Bismillah.
Alhamdulillah, baru semalam pulang dari Pulau Tasmania bersama famili. Hari ini masih bersisa rasa letih dan perlu pula mengemaskan pakaian dan barangan lain.

Masa berlalu tanpa dapat diundur kembali… hampir sebulan tidak berkesempatan up-date khabar dan entry di sini.
Untuk masa yang ringkas, banyak kesempatan digunakan untuk up date status di Page Facebook. Status di Facebook boleh dicatat ringkas dan santai. Berbeza di blog, lebih terpanggil untuk bercerita berselang sedikit rasional dari dalil naqli atau ‘aqli.
Foto-foto pula lebih mudah di up-load ke FB daripada Android.
Sejak memanfaatkan WhatsApp untuk berusrah dan meeting, masa menjadi bertambah sempit. Itu antara sebab lambat men’download’ WhatsApp walaupun seorang sahabat telah lama ‘merekemenkan’. Bila banyak grup, banyak pula yang perlu di ‘follow up’.
Kemudahan teknologi memang banyak meringankan beban. Dalam masa yang sama menambah beban pun ya…
Sehinggalah dua hari lepas, ketika berada di ‘cabin’ yang di sewa di Hadspen, Launceston, Tasmania, suami berkata, “Tiada ‘line’ lah di sini” setelah memeriksa talian handphone dan internet.
“Yeay… dapat berehat dari internet”, saya bersorak kecil dengan nada gembira.
Mana tidaknya, dalam percutian pun ‘terpaksa’ bermesej-mesej urusan kerja dan sebagainya. Bila mesej masuk, mahu tidak mahu, perlu cek bimbang ada hal penting.
Sama seperti kita sentiasa perlu ‘bermesej’ dengan Tuhan… sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Mahu tidak mahu, terpaksa buat sebab ia memang penting untuk kita. Tiada ruang untuk ‘bercuti’ dari ‘bermesej’ dengan Dia sebab ‘mesej-mesej’ dari Ilahi itulah ‘pendorong utama’ untuk hidup tenang dan sukses.
‘Cuti’ untuk wanita haid dan nifas itu bagaimana pula ya? ‘Cuti’ tersebut hanya dari ibadah formal bernama solat. Mereka masih boleh ‘berhubungan’ melalui zikir, istighfar, tasbih dan lain-lain. Tanyalah kepada mana-mana wanita yang menunaikan solat fardu 5 waktu, saat-saat ber’cuti’ itu mereka akan berusaha melakukan sesuatu yang dapat menenangkan jiwa bagi menggantikan solat. Zikrullah adalah penawarnya.
Setakat itu dulu coretan kali ini bagi ‘membasah’kan semula blog yang lama kemarau ini. Di Melbourne sekarang ‘summer’ namun hujan tetaplah hujan. “Summer” di blog ini tidak berawan mendung, apa lagi mahu hujan.
Mohon maaf dari semua komen dan soalan yang belum berjawab.
Semoga segala persoalan itu sudah dapat dirungkaikan oleh insan lain yang lebih faqih dan lebih banyak makan garam dari empunya blog ini.
Wassalam.
Ummu Abbas
16 Rabi’ul Awwal 1434H/ 12.18am
Melbourne.
Tinggalkan Jawapan