Nuzul al-Quran: Biarkan Ia Turun dan Menetap di Hati serta Tanah Airmu

Bismillah

Nota di bawah adalah catatan saya sempena Nuzul al-Quran dalam Ramadan yang baru berlalu pergi. Moga bermanfaat.

Fitrah Insan Suka Keindahan

Homestay yang pernah disewa penulis di tepi sebuah ladang di Christchurh, NZ pada tahun 2013

Kami sekeluarga suka menyewa kabin atau homestay di tepi tasik, ladang, pergunungan dan sungai semasa bermastautin di Australia dan travel di New Zealand dengan harga yang sederhana dan berpatutan.    New Zealand adalah salah sebuah negara yang memilki banyak kawasan yang indah. Manakala menginap di tepi-tepi pantai agak kalih di tanah air sendiri. Fitrah manusia suka melihat dan merasai kecantikan dan apa jua bentuk keindahan seperti kecantikan alam semulajadi.  Sehingga ada yang sanggup membayar dengan harga yang mahal untuk memiliki tanah dan membina kediaman di tepi-tepi sungai, air terjun, pantai, tasik dan sebagainya.

Andai nikmat dunia ciptaan Allah itu sentiasa dicari dan diburu ramai manusia, sewajarnya lebih ramai manusia memburu sesuatu yang paling indah pernah Allah anugerahkan buat seluruh makhlukNya – ia bernama al-Quran. 

Umum boleh merujuk maksud hari Nuzul al-Quran daripada aspek sejarah dalam banyak penulisan di laman-laman web.  Nota sempena Nuzul al-Quran 2021 ini sekadar mahu mengajak diri sendiri dan para pembaca yang dimuliakan untuk membuka pintu hati kita seluas-luasnya supaya boleh dimasuki serta dihuni oleh wahyu Ilahi yang sudah turun sejak lebih 1400 tahun yang lalu.   

Pembaca al-Quran Yang Masuk Neraka

Ada sebahagian pembaca al-Quran yang tidak mendapat manfaat daripada apa yang dibacanya sebagaimana yang disebut Nabi SAW,

 وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ ، قَالَ : كَذَبْتَ ، وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ هُوَ قَارِئٌ ، فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ


(kemudian giliran) seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkan ia, dan membaca al-Quran. Dia dibawa dan Allah menunjukkan nikmatNya kepada lelaki itu, dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya: Apa yang telah engkau lakukan dengannya? Lelaki itu menjawab: Aku telah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu dan membaca al-Quran kerana Mu. Allah menjawab: Engkau bohong! Sebaliknya engkau menuntut ilmu untuk dipanggil orang alim, dan engkau membaca al-Quran untuk dipanggil Qari’. Sesungguhnya engkau telah dipanggil dengan gelaran itu. Kemudian lelaki itu diarahkan untuk diseret dengan wajahnya di atas muka bumi, kemudian dilempar ke dalam neraka. (Hadis Sahih Muslim)

Rasulullah SAW bersabda:

 يَخْرُجُ نَاسٌ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ ، ثُمَّ لاَ يَعُودُونَ فِيهِ حَتَّى يَعُودَ السَّهْمُ إِلَى فُوقِهِ

“Akan keluar manusia dari arah timur dan membaca Al-Quran namun tidak melewati kerongkongan mereka. Mereka melesat keluar dari agama sebagaimana halnya anak panah yang melesat dari busurnya. Mereka tidak akan kembali kepadanya hingga anak panah kembali ke busurnya.” (Hadis Bukhari)


Maksud “tidak sampai melewati kerongkongan” adalah kiasan dari “tidak sampai ke hati”. Antara simptom membaca Al-Quran tetapi tidak sampai ke hati ialah pembacanya tetap berakhlak buruk.  Sedangkan objektif diutuskan Rasulullah SAW ialah,  “Sesungguhnya aku diutus (Allah) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Hadis Imam Ahmad). 

Antara Keindahan al-Quran

  1. Al-Quran mengandungi segala manfaat untuk memiliki jiwa, cara berfikir dan fizikal yang sihat dan indah. 
  2. Al-Quran adalah cahaya yang mampu mengeluarkan manusia daripada jalan yang berserabut dan sesat kepada highway yang lurus dan selesa tepat menuju syurga abadi.
  3. Al-Quran mampu menyembuh jiwa yang terluka, tertekan, sedih dan sakit menjadi damai dan sejahtera.
  4. Al-Quran mampu menjadi menjadi imunisasi daripada serangan penyakit fizikal seperti kanser, strok dan lain-lain, juga menjadi benteng daripada serangan makhluk halus seperti jin dan iblis.
  5. Al-Quran adalah hakim yang paling adil dalam menyelesaikan pertikaian manusia.

Tatapi ia setiap hari dengan membaca, memahami makna serta menghayatinya dalam kehidupan ke tahap optimum menurut kemampuan masing-masing sehingga kemanisan iman dan taqwa meresapi hati.  

Ya Allah, Perindahkanlah hati-hati kami dengan al-Quran.  Hiasi kehidupan kami dengan anugerah beramal dengan al-Quran.   

Ya Allah, payungi tanah air kami dengan wahyuMu yang dirujuk dalam membangunkan negara.

Ya Allah, selamatkan kami dari azabMu di dunia dan akhirat dengan al-Quran.

Perkenanlah Ya Rabb.  Amin.

طه. مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى. إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى

Ta Ha. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.

Ummu Abbas

12.20 pm

12 Ramadan 1422H/24 April 2021

#dengandakwahummahberubah

#KitaIkhtiar, AllahJagaKita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: