Catatan: Sister In Islam dalam Isu Kekeluargaan Islam

Assalamualaikum,

Khamis 26 Feb 2009, saya melihat iklan dalam web Sister In Islam (SIS) yang mencari responden untuk ditemu bual mengenai pengalaman mereka berpoligami.

Saya segera menelefon pejabat SIS melalui nombor yang tertera di skrin laptop. Saya menawarkan untuk mendapatkan responden. Mereka membalasnya dengan baik serta mencatat nama dan nombor telefon saya. Janji mereka akan menghubungi saya semula.

2 hari kemudian saya berbincang dengan 2 orang sahabat saya. Sahabat pertama bakal menjadi isteri kedua dan seorang lagi, Senator Mumtaz Nawi. Pada dasarnya, mereka bersetuju dengan kajian SIS.

Cuma kita tidak tahu apakah objektif kajian tersebut. Bila saya tanya melalui telefon, mereka tidak menjawab soalan itu.

Selepas seminggu, (yakni hingga ke hari ini) saya tidak dihubungi oleh wakil SIS di Kelantan. Mungkin mereka lupa.

Menurut pengalaman YB Mumtaz, dia pernah menawarkan dialog terbuka dengan SIS untuk berbincang apa jua isu, namun SIS tidak sanggup memenuhi permintaan itu.

Secara peribadi, bila saya membaca beberapa artikel di web SIS terutama mengenai kekeluargaan Islam, saya dapati ia bertepatan dengan syariat Islam yang asal (Setakat yang saya baca. Yang saya tidak baca itu, tidak tahulah). Khususnya berkait dengan masalah poligami. [Lihat http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=category&sectionid=46&id=96&Itemid=214%5D

Memang ada perkara yang ditimbulkan SIS menjadi kontroversi. Saya tidak mahu menyentuh tentang hal yang sudah lama berlalu itu.

Perkara yang difikirkan sekarang ialah mengenai kajian poligami yang sedang dibuat. [Lihat http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=707&Itemid=274%5D

Saya berharap hasil kajian itu digunakan untuk menambah baik nilai kekeluargaan Islam dalam mujtamak muslim di Malaysia khususnya. Sistem kehakiman Islam dan cara pelaksanaannya mesti di’upgrade’ lagi menyentuh hal-hal kekeluargaan Islam.

Saya juga sangat berharap agar mereka objektif dalam menilai isu poligami.

Secara ringkasnya, masalah keruntuhan rumahtangga muslim di Malaysia ini (atau di mana jua) bukan berpunca dari amalan poligami, tetapi dari cara individu melaksanakannya.

Janganlah disalahkan pada papan bila tidak tahu menari.

Monogami juga banyak menyumbang kes perceraian bila suami isteri tidak menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan.

Beza dari sudut impaknya ialah kalau seorang isteri, maka hanya seorang wanitalah yang jadi mangsa. Bila isteri lebih ramai, maka lebih ramailah wanita yang jadi mangsa tatkala kapten gagal mengemudikan kapal. Lelaki pun ramai juga menjadi mangsa kezaliman isteri.

Lelaki wanita yang zalim sama sahaja mendapat azab siksa Allah.

********

Saya seboleh-bolehnya mahu mengelak menulis tentang perkara cabang dalam syariat kerana saya tahu perbahasannya luas dan tidak akan habis. Nampaknya, pertemuan saya dengan YB Mumtaz tempohari menjadi taufik dari Allah untuk saya mula menulis isu kekeluargaan Islam secara lebih serius. YB Mumtaz sendiri menggalakkan saya menulisnya memandangkan beliau kesuntukan masa menulisnya sendiri.

Itulah antara punca saya menulis hal poligami di sini.

2 bab dari buku Fikah Perubatan masih dalam proses menyiapkannya. Draf peringkat pertama sudah siap, alhamdulillah. Proses mengeditnya itulah yang agak memakan masa. Saya pula kurang ‘mood’ menulis topik itu, maka banyak juga masa yang saya agih-agihkan untuk buat kerja-kerja asasi dalam rumah.

Moga Allah permudahkan dan membantu saya melunasi tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Amin.

Boleh baca lagi apa kata SIS tentang poligami di http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=473&Itemid=178%5D

Ummu Abbas
10 Rabiul Awwal 1430/ 7 Mac 2009
3.21pm

One thought on “Catatan: Sister In Islam dalam Isu Kekeluargaan Islam

Add yours

  1. silakan datang…

    http://poligamiikhwan.org/portal/pelancaran-kelab

    Majelis Pelancaran
    Kelab Poligami Ikhwan
    “Suami untuk dikongsi, bukan untuk diperebutkan”

    Astaka Taman Tasik Titiwangsa, KL
    Sabtu 15 Ogos 2009
    09.00 – 12.00 tengahari

    Saksikan Juga Persembahan :
    Teater Muzikal Islam
    dari Kumpulan
    “Generasi Harapan”
    (Adik beradik dari keluarga berpoligami)

    JOM…
    Masuk Percuma & Jamuan Disediakan

    Penaung Bersama :

    Global Ikhwan & Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)

    Info lengkap hubungi
    012-2013512
    019-5579306
    019-2645313

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: