Poligami: Perkara yang perlu suami fikirkan

Tulisan ini merupakan respon kepada Catatan 3 ‘Hari Raya’. Saya siarkan di sini agar semua pihak dapat merenung dan berfikir lebih panjang berasaskan ilmu. Bukan sekadar lojik akal yang dirujuk pula kepada amalan kawan-kawan sahaja. Role model kita adalah Rasulullah s.a.w. Teringin juga mengulas tulisan di bawah ini namun saya mahu lihat reaksi dari pembaca terlebih dahulu. Kalau ada kaum Adam yang mahu mengulas, ia amat-amat dialukan.

**************************
poligami kartun

Penulis: Ibu Anas

Apabila timbul soal poligami ini, ia bukan sekadar perkara yang melibatkan dua ataupun tiga pihak dan hak tetapi banyak pihak dan hak yang mesti ditunaikan. Tugas khalifah, bukan tugas untuk hanya memimpin jemaah/oragnaisasi tetapi asas yang paling penting ialah Baitul Muslim.

Kita terpaksa menempatkan diri dalam banyak tempat dan keadaan apabila ingin membuat keputusan untuk berpoligami dan menerima poligami. Dalam suasana ekonomi hari ini, di mana seorang isteri masih perlu keluar untuk mencari rezeki membantu keluarganya sendiri, apakah halal poligami diteruskan? Seorang isteri juga ada kalanya masih terpaksa menanggung keluarganya sendiri, seperti ibubapanya, adik-adik yang masih bersekolah, selain mendapatkan pendapatan untuk keluarganya (anak dan suaminya). Dalam kes yang ummu abbas sebut di atas, yang saya baca, isteri pertamanya bekerja. Kemudian anak-anak yang masih kecil. Sekali lagi saya ingin bertanya, apakah poligami itu halal? (Walaupun ia diredai dan mendapat persetujuan dari isteri pertama?)

Kita baca sirah Rasulullah s.a.w, bagaimana baginda dicadangkan untuk berkahwin semula setelah kewafatan Khadijah. Antara puncanya ialah perlunya kepada orang yang boleh menjaga anak baginda yang masih kecil ketika itu dan wanita yang dikahwini bukanlah wanita yang bercerai ataupun masih anak dara kerana perkahwinan tersebut memiliki erti sunnah yang sebenarnya yakni, pentarbiyahan anak yang masih belum dewasa dan perlunya seorang ibu yang boleh mentarbiyah Fatimah menjadi seorang srikandi Islam yang baru kehilangan bondanya Khadijah bintu Khuwaid.

Sunnah yang diajar oleh Rasulullah ialah mengisi tempat seorang ibu dalam hidup anak-anak. Keduanya, perkahwinan Rasulullah s.a.w, adalah berkahwin dengan balu – perintah ataupun keizinan berkahwin lebih dari satu dalam surah al-Nisa’ diturunkan setelah berlaku perang Uhud yang mana tentera muslimin ramai yang syahid, meninggal isteri dan anak-anak. Di atas rasa kemanusiaan dan simpati, perlunya tempat bapa diisi untuk mengisi kekosongan tempat ayah, para sahabat r.a berkahwin dengan para balu dan mengambil anak-anak yatim tersebut sebagai anak-anak mereka. Bukan sekadar membantu institusi keluarga yang baru hilang tempat pergantungan tetapi baru tanggungjawab sosial, ekonomi dan tarbiyah untuk anak-anak yang masih kecil.

Kita ada contoh mereka yang berpoligami yang amat baik akan tetapi kita juga ada contoh berpoligami yang amat memalukan kita sehingga membuatkan kita berasa marah apabila makna sunnah poligami yang diajar dan dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah diselewengkan baik dari sudut amalan dan juga pemahaman. Jadilah golongan muslim tersebut golongan yang telah menyelewengkan ajaran sunnah Rasulullah s.a.w. Betapa dahsyatnya kondisi ini dan apakah kita mampu menanggung dosa terhadap Rasulullah s.a.w kemudian dosa kita terhadap golongan-golongan yang perlu ditunaikan hak mereka. Ayat saya ini agak kasar tetapi sampai bilakah kita tidak boleh berkasar dengan golongan yang berkasar dengan Rasulullah s.a.w? Ini belum lagi termasuk suami yang membiarkan isteri keluar bekerja mencari nafkah zahir untuk keluarga. Belum lagi kita berkasar dengan si ayah yang memukul anak dan membuat penderaan mental terhadap anak-anak melalui perkahwinan lain?

Saya pernah dengar, seorang wanita memberitahu saya yang dia bangga dengan akhlak dan juga layanan suaminya kepadanya dan kepada anak-anaknya. Malah dia akan bangga sekiranya suaminya boleh melayan wanita lain dan anak-anak yang lain seperti layanan yang dia alami. Untuk mencari suami seperti ini dan juga ayah seumpama ini, amat-amat sukar.

Kepada kaum lelaki yang ingin berkahwin, tanyalah pasangan anda, setakat manakah layanan kalian terhadap isteri dan juga anak-anak. Tanyalah mereka, apakah pada pandangan isterinya sekiranya dia berkahwin lain suatu hari masa akan datang, isterinya berasa berbangga dengan tanggungjawab barunya? Isteri berpuas hati dengan hak-hak yang telah ditunaikan? Perlu ditanya anak-anak (seperti dalam kes hadhanah – bersesuaian dengan usia yang ditetapkan oleh para imam 4 mazhab) wajarkan ayah berkahwin lagi? Jika dapat jawapan yang memuaskan, saya percaya poligami akan menjadi rahmat kepada banyak pihak dan bukan lagi dilihat sebagai azab ataupun negatif dalam masyarakat muslim.

6 thoughts on “Poligami: Perkara yang perlu suami fikirkan

Add yours

  1. Saya suka kalau ummufateh dapat beri pandangan mengenai persoalan keharusan suami bernikah lagi sedangkan anak-anak ramai yang masih kecil, isteri yang berkerja dan tiada pula pembantu rumah.

  2. saya baca kembali yg saya telah tulis di atas. Ada kesilapan yang saya sedari. Iaitu soalan saya – apakah poligami dalam kondisi yg disebut halal. – Jawapannya memang halal.

    Saya khuatir disalah tafsir nanti perkara yang halal di sisi agama difahami sebagai haram dalam tulisan komen saya tersebut.

    Sekiranya boleh dibetulkan kembali – soalan saya, saya fikir lagi tepat jika saya ajukan soalan begini – wajarkah dalam keadaan isteri yang bekerja dan anak yang masih kecil, suami tanpa alasan yang kuat lagi kukuh dan juga perancangan yang baik dan panjang mengambil keputusan berkahwin lain?

    Saya dapati beberapa kes suami berkahwin dua, tidak berjaya membuat perseimbangan dalam hidupnya, isterinya, anak-anak serta keluarga-keluarga yang bertambah ramai. (keluarga suami sendiri, keluarga isteri 1, keluarga isteri 2 dan seterusnya) Ini kerana apabila kita berkahwin, kita berkahwin dalam satu pakej kekeluargaan. Ia juga melibatkan pakej kemasyarakatan, pakej ekonomi, pakej tarbiyah serta pakej dakwah. Jika songsang mana-mana satu, mudah benar jari telunjuk kesalahan akan ditujukan.

    Terdapat juga suami yang berkahwin, tidak merancang dengan teliti masa depan anak-anak mereka. Terutamanya menyediakan tabung khas untuk masa depan mereka. Apabila berlaku perceraian barulah timbul soal nafkah anak-anak dan sebagainya, sedangkan soal nafkah anak-anak dan perbelanjaan mereka baik untuk 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang, perkahwinan mereka, pengajian mereka dsb semuanya adalah tanggungjawab bapa. Berapa banyak kita dapati suami yang meninggalkan anak-anak yang masih kecil samada dengan takdir Allah taala usianya pendek, ataupun mereka hilang keupayaan setelah berlaku kemalangan, sakit dsb. Keputusan untuk berkahwin lagi perlu difikir bersungguh-sungguh. Ia tidak boleh dibuat beralaskan orang lain mampu aku mungkin mampu. Ia juga tak boleh dibuat berpandukan ikutan dan nasihat yang ringkas. Ia mesti dibuat secara cermat lagi berhalus.

    Saya juga dapati, hujah yang biasa digunakan ialah seperti daripada terus menerus melakukan maksiat lebih baik berkahwin untuk mengelak fitnah dan menetaskan lebih banyak lagi masalah. Selain itu juga perasaan suami yang jatuh cinta kepada wanita lain juga tidak mampu dihalang. Begitu juga wanita yang jatuh cinta terhadap seorang lelaki. Dalam hal ini sebagai individu mukmin mereka perlu mencari banyak options penyelesaian. Sunnah Rasulullah dan juga ajaran dalam al-Quran ada banyak cara penyelesaian. Antaranya seperti berpuasa, menjaga pandangan, bertaubat bersungguh-sungguh, jika keputusannya ialah berkahwin lagi ia perlu dilakukan oleh tiga pihak dengan perasaan penuh gerun terhadap Allah taala (tanpa rasa takut ataupun bimbang kalau-kalau tak mampu berlaku adil dan diadili baik di dunia dan juga di akhirat). Ini kerana tiga pihak ini bertanggungjawab menjaga nama baik sunnah Rasulullah s.a.w.

    Allah a’lam

  3. Assalaamu’alaikum

    Poligami adalah satu keharusan mengikut ajaran Islam. Poligami bukan satu hal yang mudah diurus jika tidak mempunyai ilmu dan memahami risiko yang bakal berlaku. Keharusan berpoligami dalam Islam berasaskan tanggungjawab bukan atas dasar nafsu semata-mata. Jika poligami Rasulullah saw dihayati dan dikaji, maka ternyata tanggungjawab adalah perkara utama didahulukan. Namun apa yang berlaku kepada kebanyakan umat Islam mutakhir ini adalah sebaliknya. Cerai kahwin sudah menjadi rutin dan tidak lagi dilihat sebagai hal yang mesti dipelihara dengan kasih sayang. Wallahu’alaam. Salam kenal dari saya di Bangi, Selangor.

    Terima kasih Puan atas kunjungan dan pandangan yang bernas. Saya baru melawat blog Puan semalam dan belum ada idea untuk meninggalkan komen. Selamat berukhuwwah.


  4. Assalamu’alaikum wbt… Ramai yg menyangka, bila disebut poligami itu melibatkan tanggungjawab lelaki…. Keadilan, keikhlasan, tanggungjawab dsbnya… Kita lupa sebenarnya ianya byk melibatkan tggungjawab wanita itu sendiri utk menyelamatkan kaumnya, Ini bermakna Poligami bukan kerja main2. Bukan untuk seronok semata2, bukan utk nafsu, bukan atas dasar sayang semata2. Ianya melibatkan perkara2 mahmudah & mazmumah di dalam diri seseorang. Ianya merupakan RANTAI KEPADA SUNNAH RASULULLAH SAW.

    Bagi lelaki, sebelum anda berpoligami perlulah memperlengkapkan diri untuk menjadi insan hebat menuruti ciri2 yg ditonjolkan Nabi S.A.W. Kelemahan lelaki… kebanyakannya ingin berpoligami kerana memberi alasan seperti yg disebut di atas ” daripada terus menerus melakukan maksiat lebih baik berkahwin untuk mengelak fitnah dan menetaskan lebih banyak lagi masalah”. Sifat lelaki yg bersembunyi2 utk berpoligami mungkin krn sikap wanita… tp ingatlah… Ikutlah Sunnah Nabi… bukan Sunnah P.RAMLEE.

    Rata2 institusi poligmi disalah ertikan & menjadi FITNAH berbanding yang memikirkannya untuk kebaikan, jika wanita berterusan memikirkan mengikut akalnya yg cetek berbanding sunnah Rasul pastilah ianya akan membuahkan poligami yang berhasad, berdendam, dsbnya, Tidakkah menjadi tanggungjawab muslimah utk memperbaiki, membuktikan bahawa Sunnah baik untuk mereka daripada membiarkan diri memandang negatif dan semakin dipandang jelek oleh masyarakat. Tanggungjawab wanitalah memartabatkan INSTITUSI POLIGAMI yang disunnahkan oleh Nabi SAW.

    Jika wanita tidak tamakkan dunia, masakan mereka tidak boleh berpoligami, hakikatnya wanita yg tidak mampu berpoligami & tidak nampak bahawa inilah Jihad sesama mereka membina sebuah keluarga yang tidak ada bezanya antara mereka, Mana lagi sunnah Nabi yg besar utk diperjuangkannya ( wanita ). Namun ini semua jika suaminya seorang pejuang penerus cita2 Nabi, menjaga ibadahnya, menjaga segalanya….

    Maaf dikatakan, kerana sikap wanita melahirkan suami yang tidak berterus-terang, dari sikap / desakan wanita membuatkan suami serba salah, berbohong, Kerisauan, kebimbangan yang melampaui batas, renungan masa depan yg lebih bersangka buruk kepada takdir Allah,

    Memang hakikat… apa sj sunnah Nabi pasti mendapat tentangan & cabaran samada keluarga, msyrkt… tetapi tidakkan ianya menjadi tggjwb muslimah memperbaikinya.

    Wanita diciptakan dengan sebahagian kecil dari bahagian lelaki tetapi memiliki nafsu yg berbeza dgn lelaki dgn maksud ianya mengatasi akal,

    Tidak boleh lari dari lelaki yg ramai dikalangannya yang hanya ingin berpoligami tetapi tidak mampu untuk menunjukkan contoh teladan yg baik terutamanya menuruti sunnah perjuangan Nabi itu sendiri…

    Dilihat di sudut sirah perjuangan Nabi… ada banyak sbb yg kita kena kaji melibatkan rentetan peristiwa bernikahnya Nabi dgn isteri2 Baginda. Banyak keadaan & situasi yg berbeza dengan keadaan sekarang yg patut diambil perincian. Sebagai contoh :

    1. Situasi ramai lahirnya anak luar nikah oleh org Islam sendiri berbanding dizaman Nabi yang muslimnya mukmin…
    2. Situasi lebih ramai wanita dari lelaki
    3. Situasi lebih ramai wanita andartu/adalusia berbanding wanita janda
    4. Situasi lebih ramai wanita terjebak lembah maksiat & lelaki yg mengambil kesempatan
    5. Situasi lebih ramai wanita disalahgunakan oleh pihak tertentu
    6. Situasi pemerintahan sekarang yg tidak serius mengambilberat mengenai kebajikan, institusi rumahtangga, termasuklah kurang memberikan pendidikan2 kekeluargaan. sistem berumahtangga yang x terurus oleh pihak bertanggungjawab dsbnya.
    7. Situasi yang memperlihatkan anak muda yang semakin jahil tentang agama, sosial dsbgnya terutama di kawasan felda, pedalaman, apatah lagi di bandaraya metropolitan…. Mungkin kita tidak pernah ke pedalaman seperti di semenanjung & sabah/s’wak… kejahilan agama membuatkan hubungan luar nikah menjadi suatu yg tidak pelik, ada yg dah 8bln bunting pun diakad nikah…SAYA PERNAH MEMBUAT KAJIAN tentang kadar lahir anak luar nikah di pedalaman Sabah ialah melebihi 60% & pernah situasi mencapai tahap sehingga 10 pasangan yg berkahwin, hanya 2 pasangan sahaja yg x mengandung. Itu pun blm tahu yang x mengandung tu…

    INILAH TUGAS MUJAHID ALLAH, Baik lelaki / wanita ( muslimin / muslimah) melahirkan sebanyak2nya zuriat yg ditarbiyyah dengan amal Islami, melahirkan jundullah2… Bangkitlah….Hidupkan poligami dikalangan pejuang, semua pihak perlu mengambil berat di atas seruan Jihad ini…

    X mau berckp banyak… hakikatnya, sekiranya kaum lelaki telah mampu untuk mengurusnya & berniat suci demi PERJUANGAN ISLAM…. Berikanlah sokongan utk memartabatkan agama Allah yg tercinta. JANGAN EGO DGN ALLAH, JGN TAMAK DI DUNIA… Allah menjanjikan yang baik di akhirat… mengapa mengambil contoh yg tidak baik sedangkan banyak contoh poligami yang baik utk diketengahkan… wassalam.

    Terima kasih atas perkongsian berguna. Saya gembira membaca luahan hati @ akal lelaki sendiri tentang hal ini.


  5. tiap kali nak kawin..suami/isteri/isteri2/bakal isteri/bakal isteri2 /bakal suami/wali/wali2 wat solat hajat dan istikharah banyak2..minta petunjuk Allah..baik ke tak baik/ok ke tak ok?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: