Salam ummu abbas.
Alhamdulillah sye terbuke web ini ketika sye btol2 sdang mncari pembacaan yg dpat menenangkan fikiran saya ketika ini. Saya adalah salah seorang drpda remaja yang hampir hanyut. Terjebak dengan cinta palsu lelaki. tetapi kami telah memutuskan hubungan kami. Dan sekarang saya amat menyesal dengan apa yang saya telah lakukan. Mungkin kami tidak pernah berzina fizikalnya, tapi berzina hati, telinga dan mata. Saya merasakan seperti harga diri saya sudah tercalar. Apatah lagi bekas teman lelaki sendiri pernah menasihati saya kurangkan berhubungan dengan lelaki, tunjukkan diri sebagai seorang yang bermaruah.
Saya merasa benar-benar malu. Dan terasa diri ini berdosa. Saya cuba berubah secara perlahan-lahan. Tetapi kadang-kadang masih bergurau senda dengan lelaki apabila ditegur. dan masih teringat bekas teman lelaki. Sepatutnya saya bersyukur dia meninggalkan saya kerana mahu mengelakkan dosa. tetapi kadangkala saya lemah. Bagaimana mahu saya kuatkan hati saya.
Hawa
9 Disember 2009
*********
Assalamu’alaikum Hawa,
Saya respon persoalan Hawa dalam bentuk cerita di bawah ini. Cerita ini tiada kena mengena dengan Hawa namun isi ceritanya ada menyentuh tentang persoalan Hawa yakni perenggan yang mengisahkan tentang Wardah.
Moga memberi manfaat.
Ummu Abbas
++++++++++
Showing Love Comments
2.0 Myspace Layouts
Sebelum Farah menyambung pengalaman bertunang, Farah mahu bercerita tentang kawan-kawan Farah yang pernah ber’pakwe’. Farah perhatikan, kebiasaannya kawan-kawan yang dipinjamkan dengan paras rupawan mudah terperangkap dengan jerangkap samar cinta di usia remaja. Entahlah ye… mereka ini mudah sangat perasan diri cantik dan diburu ramai lelaki. Kebanyakan gadis cantik yang Farah kenali memang begitu. Mahu cari yang tulen tidak pernah ada ‘boyfriend’, sorrylah. Boleh dibilang dengan jari.
Meskipun begitu, Farah tidak nafikan ada juga gadis-gadis yang kurang rupawan namun tetap melayan lelaki sampai tergadai bodi. Na’uzubillah. Jika semuanya menurut kehendak Allah, insya Allah pasti selamat. Perempuan tetap perempuan. Walau rupanya pelbagai namun bab-bab menyerah diri, percuma pula, tiada kucing yang menolak ikan di depan mata. Bila ditamsilkan dengan kucing, maka dapat difahami, tiada kucing yang alim. Alim-alim kucing …ada ..lah.
Berbalik kepada si cantik yang perasan, bila ada yang menasihati, mulalah mereka prejudis pada si penasihat. Lebih-lebih lagi jika yang menasihati kurang rupawan. Mulalah mereka sangka si penasihat itu dengki atau cemburu. Walhal, kerana kasih dan sayanglah, si penasihat sukarela menasihati. Bukan kena bayar pun. Berisiko dimarahi… ada…lah.
Setakat yang Farah pernah kenal, sahabat-sahabat yang baik itu ikhlas dalam memberi nasihat. Meskipun mereka kurang jelita dan tidak diburu ramai lelaki, namun mereka yakin jodoh sudah ditentukan oleh Allah.
Jika si penasihat itu dengki, lebih baik dibiarkan sahaja teman-teman yang jelita itu hanyut dalam dunianya sendiri. Biar diri mereka rosak dan maruah tercemar. Lelaki mana yang mahu jadikan gadis murahan sebagai isteri.
Ber’boyfriend’ sampai seribu pun, perempuan hanya boleh kawin satu sahaja. Jadi, apa bezanya dengan si kurang jelita yang mempunyai jodoh dengan seorang suami juga. Apa yang dipentingkan ialah memelihara maruah diri agar sentiasa berharga dan tinggi nilaiannya.
Si cantik yang murahan dengan si kurang jelita tetapi bermaruah, mana yang lebih rupawan?
Jika si cantik bermaruah- sahamnya semakin meningkat tinggi. Sudahlah cantik, solehah pula.
Daripada 10 gadis cantik, berapa orangkah yang mampu bersyukur kepada Allah atas anugerah rupawan yang dipinjamkan?
Erti syukur bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah. Bahkan diiringi perbuatan yang ‘menyejukkan’ pandangan Allah dengan memantapkan akidah, menunaikan ibadah fardu, menutup aurat secara lengkap, memelihara tingkahlaku dan maruah diri.
Setiap kali melihat wajah-wajah model jelita dengan pos menggoda dan menelanjangkan diri di hadapan khalayak, Farah bermonolog, “Alhamdulillah, aku tidak dijadikan sepertinya. Kalau tidak, mungkin aku lebih teruk darinya”.
“Apalah yang hendak dicemburukan dengan perbuatan dan tingkahlaku yang bakal menjadi tiket ke neraka? “, begitulah Farah berfikir.
“Alhamdulillah, ya Allah. Dengan kurniaanMu padaku… aku mampu bersyukur dan merasa cukup dengan nikmat yang ada”.
“Terima kasih ya Allah, dengan rahmatMu, Engkau menjauhkan diriku dari fatamorgana duniawi yang telah banyak menjerat para manusia”, Farah akhirnya memanjatkan syukur kepada Allah dengan nikmat yang tidak terhingga meskipun dirinya tidak mendapat pandangan dunia.
Apalah pandangan dunia dibandingkan perhatian dari Allah?
“Daripada aku cemburu pada si cantik tetapi derhaka kepada Allah, lebih baik aku berusaha beramal soleh agar diriku dicemburui bidadari syurga”. Farah menoktahkan fikirannya.
Seorang teman Farah berwajah jelita. Ala-ala artis… gitu. Farah namakan dia Wardah sahaja. Bukan sekadar kawan, Wardah juga ada hubungan kerabat dengan Farah.
Awal usia remaja, Wardah pernah melayan seorang jejaka. Setelah menyedari perbuatannya salah, Wardah menghentikan perbuatan itu. Gambar-gambar si jejaka dikembalikan semula. Foto Wardah pada si jejaka diminta semula.
Wardah punya kekuatan untuk istiqamah tidak lagi mempunyai ‘boyfriend’ dengan memilih kawan yang baik agamanya. Sejak bersahabat dengan Farah, Salina dan Maznah, Wardah berusaha memperbaiki diri. Wardah berusaha menutup aurat dengan sempurna dan tidak lagi melayan lelaki ajnabi. Wardah juga mengurangkan keluar rumah kecuali ada hal-hal penting sahaja.
Memasuki alam kampus, Wardah terpisah dengan Farah, Salina dan Maznah. Namun hubungan mereka masih berterusan dengan baik. Hingga satu ketika, Farah melawat Wardah yang masih belajar di tahun akhir pengajian, sedangkan Farah sendiri baru menamatkan pengajiannya. Wardah masih sudi meminta pandangan Farah mengenai seorang jejaka yang melamarnya. Alhamdulillah, berkat memelihara maruah dirinya, Wardah bertemu lelaki yang baik sebagai suami.
Daripada pengalaman Wardah, Farah melihat sebenarnya “Esok Masih Ada” buat gadis yang ingin bertaubat dan mula bank-in cinta. Meskipun pernah terlanjur mengikut kata nafsu. Taubat dapat menghapuskan dosa dan mengundang barakah dalam kehidupan mendatang.
Farah teringatkan pesanan Allah mengenai rahmatNya melalui ayat 54 dari Surah al-An’am,
وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ أَنَّهُ مَن عَمِلَ مِنكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِن بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Setiap orang mampu menjadi baik meskipun telah banyak dosa yang dilakukan.
Allah Maha Pengampun.
Tip-Tip Ringkas bagi persoalan Hawa di atas ialah;
1. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat fardu sebaik mungkin, menambah ilmu agama dan menjaga ibadah wajib yang lain.
2. Memilih kawan yang baik.
3. Sentiasa memohon rahmat dan kekuatan dari Allah (berdoa).
Ummu Abbas
3.29pm
20 Muharram 1430H
Assalamualaikum W.B.T ya ummu abbas..
Syukran ya ukhti atas cerita2 yang sangat bermanfaat tu. Entery pasal bank in CINTA tu, banyak membuka mata hati ana tentang persoalan cinta. Ana pernah terkene tempias cinta manusia, tapi Alhamdullilah, Allah telah tolong ana sehinggan ana dapat membezakan mne yang batil dan mne yang. Sesungguhnya Cinta Allahlah yang kekal abadi.
Ukhti, boleh tak ana nak mintak izin nak copy entry tentang bank in Cinta?
Ana nk postkan kt blog ana, nak kongsi cerita ni ngan sahabat2.
Syukran atas perkongsian, amat bermanfaat.
Syukran ya uhkti