat membantu.

Wallahu’alam.

Al-Faqiirah ila Rabbiha,
Ummu Abbas
10.40am

Mereka rapat sesama jenis dan mengongkong spesis burung lain dari mendekati roti tersebut.  Manusia juga begitu, hati yang baik akan bersama hati yang baik dan sebaliknya.
Mereka rapat sesama jenis dan mengongkong spesis burung lain dari mendekati roti tersebut. Manusia juga begitu, hati yang baik akan bersama hati yang baik dan sebaliknya.

Salam. Terima kasih kepada Kak Nur yang memberi nasihat berguna untuk saya..Tetapi saya ada berasa sedikit kecewa dengan sahabat saya ini. Saya amat mempercayainya dan selalu berkongsi rahsia dengannya. Namun, baru-baru ini, terjadi peristiwa yang menyebabkan rasa percaya kepadanya berkurangan. Saya cuba menyedapkan hati saya dengan bersangka baik tetapi agak sukar.

Assalamu’alaykum,

Seorang sahabat Kak Nur diuji seperti Faris. Kak Nur namakan dia sebagai Lia sahaja.

Lia punya seorang sahabat bernama Fiza (nama samaran). Mereka memang akrab sehinggalah Fiza menghadapi masalah rumahtangga dengan suaminya. Dek memendam perasaan terlalu lama agaknya, bercampur dengan masalah gangguan makhluk halus, Fiza akhirnya mendedahkan semua masalah dalaman kepada ramai orang. Dalam usahanya meluahkan masalah sendiri, dia mengaitkan juga dengan masalah (rahsia) Lia yang pernah diamanahkan padanya. Kak Nur sendiri mendapat tahu hal tersebut memberitahu Lia agar berhati-hati dengan Fiza. Fiza sekarang bukan seperti dahulu.

Kak Nur lakukan itu untuk kebaikan semua. Bagi Lia agar rahsianya lebih terpelihara. Bagi Fiza, agar dia tidak dibebankan lagi dengan amanah menyimpan rahsia.

Rahsia adalah amanah. Cara terbaik menyimpannya ialah menyerahkan perkara yang diketahui kepada Allah. Itulah amalan Kak Nur hingga sekarang. Kak Nur sedar Kak Nur terlalu lemah untuk memelihara sebarang amanah kecuali dibantu oleh Allah. Alhamdulillah, ia adalah petunjuk dari Allah jua. Dengan petua begitu, alhamdulillah Kak Nur dapat menjaga rahsia kawan-kawan walau dari suami sendiri. Kak Nur serahkan kepada Allah menjaganya. Maka Allahlah memelihara rahsia tersebut dari lidah Kak Nur. Suami juga merahsiakan hal kawan-kawannya dari Kak Nur.

Kembali kepada masalah Lia dengan sahabatnya Fiza, Kak Nur amat kagum dengan jawapan Lia sebaik Kak Nur memberitahu hal tersebut.

Lia: Tak pe lah Nur. Mungkin Allah mahu kaffarah dosa-dosa Lia. Mungkin Lia sendiri ada terbocorkan rahsia atau aib orang lain tanpa disedari. Maka Allah takdirkan apa yang telah terjadi. Terima kasih Nur kerana beritahu Lia. Insya Allah untuk di masa-masa akan datang, Lia berhati-hati dengan Fiza.

Lia juga berkata; Lia juga bersalah pada Fiza kerana lama tidak bertanya khabar dia.

Tersentuh hati Kak Nur mendengar jawapan Lia. Begitu tawaduknya Lia dengan Allah. Segala takdir dikembalikan kepada Allah namun langkah berhati-hati dimasa akan datang tetap diberi perhatian.

Lia juga bercadang menemui Fiza untuk mendapatkan kepastian dan mungkin juga mengatasi masalah yang timbul.

Kak Nur setuju dengan tindakan Lia mahu bersemuka sendiri dengan Fiza. Moga-moga Allah rahmati pertemuan mereka dengan membuang yang keruh dan mengambil yang jernih.

Kak Nur berharap kisah yang dikongsikan di sini dapat memberi iktibar bermakna buat Faris. Faris lebih mengerti apa yang sedang dialami. Apa yang diluahkan Faris agak umum jadi Kak Nur berusaha membantu sekadar terdaya.

Kepada Allah jua dikembalikan segala kebaikan dan pujian.

Al-Haqiirah ila Rabbiha,
Ummu Abbas.
12.01pm
14 Zulhijjah 1429H

2 thoughts on “Tip Menghadapi Kerenah Sahabat

Add yours

  1. salam’alaik…kalau akak da sahabat yang tak sempurna…contoh juling…akak nak ngaku ke dia sahabat………..islamnye baik…cume kekurangan saje

    Wa’alaikum salam Mujahidah, Insya Allah akak tetap menganggapnya sahabat. Akak suka sangat kepada individu yang baik agamanya. Kekurangan zahir itu bukan kehendak dia sendiri…


  2. salam…nk tny mcm mne klu kwn kte buat salah,,kte menegur dy tetapi dy tidak menerima teguran kita lalu dy memarahi kita akibat kte tidak membantunya dlm masalah tersebut..Saya bkn bermaksud tidak membantu dlm masalah tersebut,,tetapi tidak mahu terlibat salah dlm masalah itu..

    Assalamu’alaikum,

    Ummu cadangkan Amira melawat blog di bawah ini untuk mendalami lagi teknik-teknik yang baik dalam usaha membantu kawan yang berbuat silap. Boleh cuba aplikasi dan lihat hasilnya.

    Ummu pun kurang mahir juga. Masih sedang belajar. Setelah berusaha dengan cara terbaik, bertawakkal kepada Allah serta mendoakannya. Sama ada kawan mahu menerima atau menolak, terserahlah. Asalkan tanggungjawab kita ditunai dengan baik serta ikhlas.

    http://www.psikologihadith.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: