Bismillah

Saya sering menerima pertanyaan kawan-kawan berkenaan vaksin dalam grup Whatsapp. Ini kali pertama saya terfikir untuk berkongsi ilmu tentang vaksin di dalam blog ini memandangkan ia penting diketahui lebih ramai orang awam dan memahaminya dalam bahasa yang mudah berdasarkan ilmu perubatan. Untuk info, suami saya merupakan pegawai perubatan dan profesor dalam bidangnya iaitu mikrobiology. Jadi saya ni dah macam kaunter pertanyaan vaksin atau isu-isu perubatan dalam grup kawan-kawan. 🙂

Terdapat banyak dakwaan yang agak mengelirukan disebarkan di kalangan awam sedangkan orang awam tidak memiliki disiplin ilmu perubatan untuk memahaminya secara ilmiah.

Salah satu video dalam bahasa Melayu telah dikongsi dan ditanya penjelasannya oleh salah seorang sahabat. Oleh kerana blog ini tidak dapat berkongsi video kerana saya tidak melanggan pakej berkenaan, saya lampirkan screenshot video tersebut yang banyak bercerita tentang bagaimana vaksin berkerja di dalam tubuh manusia dengan istilah-istilah yang orang awam tidak memahaminya seperti mRNA, spike proteins, kilang spike proteins yang tidak akan off dan lain-lain yang kemudiannya mendakwa bahawa vaksin Pfizer akan membawa kematian kepada penerimanya dalam masa 2 hingga 3 tahun.

Ramai yang berasa bimbang dengan dakwaan dalam video yang saya tidak tahu siapa penceramahnya. Apakah benar segala dakwaannya?

Respon pakar mikrobiologi terhadap video tersebut:

Semua dakwaan dalam video itu tidak betul.

  1. Orang tak lapar pun selepas vaksin Covid-19. mRNA masuk ke dalam sel bukan sebab active transport, tetapi sebab diambil sel immune setempat.
  2. Spike protein bukannya tersebar seluruh tubuh, tapi cuma sel immune setempat dan mungkin juga kelenjar lymph setempat.
  3. Kesan sampingan vaccine mRNA bukan sebab accumulation of spike protein atau antibody-spike protein accumulation, tapi sebab immune reaction to spike protien.
  4. mRNA cuma ada dalam badan sekitar sehari dan spike protein sekitar seminggu. Tak ada seorang pun yang meninggal sebab accumulation of spike protien. Spike protein bukannya cytotoxic.
  5. Spike protein cuma ada ditempat suntikan atau node lymph setempat selama sehingga seminggu. Antibody dan sel immune yang ke seluruh tubuh untuk menjaga badan dari dijangkiti kuman.

Kalau ada on dan tak ada off, atau accumulation of spike protein, tidak perlu lah bersusah payah diberi banyak dose vaksin. Satu dose pun sudah cukup.

Prof Dr Z


Moga bermanfaat

Ummu Abbas

11.51am
15 Jumada II 1443H/19 Jan 2022

#biartahujangankeliru



Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect