ÿ Memulakan memberi salam apabila bertemu. 

Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah.  Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk. 

Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.

Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita.  Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.

ÿ Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.  

Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.  Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan.  Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik.  Bukan bertujuan membodek. 

ÿ Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.  Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.

Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.   

Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.

Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.  

ÿ Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri. 

Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri.  Allah sebaik-baik pemberi rezeki.  Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik. 

Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.  Elakkan prejudis pada mereka. 

Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas.  Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain. 

ÿMemberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.  Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.

Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat.  Kemudian rakan kita menegur kita.  Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya.  Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain.  Ia menunjukkan maruah kita dihargai. 

Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.  

Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya.  Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini?  Allah bersama orang yang ikhlas. 

ÿ Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak. 

Motivasi:  Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah.  Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak.  Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf. 

Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.

Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya. 

ÿ Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh.  Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.

Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil.  Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat.  Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis. 

Menyembunyikan segala rahsia sahabat  dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.

Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita. 

ÿ Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.

Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu? 

Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah.  Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.

Motivasi:  Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya?  Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita? 

ÿ Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati. 

Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya.  Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim.  Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur. 

ÿ Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut.  Ini janji Allah.  Nescaya ditepati.  

Sentiasa mendoakannya.  Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita. 

ÿMenziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.

Motivasi:  Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain. 

Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

Motivasi:  Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat.  Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai.  Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada. 

Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah.  Apa yang telah kita amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya.  Mana yang kurang, sama-sama kita perbaikinya.  Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya.  

Ummu Abbas©Kerana Cinta’s Weblog2

4 Safar 1428H/ 3 Mac 2008

6.18pm

33 respons kepada “Tip-tip Menjadi Sahabat Yang Baik”

  1. effa Avatar

    saya ingin menjadi sahabat yang baik pada kawan saya.tapi saya tak pandai menjaga hati kawan saya.harap dapat membantu saya macam maner saya menjaga hati kawan saya………..

  2. ummuabbas Avatar

    Assalamu’alaykum,

    Alhamdulillah, adik cenderung untuk menjadi insan yang baik dan berusaha ke arah tersebut. Ia satu anugerah (taufiq dan hidayah) Allah yang harus disyukuri dan dihargai. Menyentuh persoalan yang dkemukakan, bolehkah Effa jelaskan secara lebih terperinci maksud Effa tidak pandai menjaga hati kawan? Kak Nur percaya sekiranya Effa dapat menghayati tip-tip yang digariskan, insya Allah Effa sudah pun menjadi sahabat yang baik kepada kawan Effa.

  3. faris Avatar
    faris

    salam kepada kak nur..terima kasih kepada kak nur yang sedia memberi nasihat kepada saya..Pada minggu lepas saya berjumpa dengan sahabat saya itu dan meminta penjelasan di atas tindakannya mendedahkan apa yang saya ceritakan kepadanya orang lain..Dan jawapan yang diberikan cukup tidak kena pada tempat. Katanya supaya kawan saya ( saya berasa keci hati dgn salah seorang kawan saya yang asyik mempersoalkan fizikal saya. Jadi, saya ceritakan hal ini kepada sahabat saya) sedar apa salahnya. dan apa saya dapati kawan saya ini macam mula tidak berapa menyukai saya. hal ini menyedihkan saya kerana saya tidak suka bermusuh dengan kawan saya itu. Saya cukup kecewa dengan sahabat saya ini. harapkan pagar, pagar tak boleh diharap..Diharap kak nur dapat memberi email kak nur kpd saya. segan untuk saya ceritakan semuanya disini..wassalam.

  4. nona Avatar
    nona

    salam..
    saya ada seorg sahabat..kenal smenjak ting.1…skrg sudah ting.5…kami boleh lah dikata kan rapat..dan mnjadi tanggapan kpd sahabat2 lain bhw kami adlh ‘kawan baik’,,atau ‘belangkas’…walaupon org kate bgitu,rahsia sy takde sy share dgn dia,,sy hnya dgr rahsia2 dia..sbb dia yg nk share..msuk thun ini saya sudah 3tahun duduk sebelahnya didlm kels..sy sudh mngetahui sifat dan perangai nya..seboleh2, sy mnjaga hati nya..ttpi dia kerap mnyakiti hati sy,,mngungkit kesalahan sy,mngatakan sy ini buknlah shbt yg baik,,hatinya itu ego..sy takde pun nk ungkit ape2 yg dia buat..prnh die tak tegor sy sebulan..sy tnya tpi dia ckp sje2 dan ntah..shingga bnyk kali prnah sy mnangis dan trtekan dgn sikpnya..sy suka brkwn dgnnya..ttpi itulah..sy kesal dgn sikapnya..dia sudah tahu tapi buat2 tak tahu..sy cuba utk perthnkn..sbb thn ini sy akn mnduduki pperiksaan spm..itu yg lbih pntg …

  5. ummuabbas Avatar

    Assalamu’alaikum!

    Adik Nona yang dikasihi Allah,

    Akak simpati dengan Nona dan akan cuba beri respon secepat mungkin. Anak akak yg kecil demam sekarang jadi agak susah utk akak menaip. Harap bersabar ye…

  6. eifa Avatar
    eifa

    saya nie mulutye agak kurang ajar dgn kawan-kawan saya macam cakap suke lepas aje….mengumpat pasal dye….n macam-macam lagi lah…so masalahye sekarang macam ne nak kawal mulut saya nie….

  7. fira Avatar

    assalamualaikum.
    saya suka bergaul dan saya sudah kerap dibenci oleh orang…saya sendiri tak tahu masalhnyer,,,,saya cuba berubah tapi mereka pula yg kurang ajar dengan saya,caci maki saya…kutuk dari belakang…saya sabar …..saya juga jenis yang rendah diiri la sampai ader org sangka saya miskin…tapi kekadang saya dpt rasakan bahawa rendah diri sayala yg membuatkan kwn2 saya benci saya.tolong saya kak….

  8. dianni Avatar
    dianni

    assalamualaikum…

    saya ada seorang kawan baik ..alhamduliliah ada masuk 5 tahun berkawan..bergaduh dan salah faham adalah perkara biasa dalam persahabatan..cuma kita harus saling jujur dan ikhlas…itu yang terpenting di samping bertolak-ansur…saya amat sayangkan dia..bg saya kebahagiaan dia merupakan kebahagiaan saya…tanpa dia hidup saya tiada menariknya..saya juga berharap Allah akan menjga persahabatan saya bersama dengannya…amin..

  9. mustafa Avatar
    mustafa

    assalamualiakum..

    saya ada seorang sahabat istimewa..alhamdulillah, walaupun baru setahun saya kenal dia tapi saya boleh dikatakan rapat dengannya..bagi saya, dialah satu-satunya orang yang memahami saya dalam apa jua situasi pun..tapi entah kenapa, sejak belakangan ni..saya dapat tahu yang dia selalu bersedih..sehingga ada masa tu dia tanya saya, kenapa orang semua benci dia..saya dah cuba gembirakan dia, tapi dia masih besedih..tolong saya ye..saya teingin nak lihat dia senyum semula..

    Dan lagi satu..saya memang suka puji2 dia..memang dia seorang sahabat yang selalu merendah diri dan baik sangat dengan semua orang..tapi setiap kali saya puji dia, dia macam xsuke..tapi saya tetap puji dia kerana saya sebenarnya nak dia tahu yang dia baik dan istimewa orangnya..dan saya percaya dalam hati ni dia sebenarnya suka dipuji..tak salah kan..??

  10. hanis udau Avatar

    assalamualaikum…salam berkenalan…

    Wa’alaikum salam warahmatullah Hanis. Selamat berukhuwwah.

  11. amira Avatar
    amira

    assalamualaikum…nama saya amira,alhamdulillah,,sebab sudah 2 tahun saya berkawan dengan orang yang boleh dikatakan istimewa wat saya…walaupun sudah 8 tahun kami berkawan… tetapi baru sekarang saya temui kawan rapat sebenar saya….malangnya kami tidak sekelas …dan apa yang saya pelik sekarang ini …kenapa sebahagian drpd kawan2 kitani suka berkawan secara berkelompok /berkumpulan dan setiap kumpulan itu boleh dikatakan hendak glamour…saya pelik

  12. ibnuhijaz Avatar

    assalamualaikum… salam pertemuan.. saya ada masalah sahabat disini…
    dulu, saya banyak buat salah kat seorang kawan yang mengganggap saya sebagai seorang sahabat ataupun kawan baik.. demi menjadi kawan kepada sahabt saya ini, saya mulakan perhubungan persahabatan ini dengan penipuan… saya banyak berbohong kepada dia untuk menunjukkan kelebihan saya, mewujudkan persamaan dengan sahabat ini dan pelbagai lagi.. kemudian, kawan saya mula menunjukkan sikap benci pada saya apabila dia mula tidak percaya pada semua kata-kata saya… dia mula menghina saya dibelakang kawan-kawan saya dan hubungan kami bertambah teruk apabila saya juga membalasnya dengan kata-kata fitnah kepadanya… saya kehilangan ramai kawan disebabkan sikap saya ini.. Ini kali pertama orang mengaku saya sebagai sahabat baik dan saya telah membuat kesilapan dengan memulakan persahabatan ini dengan penipuan…saya sedar setahun kemudian setelah membaca risalah saudara ini… saya sedar terhadap kesilapan saya pada masa dahulu dan saya cuba membetulkan kesilapan saya.. saya sudah mula bercakap jujur pada semua orang, menjaga hati semua orang disisi saya, tidak mengumpat, dan cuba menjadi sahabat yang baik pada semua orang…
    tahun ini juga, pada sem ke5 saya di universiti, saya ditempatkan dibilik yang sama dengan sahabat saya yang telah menjadi musuh saya pada masa dahulu.. saya cuba memulakan persahabatan semula dengan sahabat ini.. pada mulanya, kami mula berkawan seperti kawan biasa… kami banyak menghabiskan masa bersama…. tetapi, jauh disudut hatinya, dia sudah tidak mempercayai saya lagi sebagai sahabt… dia banyak menipu saya dalam pelbagai hal… dia juga banyak menyindir saya dalam pelbagai hal pada kawan-kawan lain… saya hanya mampu mendiamkan diri dan berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan dan terus berusaha menjadi sahabat yang baik… bagaimanapun, tahap kesabaran saya semakin menghilang dengan tohmohan yang diberikan… saya berdoa agar kami dapat menjadi sahabat seperti dahulu dan dia boleh memaafkan saya seadanya… bolehkah membantu masalah saya ini? adakah wajar untuk saya menceritakan semua kesalahan lama saya kepadanya semoga dia benar-benar tahu saya benar-benar insaf? (kawan-kawan yang lain tidak menggalakkan saya menceritakan perkara ini)

    daripada…
    lelaki yang kepenatan tentang masalah kawan

  13. apa2ajelah Avatar
    apa2ajelah

    Indahnye persahabatan…

    Bagi saya kawan dan sahabat adalah dua benda yang berbeza. Alhamdulillah, saya ada kawan dan sahabat. Memang seronok bila kita ada kawan tetapi, lebih indah bila kita ada sahabat.

  14. mancis Avatar

    assalamulaikum… sungguh menarik.. izin kn saya berkongsi maklumat ini dengan rakan2..

  15. syahirah kamal Avatar
    syahirah kamal

    assalamalaikum……….

    Wa’alaikum salam wbh.


  16. nazyrule89 Avatar
    nazyrule89

    alhamdulillah…
    kta dan kawan ibarat dahan dan akar..
    yang mana diantara kdua2nya sling memerlukan…

  17. iman Avatar
    iman

    assalamualaikum…saye berasa sedih yg amat apabila kwn baik sye tidak pnah cube menjaga hati saya..dia terlalu dengan sikap yang suka melenting x tentu pasal..dan kadang-kadang saye lgsg xberslah dlm mslah yg kami hadapi,namun kerana sye terlalu sygkan pesahabatan ini saye cube memulakan langkah dgn meminta maaf..dan dia seperti org x berslah dia akn msg sye seprti biasa selepas 2-3 hari lepas sye mintk maaf….dia xpnah cube nak dgr mslh sye,,tp sye slalu kene dgr mslh dia..sye buntu…saye dah bosan,,sye rse mcm x pernah dihargai…adkh sye perlukan lg persahabatan seperti ini…????

  18. sara Avatar
    sara

    asslamualaikum,
    disini saya ada masalah???
    masalah saya, saya ada sahabat… time dia duka mesti dia akan cari saya…. tapi kenapa time dia gembira, muka dia pown sy tidak nampak??? adakah dia kawan baik saya???? tapi saya sayang dia…

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Sara, sahabat yang baik dan ikhlas akan berkongsi suka dan duka bersama kita.

    Sara boleh terus menyayanginya kerana Allah dan cuba tunaikan haknya sebaik mungkin meskipun dia tidak menunaikan hak Sara sebagai sahabat. Namun untuk dijadikan sahabat karib, pilihlah kawan yang baik yang sanggup susah senang bersama.

    Wassalam.


  19. Huda Halim Avatar

    saya sayang sahabat2 saya,,tp xmampu tuk menjaga ati mereka berenam,,pasti ada salah faham..kadang2 teringin juga kalu kali sume bersatu atii…jatuh bangun bersama..berjaya bersama..indanhnye..kan3??athirah,haliimah,azalina,natasha,atikah,hidayah..saya sayang kamu sume..semoga berjaye.!ukhwah fillah.!

  20. capikz16 Avatar
    capikz16

    saya syg sahabat saya seorang ni,,
    tapi,saya rasa tersisihkan bila ada owg yg cuba menjauhkan dia dr saya~
    apa patot saya buat?? untk dapatkn dia semula..
    bantu saya~

  21. Epong Auchak Avatar

    salam.. saya mahu cari sahabat yang bole ajak berbincang dan saling membimbing…ples help me… erm 😥

    Wsalam. Berdoalah kepada Allah seperti berikut, “Ya Allah, berikanlah kepadaku sahabat yang baik, ikhlas dan mampu membimbingku kepadaMu.” Insya Allah, pasti dikabulkanNya. Dalam berdoa, hadirlah ke tempat di mana orang-orang baik suka berkumpul seperti majlis ilmu dan sebagainya. Kemudian perhatikanlah solat dan akhlak mereka sesama manusia. Di sanalah saudara/ri akan dapat menemui sahabat yang baik.

    Wassalam.

  22. Maa Iema Avatar

    sekiranya saya boleh menjadi sahabat yang lebih baik tanpa perasaan cemburu & iri hati, akan saya lakukan sebaiknya.

  23. juejoe Avatar
    juejoe

    assalamualaikum.. sy cuba menjadi sahabat yg baik.. tp tiap kali sy ingin melakukan sesuatu.. sy merasakan seperti dia mengelakkan diri dari saya.. mcm mn yer??

    Wa’alaikum salam juejoe…

    Pada pandangan Akak, jalan terbaik, bertanya sendiri kepada kawan tersebut apakah dia memendam rasa terhadap juejoe. Mohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Niat ikhlas untuk memelihara silaturrahim, pilih masa yang sesuai dan bercakaplah dari hati ke hati. Insya Allah, empunya diri lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Silap faham dan salah tafsir sering berlaku dalam perhubungan sesama manusia. Solusinya berbincang secara terbuka.

    Wassalam.

  24. sarah Avatar

    Assalamualaikum akak… Sya punya s’org shbt yg sgt sya sayangi..malah dia tggl dirumah sya slma 3thun hngga skrg..tp kmi slalu selisih fhm.. Dan skrg dia sdh mula berubah sjak bknalan dgn kwn yg lain.. Sjak 2 dia slalu tengking sya..mngelak dari sya mala slalu mrh sya sdgkan sya da cuba utk memahaminya..kdg2 sya menangis sndiri apbila t’ingat knangan manis kmi dlu..tp kdg2 sya jg berasa cemburu sgt2 pd kwn dia..patutkah sya buat bgitu,??dan apa yg ptut sya lakukan kak?

  25. nalzaf Avatar
    nalzaf

    asslmmkm….
    Sy ada sorg kwn brlainan jantina mmg kami brkawan rapat sehinggakan sy amat sygkan dia malangnya baru2 ini dia tlh hantar sms yg menyebabkan hati sy sgt2 terluka..walaupon sy tahu dia berhak membuat begitu sy minta pnjelasan dr dia tp jawapan yg diterima amat2 tak masuk akal dan sy tdk blh terima sama sekali..dia ada hantar sms utk meminta maaf serta hubungan persahatan kami seperti dahulu dan sy tlh pon memaafkan dia (sdgkan didlm hati sy masih tersemat kesalahan dia) dan sy sering tertanya2 kenapa dia tdk dpt berfikir sblm membuat kptusan prnahkah dia trfikir apa prasan sy ketika itu sehingga sekarang klo jumpa dgn dia sy tidak akan berckp hanya senyuman shj akan dilemparkan bagaimanakah utk sy hilangkan perasaan ini setiap kali melihat muka dia teringat kesalahan yg tlh lakukan.

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Pada dasarnya, batas pergaulan lelaki dan wanita dalam Islam adalah terhad. Lelaki dan wanita ajnabi hanya boleh berhubungan pada perkara yang perlu sahaja seperti jual beli, kehakiman dan lain-lain.

  26. Aishah Umar Avatar
    Aishah Umar

    Assalamualaikum 😀 Saya mempunyai 6 kawan karib. Tetapi hubungan kawan karib kami bertukar menjadi musuh. Walaupun sudah banyak kami saling bermaafan. Tetapi kami tidak pernah bertegur sapa semenjak Form 1 akhir tahun. Kawan karib saya sering tinggalkan saya. Mereka hanya berjalan dengan kawan yang sekelas dengannya.Kadang kadang apabila saya berkumpul dengan mereka saya rasa di ketepikan. Kawan karib saya yang 10 tahun saya berkawan tu sudah pindah. Tetapi stilll contact . Yang kawan sabah saya still anggap saya sebagai kawan dia. Dan lagi seorang yang macam cina still bercakap gelak ketawa. Tapi 2 orang lagi perangai mereka suudah berubah. Macam mana nak berbaik semula?

  27. nanie Avatar
    nanie

    http://slumberznanie.blogspot.com/2012/10/secantik-sahabat.html

    saya ade copy paste ayat awk…. mohon maaf. saya dah credikan petikan tersebut ke url awk.. lawat la blos saya nanti ye….

  28. rey Avatar
    rey

    miqum..
    kak sya mnta solusi’nya donk..

    gmna cara mnghadapii se’org sahabat yg sudah berubah sikap’a.

    tidak sperty wktu dlu yg sya knall..

    mhon solusi’nya yah kak. trima kasih..

  29. rohaya Avatar
    rohaya

    Assalamualaikum akak..sy mmpunyai sorg kwn yg sgt sy syg..sy anggap dy kwn baek sy..spnjang pshabatn kmi tlalu byk pselisihan fham yg brlku..sy sorg yg sgt ego. stiap pgaduhan yg brlaku walaupun bpnca dripda sy xkn mmnta maaf..tpi satu benda yg buat sy tsentuh pda awl mula sem ktorg gduh lgi tpi ini bpunca drpda ksilapan sy yg tdak dsengajakn..kali ini sy buang smua ego2 sy dan mmta maaf kpdanya diatas ksalahan yg x dsngajakan..dy mmaafkn sy tpi hbungan ktorg tdak mcm dulu lgi..dy mmnta kpd sy spya bckp pekara yg pnting sja utk mngelakkan ktorg brgaduh..jdi sy mnghormati prmintaannya..tpi sy rndu sgt hbungan ktorg mcm dlu..utk mlupakan smua knangan lma sy mnjauhkn dri drpdanya dan tidak bertegur sapa..apa yg hrus sy lkukan utk mmulakn pshabtan sperti dhulu..

  30. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikum salamwarahmatullah.

    Amalkan semua ciri-ciri memelihara ukhuwwah dalam Islam. Insya Allah, silaturrahim kembali pulih.. bahkan mungkin lebih baik dari dulu.

    Cuma kena sabar sedikit… iyalah, tentunya dia akan perhati keilkhlasan kita menjalinkan semula persahabatan dengannya.

    Orang ikhlas akan dibantu Allah.

    Juga bergantung kepada keikhlasannya menerima perubahan kita. Kalau dia juga ikhlas serta berjiwa besar, tentunya dia juga akan memelihara hubungan silaturrahim sedia ada.

    Memelihara silaturrahim memurahkan rezeki.

  31. siti nur fatihah Avatar

    salam,saya tengah begaduh dengan tap macam ne kaan baik semula tolong tunjuk kan…..spe nk tolong……

  32. syafiqa Avatar
    syafiqa

    assalamualaikum,saya teringin jugak nak ada sahabat nie..tapi saya tak pandai nak jage hati kawan kawan saya n suka buat dorang marah n benci dengan perangai saya

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect