Dalam satu kuliahnya, Tok Guru [Tuan Guru Nik Abdul Aziz] bercerita,
“Seorang lelaki yang berkahwin dua datang mengadu pada ambo (saya),
‘Saya ada masalah sikit Tok Guru. Selepas saya bermalam di rumah isteri kedua, kemudian esoknya bila bermalam di rumah isteri pertama, saya sudah tidak larat (mahu layan isteri pertama). Apa yang saya perlu buat?’
Ambo jawab, ‘Biasanya kalau kita mahu berjalan jauh (bermusafir), kita cek dulu petrol kereta kita cukup atau tidak. Kalau cukup, barulah kita akan sampai tempat yang hendak dituju. Begitu jugalah bila kita mahu kahwin lagi, kalau rasa petrol tidak cukup, tidak perlu pergi jauh.”
Ummu Abbas: Tiada beban, batu digalas.
salam,
akak ni pro poligami ke?
Farhan,
Pendirian akak selari dengan apa yang telah digariskan Islam.
Bila ada sahabat-sahabat mengadu tentang suami mahu kahwin lagi, akak lihat semua sudut. Sama ada akak setuju atau tidak bergantung pada situasi kerana hukum Islam berubah menurut situasi individu.
Wallahualam.
hehehe, tok guru memang pandai buat misalan. bejijak di bumi dan mudoh nok pehe.
PETROL Laki boleh recharge.. Makan sayur banyak2.. Betul!
Ada petua lain lagi? Tolong-tolong suami yang sudah terlajak berjalan jauh, kemudian baru sedar petrol hanya separuh tangki.
Kalau dah jadi macam ni, teraniayalah isteri yang tidak dapat bahagiannya.
Pepatah Melayu sebut, ‘Sediakan payung sebelum hujan.’ Bila hujan sudah turun baru terkial-kial cari payung, tak ke dah basah lencun.
Kaedah fiqh pula sebut, ‘Mencegah lebih baik dari berubat’.
Penyakit yang datang belum tentu ada ubatnya seperti HIV dan lain-lain.
Assallamualaikum,
Kepada semua lelaki pasanglah niat untuk bernikah 4, jika tak dapat 4 pun pahala niat dah dapat, kan senang-senang dapat pahala tu…lagi pun kereta yang tidak bertayar 4 itu x boleh berjalan dengan sempurna! jika ada spare lagi bagus, bila pancit terus cukupkan kota 4!