Peranan Suri Hati Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz

Bismillah

Alhamdulillah, buat julung kalinya satu forum berkisar kisah suri hati Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz diadakan sempena Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah 2021.  Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah merupakan sambutan hari wanita peringkat negeri Kelantan.

Saya tertarik dengan perkongsian anakanda Almarhum, Puan Nik Amalina bagaimana suasana didikan ayahanda & bonda di rumah yang boleh diteladani oleh semua. Walau kita orang biasa-biasa, berkat amalan asas dalam Islam, insyaa- Allah akan mendapat keluarga luar biasa. Juga perkongsian Kak Chik Niza selaku jiran kepada Almarhum Tok Guru.

Sebenarnya, apa yang Puan Nik Amalina dan Kak Chik Niza share ada dalam plan untuk dimasukkan sebagai salah satu bab isi buku iaitu berkenaan  sudut pandang orang lain terhadap Datin Bentara Setia Tuan Sabariah.  Saya merancang untuk mendapatkan pandangan anak-anak, menantu, jiran, sahabat sejemaah dan lain-lain tapi itulah, masa kurang mengizinkan.  Waktu itu situasi saya sendiri sedang sakit dan kesuntukan masa untuk berjanji temu serta menemubual orang-orang lain kerana mengejar dateline manuskrip dihantar untuk dicetak.

“Sekiranya kita berasa Ummahatul Mukminin itu jauh dari zaman kita, tetapi sekarang ini masih ramai isteri-isteri atau suri yang boleh dicontohi di zaman kita”

YB Dato’ Mumtaz Md Nawi

Saya pernah berkongsi sedikit kisah penulisan buku ini di sini.

DI BAWAH NAUNGAN SATU AYAT : SURI HATI TOK GURU

Adakah Tokoh Sayyidatina Khadijah 2016 ini hanya dibiarkan bergelumang di dapur, melayan kerenah 10 orang anak, membasuh kain baju, mencuci dan mengemas rumah serta menghibur suami di rumah semata-mata ?

Jika ramai yang memandang almarhum Tuan Guru Nik Aziz begitu gemilang berada di tampuk kepimpinan Gerakan Islam dan negeri Serambi Mekah berdekad lamanya, temui peranan SURI HATInya.

Rakaman boleh dilihat di page FB Hari Sayyidatina Khadijah.

Ummu Abbas

19 Sya’aban 1442/2 April 2021

Jumaat

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: