Hari-hari ‘Hari Ibu’

Kek Coklat sempena Hari Ibu 10 Mei 2009
Kek Coklat sempena Hari Ibu 10 Mei 2009

Selepas anak-anak pulang tengahari kelmarin. Saya turun ke dapur. Saya melihat ada sebiji Kek Coklat bersaiz kecil di atas meja.

” Kek siapa ni?,” saya bertanya. Anak-anak saya suka Kek Coklat. Saya suka Kek Keladi.

“Kek untuk Umi. Abi bagi,” Aziz menyahut.

“Kek untuk Umi? Untuk apa?” saya tidak faham. Lagi pun kek itu tidak bertulis apa-apa.

“Kek Hari Ibu!”

“Ooo…begitu. Betulkah Abi yang beli untuk Umi? Atau ada sesiapa yang mahu makan kek ini,” saya mahu kepastian. Biasanya suami saya tidak ingat tarikh-tarikh penting bagi isteri. Dia kata banyak lagi perkara lain yang perlu diingat dan difikirkan, sebaik saya menyuarakan hal demikian.

Tarikh lahir saya dia tidak pernah ingat.

Ulangtahun perkahwinan tidak pernah sebut.

Saya pun malas ambil hati. Kebaikan dia lebih banyak dari kelemahan dia. Itu yang saya fikirkan. Saya pun banyak kelemahan juga.

Seketika kemudian, Abbas yang sudah bersalin pakaian turun ke dapur sambil tersenyum.

“Abbas beli kek ini. Lepas itu Abi suruh buang tanda harga sebab kek murah.”

Bukankah betul telahan dan keraguan saya tadi. Anak saya sebenarnya yang ingat tentang Hari Ibu. Suami saya menumpang idea anak saya sahaja. Apa pun, saya menghargai pemberian dan ingatan mereka.

Saya teringat setiap tahun, akan ada sesuatu yang dibuat seperti kad ucapan dan hadiah kecil dibawa pulang anak-anak sempena Hari Ibu. Cikgu mereka yang mengajarnya di sekolah.

************

Semalam semasa Hari Ibu menjelma, saya sendiri teringatkan ibu saya. Terlupa diri sendiri juga adalah ibu.

Saya dapat rasakan betapa murninya kasih seorang ibu yang tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anaknya.

Cukuplah kalau anak-anak mengingatinya dan mencurahkan kasih sayang di hari tuanya. Bukan belaian dan kasih bibik yang diharapkan sebagaimana yang dilakukan kebanyakan anak-anak zaman sekarang.

Islam itu indah- mengajarkan anak-anak agar menghormati ibu bapa setiap detik dan ketika.

Allah berpesan dalam surah al-Isra’, ayat 23 dan 24,

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-matadan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uh” serta dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

[24] Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Limpahkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Jika sambutan Hari Ibu bertujuan membesarkan dan menghormati ibu setahun sekali, maka ia tersasar jauh dari konsep moral insan yang diajar oleh Islam.

Meskipun ibubapa berjauhan bahkan sudah meninggal sekalipun, Islam mendidik ummatnya agar mendokan ibubapa setiap kali selepas solat.

Paling kurang 5 kali sehari anak-anak memanjatkan doa qudus buat ibubapa mereka seusai solat 5 waktu.

Bagi ummat Islam, wajarlah menjadikan Hari Ibu sebagai hari menambah kasih sayang, menginsafi kekhilafan diri selama ini terhadap ibu serta memperbaiki hubungan silaturrahim.

Kerajaan Islam Kelantan sejak sekian lama menjadikan hari Jumaat sebagai Hari Ilmu dan hari Sabtu sebagai hari bersama keluarga dan mengeratkan silaturrahim.

Ke mana masa yang kita habiskan setiap hujung minggu?

Jika kita tinggal berjauhan dari orang tua, haruslah kita menelefon mereka bertanya khabar.

Jika tinggal berdekatan, kunjungi mereka setiap minggu.

Jika tinggal serumah tiada masalah.

Percayalah, silaturrahim yang kita jaga dengan ibubapa akan menambah barakah dalam hidup meskipun kita miskin harta.

Saya gembira melihat riak riang di wajah ma, abah dan mak setiap kali menziarahi mereka. Saya dapat rasakan mereka merasa dihargai apabila kita menjenguk wajah ke rumah mereka.

Yang paling penting, mereka yakin dengan kasih sayang kita pada mereka yang telah tua. Tua usia yang banyak dihabiskan kerana membesarkan kita agar kita menjadi ‘manusia’ sempurna.
Kasar tangan mereka dan kedut seribu wajah mereka ditelan masa semata-mata mahu lihat anak-anak berjaya di dunia dan di akhirat.

Kek Coklat 2

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Ibu buat Ma (ibu kandung), Mak (ibu mertua) dan semua pengunjung blog yang bergelar ibu khusus buat penjenguk setia blog ini seperti Ummu Hakim, Chik (ibu ummah, insya Allah), Milla dan lain-lain yang tidak saya kenali.

Jemput makan kek itu!….

Ummu Abbas
12.28pm
17 Jamadil Awwal 1430H

3 thoughts on “Hari-hari ‘Hari Ibu’

Add yours

  1. Jemput..jemput Kak Nur…Terima kasih. Selamat Hari Ibu buat Kak Nur juga. Semoga hari2 Kak Nur sentiasa bahagia di bawah lindunganNya.

  2. Asalamualaikum wbt..

    Salah kah kita menyambut hari bu?
    Kita bukan nak mengagungkan ibu..dan bukan hanya pada hari itu baru mengingati ibu kita..tetapi sambutan seluruh dunia..
    menyambutnya kerana merasakan..untuk menjaga hati ibu..kerana di televisyen, masyarakat diluar memberi hadiah pada ibu mereka..ibu kita pasti mendambakan perkara yang sama..
    Ada beberapa orang menyatakan sambutan ini adalah sambutan orang bukan Islam..menyamai sambutan orang Kristian..
    tolong jelaskan.

    Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh.

    Pada pendapat saya, ingatan dan penghormatan seorang anak kepada ibu yang dianjurkan Islam sudah jauh lebih hebat dari apa yang di usahakan oleh golongan lain yang non muslim. Jadi tidak perlu lagi kita meniru mereka.

    Kalau mahu beri hadiah, berilah namun usah terikat dengan sambutan hari ibu. Maksudnya jika tiada sambutan hari ibu pun, kita boleh beri hadiah bila-bila masa yang kita mahu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: