Manisnya Solat

Bintu Ahmad

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW…
dan Assalamu’alaikum dan salam mahabbah buat kak Nur sekeluarga…

kak Nur diri ini ingin mencari suatu yg hilang..hilang disebalik ke kelaman ilmu..blum sempt untk mencari jawapanya..tapi untuk permulaannya diharap kak Nur sudi memberi kata petunjuknya dahulu..

soalan saya..bagaimana untk mencari kemanisan solat yg sebenarnya..agr dri ini sentiasa rindu utk bertemu dgnNya..

Wallahu’alam..

Allah matlamat kami..

p/s:jazakillah kak Nur..ats jwpn yg diberikn..

**********

solat-1

Wa’alaykum salam wbh Bintu Ahmad,

Kak Nur bukanlah orang yang layak memberi jawapannya namun untuk tidak menghampakan, Kak Nur usahakan juga memberi pandangan. Secara ringkasnya persoalan ini telah dijelaskan dalam entri bertajuk Tip Khusyuk Dalam Solat.

Sebagai tambahan kepada entri itu, Kak Nur ingin berikan 1 tip secara umum.

Setiap daripada tindakan yang kita lakukan tidak dapat lari daripada terlibat dalam 5 hukum Islam: Wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Para wali Allah yang dapat merasa manisnya solat dan sentiasa rindu untuk bertemu Allah akan berusaha memastikan segala tindakannya berada dalam lingkaran hukum sunat dan wajib.

Mereka juga menjaga hubungan hati dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia.

Perkara ini hanya akan didapati apabila kita bermujahadah bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu.

Hawa nafsu yang berjaya ditundukkan akan memberi kesan khusyuk dan manisnya solat.

Banyak atau sedikit kita dapat rasakan lazatnya atau manisnya solat bergantung pada banyak atau sedikit kita menurut hawa nafsu. Kalau kita banyak menurut hawa nafsu, maka kemanisan solat akan berkurangan.

Menurut hawa nafsu bukan sahaja pada perkara yang haram atau makruh. Bahkan boleh berlaku dalam perkara harus. Contoh: Tatkala kita mahu makan. Kita perlu bertanya pada diri sendiri, “Adakah perut kita lapar?”

Jika perut kita belum lapar, kemudian kita makan juga semata-mata hidangan di depan mata kelihatan sedap, maka ketika ini kita dikatakan menurut hawa nafsu. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Contoh lain:
Apabila kita berbual atau menulis perkara baik, kita bertanya dahulu diri kita,”Untuk siapakah kata-kata/penulisan yang akan diluahkan? Untuk kepentingan dirikah atau untuk mendapat reda Allah?”

Apabila kita pasti mahu mendapat pandangan Allah semata, maka teruskanlah kata-kata atau tulisan kita. Namun jika kita berkata-kata atau menulis kerana riya’, lebih baik kita diam sahaja.

Banyak atau sedikit rasa rindu bertemu Allah juga bergantung banyak sedikit kita mematuhi perintah Allah dibandingkan perintah nafsu.

Begitulah seterusnya dalam segala tindakan kita, kita wajib memastikan ia dilakukan dengan ikhlas dan menepati sunnah. Disiplin yang sama bila kita dapat lakukan dalam seluruh amalan kita, insya Allah akan menghasilkan solat yang manis dan menambah suhu rindu kepada Allah.

Adikku, sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Berbahagialah para hamba yang berjaya menundukkan hawa nafsunya menurut kehendak Allah semata.

Memadai setakat ini dahulu jawapan Kak Nur pada persoalan yang dikemukakan. Sesuai dengan permohonan adik sendiri yang mahu petunjuk awal terlebih dahulu.

Berbahagialah mereka yang memenangkan Allah dalam diri mereka.

Moga Allah membantu kita melawan hawa nafsu.

Moga Allah anugerahkan solat yang manis.

Amin. Ya Rabbal Alamin.

Ummu Abbas
11.48pm
7 Jamadil Awwal 1430H

3 thoughts on “Manisnya Solat

Add yours

  1. Assalammuaalaikum ummuabbas, kat mana entry tips khusyuk dalam solat tu tersimpan ye,bulan berapa punya entry?

  2. Wa’alaykum salam wbh ummu hakim. Entry tu bulan Dic 2008. Boleh juga cari dengan menaip tajuk artikel di kotak ‘search’. Entry tu akan dipaparkan.

  3. Terima kasih atas perkongsian ini. Amat berguna kepada orang seperti saya yang amat tidak arif. Rupa rupanya khusyu’ solat itu bukan bermula ketika sejadah dibentangkan, tapi terbina atas tiap tingkah laku seharian kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: