Jangan Kau Menangis…

Dua hari lepas, sedang saya mengemas kaset-kaset lama dan barangan cenderamata, saya terjumpa satu pasu seramik gantung hadiah kawan. Di belakangnya di bahagian kaki ada catatan;

FROM:
ALANG
10 JULY 97
.HIDAYATI
BAIT SYIFA’
SUWEILEH
JORDAN

Bahagian tengah ada secebis tazkirah untuk diri saya. Saya hanya mencatatnya dalam Bahasa Arab. Ia merupakan kata-kata hikmah Arab. Saya rasa ingin berkongsi dengan pembaca blog ini. Saya sertakan di bawah ini dengan terjemahannya sekali.

Suami penulis berlatar belakang matahari sedang naik.  Kami dalam perjalanan dari Sydney ke Adelaide pada 11 Julai 2007.  Masya Allah... cantikkan?  Di kiri kanan kami hanya padang rumput terbentang luas bagai lautan.
Cerita gambar: Suami penulis berlatar belakang matahari sedang naik. Kami dalam perjalanan dari Sydney ke Adelaide pada 11 Julai 2007. Masya Allah... cantikkan? Di kiri kanan kami hanya padang rumput terbentang luas bagai lautan.

Maksudnya lebih kurang, usahlah dikau menangisi perkara-perkara duniawi yang luput daripadamu, kerana dunia ini hanya sementara. Kamu akan berpindah juga akhirnya ke alam yang lebih kekal abadi.

Hari ini harta kita mungkin di curi, tunang memutuskan pertunangan, suami menjatuhkan talak tanpa alasan syarie, suami kahwin lagi tanpa alasan syarak, isteri yang curang, isteri tidak mendengar kata, jawatan dilucutkan atau apa sahaja yang menyedihkan hati… hadapi ia dengan sabar dan reda. Justeru kita masih lagi berada di dunia fana. Ia bukan segala-galanya bagi kita.

Apa yang penting untuk difikirkan ialah apakah Allah reda pada kita disebalik semua takdirnya itu. Apakah kita telah menerimanya dengan tatacara sebagai seorang hamba yang merendah diri kepada Allah.

Apakah kita mahu memuhasabah diri… apakah dosa-dosaku padaMu ya Allah…
ampunkan daku Ya Allah…
Berikan daku kesabaran dan kekuatan…
Gantilah kesedihanku ini dengan pengampunan dosa-dosaku yang menggunung tinggi…
Bantulah daku membersihkan karat dosa yang menimbun…

Kemudian kuatkan tekad, sematkan azam untuk menjadi muslim yang lebih baik… lebih baik imannya… lebih baik taqwanya… Hinggalah kita mencapai darjat MUKMIN yang memiliki nafsu mutmainnah…

Berbahagialah dengan dirimu yang baru…
Bersenang-senanglah dengan jiwamu yang bersih…

Ramai manusia memburu kedudukan yang tinggi di sisi manusia… memburu pangkat Profesor Madya…Profesor… Timbalan Pengarah… Pengarah… Naib Ketua Pemuda…Ketua Pemuda…Naib Presiden… dan seterusnya…

Berapa ramai pula yang memburu status HAMBA di sisi Allah?

Hanya itulah yang Allah cari dari diri kita.

Ummu Abbas
12.22pm
19 Muharram 1430H/ 16 Januari 2009

5 thoughts on “Jangan Kau Menangis…

Add yours

  1. Eemm…memang nak tazkirah diri sendiri juga di hari Jumaat ini… sementelah ada blog ni… nak pula kongsi dengan pembaca. Moga kasih Allah bertambah pada kita di hari ini dan hari-hari seterusnya.

  2. Salamz & selamat berkenalan..
    nice blog, byk yang dapat saya kutip disini sebagai panduan dan rujukan ilmu utk saya. teruskan usaha semoga ilmu yg ada tidak tersadai begitu saja. sekurang2nya ilmu yg ada dapat dikongsi & disebarkan keseluruh alam. dunia maya telah byk membantu & memudahkan kita dalam mencari ilmu keseluruh pelusok dunia yg kini hanya berada dihujung jari sahaja.

  3. KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
    Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

    Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

    Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
    anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
    adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
    anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
    Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

    Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

    Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

    Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”. Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.

    Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim.”

    Wassalam
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Surat_berantai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: