Ini sambungan tulisan Ibu Anas sebelum ini. Mohon para suami dapat berfikir dengan rasional dan usah terburu nafsu. Malulah pada kaum wanita bila 9 rasional boleh ditewaskan oleh 9 emosi perempuan. Dunia hampir kiamat dan bertambah cepat kiamatnya apabila kepimpinan kaum lelaki merudum menyembah pada ‘kuasa’ wanita. Buktikan pada wanita, bahawa 9 rasional lelaki mampu memimpin 9 emosi wanita. Satu-satu usaha mewaraskan 9 rasional dan 1 nafsu lelaki ialah ilmu yang dapat mengenalkan mereka kepada Allah. Susahnya mencari insan seperti Tok Guru Nik Aziz, dengan ilmunya dan taqwanya kepada Allah.
Ramai orang mengagumi Tok Guru Nik Aziz, namun berapa kerat yang mahu menjadi seperti Tok Guru Nik Aziz itu sendiri.
Ingatlah jua semua para nabi dan rasul itu dilantik dari kalangan kaum lelaki. Ia menunjukkan teraju tarbiyah dan penunjuk jalan yang lurus itu ada pada lelaki.
Ego lelaki yang tidak dipandu dengan tawaduk kepada Allah hanya menyesatkan mereka dan menutup mata mereka dari melihat kebenaran. Mereka sangka mereka mengurus ego dengan betul, realitinya mereka menyimpan sifat angkuh dan sombong yang dibenci Allah. Alhamdulillah, suami saya bukan begitu orangnya. Suami saya seorang yang mudah lembut hatinya pada kebenaran dan suka sekali jika saya mengingatkan dia kepada Allah dan hari Akhirat. Moga Allah tetapkan hati suami saya di atas iman dan taqwa dan menambah rahmat serta barakah dalam hidupnya hingga ke akhir hayat.
Selepas tulisan Ibu Anas, saya juga paparkan di sini pendapat Puan Siti Fatimah untuk direnung bersama.
Moga beroleh manfaat. Moga hati bertambah takut kepada Allah.
Ummu Abbas
10.50am
11 Syawal 1430H
************************
Saya baca kembali yg saya telah tulis di atas. Ada kesilapan yang saya sedari. Iaitu soalan saya – apakah poligami dalam kondisi yg disebut halal. – Jawapannya memang halal.
Saya khuatir disalah tafsir nanti perkara yang halal di sisi agama difahami sebagai haram dalam tulisan komen saya tersebut.
Sekiranya boleh dibetulkan kembali – soalan saya, saya fikir lagi tepat jika saya ajukan soalan begini – wajarkah dalam keadaan isteri yang bekerja dan anak yang masih kecil, suami tanpa alasan yang kuat lagi kukuh dan juga perancangan yang baik dan panjang mengambil keputusan berkahwin lain?
Saya dapati beberapa kes suami berkahwin dua, tidak berjaya membuat perseimbangan dalam hidupnya, isterinya, anak-anak serta keluarga-keluarga yang bertambah ramai. (keluarga suami sendiri, keluarga isteri 1, keluarga isteri 2 dan seterusnya) Ini kerana apabila kita berkahwin, kita berkahwin dalam satu pakej kekeluargaan. Ia juga melibatkan pakej kemasyarakatan, pakej ekonomi, pakej tarbiyah serta pakej dakwah. Jika songsang mana-mana satu, mudah benar jari telunjuk kesalahan akan ditujukan.
Terdapat juga suami yang berkahwin, tidak merancang dengan teliti masa depan anak-anak mereka. Terutamanya menyediakan tabung khas untuk masa depan mereka. Apabila berlaku perceraian barulah timbul soal nafkah anak-anak dan sebagainya, sedangkan soal nafkah anak-anak dan perbelanjaan mereka baik untuk 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang, perkahwinan mereka, pengajian mereka dsb semuanya adalah tanggungjawab bapa. Berapa banyak kita dapati suami yang meninggalkan anak-anak yang masih kecil samada dengan takdir Allah taala usianya pendek, ataupun mereka hilang keupayaan setelah berlaku kemalangan, sakit dsb. Keputusan untuk berkahwin lagi perlu difikir bersungguh-sungguh. Ia tidak boleh dibuat beralaskan orang lain mampu aku mungkin mampu. Ia juga tak boleh dibuat berpandukan ikutan dan nasihat yang ringkas. Ia mesti dibuat secara cermat lagi berhalus.
Saya juga dapati, hujah yang biasa digunakan ialah seperti daripada terus menerus melakukan maksiat lebih baik berkahwin untuk mengelak fitnah dan menetaskan lebih banyak lagi masalah. Selain itu juga perasaan suami yang jatuh cinta kepada wanita lain juga tidak mampu dihalang. Begitu juga wanita yang jatuh cinta terhadap seorang lelaki. Dalam hal ini sebagai individu mukmin mereka perlu mencari banyak options penyelesaian. Sunnah Rasulullah dan juga ajaran dalam al-Quran ada banyak cara penyelesaian. Antaranya seperti berpuasa, menjaga pandangan, bertaubat bersungguh-sungguh, jika keputusannya ialah berkahwin lagi ia perlu dilakukan oleh tiga pihak dengan perasaan penuh gerun terhadap Allah taala (tanpa rasa takut ataupun bimbang kalau-kalau tak mampu berlaku adil dan diadili baik di dunia dan juga di akhirat). Ini kerana tiga pihak ini bertanggungjawab menjaga nama baik sunnah Rasulullah s.a.w.
Allah a’lam
Ibu Anas
*************************
Pendapat 2
Assalaamu’alaikum
Poligami adalah satu keharusan mengikut ajaran Islam. Poligami bukan satu hal yang mudah diurus jika tidak mempunyai ilmu dan memahami risiko yang bakal berlaku. Keharusan berpoligami dalam Islam berasaskan tanggungjawab bukan atas dasar nafsu semata-mata. Jika poligami Rasulullah saw dihayati dan dikaji, maka ternyata tanggungjawab adalah perkara utama didahulukan. Namun apa yang berlaku kepada kebanyakan umat Islam mutakhir ini adalah sebaliknya. Cerai kahwin sudah menjadi rutin dan tidak lagi dilihat sebagai hal yang mesti dipelihara dengan kasih sayang. Wallahu’alaam.
Puan Siti Fatimah.
poligami harus dilihat pada pandangan syara’..bukan pada pandangan masyarakat…hukum boleh ke tidak sesuatu itu dilakukan juga berpandukan syara’ bukan kepada masyarakat…allah telah mengutuskan nabinya muhammad (selawat dan salam atasnya) untuk dijadikan panduan…kenapa harus dilihat pada kisah2 yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini? adakah semuanya sudah menjadi adat? kahwin dua, tiga dan empat tentu rumah tangga rosak!!!!!
sy bukan lah jenis yang suka sangat berpoligami dan tidak juga bercadang untuk berpoligami, ini kerana saya tahun siapa perempuan…perempuan yang tidak boleh lari dari perasaan cemburu..cemburu tidak mengapa, ini kerana isteri nabi juga cemburu. namun cemburu ada tempatnya…namun cemburu dicampur dengan ego itu lah yang menjadi masalah..bila si suami menyatakan ingin berkahwin lagi maka secara spontan si isteri melontarkan kata-kata yang tidak sedap di dengar, masih tidak cukupkah layanan yang diberi? tidak cukupkah nafsu dengan seorang? dan yang paling perit didengar “mahu kahwin lain ceraikan saya”.
yang saya paling saya kesali isteri yang bahagia bersama suami dan memahami si suami tetapi bila suami ingin berkahwin lain terus bantah..tidakkah ia mengenali suaminya secara mendalam sebelum ini? tidakkah ia tahu bahawa suaminya telah berlaku adil sebelum ini dan tidak pernah buat hal sebelum ini? knp wanita membantah poligami? krn egois? takut suami tidak berlaku adil? atau tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain?
polgami harus difahami secara mendalam…tidak kira bagi suami atau isteri, knp dan mengapa poligami harus difahami secara mendalam..adakah allah mengharuskan poligami kerana ingin orang lelaki memenuhi nafsu shahwat mereka semata-mata? fikir-fikir kan lah…
al-Insan madaniyyun bi tab’i – tabiat kehidupan insan asasnya/dibina dalam bentuk bermasyarakat. Islam juga bukan soal individu ataupun hanya segolongan pihak. Ia melibatkan pelbagai pihak. Dalam hukum syariat Islam juga lebih melihat kepada aspek masyarakat dan penilaiannya dari masyarakat iaitu kemaslahatan awam lebih diutamakan daripada kemaslahatan individu. Dalam perundangan dan juga syariat Islam, setiap hukum yang ditentukan (diharamkan ataupun dihalalkan) hatta hukum hudud sekalipun mengambilkira masyarakat awam lebih utama. Mengapa pencuri dipotong tangan? Mengapa penzina perlu dirotan dan sebagainya lagi hikmahnya bukan menghukum pesalah semata-mata tetapi kemaslahatan umum yang lebih besar perlu dijaga, seperti penjagaan harta orang lain, penjagaan kehormatan orang lain, penjagaan nyawa orang lain. Oleh itu ‘orang lain’ ataupun masyarakat dibuat sebagai neraca penilaian yang menjadi cermin bagi umat Islam.
Kedua, Allah berfirman, maksudnya dan dipanjangkan – sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah uswatun hasanah role model terbaik bagi mereka yang berkobar-kobar ingin taqarub dengan Allah dan ada gerun terhadap hari akhirat. Suami yang ingin mengaplikasikan sunnah berpoligami seharusnya juga mencari ciri-ciri isteri seperti para isteri Rasulullah s.a.w. – Antara penilaian yang perlu dibuat oleh suami isteri ialah mampukah aku meneladani Rasulullah s.a.w, dan isteri2 juga perlu tanya, mampukah diri menjadi ataupun mencuri sedikit antara ciri-ciri seorang isteri Rasulullah.
Kisah cemburunya aishah perlu dipahami dari aspek sirah. Bukan sekadar memahami setakat emosi seorang wanita. Aishah cemburunya kepada Khadijah Bintu Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w yang pertama yang telah wafat. Cemburunya kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah lekang menyebut jasa-jasa dan setiap pengorbanan yang disumbangkan oleh Khadijah untuk perjuangan Islam. Cemburunya terhadap Khadijah disebabkan Rasulullah menghormati keluarga khadijah, sedangkan Khadjah telah meninggal dunia. (Ini bukan kes cemburu isteri pertama kepada isteri kedua) Apa jawapan Rasulullah, Wallah (Allah bersumpah), di hadapan Aisyah, Allah swt tak pernah mengantikan tempat Khadijah pada pandangan mataku. Lalu disebut hampir tujuh sebab yang membuatkan Aishah terdiam seumur hidupnya dari mengulang perbuatannya.
Ketiga, kisah dalam surah al-Tahrim, ada kisah tentang komplot para isteri Rasulullah untuk menyakiti hati baginda. Bagaimana penyelesaian yang diambil oleh Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan perbuatan mereka. Kisah Rasulullah s.a.w ini, bukan kisah baginda baru ingin berkahwin tetapi bagaimana menyelesaikan rumahtangga baginda pada waktu yang sama menangung tanggungjawab besar sebagai seorang nabi, seorang ketua kerajaan dan umat. Ada pengajaran yg berguna yg perlu diambil oleh para isteri dan juga para suami. Suami yang berhasrat untuk berkahwin lagi wajar menghayati surah ini. Begitu juga wanita yang cuba menghalang poligami suaminya perlu ambil iktibar dari surah yang pendek ini. Ada tiga pengajaran umum dalam surah ini – panjang untuk ditulis di sini. point yang paling penting ialah dalam surah ini ialah taubat. Di akhir surah ini dibuat dua perbandingan yg , isteri yang buruk (isteri Nabi) dan isteri yang baik (isteri Firaun).
Perkahwinan Rasulullah s.a.w sebelum peristiwa hijrah dan selepas berlakunya hijrah asasnya ialah dakwah. dan masyarakat. Asasnya ialah membantu armalah (ummu saadah). Asasnya juga pada menyelesaikan pertelingkahan antara kaum (bbrp isteri baginda dari kabilah arab). Asasnya juga pada membetulkan akidah. Asasnya juga dalam aspek syariat (cthnya baginda berkahwin dengan bekas menantu angkatnya). Asasnya pada mengangkat darjat (berkahwin dengan hamba) Mungkin ummu abbas boleh bongkarkan lebih terperinci satu persatu perkahwinan baginda sebelum hijrah dan sesudah hijrah (cdgan tulisan seterusnya).
Akhir kata, keharusan syariat poligami dalam al-Quran perlu dibaca melalui asbab nuzul ayat tersebut. Untuk lebih pencerahan boleh melihat dalam sirah Islam – apa yang berlaku selepas perang Uhud. Nasib mereka yang berada dalam masyarakat madinah ketika itu – iaitu mereka (armalah dan juga anak yatim) yang baru kehilangan sokongan terkuat dalam keluarga mereka, yakni ‘institusi bapa’.
[Antara pra-syarat memahami sesuatu nas al-Quran/hukum ialah melihat kepada nas tersebut dari al-Quran dan al-Sunnah (fiqh al-Nas) baik secara umum ataupun terperinci, kemudian mengkajinya dengan lebih mendalam melalui sirah (fiqh al-Sirah) dan juga mengaitkannya dengan isu semasa (fiqh al-Waqi’iy) apa yg sedang berlaku dalam masyarakat hari ini]
alhamdillah penjelasan yang amat mendalam daripada sahabat fillah, moga-moga saya beroleh manfaat daripadanya…amin…
dalam perenggan pertama mungkin sahabat fillah ingin menjelaskan bahawa dalam hukum islam juga ada mengambil kira berkenaan masyarakat dengan lebih mudah lagi saya mengistilahkannnya sebagai urf atau adat istiadat….ya saya bersetuju itu bahawa dalam hukum hakam islam keadaan semasa diambil kira, namun bila dan bagaimana:-
Urf atau adat istiadat
Adat istiadat ini tentu saja yang berkenaan dengan soal muammalat. Sepanjang adat istiadat itu tidak bertentang dengan ketentuan dalam Qur’an dan Hadist serta tidak melanggar asas-asas hukum Islam di bidang muammalat, maka menurut kaidah hukum islam yang menyatakan “adat dapat dikukuhkan menjadi hukum” (al-‘adatu muhakkamah).
Dasarnya:
– Dalam Qur’an: “Apa yang dilihat oleh orang Islam baik, maka baik bagi Allah juga”.
– Dalam Hadist: “…Nabi menyuruh mereka berbuat baik dan melarang berbuat mungkar”.
Syarat-syarat Urf sebagai sumber Hukum:
a. Urf harus berlaku terus menerus atau kebanyakan berlaku
b. Urf yang dijadikan sebagai sumber hukum bagi suatu tindakan harus terdapat pada waktu diadakannya tindakan tersebut.
c. Tidak ada penegasan (nas) yang berlawanan denga urf
d. Pemakaian urf tidak akan mengakibatkan dikesampingkannya nas yang pasti dari syari’at.
e. Hukum Adat baru boleh berlaku kalau kaidah-kaidahnya tidak ditentukkan dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, tetapi tidak bertentangan dengan keduanya, sehingga tidak memungkinkan timbulnya konflik antar sumber-sumber hukum itu.
soalnya sekarang adakah pada pandangan masyarakat secara umumnya poligami sudah dianggap tidak relevan untuk dipraktikkan? atau hanya golongan wanita sahaja yang berpandangan sekalian? atau hanya segelintir sahaja dari golongan wanita yang menganggap sedemiian?.
bagi wanita yang dalam keadaan selesa (yang terdiri daripada golongan wanita awal 20an, yang sudah bahagia dengan suami yang ada atau juga mungkin dari golongan yang tidak mahu berkahwin) mungkin menolak poligami..tetapi bagaimana pula dengan wanita yang sudah dianggap lewat berkahwin(andartu), golongan armalah, adakah mereka juga menolak poligami? atau mungki berkeras inginkan seorang lelaki yang single????
saya tidak menafikan apa yang berlaku dalam masyarakat kini. saya juga banyak kali mendengar rintihan dari golongan wanita dalam hal ini..dan saya juga amat kesali diatas tindakan suami-suami tersebut..namun sedarlah tidak semua begitu, allah lebih tahu mengapa disyariatkan poligami..
setiap perkara yang berlaku harus dilihat positif bukannya negetif? kalau mahu dikira negetif berapa ramai isteri-isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka? berapa ramaikah yang curang dengan suami mereka? ya, sudah tentu tidak terhitung banyaknya..
mengenai hajat suami yang ingin berpoligami, mereka perlu memikirkan adakah mereka mampu meneladani rasul, maka jawab saya ya, boleh!!!.nabi dijadikan qudwatun hasanah, tidak pula dipanggil qudwatun hasanah sekiranya umatnya tidak mampu mengikutinya..cuma menjadi seperti rasul itu yang tidak boleh..kerana nabi itu ma’sum..begitu juga bagi si isteri-isteri adakah mereka mampu mencuri sedikit hati-hati isteri nabi? maka saya menjawab, soal hati bukan untuk dicuri dan ditiru..soal hati perlu dididik, dididik dengan ilmu dan iman…berapa ramai isteri yang terfikir /terlintas dalam kepala mereka bahawa syurga sebagai balasan sekiranya mereka membenarkan suami mereka berpoligami tatkala luahan si suami ingin berkahwin lagi? hanya golongan wanita mampu menjawab soalan ini…
akhir kata dari saya islam itu indah…fahami dan hayatilah islam kerana cinta tidak akan timbul sebelum mengenalinya…
Assalammualaikum,
Saya Nurul yyg mempunyai masalah poligami.Suami saya bercinta dgn seorg gadis selama 3 tahun kami berkahwin.Skrg ni suami saya ingin berkahwin dgnnya sebaik sahaja saya baru bekerja.Suami saya mempunyai 3 org anak dgn bekas isterinya.Dan mempunyai 2 org anak bersama saya.1-berumur 14 thn, 2-berumur 9thn, 3- berumur 6thn dan anak saya berumur 2 thn dan setahun.Gaji suami saya hanya ada RM 500 sebulan.Saya bukan tak membenarkan, tapi atas dasar kemampuan dia yang tak mampu,saya tidak membenarkan.terutamanya,saya takde keluarga dan kekasih suami saya adalah dari keluarga yg susah.Suami saya memberi alasan ingin berkahwin dengannya kerana mereka sudah bersama,dan gadis itu masih mengharap serta suami saya sudah berkenalan dengan keluarga gadis itu.Apa yg perlu saya buat??Apa doa yg terbaik utk saya tenangkan jiwa saya nie.Saya ditipu selama 3 tahun.Dan suami saya menyatakan dia sayang pada gadis tu.Sedangkan saya menjaganya,anaknya dengan baik sekali tanpa cacat cela.Bantulah saya