Coretan Hidup: Kembali ke Melbourne

8.50am waktu Australia:  Alhamdulillah, selamat tiba di Melbourne setelah bercuti kira-kira 10 hari di Negeri Serambi Mekah.  Kami pulang ke Kota Bharu pada 25 Ogos, bertepatan hari ulangtahun Aqil- anak ke lima.

 

Laptop dibawa pulang kononnya mahu mengisi masa terluang untuk menulis dan sebagainya, namun takdir menyaksikan tugasan wajib lebih banyak dari masa yang ada.  Saya terpaksa bercuti dari internet, Facebook dan blog.  Mohon maaf bebanyak kepada yang meninggalkan soalan dalam tempoh tersebut.

 

Rumah kami diberi sewa.  Jadi kami ‘terpaksa’ bergilir-gilir tidur di rumah orang tua.  Jarak antara rumah saya dan rumah mertua kira-kira 25 minit perjalanan.  Sebenarnya, saya tidak rasa terpaksa pun sebab sejak menetap di Kelantan tahun 2000, kami tidak lagi pulang bermalam di rumah orang tua kecuali jika suami ke luar negara.  Itu pun jarang sekali.  Kami hanya pulang menjengah melihat keadaan ibubapa dan pulang tidur di rumah sendiri.   Eidul Fitri tahun ini merupakan peluang untuk kami bersama kedua orang tua sebanyak masa yang ada… mana yang termampulah.  Sekurang-kurangnya, itulah ‘mind set’ yang saya bina sebelum pulang beraya di kampung.

Bermalam bergilir tempat ini sebenarnya agak meletihkan semasa anak-anak baru seorang dua.  Keletihan berganda bila anak-anak sudah mencecah 6 orang begini.   Urusan yang paling banyak perlu diberi perhatian ialah menguruskan pakaian.  Memang susah membasuh di sebuah rumah, kemudian bermalam di rumah lain kecuali kain baju yang basah itu diangkut dan dijemur di tempat kita akan bermalam.  Banyak lagilah yang perlu diuruskan.  Selain kepenatan menguruskan pakaian, dari segi masa, bergilir rumah juga kurang efektif.  Masa yang banyak diluangkan untuk menguruskan kain baju dan mengangkutnya ke sana ke mari itu boleh diluangkan untuk perkara lain jika kita menetap di suatu tempat sahaja.  Oh Tuhan…  betapa dapat dirasakan beban kehidupan Sang Badwi di padang pasir yang berpindah randah.  Itu baru sahaja mengangkut kain baju, bukan lagi periuk belanga, khemah dan bekalan makan minum.

Selain itu,  tinggal di rumah orang tua yang ada ipar duai ini menghadkan kebebasan muslimah seperti saya membuka tudung dan memakai pakaian yang seksi-seksi…hehe.   Umur yang kian meningkat tidak ‘menyurut’ fitrah suka ber’jangok’ (kata orang Kelantan. Maksud ‘jangok’ ialah ‘hias’).   Namun fitrah itu hanya ekslusif untuk suami tercinta.  Tidak boleh kongsi dengan sebarang lelaki yang tidak pernah membayar ‘mas kahwin’ untuk kita… hehe… Semasa raya baru-baru ini, saya teramatlah kehairanan melihat ramai lagi para anak dara dan isteri yang suka berhias untuk lelaki ajnabi yang lain… walhal Allah beri nikmat lelaki yang halal buat mereka.  Entahlah ye…  Apalah yang ‘best’ ber’jangok’ untuk lelaki yang tidak halal… Selain mengaut dosa percuma.  Tidak perlu bayar mahar dan tidak perlu akad nikah pun, free-free je dapat jamu mata memandang kita… eeei… malulah I!  Si suami pula terkulat-kulat sahaja menyaksikan kecantikan dan keghairahan isteri dijamu lelaki lain.  Buat penat sahaja bayar mahar dan akad nikah.

Tinggal bersama ipar duai juga menyebabkan selepas mandi, kita perlu memerap dalam bilik dahulu untuk mengeringkan rambut.  Biasanya, tidak sempat kering rambut, sudah perlu keluar dari bilik untuk ke dapur dan uruskan anak-anak.  Alternatif saya semasa balik baru-baru ini ialah bangun mandi pukul 4 pagi.  Jadi selepas solat Subuh, sekurang-kurangnya rambut sudah hampir kering.  Tahu sendirilah bila pakai tudung dalam keadaan rambut basah… rambut mudah rosak.

‘Ala kullihaal… dalam kelemahan yang ada bila bergilir rumah dan tinggal bersama ipar duai ini, kami merasa gembira melihat kedua ibubapa sihat dan gembira dengan kunjungan kami bersama  cucu-cucu mereka.  Lebih istimewa lagi, ini kali pertama Aleeya yang dilahirkan 1 Mac 2011 di Melbourne berkunjung ke kampung datuk nenek mereka.

Untuk 10 hari menjadi ‘Badwi’, bolehlah tahan lagi.  Namun untuk lebih dari itu, mahu pengsan saya dibuatnya.  Apatah lagi, saya punya bayi berusia 6 bulan yang menyusu penuh.  Stamina tidak sama dengan ibu-ibu yang tidak punya anak kecil.

Semoga Allah ampuni dosa-dosa saya.

Astaghfirullah.

Wassalam.

Ummu Abbas

12.22pm

8 Syawal 1432H

One thought on “Coretan Hidup: Kembali ke Melbourne

Add yours

  1. Salam,
    Saya tersenyum lebar membaca entri ini kerana pengalaman menjadi ‘Badwi’ ini akan saya sekeluarga alami setiap kali balik ke S.Alam. Ibubapa saya tinggal di SS18 manakala mertua di SS19 (masa perjalanan tidak sampai 5 minit!). Kadangkala kami terpaksa berulang alik antara dua rumah orang tua 2,3 kali dalam masa beberapa hari. Pernah juga rasa tertekan tetapi mengenangkan demi menjaga hati orang tua dan apabila terlihat kegembiraan mereka, kami sekeluarga redha. Sekarang kami sudah biasa. Anak-anak juga sudah semakin besar dan memahami.
    Semoga kami terus tabah berbakti kepada orang tua. Amin.

    Iye… harsaamylia… mengenangkan peluang berbakti kepada orang tua yang mungkin semakin pendek masanya itulah yang mendorong hati untuk lebih sabar melalui sedikit keletihan. Tidak terbalas jasa kedua ibubapa membesarkan kita. Moga Allah merahmati kita semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: