Bismillah
Satu soalan singgah di blog ini;
Akak, Di Melbourne ramaikah rakyat Malaysia?? Di Australia ramaikah orang Islam?? Senangkah hidup di sana?? Ada gangguan anti Islamkah??
Jawapan:
Di bawah ini, saya lampirkan satu artikel yang pernah diterbitkan di sebuah majalah. Artikel ini menceritakan kehidupan muslim di Melbourne secara ringkas dan sedikit penambahan di bawah ini.
Umumnya, sehingga kini muslim paling ramai di Sydney dan Melbourne. Di bandar-bandar lain ada juga seperti Perth, Adelaide, Brisbane dan Hobart.
Di Melbourne warga pelajar Malaysia lebih 8000 orang terdiri dari pelbagai bangsa. Sebahagian kecil berkerja dan mendapat separuh kerakyatan (permanent resident). Segelintir menurut pasangan yang dinikahi.
Kesenangan itu agak relatif sifatnya. Saya mohon maaf kerana kurang memahami maksud ‘senang’ secara khusus dalam soalan di atas.

Makna Hijrah Ke Kota Melbourne
Suatu hari, dia mendapat perintah untuk berhijrah. Seluruh pengikutnya turut diarahkan berhijrah. Hijrah bukan sekadar pada perpindahan jasad dari satu tempat ke tempat yang lain. Bahkan hijrah ke arah sesuatu yang lebih baik pada keimanan, hubungan silaturrahim dan harta benda. Dari pengorbanan meninggalkan harta, kampung halaman dan sanak saudara yang belum mahu beriman, Allah mengurniakan saudara-saudara baru yang tulus menyintai bernama golongan Ansar, sebuah negara dan juga harta rampasan perang.
Hijrah atau kembara ini jika diniatkan semata-mata kerana Allah akan memberi hasil positif pada dunia dan akhirat seseorang. Sebaliknya, jika tujuannya sekadar dunia, maka hanya dunia yang akan diperolehi. Na’uzubillah. Dalam satu hadis berkenaan niat
‘Umar ibn al-Khattab r.a. berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu”.
Tahun baru hijrah 1434 menyaksikan kami bermastautin di Melbourne selama 2 tahun 2 bulan. Alhamdulillah, ia juga menjadi saksi genap setahun saya menjadi penulis tamu di sini, menabur ilmu dan berbakti kepada masyarakat dalam ruang yang Allah berikan.


Jika anda berjalan ke seluruh ceruk Kota Melbourne, anda akan dapati pelbagai bangsa menghuni Melbourne sama berganding bahu membangun dan memeriahkan kota. Mereka sanggup berhijrah dari negara asal bagi memperbaiki kehidupan masing-masing. Pernah saya bertanya jiran yang berbangsa Lubnan, “Adakah bangsa kamu berhijrah kerana lari dari suasana perperangan?” Ummu ‘Abd berkata, “Tidak. Bangsa kami memang gemar berhijrah untuk mencuba sesuatu yang baharu.” Menurut pemerhatian, komuniti muslim Melbourne dikuasai majoriti Arab Lubnan dan bangsa Turki. Selain itu terdapat muslim Somalia, Iraq, Afghanistan, Bangladesh, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia, Bosnia dan lain-lain. Jawapannya mengingatkan saya kepada masyarakat di kampung halaman iaitu Kelantan yang suka berhijrah untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Jumlah muslim di Victoria melebihi 90,000 orang. Faktor jumlah memungkinkan banyak masjid dan surau dibangunkan. Antaranya masjid di Fawkner, Preston, Sunshine, Broadmeadow, Werribee, Roxburgh Park dan lain-lain. Info lanjut boleh dilayari di http://www.ummahdirectory.com.au. Masjid-masjid ini biasa dipanggil (walaupun ia ada nama sendiri) menurut bangsa atau kumpulan yang mengurusinya seperti masjid Tabligh, masjid Bosnia, masjid Arab, masjid Turki dan terbaru yang sedang diusahakan ialah masjid Melayu. Terdapat persatuan Melayu Singapura yang sedang mengumpul dana untuk membangunkan masjid Melayu. Maksudnya di sini ialah prasarana dan kemudahan masjid mahu disesuaikan dengan budaya Melayu. Bagi menyatukan umat Islam Victoria yang berasal dari pelbagai negara dan mazhab, The Islamic Council of Victoria (ICV) ditubuhkan bagi memelihara kebajikan dan kepentingan mereka. Lembaga Imam-imam Victoria (The Victorian Board of Imams) memainkan peranan membuat pengisytiharan penting seperti tarikh mula berpuasa dan tarikh hari raya.
Muslim di negara non-muslim ini kelihatan begitu berdikari dalam hidup mereka. Mereka mempunyai banyak jenis perniagaan kecil dan besar, mereka membangunkan masjid dengan usaha sendiri, menubuhkan persatuan mengurusi bekalan daging atau makanan halal (Halal Australia), menubuhkan sekolah-sekolah Islam dan lain-lain. Melihat mereka mengingatkan saya kepada bangsa Tionghua di tanah air yang kuat berdikari. Memang ada ‘satu kuasa dalaman yang kuat’ menjadi momentum kepada para penghijrah ini membina hidup mereka di tempat orang. Di dalam Islam, hukum berhijrah dari negara Islam kepada negara non-muslim dibahaskan ulama. Begitu juga sebaliknya. Yang menjadi persoalannya ialah wujudkah sebuah negara Islam di zaman ini. Ada perbezaan antara negara yang dihuni oleh majoriti muslim dengan negara Islam. Tinggal di negara yang diperintah non-muslim yang adil mungkin lebih baik dari tinggal di negara yang mempunyai pemerintah muslim yang zalim.
Hingga ke saat nota travelog ini dicatat, warga muslim di Australia masih bebas mengamalkan ajaran Islam sekurang-kurangnya di peringkat individu dan sesama komuniti muslim. Sebahagian syiar Islam belum diizinkan pemerintah seperti masjid tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara semasa azan dilaungkan. Sedikit masjid dibenarkan menggunakan pembesar suara waktu solat Zohor sahaja. Kelas-kelas pengajian Islam hidup subur di sini. Sayangnya di sana terdapat ramai warga Arab terutama anak-anak yang membesar di negara ini sudah melupakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Arab. Ada di kalangan mereka hanya tahu Bahasa Arab ‘Ammi (bahasa pasar) serta tidak tahu berbahasa Arab fushah (bahasa standard). Bahasa Arab mempunyai kaitan rapat dengan Islam kerana ia bahasa Al-Quran. Al-Quran merupakan dustur pertama umat Islam. Tidak dapat tidak mereka yang mahu berpegang teguh dengan ajaran Islam akan berusaha memahami al-Quran.
Antara Dua Benua
Pengalaman tinggal di Jordan semasa belajar dahulu dan di Australia sekarang memberi gambaran menarik dalam memahami erti hijrah. Para imigran muslim di sini sama ada menjadi lebih baik Islamnya atau sebaliknya. Begitu juga di Jordan dahulu, sebahagian besar pelajar mendapat manfaat dari biah solehah (persekitaran baik yang ada) dan segelintir pelajar masih tetap cenderung kepada budaya hidup yang tidak Islamik. Benarlah pesan Nabi s.a.w dalam hadis niat yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bahawa setiap amalan natijahnya berdasarkan niat atau tujuan ia dilakukan.
Hijrah bukan sahaja memberi kesan pada mata pencarian, bahkan lebih mendasar lagi ialah pada bentuk pemikiran seseorang. Ada yang terpengaruh dengan cara berfikiran bebas sehingga melepaskan diri dari teraju prinsip al-Quran dan Sunnah. Bentuk pemikiran ini, apabila diredai oleh hati akan diterjemahkan dalam cara hidup seseorang. Oleh sebab itu, di dalam Islam, perkara pertama yang perlu dibentuk ialah aqidah. Aqidah difahami dengan akal/pemikiran sebelum diserap dan diyakini oleh hati. Dari tahap kepercayaan dan keyakinan yang ada, ia membentuk amalan dan akhlak seseorang.
Kembara di Bumi Kangaroo menjadikan hidup lebih berwarna-warni bagi penulis sekeluarga. Hijrah yang sementara ini memberi makna mendalam pada fikiran, hati dan tindakan. Orang mukmin setiap saatnya hanya ada satu tujuan tinggi dan mulia iaitu fikirnya kerana Allah, zikirnya hanya untuk Allah dan diam geraknya semata-mata mahu mendapat reda Allah. Maka jika dia berhijrah, objektif yang ingin dicapai dari hijrahnya itu tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaannya. Jadilah dia seperti ikan di laut, tetap tawar walau airnya masin. Dan jadilah dia seperti buah kelapa yang hanyut, di pantai mana pun ia terdampar, ia akan hidup subur, memberi jasa kepada manusia sekeliling dengan segenap kebolehan dan kemahiran yang ada padanya. Sabda Nabi s.a.w, “Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat buat manusia lainnya”.
Hijrah begitu sinonim dengan travelog keimanan seseorang. Perbaharui tujuan hijrah supaya hijrah kita tetap terhitung sebagai ibadah.
Ummu Abbas
Melbourne, Australia.
17 Rejab 1434H
Alhamdulillah … jazakumullah kerana sudi menerima kak na dan suami bertamu di rumah Nur sekeluarga …. pada awalnya rasa macam mimpi pula, kerana sering terasa ketinggalan dari sahabat2 Yang lain kerana mereka lebih kerap ke oversea sama ada menghadiri International conferences serta membentangkan kertas kerja dll. urusan . Sejak balik dari Mesir, mei 1990, paling jauh pun kna accompany UIA students ke Singapore ( 2011 ), Sabah. ( 2012 ), Sarawak ( 2008 ).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui detik hati setiap hamba-hambaNya … tertunai juga impian kna nak melihat negara mat salleh walaupun berada tidak sejauh UK dan USA. Cukuplah dapat melihat sendiri kehidupan masyarakat berkulit putih di Melbourne. InsyaAllah kiranya ada rezeki kna masih menyimpan hasrat hati utk mengambil sabbatical leave samada Australia atau New Zealand. May be next journey will visit N.Zealand … Rabbi yassir .
I think this issue about Malaysians migrating has to be looked at in a more global perspective.Specially those having the thought that ,the grass are always greener on other side of the fence.,to be frank this perceptions are half bake correct,as migrations are not mean for everyone,many too face misadventured abroad and made desicion, migrating back to their mother’s hinterland feeling hurt.
People move all the time. Not just Malaysians. Everybody move. It is the way of the world nowadays. People love to travel and being seen as an “Expat” is very much in vogue right now.Some feels, it carries a certain amount of prestige being able to hold a foreign caucasian country passport,especially they when return home town, Malaysia for holiday. Don’t you think?
People move for many different reason and people call it by different names. Traveling is one. Visiting is another. Extended vacation, Cari Makan, Making money, Earning a living, etc. “Migrating” has such a permanent connotation to it.
But one thing for sure,me as a person who has been “traveling” for the last 10 years, I am definitely NOT migrating to another country. Most of the time the country I always think of “migrating” to is, Malaysia. I just miss it. If I can get the same salary and benefits, in Malaysia that I can get overseas, why would I want to leave my home land? This is true for many of us “expats” be it Malaysian, Indonesian, Indian, Venezuelan, Colombian, etc. Mainly the ones from a third world or developing country like Malaysia.
But,some says,that’s not going to happen anytime soon, so why stay? I am going to make my money somewhere else and “migrate”back to Malaysia,only when I’m falling apart and failed my venture in foreign land,these are the people that treats Malaysia percieves as their insurance policy. And guess what. So are many of my collegues who happen to think and shares with me that Malaysia has the right balance of everything that they consider a great place to live.Believe me,for any one bumiputera, that having the thought of migrating,there aslo large numbers on the other side of fence there,who harbor the intention,to swap places,if they’re capable to replace your position. Malaysia my second home program,through Malaysia’s government iniatives,already recieved applications from thousand citizens all over the world.
PS.
Ketika ini teringat akan dialog dalam filem P.Ramlee, madu tiga, “mahu hidup pun susah, mahu mati pun lagi susah”.Menguruskan jenazah di Australia paling tidak, keluarga kena standby at least AUD 10,000= RM 30,000 ringgit.
Selalunya suami isteri akan membeli satu lot, dan mengharap, satu hari kelak mereka akan disemadikan bersama-sama.Harga bagi satu lot dewasa lebih kurang AUD5,000 (RM 16,000) manakala satu lot untuk kanak-kanak mencecah AUD2,000 (6,400). Kubur tidak akan digali sehinggalah dibayar jumlah yang dipinta.jenazah dibawa ke tanah perkuburan, yang pastinya tanah perkuburan “multi-faith”=India,Cina,Melayu,Om Putih semua satu bendera.
Satu saje saya harap,mudah mudahan bumpiputera malaysia australia akan pulang membawa 1,000 harapan perubahan ke malaysia satu hari kelak,seperti mane kaum melayu di singapura yang di didik untuk berdikari dari kecil ,di tindas oleh bangsa lain,boleh cepat tumbuh pesat.
Seperti Biji durian yang di pijakpikat akan mendapat akar yang mendalam ke tanah.
Melayu Singapura.
Assamualaikum ummu…
Teruja membaca block kamu..
Sy Dan Suami masing2 dlm 55s… niat untk berhijrah ke Melborn..Kami sebagai caterer sekian Masa…tidak tahu hendak bermula dari Mana Bila dh sampai d Melborn nanti…Suami berasal dari.kedah
..Kami sangt berbesar hati jika dapat berinteraksi dgn ummu…
Wa’alaikumussalamwarahmatullahi wabarakaatuh.
Mohon email saya di ummu_abbas@ymail.com
Alhamdulillah penulisan anda memberi idea kpd sy bagaimana cara hidup di Sane, kenapa sy ingin bhijrah.. sy ingin berhijrah ke Sane tp masih ag memikirkan adakah sesuai bhijrah ke Sane Dan sy masih sy kerjaya sy sungai jururawat d msia..Doakan sy membuat keputusan yang terbaik..Amin..
Assalamualaikum akak boleh x bagi guide kalau saya mahu hijrah kesana, saya mahu kerja disana untuk bantu keluarga saya di kampung.
Setelah mendapat maklumat yang cukup serta berbincang dengan mereka yang arif, istikharah adalah yang terbaik dalam membuat keputusan.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Semoga Allah permudahkan urusan Puan.
Wa’alaikumsalamwarahmatullah Mohsin. Mohon maaf, saya kurang arif dengan peluang pekerjaan di sana dan cara untuk apply. Yang penting boleh berkomunikasi dalam BI dengan baik dan solat hajat mohon dibuka pintu rezki di sana jika ia baik untuk agama, dunia dan akhirat kita.
Doa supaya Allah dekatkan dengan insan2 yang boleh membantu dengan ikhlas.
https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk
Web: almawaddah.info
Salam
Kepada:
Redaksi, rektor dan para akademik
Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan
Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan