Posted in Gadisku, Islamika, MyDiary

Sophie Minta Saya Buka Tudung

Sophie, ialah anak tuan rumah farmstay tempat kami menyewa di Warkworth, New Zealand.

5 April 12

Bandar Warkworth, North Island, New Zealand.

Suatu ketika, Sophie ditinggalkan di dalam kereta bersama saya oleh Simon (bapanya) yang mahu ke pasaraya. Suami dan anak sulung saya mengikut Simon.

Sophie berkata, “Bukalah tudung ini!” sambil tangannya memegang tudung yang saya pakai. Pada masa itu, saya sudah menanggalkan purdah kerana suasana yang aman.

“Saya tidak boleh”

“Kenapa? Bukalah”

Saya berfikir-fikir untuk mencari jawapan yang sesuai. Teringat juga untuk memberitahu ia satu kewajiban bagi muslimah dewasa namun terasa dia tidak mampu memahami jawaban begitu. Saya hanya mampu mengatakan ‘Saya tidak boleh lakukan’.

Hari ini, bila mengenang kembali peristiwa itu, terasa kesal setelah terfikir saya boleh sahaja menyebut perkataan ‘Allah’ di hadapannya pada masa itu dengan menjawab, “Allah yang suruh”. Bukankah fitrah bertuhankan Allah itu ada pada semua manusia sejak kecilnya?

Mendapat ‘perintah’ mendadak dari si kecil yang membesar di persekitaran bukan Islam begitu buat kali pertama membuatkan saya ‘buntu’ idea.

Ia berbeza jika ditanya oleh anak-anak orang Islam.

Ya Allah,ampuni daku kerana tidak mengambil peluang memperkenalkan namaMu kepadanya waktu itu.

Sebaik mengingati hal itu, Allah mengingatkan saya bahawa hakikat yang mengenalkan diriNya kepada semua makhlukNya adalah Dia sendiri. Manusia hanya perantara sahaja. Lagi pun, belum tentu masanya sesuai kerana tabiat kanak-kanak yang suka bertanya.

Kemungkinan dia akan bertanya bapanya, “Siapa Allah?” serta pelbagai kemungkinan lagi.

Saya hanya mampu mendoakan dari jauh agar Allah memelihara Sophie, 3 tahun dan Lukah, 5 tahun agar diberi jalan untuk mengenal pencipta mereka.  Moga kesucian mereka hari ini terus berkekalan hingga ke syurga abadi.

Juga semoga Allah berikan hidayah Islam kepada Simon.

Farmstay kami ialah rumah yang kelihatan di sebelah kiri. Rumah landlord ialah yang kelihatan di belakang kami. Penginapan ini berada di puncak bukit.

Mod: Terasa ingin berulang alik ke rumah Sophie untuk menjenguk mereka.

 

 

Ummu Abbas

10.39pm

20 Jumada 1 1433H/ 12 April 2012

Melbourne.

Advertisements

Pengarang:

Seorang isteri, ibu, permaisuri rumah, anak kepada Ma dan Abah yang masih hidup, penulis dan da'ie, insya Allah. Menyintai ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah.

4 thoughts on “Sophie Minta Saya Buka Tudung

  1. Assalamualaikum..

    Saya suka dan seronok baca pengalaman akak di negara orang..kali ini cerita lebih menarik. Saya suka bersembang dengan anak-anak walaupun masih belum boleh bertutur dengan betul tapi menyeronokkan. Dengan kisah Sophie ini, pada pandangan saya adalah permulaan yang baik untuk memperkenalkan siapa yang menciptakan dia (sophie). Awal2 pelajaran ialah dengan kenal siapakah pencipta alam semesta ini. Saya tahu akak mesti boleh. Semoga berjaya!

    Salam kenalan.

    Wa’alaikum salam warahmatullah Izat.

    Malangnya akak sudah pulang ke Melbourne. Sekadar berharap agar dapat cara berkomunikasi secara online dengan Sophie. Terima kasih atas saranan dan sokongan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s