Beijing; Syiar Solat di Tianjin

Di LCCT sebelum Subuh.

Oleh kerana waktu bertolak ke Beijing ialah jam 8.30 pagi hari Ahad, kami terpaksa ke Kuala Lumpur pada petang Sabtu lagi. Terpaksa pula menyewa Tune Hotel berhampiran semalaman. Jika waktu bertolak petang hari, dapatlah kami turun dari Kota Bharu waktu pagi dan terus ke Beijing tanpa bermalam di Sepang.

Seawal jam 5 pagi, kami bersiap ke LCCT. Kami hanya dibenarkan check in kira-kira dua jam sebelum masa bertolak. Alhamdulillah, anak-anak mudah dibangunkan dan diuruskan walhal mereka tidak biasa berjaga pagi-pagi buta begitu. Semuanya dengan pertolongan Allah.

Dalam situasi berbeza dari kebiasaan, saya sering memohon kepada Allah agar memudahkan urusan kami.

    “Ya Allah, mudahkanlah anak-anakku bangun dan bantulah aku mengurusi mereka.”

Benar, bukan mudah menjadi seorang ibu. Apatah lagi mahu membawa anak-anak melalui perjalanan yang penuh pancaroba. Saya terlalu lemah untuk mengurusi dan mengawal mereka tanpa bantuan dari Allah. Jadi saya rendahkan hati berdoa kepadaNya. Bukankah Allah itu Maha Mendengar doa hambaNya dan sentiasa mahu mengabulkan hajat kita selagi ianya baik untuk dunia dan akhirat kita?

Bila mahu melakukan sesuatu perkara baru, bebaskan fikiran kita dari terikat dengan kebiasaan yang dilalui. Anak-anak saya… ya… untuk bangun ke sekolah sahaja bukan main liat. Berkali-kali dikejutkan… baru mereka bangun. Jika saya fikirkan kelaziman tersebut dan merasa susah hati dengannya, maka saya akan tewas sendiri untuk mencabar anak membuat perkara diluar kebiasaan mereka.

Saya berpesan sejak dari rumah, “Sesiapa yang mahu ke Beijing kena bangun awal pagi. Kita harus berada di airport sebelum Subuh.”

Bila anak-anak meragam, saya mengingatkan pula, “Sesiapa yang mahu ke Beijing, kena bagus-bagus. Buat mudah-mudah baru boleh tengok tempat orang.”

Sebahagian anak-anak cerewet dalam bab makan. Saya memberi ‘input’, “Kita berjalan tempat orang sebab nak kenal tempat orang dan mengenali budaya serta makanan mereka. Jadi pada masa itulah kita nak cuba makan makanan mereka”. Saya dan suami saling mengingatkan anak-anak sebelum musafir.

Saya tidak tahu adakah apa yang diberitahu melekat di kepala mereka? Saya bertawakkal kepada Allah.

Tahu Berapa Luas Bilik di Tune Hotel?

Terperanjat juga kami bila melihat bilik di Tune Hotel. Bila kami mendongak ke siling, ada arah kiblat ditunjukkan namun ruang lantai untuk bersolat tidak ada. Ruang seluas 9.6 kaki persegi itu dimuatkan dengan katil pelamin. Maka solat di atas katillah jawabnya. Bukan pelik solat di atas katil namun tilam yang tebal itu membuatkan kita tidak dapat berdiri dengan tetap. Lebih baik dibuang sahaja katil tersebut dan bilik dibiarkan kosong. Memadai tidur di atas tilam nipis yang boleh dilipat. Masih lagi dapat mengekalkan konsep hotel murah.

Lihat biliknya di sini http://www.tunehotels.com/LCCTTransit_KualaLumpur_Malaysia.aspx.

Kebetulan kami sempat melawat ruang pameran pejabat pembinaan Tune Hotel di Jalan Hamzah, Kota Bharu. Saya terus teringat Tune Hotel yang bakal dibina di Kota Bharu. Adakah biliknya sesempit ini? Jika ia seluas 9.6 kaki persegi dan mahu dimuatkan katil, maka wajar sekali Kerajaan Negeri memberi arahan agar keluasan bilik ditambah agar mesra solat. Kami hanya melihat model apartment di ruang pameran tersebut. Tidak pula kami ambil tahu tentang bilik Tune Hotel.

Kalau mahu teruskan juga dengan keluasan yang sama, maka lebih baik tidak dimuatkan dengan katil di beberapa buah bilik agar pelanggan dapat membuat pilihan.

****************

Alhamdulillah, urusan pemergian kami dimudahkan Allah. Sebaik memasuki perut kapalterbang, kami dapati kebanyakan penumpang adalah warga China.

Perjalanan Kuala Lumpur –Tianjin mengambil masa kira-kira 6 jam. Anak-anak kecil mudah ‘boring’ perjalanan yang lama tanpa apa-apa permainan. Oleh sebab itu pada asalnya, kami mahu memilih penerbangan malam hari agar anak-anak tidur. Namun penerbangan malam tidak ada. Jadi terpaksa ambil waktu pagi. Kami bawa bekal buku untuk dibaca. Apa pun, Allah sebaik-baik pengatur… anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi terlena nyenyak dalam kapalterbang. Abang-abang yang besar melanggan media dan bermain ‘game’. Bayaran yang dikenakan ialah RM28 untuk satu skrin. Setelah Aesya bangun, kami membayar untuk 1 lagi skrin.

Melihat kepada majoriti non muslim di dalam penerbangan, saya merasa sedih dan kasihan.

Apakah mereka puas menjalani kehidupan tanpa objektif yang jelas?

Apakah mereka memikirkan tentang hidup selepas mati?

Bagaimana saya boleh membantu mereka?

Saya berbual dengan warga China yang duduk di sebelah … yang berusia agak tua hanya tahu berbahasa China. Saya bertanya wanita yang lebih muda. Mereka memang warganegara China.
Perbualan tidak dapat dilanjutkan kerana masalah bahasa.

Kira-kira jam 2.30 petang, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianjin Binhai. Semasa “flight” mahu mendarat, kami sangat teruja melihat pemandangan yang sedang menanti di luar sana. Kami memakai pakaian musim sejuk sebelum keluar dari perut kapal terbang.

Menuju ke tempat parking kenderaan.

“Salji. Ada salji la…”

Anak-anak seronok mahu bermain salji.

Saya turut merasa seronok setelah lama meninggalkan negara 4 musim. Alhamdulillah. Kali pertama dan terakhir anak-anak bermain salji ialah di Mount Buller, Victoria, Australia pada tahun 2007.

Waktu di Beijing sama seperti di Malaysia. Hanya cuaca dan musim sahaja yang berbeza.

Buka Purdah di Imigresen

Sebelum sampai di bahagian imigresen, suami berpesan agar membuka purdah. Saya sendiri juga merancang sedemikian.

Ramai yang mahu ke bilik air. Jadi kami terus berwuduk sementara orang ramai masih beratur di bahagian imigresen.

Kemudian baru kami beratur di lorong yang khusus untuk warga asing. Saya bersama suami dan 5 anak diminta ke lorong berasingan. Saya berkata kepada suami,

“Bang, mereka semua pun tutup muka. Bolehlah Nur pakai purdah sekarang ye…”

Saya maksudkan pegawai imigresen yang berada di situ baik lelaki maupun perempuan yang memakai ‘mask’.

“Nantilah dulu… Tunggu selesai. Kat luar nanti bolehlah pakai semula.”

“Mereka agak ‘strict’ dengan pelawat yang disyaki membawa penyakit H1N1. Kalau tutup muka nanti mereka sangka kita mengidap penyakit tersebut,” suami menjelaskan lagi.

Pulak dah…Bagi saya, sebab mahu elakkan dari terkena penyakit itulah maka lebih baik kita menutup muka. Namun perkara terjadi sebaliknya bila kita mahu memasuki negara orang.

Apa-apa aje lah. Saya akur sahaja nasihat suami.

Isteri di zaman sekarang ini macam itulah. Bila mahu suruh atau cegah sesuatu, suami kena bagi rasional. Bukan pakai arah tanpa mengetahui sebab musabbabnya. Mungkin pada sesetengah perkara, boleh beri arahan tanpa menyatakan sebab. Relevan dengan zaman kebanyakan wanita belajar tinggi-tinggi sekarang. Nabi s.a.w sendiri sentiasa berbincang dan bertukar pendapat dengan isterinya. Nabi s.a.w tidak mengepung minda mereka dengan arahan demi arahan tanpa tunjuk ajar yang baik.

Tidak selesa rasanya membuka purdah lama-lama di tempat awam begitu. Lagi pun, tujuan untuk mengecam wajah semasa memeriksa pasport sudah tercapai. Ia biasa dilakukan walaupun di sempadan Arab Saudi yang warga muslimahnya memakai abaya dan niqab.

Pegawai-pegawai di situ tersenyum-senyum melihat kami sekeluarga. Mana tidaknya… anak kami lima orang. Mereka menunjukkan isyarat 5 jari bermaksud adakah semua kanak-kanak itu anak kami. Baru saya teringat, Kerajaan China menghadkan seorang anak sahaja untuk sebuah keluarga di China. Patutlah mereka teruja melihat kami memiliki 5 orang anak. Mereka melayan kami dengan mesra.

Seorang pegawai polis mendekati salah seorang dari anggota rombongan walaupun pada masa itu belum sampai gilirannya. Pegawai polis itu terus meminta pasport dari Haji Zin untuk di periksa. Haji Zin memberitahu bahawa dia salah seorang dari anggota rombongan kami. Mungkin Haji Zin memakai kopiah maka dia disyaki anggota gerakan ‘pengganas’.

Haji Zin sudah pencen sebenarnya tetapi diminta melanjutkan tugas kerana jabatan perlukan kemahiran kerjanya.

Alhamdulillah, kami selamat melepasi bahagian imigresen. Pemandu pelancong sudah agak lama menunggu kami. Kasihan dia. Dia memperkenalkan diri, “Maggie”.

“Maaf ye…kami lambat sikit sebab orang ramai tadi”.

“Tak apa-apa. Sudah biasa begini”, beritahu Maggie dengan pelat Indonesia.

“Kami mahu solat dulu.. boleh tunjukkan kami tempat untuk bersolat?”

“Oh.. boleh..boleh..,” Maggie membawa kami ke satu sudut di airport itu.

Asar jam 3.18pm. Kami solat jamak takhir berjemaah di kawasan lapang di satu sudut. Suami menghampar selimut Air Asia berwarna merah menyala sebagai sejadah. Saya pula membuka ‘winter coat’ dan dijadikan alas. Lantainya terlalu dingin. Boleh ‘krem’ kaki dibuatnya. Dalam bangunan airport agak hangat. Jadi badan masih boleh bertahan selepas membuka ‘winter coat’.

Maggie menolong melihat dua anak yang masih kecil.

Terima kasih Maggie.

Banyak mata memandang ke arah kami. Moga apa yang kami lakukan menggerakkan hati mereka untuk mengenal Islam.

Maggie menunggu kami dengan sabar. Kemudian menonton kami ke arah bas diletakkan.

Dalam perjalanan Tianjin-Beijing, saya berbual-bual dengan Maggie. Maggie agak fasih berbahasa Melayu Indonesia. Dia lulusan bahasa dari universiti. Dia belajar bahasa Melayu selama setahun di universiti. Dalam tempoh itu, dia belajar bertutur Bahasa Melayu.

Saya teringat mahu tanya agama anutannya namun rasanya belum sesuai pada hari pertama bertemu itu. Dia akan bersama kami selama 6 hari lagi.

Saya beritahu dia, “Saya pakai ini…” sambil menunjukkan purdah.

“Oh… saya tahu. Di sini ada juga yang pakai”, jelas Maggie.

Saya sendiri tidak tahu jika ada muslimah di Beijing memakai purdah. Tidak mengapalah kalau begitu. Saya sekadar menyatakan agar dia tidak rasa pelik sahaja.

“Mungkin kita sampai lewat sedikit sebab jalan licin dan agak sibuk”, Maggie sentiasa memberi info semasa berkait perjalanan kami.

Subhanallah! Dalam perjalanan Tianjin-Beijing

Di kiri kanan jalan dipenuhi salji memutih. Anggota rombongan menikmati pemandangan yang tidak wujud di tanah air.

Anak-anak tertidur lagi. Alat pemanas dalam bas tidak berfungsi. Kasihan anak-anak yang kesejukan. Pakaian mereka sebenarnya tidak cukup dengan realiti suhu waktu itu yang di bawah 10 c. Saya dan suami membuka ‘winter coat’ masing-masing dan menyelimutkan mereka. Kemudian saya berjalan ke sana ke mari untuk memanaskan badan.

Saya bertanya Maggie kalau-kalau bas boleh berhenti seketika untuk mengambil pakaian tambahan dalam beg yang dimasukkan ke bawah bas. Namun lebuh raya yang direntasi tidak memungkinkan kami berbuat demikian.

Melihat hari menjelang senja, saya teringat jadual pertunjukan Akrobatik petang itu. Maggie berkata,”Hari ini tidak sempat untuk melihat Acrobatik Show”.

Alhamdulillah, saya bernafas lega.

Ummu Abbas
11.47am
16 Rabiul Awwal 1431H

7 thoughts on “Beijing; Syiar Solat di Tianjin

Add yours

  1. Assalamu’alaikum 🙂

    Alhamdulillah, setiap dari sesuatu yang berlaku ada hikmah Nya. Allah melewatkan urusan di airpot juga bersebab. Tak sabar menanti catatan seterusnya 😀

  2. Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ke -8 di Yayasan al-Jenderami
    InsyaALLAH, pihak Yayasan Al-Jenderami berserta kerjasama Madrasah Islamiah Al-Jenderami berhasrat menganjurkan Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ke -8 dan butir-butirnya adalah seperti berikut:

    Tema
    “Tradisi Salafussoleh Benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah”

    Tarikh
    18hb – 20hb Rabi’ul Awal 1431
    Khamis, Jumaat dan Sabtu
    bersamaan
    4hb – 6hb Mac 2010

    Tempat
    Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan

    Antara ulama-ulama yang dijangka hadir (sila klik pamplet dibawah untuk paparan lebih jelas)

    Tentatif Program (sila klik pamplet dibawah untuk lebih jelas)


    Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi saudara Faiz – 0123625192.

  3. catatan yg menarik.. salam jauh dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking jap.. kalau ada kelapangan, jemput singgah my blog.. 🙂

    Terima kasih. Insya Allah..nanti saya blog walking ke Dublin pula 🙂


  4. saya baru dapat contact ngan seorang student Malaysia kat Beijing Foreign studies University. Kat situ ada 100 org student malaysia. mungkin masa depan, kalau ada peluang ke sana lagi, akan lebih mudah la.

  5. boleh berkomunikasi melalui facebook ngan student malaysia kat beijing. tak kena blok la…

    Terima kasih atas makluman.


  6. assalamualaikum
    senang sekali setelah berhempas pulas akhirnya meenmukan beberapa catatan asli pengalaman muslim berkelana ke Tianjin kerana saya berencana ke sana ba’da syawal ini.mohon berkongsi dan semoga bermanfaat.
    masih belum mendapat info mengenai asrama belia/penginapan nterdekat dengan persatuan islam di Great Mosque Tianjin.syukran katsiran

  7. Salam..info yang menarik. Saya juga akan ke Beijing Julai ini untuk menjalani praktikal di sana. Harap dapat menyesuaikan diri dan kenal muslim di sana =).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: