Poligami: Perkara yang isteri perlu fikirkan

Assalamu’alaikum warahmatullah kepada semua pembaca dan khusus buat Ibu Anas dan Abu Hurairah,

 

Saya mengucapkan jazakumullah kepada dua sahabat ini yang sudi berkongsi ilmu dan pandangan di sini.  Saya amat-amat menghargainya.  Pandangan sahabat berdua banyak menolong meringankan minda dan perasaan saya yang sedang diuji dengan permasalahan poligami rakan-rakan.  Saya sendiri mencari pencerahan untuk menambah lapang dada dan pandangan saya terhadap isu ini.

Secara peribadi, saya dapati pandangan-pandangan yang diberikan oleh Ibu Anas dan Abu Hurairah saling melengkapi dan tiada pertentangan antara keduanya.  Secara umumnya, saya setuju dengan pandangan kedua-duanya.  Semoga masyarakat dapat mengutip manfaat yang terkandung untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka sama ada lelaki atau wanita.

Semoga ilmu yang dicurahkan di sini menjadi amal jariah di Akhirat kelak.

Insya Allah, saya menerima cadangan Ibu Anas untuk melanjutkan kajian mengenai perkahwinan Rasulullah sebelum dan sesudah Hijrah.  Kalau kita mampu lakukan bersama, ianya lebih baik.  Insya Allah, dengannya kita berharap dapat juga membantu Dasar Keluarga Islam bagi Negeri Kelantan.

Perbahasan yang dimulai dengan niat yang ikhlas, disusuli dengan hujjah syarak yang jelas dan pandangan yang adil akan menyatukan semua pendapat imma pandangan itu datang dari lelaki atau wanita.  Di sini tercetus satu lagi keindahan Islam dalam mengajukan pandangan dan adab berbahas.

 Semoga Allah memudahkan segala urusan Ibu Anas dan Abu Hurairah al-Kelantani.

 

Sekian, wassalam.

 

Ummu Abbas

12 Syawal 1430H

4.33pm

***********************

Respon kepada tajuk ‘Poligami: Perkara yang perlu suami fikirkan 2’.

Poligami harus dilihat pada pandangan syara’..bukan pada pandangan masyarakat…hukum boleh ke tidak sesuatu itu dilakukan juga berpandukan syara’ bukan kepada masyarakat.  Allah telah mengutuskan nabinya Muhammad (selawat dan salam atasnya) untuk dijadikan panduan.  Kenapa harus dilihat pada kisah-kisah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ini?  Adakah semuanya sudah menjadi adat?  Kahwin dua, tiga dan empat tentu rumah tangga rosak!!!!!

Saya bukanlah jenis yang suka sangat berpoligami dan tidak juga bercadang untuk berpoligami, ini kerana saya tahu siapa perempuan.  Perempuan yang tidak boleh lari dari perasaan cemburu.  Cemburu tidak mengapa, ini kerana isteri nabi juga cemburu. Namun cemburu ada tempatnya.  Namun cemburu dicampur dengan ego itu lah yang menjadi masalah.  Bila si suami menyatakan ingin berkahwin lagi maka secara spontan si isteri melontarkan kata-kata yang tidak sedap di dengar,

Masih tidak cukupkah layanan yang diberi?

Tidak cukupkah nafsu dengan seorang?

Dan yang paling perit didengar “mahu kahwin lain ceraikan saya”.

Yang paling saya kesali isteri yang bahagia bersama suami dan memahami si suami tetapi bila suami ingin berkahwin lain terus bantah..tidakkah ia mengenali suaminya secara mendalam sebelum ini?  Tidakkah ia tahu bahawa suaminya telah berlaku adil sebelum ini dan tidak pernah buat hal sebelum ini?  Kenapa wanita membantah poligami? Kerana egois?  Takut suami tidak berlaku adil?  Atau tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain?

Poligami harus difahami secara mendalam…tidak kira bagi suami atau isteri.  Kenapa dan mengapa poligami harus difahami secara mendalam..adakah Allah mengharuskan poligami kerana ingin orang lelaki memenuhi nafsu shahwat mereka semata-mata? fikir-fikir kan lah…

 Poligami Aagym

  Abu Hurairah al-Kelantani

30    September 2009

*********************

Al-Insan madaniyyun bi tab’i – tabiat kehidupan insan asasnya/dibina dalam bentuk bermasyarakat.  Islam juga bukan soal individu ataupun hanya segolongan pihak.  Ia melibatkan pelbagai pihak.  Dalam hukum syariat Islam juga lebih melihat kepada aspek masyarakat dan penilaiannya dari masyarakat iaitu kemaslahatan awam lebih diutamakan daripada kemaslahatan individu.  

Dalam perundangan dan juga syariat Islam, setiap hukum yang ditentukan (diharamkan ataupun dihalalkan) hatta hukum hudud sekalipun mengambilkira masyarakat awam lebih utama.  Mengapa pencuri dipotong tangan?  Mengapa penzina perlu dirotan dan sebagainya lagi hikmahnya.  Bukan menghukum pesalah semata-mata tetapi kemaslahatan umum yang lebih besar perlu dijaga, seperti penjagaan harta orang lain, penjagaan kehormatan orang lain dan penjagaan nyawa orang lain.  Oleh itu ‘orang lain’ ataupun masyarakat dibuat sebagai neraca penilaian yang menjadi cermin bagi umat Islam.

Kedua, Allah berfirman, maksudnya dan dipanjangkan – sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah uswatun hasanah /role model terbaik bagi mereka yang berkobar-kobar ingin taqarub dengan Allah dan ada gerun terhadap hari akhirat. Suami yang ingin mengaplikasikan sunnah berpoligami seharusnya juga mencari ciri-ciri isteri seperti para isteri Rasulullah s.a.w. – Antara penilaian yang perlu dibuat oleh suami isteri ialah mampukah aku meneladani Rasulullah s.a.w, dan isteri-isteri juga perlu tanya, mampukah diri menjadi ataupun mencuri sedikit antara ciri-ciri seorang isteri Rasulullah.

Kisah cemburunya Aishah perlu difahami dari aspek sirah.  Bukan sekadar memahami setakat emosi seorang wanita.  Aishah cemburunya kepada Khadijah Bintu Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w yang pertama yang telah wafat.  Cemburunya kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah lekang menyebut jasa-jasa dan setiap pengorbanan yang disumbangkan oleh Khadijah untuk perjuangan Islam. Cemburunya terhadap Khadijah disebabkan Rasulullah menghormati keluarga Khadijah, sedangkan Khadjah telah meninggal dunia. (Ini bukan kes cemburu isteri pertama kepada isteri kedua) Apa jawapan Rasulullah, “Wallah (Allah bersumpah)”, di hadapan Aisyah, Allah swt  tidak pernah mengantikan tempat Khadijah pada pandangan mataku.  Lalu disebut hampir tujuh sebab yang membuatkan Aishah terdiam seumur hidupnya dari mengulang perbuatannya.

Ketiga, kisah dalam surah al-Tahrim, ada kisah tentang komplot para isteri Rasulullah untuk menyakiti hati baginda.  Bagaimana penyelesaian yang diambil oleh Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan perbuatan mereka.  Kisah Rasulullah s.a.w ini, bukan kisah baginda baru ingin berkahwin tetapi bagaimana menyelesaikan rumahtangga baginda pada waktu yang sama menangung tanggungjawab besar sebagai seorang nabi, seorang ketua kerajaan dan umat.  Ada pengajaran yang berguna yang perlu diambil oleh para isteri dan juga para suami.  Suami yang berhasrat untuk berkahwin lagi wajar menghayati surah ini.

Begitu juga wanita yang cuba menghalang poligami suaminya perlu ambil iktibar dari surah yang pendek ini. Ada tiga pengajaran umum dalam surah ini – panjang untuk ditulis di sini. Point yang paling penting dalam surah ini ialah taubat.  Di akhir surah ini dibuat dua perbandingan yakni isteri yang buruk (isteri Nabi) dan isteri yang baik (isteri Firaun).

Perkahwinan Rasulullah s.a.w sebelum peristiwa hijrah dan selepas berlakunya hijrah asasnya ialah dakwah dan masyarakat.  Asasnya ialah membantu armalah (Ummu Saadah).  Asasnya juga pada menyelesaikan pertelingkahan antara kaum (beberapa isteri baginda dari kabilah arab).  Asasnya juga pada membetulkan akidah.  Asasnya juga dalam aspek syariat (contohnya baginda berkahwin dengan bekas menantu angkatnya).  Asasnya pada mengangkat darjat (berkahwin dengan hamba) Mungkin Ummu Abbas boleh bongkarkan lebih terperinci satu persatu perkahwinan baginda sebelum hijrah dan sesudah hijrah (cadangan tulisan seterusnya).

Akhir kata, keharusan syariat poligami dalam al-Quran perlu dibaca melalui asbab nuzul ayat tersebut. Untuk lebih pencerahan boleh melihat dalam sirah Islam – apa yang berlaku selepas perang Uhud.  Nasib mereka yang berada dalam masyarakat Madinah ketika itu – iaitu mereka (armalah dan juga anak yatim) yang baru kehilangan sokongan terkuat dalam keluarga mereka, yakni ‘institusi bapa’.

[Antara pra-syarat memahami sesuatu nas al-Quran/hukum ialah melihat kepada nas tersebut dari al-Quran dan al-Sunnah (fiqh al-Nas) baik secara umum ataupun terperinci, kemudian mengkajinya dengan lebih mendalam melalui sirah (Fiqh al-Sirah) dan juga mengaitkannya dengan isu semasa (Fiqh al-Waqi’iy) apa yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini]

 

Ibu Anas@Sahabat fillah

30 September 2009

**********************************

 Alhamdulillah penjelasan yang amat mendalam daripada sahabat fillah, moga-moga saya beroleh manfaat daripadanya…amin…

Dalam perenggan pertama mungkin sahabat fillah ingin menjelaskan bahawa dalam hukum Islam juga ada mengambil kira berkenaan masyarakat.  Dengan lebih mudah lagi saya mengistilahkannnya sebagai urf atau adat istiadat….ya saya bersetuju itu bahawa dalam hukum hakam Islam keadaan semasa diambil kira, namun bila dan bagaimana:-

Urf atau adat istiadat

Adat istiadat ini tentu saja yang berkenaan dengan soal muammalat.  Sepanjang adat istiadat itu tidak bertentang dengan ketentuan dalam Qur’an dan Hadis serta tidak melanggar asas-asas hukum Islam di bidang muamalat,  maka menurut kaedah hukum Islam yang menyatakan “adat dapat dikukuhkan menjadi hukum” (al-‘adatu muhakkamah).

Dasarnya:

– Dalam Qur’an: “Apa yang dilihat oleh orang Islam baik, maka baik bagi Allah juga”.

– Dalam Hadis: “…Nabi menyuruh mereka berbuat baik dan melarang berbuat mungkar”.

 

Syarat-syarat Urf sebagai sumber Hukum:

a. Urf harus berlaku terus menerus atau kebanyakan berlaku.

b. Urf yang dijadikan sebagai sumber hukum bagi suatu tindakan harus terdapat pada waktu diadakannya tindakan tersebut.

c. Tidak ada penegasan (nas) yang berlawanan denga urf.

d. Pemakaian urf tidak akan mengakibatkan dikesampingkannya nas yang pasti dari syari’at.

e. Hukum Adat baru boleh berlaku kalau kaedah-kaedahnya tidak ditentukan dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, tetapi tidak bertentangan dengan keduanya, sehingga tidak memungkinkan timbulnya konflik antara sumber-sumber hukum itu.

 Soalnya sekarang adakah pada pandangan masyarakat secara umumnya poligami sudah dianggap tidak relevan untuk dipraktikkan?  Atau hanya golongan wanita sahaja yang berpandangan sekalian?  Atau hanya segelintir sahaja dari golongan wanita yang menganggap sedemikian? 

Bagi wanita yang dalam keadaan selesa (yang terdiri daripada golongan wanita awal 20an, yang sudah bahagia dengan suami yang ada atau juga mungkin dari golongan yang tidak mahu berkahwin) mungkin menolak poligami..tetapi bagaimana pula dengan wanita yang sudah dianggap lewat berkahwin(andartu), golongan armalah, adakah mereka juga menolak poligami?  Atau mungkin berkeras inginkan seorang lelaki yang single????

Saya tidak menafikan apa yang berlaku dalam masyarakat kini.  Saya juga banyak kali mendengar rintihan dari golongan wanita dalam hal ini..dan saya juga amat kesali diatas tindakan suami-suami tersebut.. namun sedarlah tidak semua begitu, Allah lebih tahu mengapa disyariatkan poligami.

Setiap perkara yang berlaku harus dilihat positif bukannya negatif.  Kalau mahu dikira negatif berapa ramai isteri-isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka?  Berapa ramaikah yang curang dengan suami mereka? Ya, sudah tentu tidak terhitung banyaknya.

Mengenai hajat suami yang ingin berpoligami, mereka perlu memikirkan adakah mereka mampu meneladani rasul, maka jawab saya ya, boleh!!!.  Nabi dijadikan qudwatun hasanah, tidak pula dipanggil qudwatun hasanah sekiranya umatnya tidak mampu mengikutinya..cuma menjadi seperti rasul itu yang tidak boleh..kerana nabi itu ma’sum..begitu juga bagi si isteri-isteri adakah mereka mampu mencuri sedikit hati-hati isteri nabi?  Maka saya menjawab, soal hati bukan untuk dicuri dan ditiru..soal hati perlu dididik, dididik dengan ilmu dan iman.  Berapa ramai isteri yang terfikir /terlintas dalam kepala mereka bahawa syurga sebagai balasan sekiranya mereka membenarkan suami mereka berpoligami tatkala luahan si suami ingin berkahwin lagi?  Hanya golongan wanita mampu menjawab soalan ini.

Akhir kata dari saya Islam itu indah…fahami dan hayatilah Islam kerana cinta tidak akan timbul sebelum mengenalinya…

Abu Hurairah al-Kelantani

1 Oktober 2009

9 thoughts on “Poligami: Perkara yang isteri perlu fikirkan

Add yours

  1. Assalamualaikum….
    SEcara peribadi saya amat menyenangi pendapat di atas. Ini kerana dapat mengurangkan rasa kesedihan dan tertanya-tanya dalam diri. Hakikatnya poligami ini adalah satu perkara yang indah seandainya semua pelaksananya dapat menjalankan amanah tersebut dengan baik. Bagaimana para isteri dapat membantu suami supaya dapat berlaku adil. Pada saya bermula daripada isteri pertama, perlu memberi ruang dan peluang untuk suami berlaku adil, walaupun kita tahu tak ada manusia dimuka bumi ini mampu berlaku adil secara total.
    Kehidupan yang kita lalui seandainya kita corakkan dengan baik InsyaAllah natijahnya adalah baik. Halangan tetap ada, pandangan dari keluarga, orang sekekliling dan teman-teman. Bagaimana kita nak hadapi dengan semua pandangan orang terpulang atas kekuatan diri kita.

  2. Amat berat untuk saya menerima hakikat suami saya telah berkahwin lagi. Apalagi dia berkahwin tanpa pengetahuan saya selama 9 bulan. Jika sebelum ini saya selalu mendengar suami saya berkata ” hanya awak di hati saya”, kata-kata manis itu tak mungkin lagi dapat saya dengar dari mulutnya kerana saya dan dia tahu, ianya tidak lagi benar. Saya rasakan sebahagian dari nikmat bersuami sudah hilang. Setiap sentuhan suami tidak lagi eksklusif kerana dia juga menyentuh perempuan lain. Saya tidak bermaksud untuk melawan takdir, tapi kekecewaan dan kesedihan sukar digambarkan. Hidup bermadu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yg amat tinggi. Jika tidak, tak mungkin Tuhan menjanjikan payung emas. Saya tidak yakin saya mampu melakukannya. jika saya mampu, alhamdulillah, saya adalah manusia yg amat beruntung. Tapi jika saya tidak mampu untuk menangani perasaan cemburu, saya khuatir hati saya akan amat tersiksa.

    Terima kasih atas perkongsian. Saya dapat memahami apa yang diluahkan kerana saya juga perempuan dan seorang isteri. Setiap pengorbanan pasti ada ganjaran namun idea payung emas tidak terdapat dalam mana-mana nas Quran atau hadis. Saya tidak tahu bagaimana ia bermula. Mungkin ia direka oleh suami yang mahu memujuk isterinya. Wallahua’lam.

    Buat diri SS, saya doakan saudari sentiasa diberi kekuatan oleh Allah dan tenang selalu. Fikir yang positif dan lihat masa hadapan. Allah tidak bebankan sesuatu melainkan menurut kemampuan hamba-hambaNya. Saudari seorang yang hebat sebenarnya. Justeru Allah memilih saudari untuk berdepan dengan situasi yang ditakuti ramai wanita.

  3. assalamualaikum…
    sungguh tersentuh dengan penjelasan yang telah saudari berikan….
    saya juga seorang isteri…dan merupakan isteri kedua….
    bila terbaca perkongsian yang telah saudara saudari berikan…terdetik d hati..mengapa jodohku bersama suami org??bkn niat menyalahkan takdir…tapi…secara zahirnya…saya telah menyakiti hati seorang wanita…iaitu isteri pertama suami saya…walaupun sehingga kini isterinya tidak tahu akan kewujudan saya…tetapi…hari ke hari…perasaan bersalah…menghantui hidup saya…antara ingin meneruskan perkahwinan ini atau sebaliknya….

    Wa’alaikum salam wbh.

    Terima kasih kerana menghargai luahan yang dipaparkan. Mengenai hal Nurhazirah, memang ia sudah di takdirkan. Apa yang sudah menjadi takdir adalah ujian Allah untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya. Dalam situasi yang saudari hadapi, apa yang penting sekarang ialah membantu suami berlaku adil. Ingatkan suami untuk kembali kepada isteri pertama pada hari gilirannya dan begitulah seterusnya dalam perkara-perkara lain.

    Berdasarkan pengalaman orang lain sebelum ini, apabila isteri pertama tidak mengetahui suami sudah berkahwin lagi, biasanya suami tidak dapat berlaku adil dalam soal giliran kepada isteri muda. Isteri kedua pun lazimnya memang mahu mengalah pada peringkat awal perkahwinan. Terserahlah kepada mereka. Sebaik-baiknya usaha dilakukan agar suami berani berhadapan risiko isteri pertama mengetahui pernikahannya yang baru agar dia dapat adil kepada semua isteri-isterinya. Suami harus menambah ilmu, iman dan taqwa agar kepimpinannya dalam rumahtangga dibantu Allah swt.

    Sebagai wanita, saya percaya suami yang bertaqwa akan mampu melunakkan hati isteri-isterinya. Pokoknya belajarlah dari sebaik-baik suami yakni Rasulullah s.a.w dalam segenap segi. Jangan hanya ambil teladan dari hal kuantiti isteri sahaja.

    Suami yang berkahwin dua, sebelah kakinya sudah berada dalam neraka. Hanya sikap adilnya yang akan membantunya menarik kaki tersebut untuk berada di syurga. Jika saudari sayangkan suami dan tidak mahu dia terjun ke neraka, maka bantulah dia berlaku adil.

    Selamat berjuang.


  4. saya bakal menjadi isteri kedua….isteri pertama sudah lama merelakan hubungan kami….sebelum sy tau teman lelaki sy suami org…isterinya sudah tau lebih awal suaminya ada wanita lain…tp sbb kami serius utk berkawin dia merelakan….masalah sy..sy terlalu mencemburui isterinya…sy x boleh melihat gambar dia bersama isterinya apatah lg dengan keadaan mesra…sy sering melontarkan rasa cemburu pd dia…sehinggakan kami sering bergaduh….tetapi jauh dalam lubuk hati sy…sy amat menyayanginya……sy terlalu lemah utk menempuhi semua ini…..

  5. Assalamualaikum,
    suami saya telah berkahwin lain tanpa pengetahuan saya, setelah hampit setahun baru lah saya mendapat tahu yang suami telah pun berkahwin lain.. pada mula ny asaya tidak dapat menerima di atas segala penipuan yang telah di buat oleh suami. Tetapi lama kelamaan saya berfikir , inikah yang telah di takdirkan untuk ku..untuk membuat satu pengorbanan untuk suamiku. Allah telah memilih ku untuk menempuhi semua ini walau pun berat untuk saya terima tetapi akhirnya saya redha.
    Alhamdulliah, akhirnya hidup saya bersama suami bertambah bahagia walaupun saya di benci oleh madu saya. Macam macam cara di buat olehnya untuk memisah kan kami tetapi kami tetap bahagia. semua hasutan dan cacian nya saya terima dan bersabar.
    Alhamdullilah suami tidak termakan segala kata kata dan hasutan nya kepada saya. kini saya jalani hidup seperti biasa, seperti tidak bermadu walaupun suami kadang ada kadang tak ada tu saya anggap kan suami keluar bekerja..

  6. Alhamdulillah, pengalaman hidup yang ditempuhi oleh para ukhti di sini amat bermakna buat saya dan semua yang berhadapan dengan situasi ini. Jazakallah…

    Pada pandangan saya yang cetek ini, apabila Allah menghendaki sesuatu itu terjadi, maka tetap ia akan terjadi…begitulah dalam soal poligami. Dalam Al-Quran banyak ayat kita temui berhubung dengan kehendak Allah atas hambanya ini. Maka selaku hamba yang taat, redhalah dengan setiap apa yang didatangkan Allah. Di pihak lelaki berusahalah untuk berlaku adil, manakala di pihak isteri pertama redhalah dengan ketentuan Allah, dan untuk isteri yang kedua, ketiga dan keempat redha dengan ALLAH dan pastikan bahawa mereka bersedia untuk menerima kelebihan dan kekurangan seadanya dengan tidak membebankan diri untuk mencapai matlamat keadilan dalam berpoligami

  7. Salam..

    Setelah membaca pandangan penulis serta bberapa komen, hati saya kembali tenang.. disini ingin berkongsi kisah..

    sebenar saya adalah antara wanita yang bakal menghadapi alam berpoligami.. saya mempunyai seorang suami yg amat sayangkan saya dan anak2..tapi naluri kelakiannya tak dapat menghalang untuknya jatuh cinta pada wanita lain.

    Niatnya untuk berkahwin lagi disuarakan kepada saya sebagai tanda meminta izin.. pada awalnya saya amat sedih atas kehendak suami saya walaupun niatnye itu dinyatakan dalam situasi yg cukup menghormati saya. Namun setelah kami berbincang dangan cara baik barulah saya tahu apa tujuan nya untuk berkahwin lagi.

    Dia amat sayangkan saya dan anak2.. berkahwin lagi bukanlah kerana diatas kekurangan yang ada pada diri saya.. dia melihat saya antara wanita serta isteri yg cukup baik. Lantaran itu dia sanggup berkahwin lagi dengan harapan saya dapat membantu dia untuk membimbing wanita yang bakal dikahwininya.

    untuk makluman, suami saya bakal berkahwin dengan seorang janda beranak dua yang jauh lebih tua 5 tahun darinya. Kalau dilihat secara kasar suami saya mmg bukan dari kalangan yang berada yang mampu untuk beristeri dua. tapi apabila melihat tujuan suami saya hanya untuk memberi nafkah batin kepada wanita tersebut hati saya tak sanggup untuk menghalangnya.. malahan wanita tersebut hanya mahu menumpang kasih lantaran kemampuan dari nafkah zahir dia lebih berkemampuan.

    Sebelum berkahwin lagi suami saya telah memperkenalkan saya dengan bakal madu. Harapan nya agar selepas kahwin kami boleh hidup dalam keadaan baik.. Kadangkala hati saya timbul perasaan cemburu, namun saya tolak perasaan itu jauh2.

    Saya menenangkan hati dan perasaan saya dengan lebih banyak membaca tentang poligami dan mendengar ceramah ugama.

    Ringkasan kepada coretan saya ini, memang poligami itu kalau dilihat dari emosi teramat sakit untuk ditelan oleh wanita, namun apabila kita sentiasa mengingati janji2 tuhan keatas isteri2 yg soleh, insyaallah syurga akan menanti kita. Jangan melihat suami jahat apabila ingin berkahwin lagi kerana tidak semuanya begitu.. sekarang suami saya dalam proses untuk berpoligami, saya membantunya untuk mempercepatkan pernikahan. Apa yang saya dapat pada hari ini adalah kasih sayang yang lebih melimpah ruah dari suami saya.. syukur alhamdulillah..

    Wsalam wbh.

    Terima kasih atas perkongsian.

    Ia amat berguna untuk saya dan juga wanita lain di luar sana.

    Semoga Allah berikan kekuatan dan menambah kasih sayangnya untuk saudari.


  8. Assalamualaikum,
    sy brkwn dgn suami org hbngan kami direstui oleh isteri pertama dan ank2 beliau,
    skrng sy buntu kdng2 sy trfkr sy tkt sy xmampu nk brkongsi kasih dan sy xsmpai ht nk lukakn hati isteri pertama beliau kerana die terlalu baik anak beliau pun rapat dgn sy apekah yg harus sy lakukan skrang?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: