Ratu Akhlak di Saudi (Raja Akhlak?….)

Pencarian Gadis Melayu musim ke 2 akan berlangsung lagi. Bila mendengar perkataan Melayu- ia tidak dapat dipisahkan dengan Islam sebagai agama anutan bangsa Melayu sejak turun-temurun.

Atas dasar itu, saya turut mengikuti perkembangan Gadis Melayu musim pertama dahulu. Kadang-kadang ‘miss’ juga daripada menontonnya.

Neraca pandangan saya sudah semestinya berpandukan al-Quran dan Sunnah. Apabila disebut al-Quran dan Sunnah, ia adalah melibatkan reda Allah sebagai empunya syariat itu sendiri.

Banyak perkara yang diajar kepada peserta dan banyak juga kriteria yang harus dipenuhi bagi melayakkan diri sebagai Gadis Melayu.

Ada perkara yang bertepatan dengan kehendak Allah. Banyak juga yang tidak.

Sebagai contoh; Dalam segmen lamaran TV9 kepada 10 calon Gadis Melayu, ada peserta yang bertudung tanpa segan silu menyalami lelaki dan mencium tangan ajnabi tersebut. Terperanjat saya melihatnya. Apakah ini nilai kesopanan Gadis Melayu beragama Islam dalam menghormati kaum lelaki? Meskipun dia lelaki tua!

Itu baru sahaja segmen dilamar. Belum lagi melangkah masuk ke program realiti TV.

Saya tidak mahu menyinggung banyak perkara berkenaan program berkenaan. Saya hanya mahu menyebut sebagai contoh sahaja.

Terdapat komen pembaca blog semasa pertandingan sedang berlangsung mengatakan bahawa Gadis Melayu adalah gadis pemalu yang tidak akan menonjolkan diri sendiri di khalayak ramai.

Dalam sejarah Islam sendiri, gadis muslimah solehah lebih dikenali kerana akhlaknya dan penampilan yang menepati hukum syarak. Serikandi muslimah juga tidak di’highlight’kan kerana berparas cantik tetapi mereka terkenal kerana daya intelektual, bercakap kerana benar, memperjuangkan nilai-nilai murni dalam masyarakat dan khidmat mereka untuk Islam secara amnya.

gadis muslimahImej dari nurauni.blogspot.com/2008_10_01_archive.html

Saya kira dalam hal ini, tanpa hipokrit dan tanpa perlu diprogram-realitikan, Nik Nur Madihah berjaya menawan ramai hati rakyat Malaysia. Remaja 18 tahun yang mendapat 20A dalam SPM2008.

Sejak hari pertama cerita Madihah disiarkan dalam blog ini, setiap hari nama carian ‘Nik Nur Madihah’ muncul dalam blog saya. Saya sendiri naik hairan. Begitu kuat aura adik Maahad Muhammadi Perempuan yang seorang ini.

Saya kira daya tarikan yang kuat pada adik Nik Nur Madihah ialah sifat taqwa yang ada padanya. Sifat taqwa itu tadi membentuk banyak sikap positif pada dirinya.

Doakanlah buat adik Madihah agar dia istiqamah di atas jalan Allah dan sunnah RasulNya.

Daripada kisah Madihah dan program Gadis Melayu TV9, jelas dapat dilihat kriteria yang mempunyai aura yang kuat dalam masyarakat. Madihah dengan penampilan sederhana, tanpa perlu menari di pentas, apa lagi menggayakan fesyen-fesyen yang mengundang murka Allah- berjaya menawan hati rakyat Malaysia dengan daya intelek dan akhlaknya.

Ya Allah, peliharalah hati Madihah dan ibubapanya untukMu dan untuk menjadi pejuang fisabilillah!

Sekarang Madihah masih lagi di Tanah Haram bersama kedua ibubapanya. Hijjaz Travel telah menepati janji mereka.

Sinonim sekali Madihah yang berada di Tanah Haram dengan berita yang disiarkan akhbar Berita Sinar Harian bertajuk;

200 wanita bertanding Ratu Akhlak di Saudi

Niqabi

RIYADH – Satu acara pemilihan ratu cantik diperkenalkan di Arab Saudi dengan menilai aspek-aspek selain daripada kecantikan dan perkara utama yang diberi keutamaan ialah faktor akhlak dan moral.

Pertandingan yang dikenali sebagai ‘Ratu Akhlak’ ini akan melihatkan semua peserta menunjukkan sikap hormat pada ibu bapa dan tahap keimanan tinggi.

“Idea asas pertandingan ini ialah mahu melihat komitmen sebenar seorang wanita Islam terhadap agamanya,” kata pengasas pertandingan itu, Khadra al-Mubarak.

Beliau juga menegaskan, pemenang untuk pertandingan itu tidak semestinya cantik di segi fizikal.

Khadra berkata apa yang lebih menjadi keutamaan ialah kesucian jiwa dan moral peserta.

Menurut beliau, pertandingan itu menerima 200 penyertaan dan mereka akan meluangkan waktu selama 10 minggu untuk menghadiri kelas berkaitan kesucian jiwa dan membentuk peribadi keibuan yang baik.

Mereka juga akan dinilai tentang cara berhubung dengan ibu masing-masing manakala faktor kelembutan serta kesopanan akan diambil kira.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2738846.asp

Saya berharap akhlak Islam semakin mengambil tempat di hati ummah di akhir zaman ini. Gejala materialistik dan memandang rupa semata-mata harus ditolak ke belakang kerana terbukti ia banyak merosakkan manusia dan tamaddun mereka.

PS: Sempena politik tempoyak (meminjam istilah Pak Sayuti) di Perak yang masih kucar-kacir, saya mahu lihat apakah Zambry akan merebut gelaran ‘Raja Akhlak’.

Orang kata, harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama.

Apakah Zambry suka mati meninggalkan nama yang dicemuh rakyat sehingga hari kiamat?

Wallahua’alam.

Ummu Abbas
11.05am
20 Jamadil Awwal 1430H

7 thoughts on “Ratu Akhlak di Saudi (Raja Akhlak?….)

Add yours

  1. Ya Puan, terserlah beberapa perkara yang menarik dari paparan kali ini antaranya, ciri dan sifat akhlak memberi petanda agama tidak lagi upaya diremehkan yakni tidak lagi wajar diabaikan.

    Fungsi dan keberdayaan erti pemediaan sebagai bahan informasi sangat perlu berperanan yang menyaingkan maksud beragama itu membawa bersama pengertian bahawa berpengetahuan itu juga bererti menatijjahkan setiap perkara wujud perhubungannya dengan akhirat.

    Kita telah merasakan kesan kelemahan penginformasian yang tidak adil tidak seimbang telah melahirkan ‘keganasan’ di minda audiannya yang tercari-cari kesahihan pelaporan sesuatu isu atau hanya sekadar menyalurkan faedah-faedah kepentingan pihak tertentu untuk dipelihara.

    Akhirnya watak masyarakat yang diperlukan kepada siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk melahirkannya bila kepercayaan diabaikan oleh individu yang memiliki amanah sehingga menjadikan masyarakat di dalam sosial (unit-unit keluarga) berasa tidak selamat dan sejahtera?

    Kita memerlukan sumber media diperincikan cirinya yang memasuki kecapaian tinggi digital membantu berkebajikan di dalam sosial dengan menjalinkan hubungan jujur mengenalpasti cara untuk membantu masalah akhlak dan moral diatasi.
    (Sayugia diminta diketengahkan penjelasan maksud hadis terhadap larangan khusus ‘harga anjing’, hasil melacur dan upah menilik nasib yang wajar dilihat pada hari ini ia berkait erat dengan penyakit berjangkit.)

    Kita di sebelah rantau ini memiliki banyak kesempatan untuk mengkaji menyelidik kerana tidak terlibat dengan kancah peperangan selain dari kemelut krisis yang dihadapi lantaran kehilangan kepercayaan.

  2. Assalamualaikum k.Nur, Chik ada membaca pasal Ratu Akhlak ni di blog seorang rakan blogger dari Canada (yang gambarnya k.Nur guna kat atas tu) dan juga dalam BH, rasanya bulan lepas di bahagian Luar Negara.
    Berkenaan Gadis Melayu tu Chik tak dapat nak komen banyak sebab hanya menonton sedikit semasa program kemuncaknya kerana secara peribadi memang malas nak tonton TV. Setakat yang dilihat barang beberapa minit itupun Chik dah rasa tak setuju dengan banyak perkara, contohnya pakaian, bersalaman dengan ajnabi dan menari di khalayak ramai. Sedangkan ada seorang ustazah terbilang di dalam panel hakimnya. Mungkin kayu ukur MELAYU saja yang diguna sedangkan ISLAM tidak. Memang Chik tak setuju jadi terus berhenti tengok sebab tak mahu mulut jadi jahat nak komplen macam-macam.
    Tapi, kalaulah stesen TV Malaysia ni nak buat prog macam Ratu Akhlak tu, mengikut ukuran Islam, Chik pasti Chik pun teringin nak tengok.

  3. assalamualaikum. saya kagum dengan entri akak ni. saya jangka tak ada orang dalam malaysia ni yang berpemikiran macam akak ni. saya sebenarnya tak setuju dengan program2 pertandingan kecantikan muslimah ni. saya sendiri dah beberapa kali di tawarkan jadi model muslimah, dan banyak kali di “suggest” untuk masuk pertandingan contoh seperti pertandingan yg dianjur majalah muslimah, the most beautiful woman in malaysia, etc etc.

    tapi bagi saya, apa gunanya bertudung, jika saya dijadikan tatapan khalayak? apa gunanya menutup aurat, jika foto2 saya boleh disimpan oleh peminat2 lelaki yang menampal poster saya didinding mereka atau menyimpan foto saya dalam wallet mereka sambil mereka berkata, “Ahh……. cantiknya Cik Nona ni… Mata bulat, bibir huuuhhhhhh…. kulit putih wow!” Apa gunanya ya?

    Sebab hakikatnya macam tulah model2 dan selebriti2 muslimah di negara kita ni dipuja- sama macam model2 dan selebriti2 tak bertudung. bezanya, model2 muslimah ni bertudung. siapa boleh nafikan yang ramai lelaki “minat gila” kat wardina- contohnya? malah kebanyakan model2 dan selebriti2 muslimah/bertudung sering dikaitkan dengan kecantikannya yang luar biasa. dan tentulah, mereka ni ramai peminat2 lelaki yang “tergila-gilakan” mereka.

    so what’s the point of covering your awrah in the first place, if you will yourself to be admired and idolised for your beauty and ATTRACTIVENESS??? doesnt it defeat the purpose of covering your awrah and being modest in the first place???

    mungkin saya ni agak ekstrim, tapi rasanya model ratu akhlak tu pun tak perlu. islam telah mengangkat martabat wanita supaya sama macam lelaki. setiap lelaki dihargai kerana keunikan masing2- tiada istilah siapa paling kacak atau paling budiman untuk deipertandingkan. jadi kenapa perlu di buat pertandingan2 ni untuk wanita?? cuba bayangkan kalau pada zaman nabi ada pertandingan ratu perempuan? (ratu cantik bertudung, ratu akhlak, etc ec)- pelik tak??

    islam mengangkat martabat wanita supaya dia itu dihargai dan dilayan bak ratu yang sebenar-benarnya. yakni bak puteri raja. tiada pertandingan “puteri cantik” di kalangan puteri2 raja- kerana mereka semua istimewa. kita tidak perlu pertandingkan arwah puteri Diana contohnya, kerana kalau dipertandingkan dia lawan Cindy Crawford atau Tyra Banks, maka tak jadi puteri lah dia sebab di nilai dan dibanding2 kan apakah lebih cantik atau lebih berakhlak dari yang lainnya pada kaca mata “juri2 bertauliah/berakhlak/beragama/berpengalaman/etc)

    Allahualam

    Wa’alaykum salam wbh,

    Bagus! Akak setuju dengan Nona. Moga Nona diberi rahmat dan diberkati Allah hingga ke penghujung hayat.

    Sepanjang usia akak lebih dari suku abad ini, akak perhatikan ramai si rupawan tertipu dengan kecantikan kurniaan Allah padanya. Sedih memang sedih bila mereka hanya dijadikan alat pemuas nafsu lelaki meskipun mereka bertudung. Akak sangat bersyukur kerana Allah tidak golongkan akak dalam kategori gadis-gadis cantik yang menjadi kegilaan ramai lelaki. Tenang jiwa akak menuju Allah. Tidak perlu fikirkan sangat ramai lelaki mahukan kita. Bestkan…

    Akak akan cemburu bila lihat gadis cantik yang solehah… sudahlah cantik, warak pula. Namun susah betul cemburu jenis ini datang bertandang sebab susah benar mencari bunga yang cantik tapi harum baunya.

    Benarlah perumpamaan Allah yang menciptakan banyak bunga yang cantik tiada bau yang harum. Si Melur yang kecil molek dan hanya berwarna putih itu, kuat pula harumannya. Begitu juga si cempaka yang tidak menarik itu. Zahirnya tidak menarik perhatian si rama-rama namun harumnya memikat jiwa.

    Nona adikku fillah,

    Akak doakan Nona menjadi gagak putih di celah gagak hitam.

    Moga Allah bersamamu selalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: