Jangan Buka Tudung Semasa X-Ray

Pagi Isnin 18 Mei 2009, kira-kira 3 hari lepas saya ke klinik gigi HUSM. Gigi geraham bongsu yang tumbuh menyerong harus dibuang kerana telah merosakkan gigi di sebelahnya. Untuk tujuan itu, struktur gigi perlu di x-ray.

Sebenarnya pada pertengahan tahun lepas, saya sudah melakukan pemeriksaan. Saya dimaklumkan oleh perawat saya waktu itu kena buka tudung semasa x-ray. Saya bertanya kalau-kalau ada juru x-ray perempuan. Perawat itu (pelajar perempuan tahun-tahun akhir) memberitahu ada.

Pada hari itu, juru x-ray perempuan tidak bertugas. Jadi saya minta untuk datang x-ray waktu juru x-ray perempuan itu ada.

Tunggu punya tunggu, saya tidak dipanggil untuk x-ray. Pelajar itu pun sudah habis belajar (agaknya sebab saya lupa dia tahun 4 atau tahun 5).
Oleh kerana pada waktu itu, saya hanya sakit sikit, saya tidak terburu-buru untuk membuat rawatan.

Ia belum memenuhi kaedah fiqh yang mengatakan,

Darurat mengharuskan perkara yang dilarang.”

Keadaan yang saya alami belum masuk ke tahap darurat yang mengharuskan saya membuka tudung untuk x-ray.

Lagi pun saya masih punya pilihan untuk ke klinik swasta yang dikendalikan oleh perawat wanita jika saya mampu.

Mesin Panoramic Dental X-Ray seperti inilah yang digunakan kepada saya.
Mesin Panoramic Dental X-Ray seperti inilah yang digunakan kepada saya.

Selidik sebelum buat keputusan

Sambil itu, saya selidik maklumat mengenai prosedur x-ray daripada suami yang juga doktor. Juga melalui rakan-rakan doktor yang lain. Ada juga doktor gigi. Namun saya tidak mendapat jawapan memuaskan daripada mereka.

Saya tanya apakah kain tudung akan memberi kesan pada hasil x-ray. Saya perlu mengkaji semua itu sebelum memutuskan bahawa ianya keadaan darurat yang membolehkan para muslimah membuka tudung di hadapan juru x-ray lelaki, sekiranya tiada juru x-ray wanita.

Semua persoalan tiada jawapan konkrit, sehinggalah gigi saya semakin sakit kebelakangan ini. Saya minta izin suami untuk ke klinik swasta. Lagi pun kos rawatan dia yang akan tanggung.

Doktor swasta beritahu kos MOS (minor oral surgery) yang saya akan jalani ialah RM200. Mak oi… untuk golongan macam saya ia satu harga yang agak mahal. Bila saya beritahu suami, dia pun kurang setuju. Namun untuk rawatan status swasta, agaknya ia berpatutan.

Saya diberi tarikh temujanji sama ada 18 Mei atau 24 Mei. Malam 18 Mei, saya mula rasa takut untuk dibedah. Alhamdulillah, seumur hidup, saya tidak pernah alami pembedahan. 5 orang anak saya bersalin secara normal.

Pagi 18 Mei itu saya kembali ke klinik HUSM dan tidak ke klinik swasta.

Sebelum ke bilik x-ray, saya bertanya,

“Ada juru x-ray perempuan?”

“Hari ini, juru x-ray perempuan bertugas,” pembantu lelaki memberitahu.

Alhamdulillah, saya menarik nafas lega. Allah telah memudahkan.

Di pintu bilik x-ray tertulis nama perempuan. Saya bertambah yakin. Bila saya masuk ke bilik x-ray, hanya seorang lelaki yang ada. Dia memasukkan maklumat ke dalam komputer. Saya sangka dia pembantu kepada juru x-ray yang bertugas hari itu.

Seorang kawan menelefon. Jadi saya berbual sebentar.

Kemudian, pemuda itu mengendalikan pula mesin x-ray. Saya masih menunggu akan ada perempuan yang masuk ke bilik itu. Tiba-tiba pemuda itu berkata,

“Kak, kena buka tudung”.

Saya terperanjat.

“Hmmm…ada tak perempuan yang boleh x-ray?”. Wajah saya sudah ‘moyok’ waktu itu.

“Hari ini saya seorang sahaja yang ada. Pembantu perempuan tu adalah tapi dia tidak pandai kendalikan mesin ini. Saya kena ada sekali juga.”

“Saya tengok nama perempuan yang bertugas di pintu itu.”

“Oh…yang itu bertugas kelmarin.”

Serba salah saya dibuatnya sama ada mahu keluar dari bilik itu atau terus menjalani x-ray serta membuka tudung.

Alhamdulillah, Allah beri idea. Setahu saya benda-benda berlogam sahaja yang tidak boleh di bawa masuk x-ray.

“Boleh tak saya pakai tudung? Lagi pun saya tidak pakai pin (jarum peniti).”

Pemuda itu kelihatan ‘boring’ melayani kerenah saya. Saya tidak kira, yang penting saya mahu reda Allah dan saya tidak nampak adanya situasi darurat untuk saya membuka tudung.

“Baiklah kak. Akak ada pakai rantai tak?”

“Ada. Nanti akak buka.”

Saya membuka rantai dari bawah tudung. Kemudian melangkah ke mesin x-ray. Alhamdulillah. Boleh pun…

Di Bilik Doktor

Di ruang menunggu saya dipanggil untuk mengambil filem x-ray. Saya bimbang juga mereka akan komen filem x-ray jadi tidak jelas dan sebagainya.

Alhamdulillah, no komen.

Saya bawa filem x-ray ke bilik doktor. Doktor memasang filem itu untuk dilihat bersama. Saya masih bimbang.

Alhamdulillah, ok sahaja imej x-ray itu. Jelas dan terang. Mana ada imej tudung kat situ.

Geram betul saya.

Luah perasaan pada suami

Malam itu, saya luahkan pada suami.

“Apa lah dia orang ni. Benda mudah macam tu pun nak suruh orang buka tudung. Ini melibatkan halal haram. Kalau melibatkan perkara harus tidak mengapalah. Ok je filem x-ray itu. Tiada kesan tudung dalam tu.

Nur nak tulis dalam blog supaya muslimah yang lain pun boleh pertahankan hijab mereka,” saya mengomel. Geram memang geram. Hampir setahun saya tunggu untuk melalui perkara semudah ini.

Saya tidak dapat jawapan konkrit sebelum ini walaupun mereka doktor kerana mereka bukan pakar di bidang radiology. Bila mahu filem x-ray, orang yang tolong buatkan.

Suami saya tersenyum-senyum sahaja. Saya dapat rasakan dia pun berpuas hati dengan tindakan saya.

Semua itu adalah pengalaman yang Allah telah takdirkan saya melaluinya untuk memberi sedikit ilmu kepada saya.
Juga untuk saya kongsikan dengan para muslimah yang cintakan HIJAB!

Allahuakbar!

hijab

Ummu Abbas
26 Jamadil Awwal 1430H
10.50am

50 thoughts on “Jangan Buka Tudung Semasa X-Ray

Add yours

  1. Pemberitahuan yang sangat bagus dan penting untuk muslimah di luar sana yang kadang tidak tahu dan sering terpaksa berhadapan dengan hukum halal haram.

  2. Assalamualaikum K.Nur.
    Bila baca cerita knur ni terasa nak kongsi sikit pengalaman sendiri. Knur ingat tak dulu chik ada pakai braces utk baiki struktur gigi yg berlapis hingga sering berdarah dan terkacip lidah? Sebelum tu untuk makluman chik buat rawatan gigi di klinik pergigian besar kb (kpkb). Lepas kakak chik periksa keadaan gigi chik di husm, dia terus buat temujanji dengan pakar orthodontik di kpkb. Temujanji pertama berjalan lancar tapi sebelum sampai temujanji kedua, tiba-tiba gigi & gusi sakit sangat, rupanya geraham bongsu nak naik. Sebab gigi chik terlalu berlapis, gigi bongsu ni menolak ruang yang ada utk tumbuh. Untuk pasang braces, sibongsu perlu dibuang. X-Ray mulut dibuat di HKB tanpa perlu buka tudung, tapi peliknya baju pulak yg kena tukar. Takde masalah langsung. Geraham bongsu pula dibedah oleh pakar mulut di HKB, sekejap saja. Alhamdulillah…

  3. salam ziarah, sy pun ada pengalaman x-ray tapi tudung pun tak pernah buka. tapi kekdg sy ready dgn tudung yg agak pendek sewaktu nak di x-ray. jgn sampai ada yg nak ambik kesempatan kan. nice info, tq.

  4. Jazakillah Chik dan intanrh. Perkongsian ukhti berdua sungguh bermakna. Saya terasa juga seperti pesakit wanita mahu dieksploitasikan. Oleh sebab itu saya ceritakan pengalaman saya di sini.

    Saya bercadang menghantar surat kepada pihak HUSM agar lebih prihatin terhadap isu aurat pesakit ini. Kalau ada di kalangan mereka (staf HUSM) yang terbaca entry ini lagi bagus.

    Pengalaman ukhti berdua juga membuktikan bahawa di pusat rawatan lain tiada masalah untuk mengizinkan pesakit memakai tudung. Ia menjelaskan lagi bahawa sebenarnya pakaian yang dipakai tidak memberi kesan kepada hasil x-ray.

    Saya berharap ada lagi muslimah yang mempunyai pengalaman yang sama berkongsi cerita mereka di sini. Saya boleh jadikan ia hujjah untuk dikemukakan kepada pihak berkenaan.

    Moga usaha kita dinilai sebagai jihad mempertahankan agama Allah di sisiNya.

    “Barangsiapa yang menegakkan satu sunnahku di akhir zaman yang mana rosaknya ummatku, diberi ganjaran pahala 100 orang mati syahid.”

    Hadis (saya belum semak matan hadis ini. Bila saya jumpa, saya akan betulkan semula-p)

    Amin.

  5. salam,
    sy cadangkan akak menyimpan dan ambil perlindungan takaful.bila hal yg tak terduga berlaku boleh dptkan rawatan terbaik di hospital swasta tanpa risau akan kos yang perlu ditanggung 😉

  6. salam kak nur,
    bagus kak nur berkongsi info ni…milla tak tau pun nak x-ray gigi kena buka tudung (apa kena mengena erk?). lainkali kalau berlaku pe2 taulah kita nak pertahankan hijab kita…(terasa spt mrk ni mengambil kesempatan lak).

  7. Assalamualaikum
    Menarik sekali pengalaman yg diceritakan dan boleh dijadikan sebagai rujukan berguna. di sini azie nak berkongsi sedikit pengalaman berada di bumi arab. Sepanjang pengalaman azie utk mendapatkan RP (resident permit), azie mesti melalui ujian drugs dan hiv, x-ray dan finger print. Di kedua2 pusat itu sentiasa penuh dgn ramai pendatang yg ingin mendapat RP. Tapi yg bestnya, ianya diasingkan lelaki dan wanita. Cara kerjanya juga sistematik dan amat teratur sekali. Jadi, tak ada masalah pasal buka tudung atau tak…sebab semuanya dikendalikan oleh kaum sejenis…malah kawasan tersebut merupakan kawasan larangan bagi berlaianan gender. Kenapa kat malaysia tdk dibuat mcm tu juga, bukankah pemimpin kita mengiktiraf malaysia sebagai negara Islam….?!!

  8. MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Maklumat Lanjut Klik : http://pondokhabib wordpress.com

  9. Salam’alaykum kepada semua pengunjung,

    Pagi tadi saya bincang dengan suami tentang pengalaman-pengalaman yang dikongsikan di sini. Suami beritahu bergantung juga apa yang perlu di x-ray. Kalau mahu x-ray tisu, sel,plasma dan lain-lain selain tulang mungkin kesan ia berbeza. Ia juga bergantung pada jenis kain tudung yang dipakai adakah memberi kesan atau tidak. Ini sekadar pendapat dari pakar mikrobiology dan bukannya dari pakar radiology.

    Alangkah baiknya kalau ada pakar radiology tersesat ke sini dan memberikan pendapatnya. Bolehlah saya bandingkan dengan fiqh semasa untuk menentukan hukum darurah dan rukhsah. Agaknya saya perlu mengadap mereka dan melakukan sedikit penyelidikan agar saranan-saranan yang lebih efektif dapat dikemukakan! Buat masa sekarang, keadaan saya tidak mengizinkan saya berbuat demikian.

    Pengalaman Azie memang menarik dan sepatutnya ada usaha dari pihak berkenaan untuk mendisiplinkan perkara ini menurut lunas syariat. Kalaulah perkara ini dapat dilaksanakan, ia menjadi lebih mudah tanpa perlu mengkaji jenis kain yang boleh dipakai atau tidak. Inilah jalan terbaik menurut pandangan syarak.

    Kalau pengasingan rawatan antara jantina tidak dapat dilakukan, maka bahagian radiology wajar sekali menyediakan alternatif bagi muslimah berhijab. Contoh: menyediakan jenis tudung yang boleh dipakai sama seperti mereka menyediakan baju (apa nama baju ini? Yang berat dan tebal itu) yang perlu dipakai semasa x-ray.

    Jika para petugas itu muslim, wajar sekali mereka merasa tanggungjawab untuk memastikan semua perkara berjalan di bawah reda Allah.

    Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

  10. salam akak
    ada seorang teman minta saya datang ke sini. Saya pelajar jurusan ini, dan bagi saya inilah yang saya perjuangkan dalam bidang ini, iaitu aurat muslimah. guru2 kami banyak memberi penekanan tentang perkara ini, juga betapa pentingnya seorang muslimah yang mengendalikan pesakit muslimah dan sebaliknya.

    Seperti yang azie nyatakan di atas. lebih mudah.

    Memula machine untuk x-ray gigi dan rahang ini kita panggil OPG singkatan bg orthopantomography. Sebenarnya boleh sahaja pakai tudung asalkan material nya hanyalah kain biasa dan takde ‘berlian’ di kawasan yang hendak di xray. Bahagian lain takpe.Malah kalau pakai jarum peniti pun tidka mengapa sebab ia di luar kawasan yang nak di x-ray.

    Tapi jika pakai kerongsang di leher, itu perlu di buang, ia akan meninggalkan kesan pada image nanti, tapi boleh aje sekadar buang kerongsang tapi maintain kan tudung di tempatnya. Antara bahan2 yang akan meninggalkan kesan adalah seperti besi, subang, cincin, ‘berlian’ pada tudung, sulaman tebal pada tudung, pengikat rambut. Ni antara cthnya. Maka perlu pakai tudung yang material biasa, buang pengikat rambut, dan rantai boleh aje sebenarnya sbb tidak mengganggu, tp kalau2 menggangu kawasan yang nak di x-ray lbh baik dibuang.

    Kalau tudung berjahit lebih mudah. Bg kes akak, saya rasa radiographer (juru x-ray) itu bimbang jika ada kesan drp tudung atau kebetulan tudung yang akak pakai tidak sesuai. Mungkin, saya hanya meng-agak sbb saya tiada di situ dan tidk dpt lihat tudung bagaimana yang akak kenakan. Jika ada kesan pd image sbb tudung itu, radiographer terpaksa repeat semula x-ray tadi dn ia sgat tidak bagus untuk pesakit. Kerana kita memberi dose berlebihan. Saya yakin ini yang beliau risaukan. Saya cuba bersangka baik.

    walaubagaimanapun, radiographer muslim wajib berusaha untuk memelihara aurat pesakit muslimah, setakat mana mampu. Sekurang-kurangnya ada usaha. Ini yang menyebabkan saya ada menghasilkan beberapa artikel mengenai etika radiographer berkenaan aurat muslimah, which is very crucial. Dan kami juga ada membuat pembentangan di kelas dan sebagainya mengenai perkara ini.

    Mengenai tudung khas itu saya sgat bersetuju, perlu dibuat. Cuma pakaian berat yang akak nyatakan itu kita panggil lead gown. Ia untuk menangkis x-ray drp terkena bahagian badan yang lain. Cukuplah jika disediakan sehelai tudung cotton berjahit untuk kes2 sebegini.

    Ketika saya bertgas sbg pelajar, kami banyak terpaksa mengikut prosedur hospital, tp untuk kes2 begini, apabila radiographer lelaki yang bertugas bersama saya, biasanya saya mohon saya sahaja dan teman perempuan yang lain uruskan pesakit muslimah. Jelas nampak di wajah mereka kelegaan apabila dijaga aurat.

    Memang saya sgat bersetuju pihak KKM (kem kesihatan msia) wajib buat kawasan khas untuk lelaki dan wanita. Walaubagaimanpun untuk ini sgat susah hendak dilaksanakan keran mesin2 tidak banyak dna pesakit di gov hosp sangat2 ramai. Tidka diasingkan pun tidak menang tangan, inikan pula jika diasingkan, akan bertambah masa menungggu pesakit terutama yg kritikal.

    Satu mesin harganya tersangat mahal, jika mahu laksanakan pengasingan mungkin membebankan gov. Namun sebenarnya banyak duit gov yang disalurkan ke arah lain lbh baik disalurkan ke arah ini. Saya fikir.

    Tambahan pula staff radiographer masih dlm kesempitan di msia, kekurangan kakitangan ini merupakan satu faktor. Dan inshaAllah akan dtg akan bertambah dgan pertambahan pelajar kini.

    Yang saya bincangkan di atas lebih kpd x-ray prosedur yang akak hadapi, saya terpaksa menulis beribu perkataan jika hendak menerangkan kesemua sekali prosedur yang ada dan limitation terhadap penjagaan aurat. Tetap ada prosedur yang terpaksa pesakit buang tudung dan tukar baju.

    Itulah pentingnya hanya radiographer muslimah yang handle pesakit muslimah di tempat tertutup. Jadi bebas untuk membuka aurat yang perlu.

    Namun akak, saya percaya, masalah ini semua akan dpt diatasi HANYA JIKA authorities dan staffs sangat MAHU & BERUSAHA MENJAGA apa yang ISLAM tekankan. Inilah masalah utama kita hari ini.

    Akak, sekadar ini shj saya rasa, jika ada antara pembaca yg mahu maklumat lanjut boleh hubungi email saya inshaAllah. Perlu akak ingat saya hanyalah pelajar yang baru menamatkan tahun kedua pembelajaran saya, jadi mungkin ada beberapa perkara yg saya tersalah maklumat dan sbgnya, mungkin. Manusia sering melakukakn kesilapan.

    maaf komen panjang dgan bahasa yang kurang betul 😀

    wassalam

  11. akak, komen ini tak perlu approve
    saya rasa tajuk entry kena tukar sedikit. Sebab ia terlalu general. Bukan applicable for all..kan..?

    baguslah akak mencari apa yg benar, saya respect sgat. Dan radiographer pun akan ikut je bila die tahu kita ada knowledge 😉

    nanti saya mintak teman2 atau senior dtg jenguk blog ini kay.. 🙂 inshaAllah.

  12. Assalamu’alaykum wbh as,

    Akak sangat menghargai maklumat yang diberikan.

    Akak sangat gembira dengan sedikit perkongsian yang dicurahkan di sini.

    Akak cuba bersangka baik juga dengan radiographer itu. Semasa proses x-ray dilakukan, akak tidak rasa marah walau sedikit pun.

    Perasaan kesal itu timbul setelah pulang ke rumah. Namun sedikit pun akak tidak fikirkan tentang radiographer itu. Apatah lagi mahu menuduh dia cuba mengambil peluang. Akak cuma mengagak dia hanya melakukan menurut ilmu yang dia belajar.

    Akak cuma terfikir bahawa keadaan ini boleh dieksploitasi oleh mereka yang tidak jujur setelah meluahkan perasaan pada suami.

    Seusai membaca pengalaman Chik dan intanrh di atas, bertambah jelas keadaan ini (proses x-ray) boleh diambil kesempatan oleh mereka yang tidak jujur. Akak sebut ‘seperti pesakit wanita mahu dieksploitasikan’ itu tidak khusus kepada diri akak sendiri. Namun ia boleh berlaku kepada mana-mana wanita.

    Bila Akak guna perkataan ‘seperti’, ia bermaksud ‘seolah-olah’. Kalau Akak mahu tuduh radiographer yang x-ray Akak itu, Akak akan sebut secara khusus ‘saya cuba dieksploitasi oleh radiographer itu’. Hal-hal niat bukan urusan manusia tetapi urusan Allah. Kita boleh syak tetapi tidak boleh terus menuduh individu tertentu. Syak tidak sama dengan sangka buruk kerana sangka buruk itu mendatangkan dosa pada hati.

    As yang dimuliakan,

    Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran kerana sudi meluangkan saat dan minit serta tenaga menaip terhadap topik ini. Topik yang berkait dengan hukum Allah. InsyaAllah.

  13. no worries…as tak fokus pd perkara itu dlm komen as, cuma satu paragraph sahaja =) as lebih fokus kepada prosedur.
    as cuma justify apa yang radiographer itu cuba lakukan..untuk difahami kenapa.. Itu sahaja, mintak maaf kalau akak rasa as mengatakan akak berkata demikian rupa.

    radiographer, mereka sama spt doktor2 yang kita percayai kerna misi mereka sama dengan misi doktor2..untuk membantu pesakit. Mereka ini antara tulang belakang melengkapkan kerja2 doktor. Mereka dilatih etika2 sama spt para doktor.

    Mintak maaf ye akak jika komen as satu perenggan itu buat akak rasa begitu, as langsung tidak bermaksud bahawa akak menuduh dia, as sekadar jelaskan kenapa dia bersikap begitu. Hehe. As faham keadaan akak mcm mana, sama2 wanita, dan as sndri di x-ray lebih dari 100 kali masuk tahun ini. i’ve faced more than that =)

  14. As yang dikasihi Allah,

    Maaf, Akak approve juga komen kedua kerana ada perkara yang perlu dijelaskan.

    Akak menulis tajuk dalam keadaan sedar ia memberi maksud umum untuk semua jenis x-ray. Walhal Akak ada pengalaman juga x-ray badan semasa mahu ke IPT dulu sebanyak dua kali. Kali pertama semasa mahu sambung belajar peringkat sarjana muda dan kali kedua peringkat sarjana. Jenis x-ray ini memerlukan kita menukar baju dan membuka tudung. Namun alhamdulillah, dapat uruskan dengan radiographer wanita.

    Akak juga pernah di x-ray bahagian pipi sahaja namun jenis itu memang tidak memerlukan tudung dibuka.

    Ada dua sebab tajuk itu dikekalkan semasa mahu menulisnya;

    1. Untuk meringkaskan tajuk.

    2. Pengkhususan tajuk terkandung dalam entry itu sendiri yang mana Akak sengaja cari foto mesin berkenaan dan Akak ceritakan yang mahu di X-Ray ialah struktur gigi sahaja. Akak berharap pembaca boleh faham jenis X-Ray yang Akak maksudkan.

    Wallahua’lam.

  15. As yang dihormati,

    Untuk komen ketiga itu, tidak mengapa :). Akak tidak merasa dituduh. Cuma bimbang radiographer yang x-ray Akak terjumpa perbahasan ini. Jadi lebih baik Akak jelaskan awal-awal. Akak sekadar mahu meminimumkan persepsi yang pelbagai.

    Ia juga mengandungi ilmu mengenai zhan dan syak untuk dikongsikan bersama pembaca umum.

    Maaf juga jika As terasa.

    Perbahasan jika disertai dengan bahasa dan adab yang baik akan memberi kesan positif kepada orang yang berbahas dan juga pembaca umum.

    Tahniah As kerana melahirkan budi bicara yang baik. Cara kita berkomunikasi melambangkan peribadi.

    Moga dapat dicontohi orang lain.

    Wallahua’lam.

  16. Salam Puan,

    Teringin pula untuk bertanya tetapi bukan di dalam tajuk yakni, wujudkah blog yang dikhaskan untuk penyertaan wanita sahaja?

    Misalnya penggunaan Kotak Bualan YM/MSN perbualan hanya berlaku apabila ada undangan dan kebenaran.

    Nilai syariah PTS di dalam buku, apakah tidak upaya turut wujud di dalam rangkaian siber dan interaksi digital di dalam memelihara akhlak.

    Di sinilah keperluan untuk wujud sistem pencakeraan padat komputer dari muslimin kerana medan penyeruan kita hanyalah kepada Allah dan RasulNya
    apabila menerusi tangan (kuasa-ilham cipta dan kreatif di bidang-bidang interaktif hubungan manusia), lidah (suara bicara – media eletronik – frekuensi gelombang pancar), hati (spritual kerohanian yang kukuh dihayati saranan dari wasiat iman) antara gambaran bukti imannya mukmin jika ingin berusaha di dalam sudut amar makruf dan nahi munkar.

    Mohon bimbingan.

  17. Assalamu’alaykum thanaif,

    Saya sangat menghargai perkongsian minda saudara di rumah maya saya ini. Idea yang baik akan dapat dikongsi dengan orang lain secara lebih berkesan bila disampaikan dengan bahasa yang mudah.

    Sebelum saya memberi pandangan lanjut, saya mahu tahu apakah soalan, “wujudkah blog yang dikhaskan untuk penyertaan wanita sahaja?” itu ditujukan khusus untuk saya atau secara am sahaja.

    Tentang persoalan lain, saya akan memberi respon apabila berpeluang melakukannya. Masih ada persoalan sebelum ini dari pengunjung yang belum saya jawab. Harap maklum.

  18. assalamualaikum..

    Wah, akhirnya, berjaya jugak kak nur selesaikan rawatan. Alhamdulillah. Senang sgt je pun bendanya, teknikal shj memayahkan..

    Nasib baik Kak Nur yg kena buat X-Ray, baru tahu cerita sbnr, klu orang lain.. bukak je kot.. Dharurat.. Hoho..

  19. Salam Kak..
    Ni peranannya kena ada suara dan kuasa, bila ada kuasa, boleh kita wujudkan polisi. mungkin lepas ni, ada doktor2 muda yang berpendidikan agama yang boleh menyuarakan kepentingan aurat ni semasa meeting dan memberi hujah yang tepat untuk kepentingan umum khususnya umat islam.
    nak x ray je kena buka tudung bagi perempuan, lelaki lak kena buka baju.. tapi pelik la kak, sy ni kalu nak xray je..mesti perempuan yang handle machine.. tapi nasib baik sy pakai baju singlet. pastu satu lagi, urine test, alamak… segan la nak bagi sampel kat misi perempuan. doktor gigi pon perempuan, misi pon sama. mentang2 la dalam borang kesihatan tu tulis jawatan jurutera, misi pon gelenyar dok sengih2..
    kita sebenarnya terlalu menggunapakai dasar org barat.. banyak sebenarnya boleh kita buat macam kes kakak tadi..
    pun bagaimana walau, kes kakak ni boleh dijadikan contoh yang baik… ops, lelaki boleh pakai singlet pon kira contoh gak..huhu- credit utk saya..hehe

  20. cadangannya… kepada as… elok lah letak peringatan tentang x-ray tu lam bilik x-ray… boleh lah pesakit tahu sejauh mana mereka perlu bukak… tak de lah nanti ada yang amek kesempatan…

  21. Assamualaikum kak…
    minta izin copy ya utk d sebarkan pada umat Islam yg msh xtau..
    syukran sebelumnya…

  22. Syabas Nor. Saya kagum dg ketegasan anda dalam menghadapi dugaan tersebut.Inilah yang WAJIB diamalkan oleh setiap wanita solehah. Tahniah kerana punyai suami yang cukup prihatin dg permasalahan wanita terutama yg berkaitan dg hijab

  23. Hmm…Cikgu Halim pun dah sampai ke blog saya. Ahlan wasahlan. Terima kasih dan segala puji bagi Allah. Tiada kekuatan kecuali dari Allah jua.

  24. salam akak..
    menarik cerita akak yang akak kongsikan di dlm blog ini.
    akak sesungguhnya aurat itu adalah amat penting untuk dijaga, terutama sekali wanita (lelaki pun sama). berkenaan tentang xray yg akak jalani itu, saya paham dan tahu procedurenya.. kerana saya adalah pelajar dlm bidang ini, radiographer (juru xray). saya telah menamatkan diploma, dan kini melanjutkan pelajaran ke peringkat degree. semasa belajar di peringkat dip. dulu, saya sudah byk kali menjalani praktikal di setiap semester. untuk situasi yg akak alami, saya paham, untuk membuka tudung adalah amat berat kerana ia adalah suatu yg amat dititik beratkan dlm kehidupan seorg muslimah sejati. berkenaan tudung, yg dipakai semasa xray dijalankan, memng tidak akan kelihatan jika dilakukan sebetulnya, bergantung pada keadaan anatomy, atau fizikal pesakit, jika dilihat gambar akan seperti biasa, tetapi jika diteliti sebenarnya, kemungkinan akan terjadi garis2 halus dlm gambar(radiograph film). untuk kes yg teruk, kemungkinan terjadi salah tafsir tentang gambar, atau (misdiagnose ). misalnya, jika struktur tulang ok, tetapi disebabkan terdapat kesan dlm gambar yang mungkin disebabkan olh rambut atau kain. maka akan terbentuk kesan retak, atau kesan patah halus (fracture). tetapu dlm contact akak, mungkin hanya sakit yg sedikit, dan bukan disebabkan kesan trauma, jadi doktor x membuat diagnosis yg terperinci. dlm situasi xray dada (chest xray) jika tudung dibiarkan disanggul keatas. kemungkinan juga akan termasuk di dlm gambar. ini saya akan terangkan nanti.. dan bagi pompuan yg x bertudung, jika dibiar rambutnya terurai tanpa di sanggul, akan menyebabkan imej serta garis2 rambut kelihatan dlm gambar (radiograph film). apabila semua ini terjadi.. maka kemungkinan untuk misdiagnose adalah amat2 tinggi. tetapi kalau doktor yg berpengalaman, kemungkinan akan dpt mengenal pasti masalah ini. tetapi kalau kurang pengalaman, serta tidak alert akan membuat diagnosis yg silap. bagi yg pakai tudung, kemungkinan tudung atau “labuci2 atau pin” masuk adalah tinggi jugak. cuba ingat.. kita time xray dada disuruh dongak kan? dongakkan ini adalah untuk mengelakan dagu termasuk didlm ruang atau bahagian airpax, atau bahagian atas ruang xray (tnya suami akak tgk untuk lbh paham) bahagian ini mst terpapar dlm gambar tanpa ada apa2 gangguan.. (untuk mengesan pertanda penyakit tibi ruang diatas(airpax) mst jelas terpapar tanpa gangguan untuk diagnosis yg betul) jadi, kalau org yg leher pendek, bila dia dongak, sanggul dibelakang (kalau yg rambut panjang sanggul akan besar sket) mungkin akn termasuk dlm ruang dada. kalau yang jinjang leher mungkin akan mudah sedikit. tetapi seboleh nya, sy sebagai org islam dan lelaki, sy cuba menjaga kehormatan saudara perempuan seagama, jika sy terlibat melakukan kes2 berkaitan yg perlu serta berkaitan bahagian yg aurat. apa yg sy cite ini serba ringkas tentang kerjaya sebagai radiographer. dan akak.. tiap kali akak xray, cuba modified cara, agar aurat terjaga. kami yg berkerja dibidang ini, sebolehnya ingin yg terbaik serta terhormat kepada pesakit kami, kalau ada salah dan silap. kami hanya manusia biasaa.

    wslm..,
    zul hasrul zakaria
    alor star kedah
    medical imaging (uitm)

  25. Assalamu’alaykum Zul Hasrul,

    Pertamanya jazakumullah atas maklumat yang diberikan. Akak sungguh-sungguh berterima kasih atas perincian yang Zul huraikan.

    Akak membacanya dengan asyik sekali kerana maklumat terperinci seperti inilah yang diperlukan bagi menentukan keharusan mengamalkan kaedah, “Darurah mengharuskan perkara yang dilarang”.

    Hukum fiqh Islam mesti didirikan di atas fakta yang jelas dan tepat. Ia tidak boleh dibuat secara andaian-andaian tanpa berdasarkan ilmu.

    Boleh akak bertanya sedikit mengenai saranan Zul yang berbunyi, “tiap kali akak xray, cuba modified cara, agar aurat terjaga.” Contoh modified cara itu macam mana? Sebagai seorang radiographer, Zul mungkin mempunyai pandangan yang lebih praktikal. Ia akan lebih memudahkan pesakit. Dalam masa yang sama dapat melancarkan tugas radiographer.

    Perkongsian pendapat ini bukan untuk akak seorang sahaja, bahkan dapat dikongsi bersama para muslimah yang lain juga.

    Akak doakan Zul berjaya menamatkan degree dengan cemerlang.

    Sekian, terima kasih.

    Ummu Abbas

  26. salam..

    saya ingin memberi sedikit huraian tentang prosedur x-ray ini.memandangkan saya seorang radiographer..
    seperti mana komen zul..sy pun bersetuju..sekiranya tudung tidak ditanggalkan..berkemungkinan akan salah diagnos sesuatu punca yg menyebabkan kesakitan..lebih2 lagi kalau x-ray tu di buat untuk memperlihatkan struktur soft tissue..itu baru di bahagian gigi.

    untuk dada pun sama.perlu ditanggal semua luar dan dalam..untuk mengelakkan kesan artifact pada film.tetapi bukanlah anda tidak memakai apa2 langsung semasa x-ray tu..pakaian disediakan..biasa sekarang ni mcam2 fesyen baju ada..labuci,manik2..emas berlian..gambar2 kartun..

    untuk bahagian abdomen..sama seperti dada..

    untuk tangan kaki…anda tidak perlu tukar pakaian..

    untuk bahagian pinggang dan peha..perlu tukar pakaian…

    kombinasi untuk x-ray dada dan pinggang.dan lain2 yg memerlukan anda tukar pakaian…perlu tukar

    ini juga untuk mengelakkan anda dari terkena radiasi berganda..

  27. sy adalah seorang radiographer U42 yg bertugas di sebuah hospital kerajaan, majoriti pesakit yang datang untuk mendapakan perkhidmatan X-ray adalah merupakan golongan bumiputera dan islam. Mereka kekadang ragu-ragu dan agak tidak senang jika mendedahkan aurat mereka kepada saya yg bukan islam. Seperti mana penulis blog ini, setiap pesakit yg dtg kami akan memastikan tiada barangan radio-opak yg akan menjejaskan kualiti imej dan quality diagnostik. Zaman serba IT ini, x-ray adalah sangat sensitif dan imej yg dihasilkan adalah jauh lebih sensitiviti dari x-ray lama. Oleh itu sesetangah kain yang dipakai akan mewujudkan bayangan yang agak jelas pada imej radiograf yang dihasil. Misalnya seorang pesakit yang mengalami kepatahan tulang di betis dan memerlukan x-ray dan dia memakai seluar jeans, ketebalan jeans sudah tentu akan menyebabkan byangan jalur-jalur pada imej kakinya. Jika doktor yang menganalisa pesakit tersebut tidak mustahil doktor tersebut akan meminta pemeriksaan x-ray sekali lg, ini akn menambahkan dos radiasi pada pesakit tersebut dan radiasi berulang tersebut ssepatutnya boleh dicegah.

  28. ummuabbas:Kalau pengasingan rawatan antara jantina tidak dapat dilakukan, maka bahagian radiology wajar sekali menyediakan alternatif bagi muslimah berhijab. Contoh: menyediakan jenis tudung yang boleh dipakai sama seperti mereka menyediakan baju (apa nama baju ini? Yang berat dan tebal itu) yang perlu dipakai semasa x-ray.

    baju itu adalah baju yang diperbuat daripada plumbum yang bertujuan untuk melindungi daripada sinaran sekunder x-ray yang akan memberikan kesan kepada sel. Oleh kerena anda sedang melakukan x-ray pada bahagian gigi shaja dan badan tidak sepatutnya terdedah kepada x-ray, oleh itu wajib diberikan baju yang tebal itu. Untuk tudung ia tidak boleh sama materialnya seperti baju plumbum tersebut kerana radiasi tidak dapat menembusinya

  29. salam akak..disini saya ingin menegaskan bahawa, perkara sebegini x patut dibincangka dalam ni..setiap pekerjaan mempunyai prosedurnya,dan jangan perlekehkan kami punya pekerjaan..akak boleh dikatakan seperti bodoh dan sombong..apa salahnya pada hari periksaaan xray tersebut akak musykil,akak terus bertanyakan kepada juru xray yang bertugas,xkesah la sama ada laki atau prempuan.mesti ada jawapan..salah satu tujuan kami lakukan,adalah untuk meningkatkan lagi kualiti imej radiograf..jangan akak salah sangka dan buruk sangka pada juru xray..kami minta lakukan ada sebab..jangan malu bertanya..akak nk tggu orang reply dalm ni?sampai setahun?sedangkan akak ada masa untuk pergi berjumpa dengan orang yang sepatutnya??basic je semua tu..ckup la,jangan burukkan lagi juru xray..kami lakukan tugas atas permintaan akak..jadi tolong faham kerja kami..kalo musykil pape,trus tya pada pakar..disini akak ada sikap bertangguh2,buruk sangka pun ada…saya KESAL… salam

  30. salam..
    baru-baru ini seorang rakan perempuan saya telah menjalani ujian xray di sebuah klinik swasta.. dan dia seorang wanita yang amat mementingkan aurat sebagai seorang muslimah.. sampai di bilik xray,dia mendapati juru xray adalah lelaki..dan dia diminta membuka tudungnya.. lalu.. tanpa berfikir panjang,dia membuka tudung dan memakai baju yg diminta.. ketika ujian xray dilakukan,dia tidak memakai tudung..

    namun,,selepas ujian xray dilakukan, saya nampak kerisauan di wajahnya.. dia bersuara dan berkata ”saya rasa bersalah sangat buang tudung tadi.. saya takut effect result xray.. jadi saya buang tudung.. kalau kira dari segi hukum,,berdosa besar saya kan?”..

    saya tak dapat nak menjawab persoalannya itu.. namun,,sehingga ke hari ini dia amat menyesali perbuatannya itu.. dan masih menjadi trauma kepadanya kerana dia tahu rambut itu mahkota perempuan dan aurat ..

    jadi,,saya di sini ingin meminta pandangan puan tentang masalah ini.. harap maklum~ terima kasih..

    Wsalam.

    Ada situasi darurah yang membolehkan seseorang membuka auratnya untuk tujuan rawatan. Apabila mengambil rukhsah tersebut untuk membuat perkara yang dilarang, maka ia tidak berdosa.

    Dalam kes di atas, kawan Noor harus berusaha mencari juru x ray perempuan terlebih dahulu. Apatah lagi dia ke klinik swasta… ini menunjukkan dia mampu membayar perkhidmatan swasta. Alang-alang kita melanggan perkhidmatan swasta, sepatutnya kita lebih mampu memilih perkhidmatan berlandaskan syarak.

    Jadi persoalan sama ada dia berdosa atau tidak membuka auratnya ialah kembali kepada usaha-usaha yang telah dilakukan sebelum bertemu dengan juru x ray lelaki itu.

    Jika dia telah berusaha dan didapati tiada juru x ray wanita, maka hukumnya harus membuka tudung di hadapan juru x ray lelaki namun hendaklah dipastikan bahawa membuka tudung itu benar-benar satu keperluan apabila menjalani x ray. Tolong rujuk juga perbahasan dalam komen-komen sebelum ini.

    Jika dia tidak berusaha, maka hukumnya adalah berdosa.

    Seperkara lagi, jika membuka tudung sekalipun, usahlah dibuka skaf yang menutupi rambut. Jadi aurat rambut masih terjaga. Yang terdedah hanya bahagian leher sahaja. Bergantung kepada apa yang hendak di x ray.

    Apa yang sudah berlaku itu, jika datang dari sikap kita bermudah-mudah, maka hendaklah kembali kepada Allah dengan beristighfar dan bertaubat. Selepas ini bertanyalah dahulu kepada orang yang lebih tahu sebelum melakukan sesuatu.

    Sekian.

  31. Salam ziarah lagi ummuabbas…

    Alhamdulillah pencerahan yang baik kepada saya sendiri mahupun yang lain. Buat pedoman dan ingatan jika perkara ini perlu dilalui.

    Terima kasih ummuabbas.

  32. saya merupakan seorang juru x-ray// kita lihat trend hari ini.. kebanyakkan tudung penuh dengan manik2 dan bunga2 yang terhias indah.. malahan semasa saya menjalankan x-ray dada… byk faktor yg perlu diambil kira terutamanya rambut pesakit yang basah/lembab beserta penggunaan minyak rambut dimana kesannya ketas radiograf yg dihasilkan amat mengejutkan.. jika tudung tidak dibuka… saya tidak pasti adakah rambutnya disanggul, basa, pengikat getah bermanik dan sebangai.. byk kes2 ulangan terpaksa dilakukan kerana imej yang dihasilkan seolah2 pesakit berkenaan menghidapi ketumbuhan/barah, paru2 berair dsb sedangkan sebenarnya pesakit berkenaan adalah sihat. jadi faktor2 ini diambil kira oleh juru x-ray bagi mengelakkan terjadinya rawatan yang salah oleh doktor yg memeriksa radiograf berkenaan… jika boleh seandainya anda diperlukan untuk membuat pemeriksaan x-ray, sila patuhi arahan yg telah ditetapkan oleh kementrian dan badan2 antarabangsa bagi mengelakkan terjadinya penafsiran yang salah terhadap radiograf yang dihasilkan…untuk pengetahuan semua… hanya juru-xray sekurang kurangnya memegang diploma dan keatas sahaja yang layak mengendalikan peralatan sinaran mengion/x-ray yang telah ditetapkan oleh piawaian antarabangsa IAEA dan Agensi Nuklear Malaysia berkuatkuasa serta merta bermula disember 2010, operator mesin/doktor dan sebagainya selain daripada juru-xray bertauliah adalah tidak dibenarkan melakukan dedahan ke atas pesakit kerana faktor pengetahuan fizik sinaran adalah amat penting dimana dedahan yg dilakukan adalah pada KADAR OPTIMUM ( selamat )

  33. Assalamualaikum..

    saya merupakan seorang juru x-ray yang bertugas disalah sebuah hospital kerajaan. Dalam kes seperti ini untuk melakukan pemeriksaan dibahagian gigi, memang kebanyakan mereka yang datang tidak semua mempunyai pengetahuan dlm bidang ini.

    Oleh itu selalunya kami mengambil masa yang agak lama untuk menerangkan prosedur ke atas pesakit tentang apa yang dibenarkan serta apa yang tidak dibenarkan untuk pakai ketika melakukan pemeriksaan. Sekiranya pesakit boleh memeberi kerjasama, tidak menjadi masalah untuk kami meneruskan pemeriksaan tanpa membuka tudung.

    Tetapi sesetengah pesakit tidak jujur sekiranya kami bertanya.. ‘puan, kalau puan ada pakai rantai atau subang sila bukak ya’.. tapi puan tu kata dia tak pakai semua tu. sebagai seorang juru x-ray adalah tugas kami untuk memastikan tiada sebarang artifak yang boleh mengganggu imej radiograf. adalah mudah sekiranya kami memeriksa sendiri dengan menyuruh mereka membuka tudung..

    Banyak kes terjadi apabila pengulangan terpaksa dilakukan akibat artifak-artifak yang tidak diingini. Untuk memudahkan urusan kami, adalah lebih baik kami memeriksa sendiri. Sekiranya pengulangan radiograf terpaksa dilakukan, ini akan menyebabkan kes-kes yang lain tertangguh.

    Bila perkhidmatan kami dipertikaikan akibat kelewatan pesakit menunggu, ini akan menjatuhkan kredibiliti seorang radiographer seolah-olah kami sengaja melambat-lambatkan prosedur yang dijalankan. untuk pengetahuan umum, bukan semua pesakit yang datang mampu memberikan kerjasama seperti pesakit normal. Oleh itu, kebanyakan masa diambil untuk memastikan mereka mampu melakukan pemposisian yang baik. Bermacam-macam kerenah pesakit yang kami jumpa. oleh itu, diminta untuk semua memahami yang tugas seorang radiographer bukannya mudah dan memerlukan tenaga serta kesabaran yang tinggi.

    Segala prosedur yang kami lakukan bukanlah untuk mengambil kesempatan, tetapi bagi memudahkan urusan pekerjaan. :D..Wallahualam..

  34. assalamualaikum…akcely sy seorang radiographer yg mengedalikan mesin2 xray ni..sy seorg islam dan tahu akan haram tentang dedahan aurat….salah kalau statement yg menyatakan “x-ray tak perlu buka tudung”..saya akan terangkan perlahan-lahan…sebenarnye ade byk jenis mesin x-ray contoh nya seperti Magnetic Resonance Imaging (MRI) yg menggunakan prinsip magnet untuk imbasan terhadap pesakit…mesin general x-ray iaitu menggunakan prinsip x-ray untuk melakukan imbasan…mesin (a)Computed Tomography (CT) scan, (b)Orthpantomography (OPG) atau juge lebih dikenali sbg ‘extraoral’ scan….(c)’intraoral’ scan iaitu yg menggunakan film bersaiz kecil yg diletakan didalam gigi..(d)Fluoroscopy dan angiogram iaitu iaitu menggunakan ‘real time’ imaging..dan (e)mammogram iaitu breast imaging..sume (a) sampai (e) itu menggunakan prinsip sama seperti general x-ray iaitu prinsip x-ray ..sy kecilakn kan skop komen sy tentang mesin x-ray gigi sahaja…dlm dunia radiography ini, basically kalau nak x-ray di mane2 bahagian, pesakit perlu remove ape2 sahaja yg boleh menyebabkan gangguan atau ‘artefacts’ iaitu sebarang gangguan luar yg terbentuk di dalam image atau gambar x-ray pada kawasan yg berkenaan….itu adalah fakta yg tidak boleh dipersoalkan dlm dunia perubatan…contoh paling baik adalah metal ataw besi ataw ape2 sahaja benda (tidak semestinya besi ataw metal) yg boleh menyebabkan ‘artefacts’ itu….ini kerana sedikit ‘artefact’ boleh menyebabkan misdiagnos ataw doktor boleh tersalah diagnos apabila melihat gambar x-ray tersebut…yg bermaksod juga ada possibility doktor akan dan boleh tersalah rawatan….ini berlaku didepan mate saya sndiri…dan dalam dunia perubatan perkara ini boleh menyebabkan amalan perubatan yg tidak betol yg boleh menyebabkan pesakit berada dlm keadaan bahaya….ape2 ‘artefact’ yg terbentuk di dlm gambar x-ray adalah mempunyai nombor atom yg tinggi(cukup utk menyebabkan ‘artefact’)…saya tidak nafikan fabric mempunyai nombor atom yg rendah iaitu hampir tidak mnyebabkan image ‘artefact’ terbentuk’…TETAPI tidak semua fabric seperti itu…ini kerana trdapat fabric atau kain yg diwarnakan dgn warna yg mempunyai nombor atom yg tidak juga tinggi tp ckup utk menyebabkan image ‘artefact’…salah satu cara untuk mengurangkan ‘artefacts’ ialah jgn bg kain itu berlipat-lipat..kerana bila sudah berlipat-lipat…kain akan menjadi tebal dan ini teorically menambah jumlah nombor atom dalam garisan lurus x-ray yg akan menembusinya…dan akhir nye akan menyebabkan image ‘artefacts’…saya tidak menyatakan anda perlu ataw tidak untuk membuka tudung…tetapi ckup untuk faham kenapa perlu buka tudung…sy homati anda sbg insan beragama islam seperti sy…sy seorang lelaki…saya juga byk mendapat permintaan dr kalangan pesakit saya ukt request radiographer perempuan….dan saya akan panggil radiographer perempuan…itu tak mnjadi masalah…niat sy cume nak perbetulkan salah anggap masyarakat terhadap dunia radiography….sy seorang islam dan menjaga sensitivity umat islam yg betudung….

    Wa’alaikum salam warahmatullah. Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

  35. assalamualaikum…..ini info tambahan…tidak ade kene mengene dgn persoalan yg ditimbulkan di atas..just nak share2 ngan masyarakat….untuk sesiapa yg rase2 pakai susuk tuh..AWAS….sbb SUSUK mmg boleh nampak melalui X-RAY FILM…sy bekerja sebagai radiographer di salah sebuah hospital swasta yg agak terkenal di ibu negara…sudah kerap sgt jumpe pesakit pakai susuk tidak kira di seluruh tubuh(paling byk di muka)…dan especially perempuan(lelaki pon tidak ketinggalan memakai susuk cuma x ramai)….tidak kire umur,pangkat dan darjat, artis…akan ada tertanam susuk di badan…semuanya muslim..nasihat saya..insaf lah…

    terdapat juga hamba allah ini(pesakit perempuan) yg ingin membuang susuk ini mnggunakan teknologi moden(guided dari x-ray) tetapi jarum susuk itu tetap tidak dpt dikeluarkan …mungkin bunyi nye pelik tp itulah kenyataan…setelah dpt locate jarum susuk berkenaan utk dikeluarkan dgn bantuan x-ray…jarum itu beralih tempat setelah imbasan x-ray dibuat 2nd time…dan begitulah seterusnya…akhirnya doktor give up…dan tidak mahu meneruskannya..

    terdapat juge pesakit lelaki ini sudah insaf sbb pakai susuk penuh di bahagian badan(pengakuan dr pesakit berkenaan)…beliau hendak membuang susuk berkenaan…sy menemu bual dgn pesakit berkenaan sebelum imbasan MRI dibuat..

    *info tambahan – susuk ini juga dikenali sebagai ‘artefacts’ dlm dunia perubatan tetapi
    dikenali sbg ‘artefacts’ dalaman atau ‘artefacts’ yg tidak boleh remove
    dan akan dibiarkan shj..dan dikenali sbg ‘charm needle’ dlm dunia
    perubatan moden…

    hanya untuk peringatan..wallahua’lam….

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Jazakallah atas perkongsian ini.

    Wassalam.

  36. sepatutnya KKM menugaskan juru xray/radiographer atau setugas dengannya menugaskn wanita di bahagian ini.sekiranya pesakit lelaki yg d xray dan dikendaki membuka baju skalipun d depan juru xray wanita,bahgian dada lelaki tersebut masih bukan dikira aurat..

  37. Apa yang saya dimaklumkan, prosedur pertama sebelum x-ray, juru xray perlu minta izin pesakit untuk setiap tindakan yang akan diambil terhadap pesakit. Minta buka tudung adalah prosedur biasa sebab nak pastikan tiada apa di bawah leher. Tak semua orang ada knowledge berkenaan hal ini dan bimbang sekiranya material tudung, kadang-kadang memberi kesan di film x-ray. Memang tak nampak imej tudung tapi kalau tudung yang ade batu-batu or etc2 (tudung sekarang kn macam-macam, boleh jejaskan film tersebut). Jadi, radiographer perlu ambil langkah paling selamat.

    Tajuk entry ini boleh mengelirukan orang ramai kerana menggunakan perkataan JANGAN. Saya pakai tudung juga even radiographer perempuan sebab dia kata ok je. Kalau minta buka, tanya sebab apa dan kalau alasan yang diberi ok, makanya itu darurat. Berkenaan komen tugaskan juru xray wanita sahaja. Juru xray lelaki kena buang kerja ke? huhu.. Sekadar Perkongsian seorang koordinator kursus CME. ^.^

    Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

    ~ Apa cadangan tajuk yang lebih bagus? Sebelum ini, ada orang komen pasal tajuk entry yang mengelirukan dan dia terus beri cadangan. Ini satu bentuk kritikan yang membina. Tegur dan beri alternatif. Saya lebih mudah ambil tindakan dan terus guna cadangan tajuknya yang bagus itu. 🙂

    ~ Juru xray lelaki untuk patient lelaki. Bahagi tugas menurut jantina. Ini panduan Fikah Islam.

    Boleh baca entry ini; https://sayangislam.com/2012/04/24/periksa-kehamilan-doktor-lelaki-atau-doktor-wanita/

  38. kalu stakat buat x-ray gigi,(OPG) dalam kes akak ni..x payah buka tudung pun xpe..tp make sure la tudung tu xde manik-manik..pin-pin,butang ke..yg agak tebal..ade je butang yg ok, x nampak pun dalam film x ray..contoh butang baju hijau pesakit kat hospital..dalam kes ni ade 2 kemungkinan.. 1)juru xray malas nak lame2 dalam bilik x ray dan x nak cite pun prosedur x ray ni(malas) keje banyak la katakan..dan x nak amik risiko repeat x ray..kekadang pesakit ni degil dah bagitahu suh bukak subang atau ape2 pin rambut…ingat dalam tudung x nampak ke bile keluar image nanti, once again kekadang juga juru xray x bgtahu atau terlupa atau malas nak bg tahu kenapa kene tanggal sume bagai tu.2)kenapa juru xray perempuan x deal patient perempuan je, ni isu ikhtilat, darurat(samada x cukup staff dan memang xde juru x-ray perempuan) ..ala same je ngn doktor2 skarang..especially doktor GP(klinik swasta),dalam bilik tu doktor sorg je..kalau doc lelaki,patient perempuan?berdua2 jugakkan so jangan nak bias..doktor ngn juru xray kene faham keje masing2..be profesional..jangan amik kesempatan..patient pun kene faham..kalau ade dua org juru xray laki dan perempuan..kalau ade 100 patient perempuan pada hari tersebut dan patient lelaki ade 2 org sahaja?x ke kesian juruxray perempuan tu..yg lelaki best la..xde keje..adilkah begitu?gaji same..misal kate juru xray perempuan emergency cuti..dan juru xray ni x pernah ade experiance pun treat patient perempuan x ke susah nak buat..spatutnye amik mase 5 minit..dan meleret ke 30 minit maybe sejam who know?..yela masing2 segan nak cakap..haha..juru xray (x kisah la laki ke perempuan)kene minimise kan pegang patient..pakai sarung tangan ke(leceh skit)kalau nak pakai kayu untuk perbetulkan position patient mase xray pun boleh,.tapi ade ke sanggup wat camtu,patient pun mesti terasa..kotor sangat ke aku ni..sampai pakai kayu..haha..jadi patient care kene pandai..bgthu dulu sebelum pegang patient..bgthu kenapa dan kenapa..jangan main redah je pegang..nanti kene sepak x pasal2,.cari la alternatif lain..guna ujung jari je kalau boleh(nanti ingat nak geletek..erm wat everla)pandai2 la nak idup..basically there is one rule of several rules for any xray examination right before performing the exam is removing any material or radiopaque(etc butang,besi..subang..)from region of interest on the body not in the body ok….dat’s it.,kalu dah memang besi tu dalam badan xkan nak tanggal plak,pikir logik jgk…lain2 rule datang kemudian depends on types of examination…aku cite ni untuk guna xray mesin je termasuklah CT scan.. adapun MRI, ultrasound tu lain prosedurnye dan xde kaitan lansung dengan x-ray..never3..akan diterangkan bile ade permintaan..sekian..

  39. salam. saya pun radiographer. senang je, kalau mmg xnak bila disuruh radiographer tnggl itu ini tanya la kenapa kena tanggal. and lagi satu. untuk patient yg mcm ni, patutnya sblum dtg xray pergi la wt research dulu, prosedur tu apa and apa yg blh pakai n xleh pakai. so bila dtg tu blhla jwb kt radiographer , tdung saya ni xkan tingglkan pape artifact. mmg la doctor xbising dgn gmbr.. sbb patient. kalau xcntik radiographer gk yg kne.. untuk repeat naik dose utk xray.. xelok utk patient. saya suka kalau patient byk bertanya. skurang2 nya xdela kami ni lagi nak dipersalahkan. soal radiographer lelaki and perempuan pulak. dkt mana2 pusat kesihatan mmg byk patient perempuan dari lelaki. so kalau busy mmg mati kedarah la radiographer perempuan tu? disini yg paling penting adalah pengetahuan. pilihan terbaik pergi la pusat perubatan islam. kan senang.tpi byr mahal sikit j la.

  40. Salam… Sya seorang juruxray.. Sya pasti ada yg tk fhm knape perlu buka tudung dan barang2 logam sebelum buat prosedur.. Kadangkala.. Brg2 berlogam seperti earing, rantai sudah pasti tk boleh kerana akan merosakkan imej.. Kang doktor tkbleh diagnosis abnormaliti pada anatomi anda..
    Pasal tudung plak.. Tudung anda kdg2 ade bedezel2 @ blink2.. Yeler nk ikut fesyen, kdg2 penuh 1 tdung.. Blink2 ni akan merosakkan imej.. Nk terangkan pnjang lebar , masa singkat kerana bnyk lg pesakit lain menunggu.. So, sya harap anda fhm yer, kami memahami kewajiban berhijab.. Jadi sebelum prosedur, dari rumah, pakai tudung plain, n tk perlu pakai earing or rantai n rntai tgn bagai.. Harap dpt pencerahan.. Amin

  41. salam…even post ni da lama sblm saya bgelar juru xray lg tp suka saya untuk komen dan jelaskan kekeliruan yg mungkin timbul. bkn isu nye tudung puan tu yg akan nmpk dlm xray tp pengalaman saya mengendalikan beribu2 pesakit…arahan yang simple dan senang pun amat susah untuk dituruti. bkn saje suka2 nk suruh pesakit buka tudung..dan secara warasnye pn saya sbgai slah sorang yg bekerja dlm bidang ni sikit pn tidak merasa untuk melihat aurat pesakit yang saya kendalikan. kadang bila pesakit taknak buka tudung..saya bg arahan yg jelas spya tanggalkan sgla bahan logam tp tidak di endahkan dan hanya kantoi bila gambar di proses. ini scara tidak langsung “repeat” akan di lakukan dan dose yg tidak patut kena untuk kali kedua terrrrrpaksa juga di lakukan.. banyak lg la sb yg saya rasa knp banyak juru xray mengambil jalan mudah kenapa pesakit perlu membuka tdung. dengan melihat sndri tanpap mempercayai anda kata pesakit tu sudah menuruti apa yg di arahkan oleh jxr tetbabit

  42. Kalau rasa sendiri bekerja dalam bidang xray ni baru tau bagaimana rasanya. Kadang2 dah berkali2 ingatkn pesakit untuk buka semua alatan logam/plastik, barang kemas, pin rambut, and so on jika nak pakai tudung or anak tudung masa buat pemeriksaan. Tapi last2 ternampak juga ada pin rambut yg x buka la, subang lupa nak buka la.. Itu la masalahnya. Sehari bukan 10 atau 20 kes yang perlu dibuat. Kadang2 sampai beratus kes kalau di hospital kerajaan ni. Bukan nak salah kan sesiapa. Kadang2 pun, terdapat juga jabatan xray yg masih kekurangan tenaga kerja wanita. Jxr boleh saje benarkan pakai tudung n anak tudung, tapi ikut arahan sentiasa. Seorang JXR saja yg tahu rasanya bagaimana…..

  43. hurm…sediekan saja tudung hospital supaya pesakit xperlu BUKA tudung, sebaliknya TUKAR tudung.. kita dah tahu prosedur ni memerlukan pesakit membuka tudung..jadi, standby awal2… sekadar cadangan… =D

  44. Juru x-ray dan pihak kesihatan tentunya ada alasan mengapa disuruh membuka tudung, jadi seeloknya amat bagus kalau radiogpher perempuan yang ditugaskan untuk x-ray perempuan juga, jadi isu ini dapat diselesaikan dengan baik 🙂 Mudahan ada usaha daripada pihak berkuasa yang berkaitan untuk ambil serius hal-hal seperti ini…btw, kita negara Islam kan 🙂

  45. Sebenarnya ada cara lain selain buka semua tudung… Kalau kes melibatkan opg… Mmg sensitif.. Tapi pesakit boleh memakai skaf kecil yg nipis diperbuat drpd kapas, rambut tidak sanggul. Sy biasanya memberi pilihan kepada pesakit.. Sama ada henda jxr perempuan atau sebaliknya… Di kelantan, kami sudah sedia maklum dan isu ini tak ada masalah.. Kecuali kes2 tertentu…pakai terbuh alik dalam…luar kelantan sy tak tahu…

  46. Assalamualaikum,

    Saya seorang juru xray perempuan. Izinkan saya memberi sedikit penjelasan di sini.
    1) sebagai pesakit, puan boleh meminta juru xray perempuan. Jika tiada, seorang staf perempuan mestilah menemani juru xray lelaki semasa pemeriksaan dijalankan.

    2) jika puan-puan ingin memakai hijab semasa xray, puan perlu memastikan puan tidak memakai sebarang barang kemas/pin/sepit rambut di dalam anak tudung.

    3) pastikan material tudung tidak tebal, bercorak timbul dan mempunyai hiasan bung timbul/batu. Puan juga boleh bawa tudung kedua yang nipis untuk dipakai semasa pemeriksaan.

    langkah-langkah ini perlu difahami kerana kami mahu menghsilkan imej xray yang bernilai diagnostik, tidak mempunyai artifact yang akan menganggu pandangan anatomy dan penyakit. selain itu, kami tidak mahu mengulang pemeriksaan yang tidak perlu dan menambah dos radiasi kepada pesakit.

    terima kasih 🙂

  47. Assalamualaikum…nk bertanya..betulka x yah buang baju masa x ray klu pkai baju kemeja..sya ada nampak komen dia ckp just bkk butang depan ja sbb xray x gnggu baju kt blakang…bole cik comfirmkan btul atau tak?

  48. Waalaikumussalam warahmatullah

    Lebih baik bertanya kepada sonographer secara langsung sebab mereka lebih mengetahui kondisi yang diperlukan bagi menghasilkan imej terbaik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: