Perginya Seorang Ulama Buta: Dr Fadhl Hasan Abbas

Dr Fadhl al-Abbas dalam satu majlis Maulid Rasulullah s.a.w.

 

Pemuda itu cuba melangkah perlahan-lahan untuk masuk ke kelas. 

Kehadiran pelajar sudah selesai diambil.   Biasanya seorang pelajar lelaki akan menolong mencatat kehadiran pelajar.  Tidak seperti mana di muhadharah (kelas-kelas) bersama pensyarah lain yang mana pensyarah sendiri yang membaca nama pelajar serta mencatat kehadiran.

Tiba-tiba, pensyarah yang sedang duduk di hadapan menegur sama ada bertanyakan siapa atau bertanya kenapa datang lewat. 

Itulah antara gelagat yang pernah saya saksikan semasa mengambil maddah (subjek) bersama Al-Fadhil Syeikh Dr Fadhl Hasan Abbas.

Usaha pemuda itu agar kehadirannya yang lewat itu tidak disedari pensyarah tidak menjadi…

Rasa lucu bila teringatkan peristiwa itu. 

Saya maklum bahawa insan yang buta biasanya tajam telinganya.  Itulah yang berlaku kepada satu-satunya pensyarah kami yang buta itu.

Semasa muhadharah beliau juga, tiada pelajar yang ambil kesempatan untuk bermain-main di dalam kelas.  Semuanya tertumpu kepada syarahannya.

 Air mukanya gemilang dan tenang sekali melihatnya.   

Kelebihan insan sepertinya ialah matanya terpelihara dari melakukan dosa.  Apabila mata selamat dari melakukan dosa, maka hati lebih mudah dijaga.  Bukankah ada pepatah mengatakan, ‘Dari mata, turun ke hati…’.

Di kalangan kami para pelajarnya, Al-Fadhil disebut dengan Dr Fadhl Abbas sahaja.  Dia antara para pensyarah yang dikenali sebagai ‘syadid’ di Kulliyyah al-Syari’ah (Fakulti Syariah), University of Jordan.  Setelah belajar dengannya baru saya faham kenapa dia dikatakan ‘syadid’…  Salah satu darinya mungkin kerana dia tidak suka pelajar hadir lewat ke kelasnya.   Perkara lain pula, sebagai seorang yang buta namun mampu menjadi ulama’sepertinya seringkali mencabar kami pelajar yang celik untuk belajar bersungguh-sungguh. 

Jika ‘syadid’ dimaksudkan sebagai ‘keras’, maka pada pandangan saya, istilah ‘syadid’ agak melampau dilabelkan kepada ramai pensyarah di sini.  Saya pernah ambil maddah bersama beberapa orang pensyarah yang dikatakan ‘syadid’ .  Realitinya mereka adalah individu yang tegas dengan disiplin ilmu dan mahu para pelajar mereka mengambil serius terhadap mata pelajaran yang diambil.  Biasanya mereka juga ‘tiada markah kasihan’ untuk para pelajar ‘ajanib’ (pelajar asing) seperti kami- sama ada pelajar Malaysia, Filipina,  Indonesia, Bosnia, Turky dan lain-lain.   Jadi, kalau mahu markah yang baik, kenalah rajin belajar, menghafal dan menulis jawapan yang baik. 

[Semasa belajar di Jordan, saya sendiri kurang rajin menghafal- maklumlah kitabnya tebal-tebal.  Kalau dapat markah kurang baik pun, salah saya sendiri… bukan salah pensyarah yang dikatakan ‘syadid’.  Kita yang malas, janganlah mahu salahkan orang lain dengan melabel mereka macam-macam… iye tak?  Tambahan pula, kita bangsa asing yang tidak menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi atau sebagai bahasa komunikasi, jadi usaha kena lebih dari pelajar Arab itu sendiri.]

Catatan di atas adalah sedikit memori saya bersama Dr Fadhl Abbas.

Sesungguhnya saya  tersentak dan tersentuh sebaik melihat satu tajuk berita di wijet sebuah blog, “Perginya Seorang Ulama’ Tafsir Jordan yang Buta”.  Saya dapat mengagak siapa yang dimaksudkan kerana dia salah seorang guru saya di University of Jordan dulu.  Bila disemak kepada link yang disertakan, memang benar dia tidak lain dan tidak bukan adalah bekas pensyarah saya dahulu, Al-Fadhil Syeikh Dr. Fadhl Hassan Abbas, seorang ulama buta yang celik hatinya.

Satu perasaan halus lantas mengusik hati… air mata mula bergenang di bibir mata sebaik mengetahui pemergiannya ke sisi tuhannya.

Inna lillahi wa ‘inna ilayhi raji’uun.

Terpadamnya salah satu nur ummah dari muka bumi… ia satu khabar yang memeritkan bagi sesiapa juga yang memahami pentingnya kehadiran ulama di muka bumi ini.

Ketahuilah bahawa perginya setiap ulama, tiada gantinya lagi. Allah mengangkat ilmuNya sedikit demi sedikit di akhir zaman ini dengan mematikan para ulama.

Sesiapa jua yang masih berkesempatan dan berpeluang belajar dengan ulama bertaqwa,… pergilah cari mereka dan duduklah bersama mereka walau sesaat.

Barakah yang ada pada mereka lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Usahlah lalai dengan kehidupan dunia yang sementara; makan minum untuk perut setiap hari kita cari namun sebanyak mana kita memberikan makan minum yang cukup kepada akal dan rohani kita?

 
 
 
Saya mula teringat perasaan halus yang sama mengusik jiwa tatkala mengetahui pemergian Al-Fadhil Syeikh Abu Hassan ‘Ali Hasani al-Nadwi pada 31 Disember 1999.  Walhal saya tidak pernah bertemu dengannya, apatah lagi belajar dengannya.  Abu Hassan al-Nadwi merupakan ulama terkemuka India yang dikatakan mempunyai nasab bersambung dengan Rasulullah s.a.w. 
 
Semoga Allah merahmati para ulama’ dengan menempatkan mereka bersama para anbiya’.

للَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

 

************************

Al-Marhum guruku, Syeikh Dr Fadhl Hassan Abbas.

 

 

 

Perginya seorang alim dan mufassir Jordan yang buta, Syeikh Dr Fadhl Hasan Abbas sekitar waktu zohor (waktu Jordan) 9 Februari 2011 pada usia 79 tahun. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.  Jenazahnya  dikebumikan  pada hari berikutnya di perkuburan di Sahab Islam, insya Allah.  Syeikh Dr Fadl Hasan ialah salah seorang ulama’ yang paling menonjol di Jordan dan pakar dalam ilmu tafsir, ilmu bahasa dan balaghah. Dr Fadhl Hasan muncul sebagai salah seorang ulama’ yang paling penting dari tafsiran dan tilawahnya yang direkodkan pada tahun 70-an ketika radio Jordan bersiaran 400 episod dalam membaca al-Quran dan tafsirannya.

 Dilahirkan di Saffuriyya, Palestin pada tahun 1932M.  Tamat menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun.  Mendalami ilmu agama sejak kecilnya. 

Menyambung pelajaran ke Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dan tamat belajar peringkat ijazah Sarjana Muda pada tahun 1952.  Usianya baru 20 tahun dan merupakan pelajar termuda yang menamatkan pelajaran di peringkat tersebut.   Seterusnya memperolehi ijazah PhD pada tahun 1972 dari universiti yang sama.

الدكتور فضل حسن عباس في ذمة الله

الأربعاء, 09 شباط 2011 13:52

السبيل – انتقل إلى رحمة الله تعالى الدكتور العالم فضل حسن عباس عن عمر يناهز 81 عاماً، وسيشيع جثمانه بعد صلاة ظهر الخميس في مسجد الزميلي بالشميساني، ويدفن في مقبرة سحاب الاسلامية. وكان الشيخ أحد أبرز العلماء في الأردن وأحد العلماء المعدودين في علوم التفسير وعلوم اللغة والبلاغة، عرفه الناس من خلال كتبه ودروسه ومحاضراته في حلقات العلم وفي المساجد وفي المنتديات العلمية، وعرفه طلاب العلم في رحاب المعاهد العلمية والجامعات، برز الدكتور فضل عباس كأحد أهم علماء التفسير والتلاوة وكان ذلك في السبعينات حين سجلت له الإذاعة الأردنية 400 حلقة إذاعية في تلاوة القرآن الكريم وتفسيره، كانت باكورة مسيرته العلمية التي أثمرت فيما بعد نتاجاً كبيراً وهاماً من المؤلفات والنظرات الجديدة في تفسير القرآن الكريم

مولده ونشأته
ولد فضل حسن عباس سنة 1932م في بلدة صفورية في فلسطين، ونشأ على العلم منذ صغره، فقد كان بيت والده مكاناً للعلماء الذين يرسلهم خاله الشيخ يوسف عبد الرزاق المدرس بكلية أصول الدين في الأزهر، وكان رجلاً صالحاً حيث أثنى عليه محمد زاهد الكوثري. أتم فضل عباس حفظ القرآن الكريم في بلدته وهو ابن عشر سنين، ثم حفظ من المتون العلمية: متن الغاية والتقريب في الفقه الشافعي، ومتن الرحبية في الفرائض، وجوهرة التوحيد في العقائد، والألفية، لابن مالك.

تحصيله العلمي
انتقل بعد ذلك إلى الدراسة في عكا، ودرس في المدرسة الأحمدية بجامع الجزار وبقي فيها بين عامي 1946م، و1947م. وبعد ذلك قرر التوجه إلى مصر عام 1948م ودخل المرحلة الثانوية فيها. بعد ذلك نجح في دخول كلية أصول الدين في الأزهر وتخرج فيها سنة 1952م وكان عمره آنذاك عشرين سنة، فكان أصغر طالب يتخرج فيها.

حصل على درجة الدكتوراة من الأزهر سنة 1972م، وكانت رسالته بعنوان “اتجاهات التفسير في مصر والشام”.

Sumber:   Al-Sabeel.net.

Juga di sini:  Heil News.

Terjemahannya di sini:  Awe -Donde.

 

 

Ummu Abbas

3.11pm

8 Rabi’ul Awwal 1432H. 

5 thoughts on “Perginya Seorang Ulama Buta: Dr Fadhl Hasan Abbas

Add yours

  1. MAULIDUR RASUL SAW 1431: DI MASJID AL-FALAH USJ 9
    pada :
    1)
    ISNIN , 14 FEB 2011
    (11 RABIUL AWAL 1432)
    BERMULA JAM 6.00 PETANG

    BERSAMA
    – HABIB MAHDI BIN ABU BAKAR AL-HAMID
    – HABIB ALI ZAINAL ABIDIN AL-HAMID ,

    2)
    SELASA , 15 FEB 2011
    (12 RABIUL AWAL 1432)
    BERMULA JAM 3.30 PAGI
    QIYAMULLAIL
    &
    BACAAN BURDAH (oleh Kumpulan Nasyed Ahbab Mustofa)

    KAMI BERBESAR HATI MENJEMPUT ANDA SEKELUARGA KE MAJLIS INI …

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  2. Salam Ummu Abbas,

    Dunia tidak lama lagi akan berlabuh pada penghujungnya.

    Sementara bumi ini semakin sepi dari penghuni bergelar ulama’.

    Innalillahi wa ‘inna ilahi raaji’un.

    Allahu Allah.

    Wsalam.

    Sayu rasanya bila baca komen Iffah…

    Moga Allah beri kesempatan untuk kita mendekati seramai mungkin para ulama.


  3. Slm’alaik Ummu Abbas,
    Subhanallah, hebat sungguh kisah peribadi Almarhum dan bertuahnya Ummu Abbas menjadi salah seorang pelajarnya. Smg ruh Almarhum dicucuri rahmat dan dimasukkan dlm golongan hamba-hamba yg dicintai-Nya.
    Blh sy share post ni bersama shbt2 sy?
    Syukran.

    Wa’alaikum salam wbh…

    Moga kita dapat mencontohi beliau. Amin.

    Dipersilakan sebar.


  4. Assalamualaikum semua,
    Inna lillahi wa ‘inna ilayhi raji’uun. Al-fatehah utk Al-Marhum guru Syeikh Dr Fadhl Hassan Abbas.. Kak juga baru kehilangan suami pada 8hb Jan 20111. Memang bercita-cita menjadikan anak-anak berilmu tinggi dalam bidang agama. 3 orang dah baligh dan akak tak boleh terlalu memaksa mereka ikut kehendak akak cuma 2 orang lagi yang boleh akak bentuk supaya benar-benar cintakan Islam. Akak amat berharap sekurang-kurang seorang dari anak akak bakal menjadi al-hafiz. Semoga Allah memakbulkan doa akak. ameen.

    Wa’alaikum salam wbh…

    Inna lillahi wa’inna ilayhi raji’uun.

    Terperanjat juga dapat khabar suami Akak meninggal… terasa sayu… walaupun kita tidak pernah mengenali di alam nyata. Terima kasih Kak Nisha sebab sudi berkongsi maklumat di sini.

    Semoga Allah merahmati allahyarham suami Kak Nisha dan menjadikan Kak Nisha seorang yang tabah menghadapi dugaan mendatang.

    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

    Mengenai anak-anak tu… moga Allah perkenankan harapan Kak Nisha…

    Benar Kak Nisha… sebagai ibu, kita seharusnya mendorong minat anak-anak namun biarlah minat tersebut didasari dengan prinsip2 Islam dan bermatlamatkan akhirat jua meskipun bukan di bidang agama. Maka bila mereka menjadi doktor, mereka akan jadi doktor mukmin yang baik. Jika mereka jadi saintis, mereka akan saintis mukmin yang memberi manfaat kepada maslahah umum manusia, bukannya mencipta perkara yang akan merosakkan seperti bom nuklear dan atom. Begitulah seterusnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: