Majalah Baru untuk Muslimah di Pasaran

Bismillah.

Alhamdulillah, sebuah majalah baru untuk muslimah berada di pasaran sekarang.  Keluaran sulung Era Muslimah ini bermula pada bulan ini, Disember 2011.  Dulu majalah ini dikenali dengan nama ‘Muslimah’ sahaja.

Semasa remaja dulu, saya adalah peminat majalah ini.  Kini, sudah tersurat yang saya berjodoh dengannya… iya, saya dilamar oleh Ketua Editor untuk menjadi Penulis Tamu di Era Muslimah.  Alhamdulillah.

Pada saya, majalah ini lain dari yang lain kerana ‘cover’ majalah ditampilkan secara ‘natural’  yakni tanpa ‘make-up’ yang mengelirukan pandangan ramai.  Adalah jelas, ‘make-up’ pada wajah seseorang wanita adalah salah satu bentuk tabarruj yang diharuskan jika dipakai untuk suaminya atau di hadapan mahram.  Boleh juga pakai di luar rumah dengan syarat memakai purdah- kata seorang ustaz semasa saya di Tingkatan Dua.  Jika ber’make-up’, kemudian menunjuk-nunjuk kepada ajnabi di luar rumah, jadilah ia tabarruj yang dilarang.   Antara ciri wanita jahiliyah Arab dahulu digambarkan suka ber’make-up’ pada wajah mereka.

Semoga perkongsian ilmu dari semua penulis di dalam majalah ini memberi manfaat buat semua pembaca.

Apa yang baik, panjang-panjangkan…

Apa yang kurang, sampaikan kepada kami ya…

Buah cempedak di luar pagar

Ambil galah tolong jolokkan

Saya ‘ibu’ baru belajar

Kalau salah tolong unjukkan.

Semoga penerbitan majalah ini menyemarakkan lagi dunia bacaan ilmiah di negara kita.  Juga semoga ia istiqamah dengan ciri ‘syariah compliant’ sehingga diberkati Allah.

Ummu Abbas

17 Muharram 1433H/13 Dic 2011

Melbourne.

5 responses to “Majalah Baru untuk Muslimah di Pasaran”

  1. Avatar zetti
    zetti

    assalammualaikum.
    mcm mn nk dapatkan majalah ni? ada dijual di pasaran?

    Wa’alaikum salam warahmatullah Zetti.

    Akak dok Melbourne. Cuma akak berpendapat ia boleh didapati di kedai2 yang menjual majalah-majalah terutama majalah islamik seperti Anis, Solusi dan lain-lain.

  2. Avatar haslinda_haniff
    haslinda_haniff

    assalamualaikum,

    thanks for the info kak…. mesti cari… dah jatuh hati sgt dgn penulisan akak…

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Alhamdulillah :). Moga dipermudahkan Allah.

  3. Avatar satria
    satria

    assalamualaikum
    di jual sampe ke kota bengkulu nggak?soalnya aku tertarik ni..

    Wa’alaikum salam Satria…

    Saya kira ia hanya untuk pasaran Malaysia, Sabah Sarawak, Singapura dan Brunei sahaja. Jika Satria benar berminat, cuba ke link berikut dan tanyakan mereka kalau-kalau Satria boleh order secara pos ke Kota Bengkulu.

    http://almuslimah.com.my/

    Kota Bengkulu itu terletak di negeri mana ya?

  4. Avatar surya hasbi

    assalamualaikum.
    bisa minta nomor telepon redaksinya atau email dan hp nya majalah muslimah

  5. Avatar ummuabbas

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Editornya ialah Puan Nik Fauziah Nik Husin – email: nik2konsep@gmail.com.

    No hpnya saya tiada.

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect