Bank- In CINTA di Usia Remaja

Farah seperti gadis-gadis lain merasa teruja jika ada yang meminati.  Fitrah gadis memang begitu, pemalu dan mahu didekati dan bukannya mendekati.

Farah juga seperti gadis-gadis lain, selain suka diminati, tidak mampu melawan fitrah sendiri meminati seseorang yang menarik hati.  Bukan itu sahaja, sebagai gadis remaja berusia 13 tahun, ilmu yang masih cetek dan fikiran yang belum matang menyebabkan Farah juga suka kepada hiburan seperti nyanyian dan menonton konsert.  Namun Allah maha penyayang, saat naluri gadis awal remaja bergelora dengan pelbagai perasaan, cahaya hidayah datang menjengah.  Abang sulung yang baru pulang dari Amerika mengenalkan Farah kepada nasyid-nasyid Islami.

Fitrah yang masih suci beralih kiblat.  Farah dapati apa-apa yang datangnya dari Islam dan dihalalkan oleh Islam begitu menenangkan jiwa.  Farah mula asyik dengan apa-apa pengetahuan mengenai Islam.  Perkara yang paling mengujakan ialah ingin mengenali siapa Allah?  Kenapa diri ini diciptakan?  Dan ke mana akhirnya hidup ini?

Berpandukan bahan-bahan bacaan dan mendengar kuliah guru yang mursyid, hati Farah semakin terpikat dengan konsep mengenal Allah dan mendekatkan diri kepada Allah.  Ia dunia yang sangat mengasyikkan dan menenangkan jiwa.   Ia bukan sahaja mendorong Farah berusaha memperbaiki solat dan berusaha untuk khusyuk, bahkan memotivasi Farah untuk lebih mentaati kedua ibubapa dan memelihara hati mereka berdua.

Farah terus menjelajah alam kerohanian yang indah dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.  Aqidah dipertingkatkan dan akhlak diperbaiki dari masa ke semasa.  Farah sangka ia akan berkekalan begitu.  Rupa-rupanya Farah salah.  Farah diuji dengan pelbagai perkara yang mahu menduga iman di hati.

Antara fitrah mahu mendekatkan diri kepada Tuhan dan fitrah sebagai insan biasa seolah-olah bertembung hebat.  Farah dapati Farah tidak dapat keluar dari fitrah insan yang mahukan kepada pasangan untuk menumpukan pada Tuhan semata-mata.

 

So… bagaimana…?

Tanpa disedari, nur hidayah yang menjengah saat diri belum dicemari cinta makhluk itulah menjadi tunjang kepada segala fikiran dan tindakan Farah selepas itu.  Hidayah itu bukan datang mengongkong dan menekan fitrah manusia, bahkan memandu manusia bagaimana menuruti fitrah dengan cara yang betul.

Myspace Comments
Love Comments
2.0 Myspace Layouts

Masa berlalu.  Farah melangkah usia dari setahun ke setahun.  Ada kawan-kawan Farah yang mula memasang pakwe.  Namun lebih ramai yang berusaha mempertahankan maruah diri untuk tidak mempunyai pasangan non halal.  Ini kerana Farah bersekolah di sekolah agama.  Farah tidak ketinggalan begitu.  Segala puji bagi Allah yang memberikan kekuatan.

Nabi s.a.w pernah menyebut tentang menyimpan cinta mendatangkan keuntungan di akhirat,

Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga datang kematian, maka dia adalah seorang yang syahid.

Hadis direkodkan oleh Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain.

Farah pernah meminati seorang lelaki.  Tanpa disangka, Farah tidak bertepuk sebelah tangan.  Lelaki itu juga kelihatan memberi respon kepada Farah.  Namun tiada apa-apa hubungan yang berlaku antara mereka.  Hanya si dia yang pernah mengirim salam.  Farah berfikir panjang.

“Kalau aku melayan dia sekarang, adakah pasti dia adalah jodohku…?

Jika dia bukan jodohku, maka sia-sia sahaja aku melayani dia sekarang.  Lebih baik aku bersabar dan menyerahkan urusan jodohku kepada Allah.  Lagi pun, aku masih mahu menuntut ilmu.

Aku mahu simpan perasaan cinta dan kasih ini hanya untuk kekasih bernama suami.  Ia begitu istimewa buatku dan satu anugerah Allah yang sungguh berharga.  Tidak ingin kukongsikan dengan mereka yang tidak berhak sebelum akad tanggungjawab dimeterai.

Jika aku menggunakannya sekarang, maka kemanisan cinta untuk suami akan berkurangan dan aku tidak mahu ini berlaku.

Belum tentu lelaki yang bercinta denganku sebelum ada apa-apa ikatan yang sah akan terus menyintaiku dan punya komitmen untuk berkahwin denganku, jadi buat apa aku mencacatkan maruahku sendiri dengan melayan lelaki ajnabi?

Ia bukan sahaja membuang masa melayannya berbual dan merinduinya, bahkan membazir wang bertelefon dan bersms serta menambah dosa.

Aku yakin bahawa Allah telah sediakan pasangan yang sesuai untukku, maka seharusnya aku bersabar menantikan saat pertemuan dengan suamiku.  Allah pasti tidak memungkiri janjiNya”.

Begitulah yang Farah selalu fikirkan setiap kali ada aura cinta sedang mengalir pada seseorang.   Farah berusaha mengenepikan perasaan tersebut dan berusaha menyimpannya baik-baik sehingga Farah pasti siapakah insan yang layak menerima cinta tersebut.  Farah lakukan kerana Allah.

Farah juga yakin pesanan Allah yang mengatakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya.  Justeru itu, Farah  berusaha menjadi solehah kerana Farah ingin pasangan yang baik.  Sebelum tiba masanya Farah mencari jodoh yang soleh, biarlah Farah berusaha menjadikan diri ini solehah terlebih dahulu.  Farah percaya lelaki yang baik akan mencari perempuan yang baik juga.

Apa yang Farah faham waktu itu, zaman awal remaja- Allah akan memberi hidayah kepada pasangan yang telah ditentukan untuk kita untuk turut berlaku baik.  Ia adalah didikan spiritual yang tidak dapat dikesan oleh mata zahir.

Jika Farah menyimpan cinta  untuk bakal suami sejak alam remaja yang manis, maka Farah percaya bakal suami Farah juga sedang menyimpan cintanya untuk bakal isterinya yang sah.  Ia bukan angan-angan atau khayalan semata kerana keyakinan itu dibina atas sangka baik dengan Allah.   Allah berjanji melalui surah al-Nur, ayat 26,

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji.
Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”

 

Benar, Islam adalah agama fitrah.  Bila Allah anugerahkan perasaan kasih dan sayang pada pasangan, maka Allah syariatkan atau memberi jalan yang halal untuk mencurahkan kasih tersebut.  Hanya saja kita perlu bersabar sebelum tiba masa yang dijanjikan.

Oleh kerana Allah maha mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita, maka Allah halalkan perkara yang memberi manfaat serta bahagia dan mengharamkan perkara yang memudaratkan serta mengundang derita.

Farah percaya serta yakin Allah lah yang paling mengasihi dirinya mengatasi kasih sayang makhluk meskipun ibubapa dan kekasih, maka Farah berusaha menuruti nasihat-nasihat Allah dan menjauhi laranganNya.  Antara pagar-pagar yang Allah binakan buat insan dalam memelihara cinta fitrah ialah mengharamkan pergaulan bebas lelaki dan wanita, haram berkhalwat dan keluar berdua-duaan meskipun di hadapan umum dan mempamerkan aurat kepada ajnabi.

Jika Farah mahu, Farah bisa memberikan seribu alasan untuk melakukan perkara yang menjadi kegemaran ramai manusia di zaman sekarang namun sekali-kali Farah sedar dia tidak dapat mengubah ketetapan Allah semata-mata untuk disesuaikan dengan nafsu syahwatnya.

“Orang lain bercouple… aku pun mahu bercouple jugalah…”

“Kalau tak de pasangan tu kira tak lakulah…”

Bisikan-bisikan negatif itu sering juga bertandang namun Farah menetapkan pendiriannya bahawa Farah akan beruntung dunia akhirat jika Farah mengikuti nasihat-nasihat Allah.

JIKA WANG DISIMPAN DI DALAM BANK UNTUK SATU TEMPOH TERTENTU, WANG ITU AKAN BERTAMBAH BANYAK  DAN TERKUMPUL, PASTI IA SANGAT MEMBERI MANFAAT  TATKALA KITA MEMERLUKAN DI HARI DEPAN.   PERBELANJAAN ITU PULA HARUS BERJIMAT CERMAT AGAR  KANTUNG TIDAK MUDAH KOSONG.  DALAM MASA YANG SAMA, WANG LAIN PERLU DIUSAHAKAN AGAR TABUNGAN SENTIASA CUKUP UNTUK DIGUNAKAN DI WAKTU-WAKTU MEMERLUKAN UNTUK JANGKA MASA PANJANG.

BEGITULAH CINTA YANG DISIMPAN SEBELUM TIBA MASA MENGGUNAKANNYA, IA AKAN TERKUMPUL DAN MANISNYA BEGITU TERASA TATKALA DICURAHKAN SELEPAS AKAD.  ITU PUN CINTA TIDAK HARUS DIBELANJAKAN SECARA BOROS, KELAK DIRI YANG MERANA TATKALA DIDAPATI PASANGAN BERALIH ARAH.

TABUNGAN CINTA PERLU DITAMBAH SENTIASA DI SAMPING MEMBELANJAKANNYA, KELAK CINTA AKAN BERKEKALAN SEHINGGA KE HARI TUA, INSYA ALLAH.

Ketika Farah berusia 18 tahun, dalam usaha menyimpan cinta, Farah mula berfikir mengenai zuriat yang soleh.  Farah tahu zuriat yang soleh bermula dari kita sebagai ibubapa.  Maka pada masa itu, Farah mula bermujahadah lebih bersungguh-sungguh  untuk menjadi lebih baik.  Walhal Farah belum pun berfikir siapakah yang bakal menjadi teman hidup.  Farah cuba amalkan perkara wajib serta menjauhkan laranganNya.

 

Ketukan CINTA datang menguji

Semasa belajar di universiti, Farah pernah dilamar namun Farah menghormati prinsip ibu yang tidak mahu Farah berkahwin semasa belajar.  Farah percaya sebagai insan yang terlebih dahulu makan garam, tentu ibu dan juga ayah Farah mahukan yang terbaik untuk anak daranya.  Farah juga yakin kasih sayang ibu dan ayah yang tulus itu menyebabkan mereka berusaha mengelakkan tanggungjawab yang berat terbeban ke atas Farah sedangkan Farah masih belajar.

Selepas tamat belajar di universiti, suatu hari, seorang ustaz menelefon Farah menyatakan hasrat seorang jejaka yang mahu melamar.  Ustaz tersebut merupakan kerabat Farah juga.  Farah merisik khabar mengenai agama, pergaulan dan solat jemaah si jejaka.  Setelah berpuas hati, Farah menunaikan solat istikharah.  Solat istikharah memberi petunjuk bahawa hati Farah dapat menerimanya meskipun pada awalnya Farah terasa mahu menolak hanya kerana si jejaka bukan lulusan agama.

Pernah si jejaka bertandang  ke rumah bersama ustaz yang menjadi orang tengah, namun dek kerana malu, Farah hanya keluar sekejap meletakkan air dan terus masuk ke dapur semula.  Si jejaka tidak sempat melihat secara jelas dan Farah langsung tidak mengangkat muka untuk melihat wajah bakal teman hidupnya.

Menurut Islam, sebenarnya harus bahkan disunatkan melihat wajah pasangan yang mahu dinikahi agar mendatangkan kasih sayang dan menambah kecenderungan sebelum lamaran diterima.   Namun Farah dan si jejaka bernama Syam berusaha melihat selepas masing-masing sepakat menuju alam perkahwinan.  Itupun hasrat mengenali wajah tunangan tidak tertunai dek perasaan malu yang menebal.   Akhirnya Farah dan Syam bertukar foto untuk mengenali wajah masing-masing.

Benih-benih mawaddah itu dititip lewat solat istikharah yang dilakukan.  Hanya itulah yang menghubungkan hati Farah pada si jejaka.  Farah berusaha menerima lamaran semata-mata kerana Allah.  Sama ada keikhlasan Farah mencapai 100% atau tidak , hanya Allah yang mengetahui.  Farah takut mendahului nafsu sendiri kerana kelak, jika berlaku apa-apa konflik rumahtangga Allah akan biarkan Farah menanggungnya sendiri.  Sedangkan sejak awal remaja, Allah sentiasa membantu Farah dalam apa jua permasalahan yang timbul.


Mendahulukan nafsu sendiri itu Farah maksudkan fitrah manusia yang suka kepada yang kacak atau cantik, berharta dan berkedudukan tinggi.  Farah mahu dahulukan agama maka Farah berusaha untuk tidak mengambil tahu bagaimanakah paras si jejaka, apakah keturunannya dan adakah keluarganya kaya atau miskin.  Hanya selepas lamaran di terima, barulah Farah mengenali wajah tunangannya melalui foto dan mengetahui serba ringkas hal ehwal keluarga Syam.

Farah yakin kepada Allah yang menjanjikan kebahagiaan hidup  bagi hamba yang bernikah kerana agama pasangannya.

Bagaimana pertunangan Farah dan Syam berakhir… adakah mereka menghadapi cabaran sebagaimana sering berlaku pada pasangan yang lain?

Adakah Syam pernah mengajak Farah keluar setelah bertunang?

Kita sambung cerita lain kali ye…

Sekian, wassalam.

Ummu Abbas

1.16pm

17 Muharram 1431H

13 thoughts on “Bank- In CINTA di Usia Remaja

Add yours

  1. Salam’alaik..kak nur yg disayangi..best artikel ni..byk memberi semangat kepada ana..

  2. Assalamualaikum Nur,

    Lama tak ke sini membaca coretan2 Nur….bercuti dari internet utk sebulan.

    wah byk pembaharuan & byk artikel yg akk ketinggalan. menarik artikel ni, mmg mencabar mendidik ‘ank dara & ank teruna’ di zmn cyber ni. melihat sekeliling kita seolah2 kita bkn di negara Islam….bebas & lepas. semoga usaha Nur menampilkan artikel spt ini dpt mendidik hati ank2 kita & juga menjadi panduan utk kita di pentas dunia ni.

    Wa’alaikum salam Kak Milla,
    Alhamdulillah.

    Moga memberi manfaat.

    Amin.


  3. salam ziarah bt kak ummu..
    sbnrnya sy merupakan slh seorg peminat setia blog kak ummu..cuma keblkgn ini lame x mengikuti..
    dan ini adalah kali ptama sy mberi komen…subhannallah ikhlas sy katakan sy cukup tsentuh mbaca artikel kak ummu kali ini.. tidak sabar rasenye utk mengetahui kesudhn artikel ni, krn sy juga sdg b’ada sprti situasi farrah dlm cerita ni..mbuat sy tpikir sendiri apakah sy mampu mjadi sperti farah, seorg yg sentiasa b’istiqmah dlm tindakan & mbuat keputsn t’utama dlm soal jodoh ini, meyakini sesgghnya janji Allah itu pasti,bg org2 yg sentiasa bsabar.sy sentiasa b’doa smg Allah mberi sy kekuatan & dpertingkat iman,..insyllah…
    sy t’ingin mdpt nasihat dr kak ummu…smg Allah mberkati akak sekluarga dan teruskn pjuanagn &dakwah akak ini.. amin..

    Semoga Allah mengabulkan harapanmu.. adikku.

  4. Salam ukhuwwah dan salam ziarah..
    Alhamdulillah artikel ini banyak membantu ana. Syukran
    ukhti, boleh x ana nk copy artikel nak postkn kt blog ana?

    Ahlan wasahlan mawar, dipersilakan dan berikan kredit untuk link asal. Tq


  5. salam.saya mendapat tau mengenai blog ini melalui kawan saya yang baru2 ini kak nur dijemput ke USM untuk memberi ceramah. saya cuma ingin bertanyakan pendapat. apakah hukumnya so itu berkahwin sekiranya dia berkeinginan namun masih belum cukup mampu untuk berkahwin? apa maksud sebenar kemampuan tersebut. Jika ingin dikatakan, saya mempunyai sahabat yang berkerja bulanan namun tidak tetap dan saya mempunyai wang biasiswa untuk menampung pembelajaran saya. Adakah itu boleh dikatakan mampu? Saya begitu ingin berkahwin kerana takut terjebak dengan maksiat. Harap kak nur boleh memberi pendapat.

    Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Insya ALlah, Kak Nur usahakan untuk memberi respon seberapa segera yang boleh. Harap bersabar ye 🙂


  6. salam..
    andainya ada lagi wanita yang solehah seperti farah..
    ingin diri ini menjadi salah satu daripadanya..

    Wsalam. Insya Allah, akan sentiasa ada. Cerita ini adalah untuk memotivasi remaja Islam agar menitik berat nilai dirinya yang begitu berharga. Allah pasti membantu jika kita berusaha menjadi solehah. Apa yang penting adalah doa berterusan kepada Allah agar membantu kita dalam mujahadah.


  7. Assalamualaikum kak Nur…menarik kisah akak kongsikan ni..Tak sabar menanti coretan seterusnya…:D

    Wa’alaikum salamwarahmatullah Ainz. Kisah-kisah berkaitan ada pada entry2 sebelum dan selepasnya.

  8. Assalamualikum Kak Nur, artikal ini memg sgt menarik..memg sungguh terkesan dekat hati sy..rasa ingin menjadi seperti Farah..tapi bagaimana jika seseorng itu telah terlalu jauh dengan cinta makhluk sehingga melanggar laranganNya?..adakah dia boleh menjadi seperti Farah??sedangkan sejak awl lagi langkah telah tersilap…mohon nasihat dan motivasi dari Kak Nur..wasalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: