Entry ini merupakan respon kepada persoalan bagi tajuk “Suami berzina: Apa yang perlu isteri lakukan?”

Semoga mendapat pencerahan.

Ummu Abbas.

************************************

Submitted on 2009/06/12 at 1:03am

Assalammuaalaikum ummuabbas, akak ingat, ummuabbas akan kata pada Mai “alhamdulillah tindakan mai itu tepat iaitu mengizinkan suami kahwin lagi.”Tapi rupanya lain jawapannya.. Abang akak berpoligami, adik akak dipoligamikan. Masing-masing menguruskan rumahtangga dengan cara sendiri.Maklumlah masalah berbeza tapi tak pernah terfikir pulak akak penyelesaian seperti ni.. emm dapat lagi ilmu baru. Kenapa penting untuk Mai menuntut fasakh dari membiarkan saja keadaan yang sedia ada?

ummuafiq
http://ummuafiq.blogspot.com

++++++++++++++++++++

Wa’alaykum salam ummuafiq,

Semoga Ummu Afiq sekeluarga sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan ampunan Allah.

Berkenaan persoalan Ummu Afiq, untuk selain kes suami berzina, lain pula cara penyelesaiannya. Kes yang dikemukakan ini menunjukkan secara jelas suami melakukan dosa besar. Dalam keadaan dia mempunyai ‘kebun’ yang sudah dihalalkan dengan nama Allah, dia memilih cara yang haram untuk melepaskan nafsunya. Itulah asas yang kuat untuk memohon fasakh.

Saya percaya mana-mana isteri yang normal, memahami agama dan menjaga kehormatan dirinya akan tercabar dengan perilaku suami begini. Saya tidak tahu jika masih ada isteri yang sanggup melakukan hubungan intim dengan suaminya yang pernah ‘berkebun’ di tanah yang haram setelah mengetahuinya. Sedangkan di sisi Allah sahaja, nyawa suami yang berzina menjadi halal untuk dibunuh, maka apakah hak kita untuk melayani suami menjadi lebih besar dari hak-hak Allah? Secara peribadi, saya sebagai wanita akan merasa jijik. Jijik untuk membiarkan diri disentuh oleh suami yang tidak menjaga kesucian dirinya sebagai muslim.

Sekiranya dia bertaubat sekalipun, itu urusan dia dengan Allah. Dia sudah melampau batas-batas hukum Allah, maka biarlah dia selesaikan sendiri urusannya dengan Allah. Hukuman hudud itu sendiri adalah satu mekasnime menghapus dosa besar tersebut. Selain mencegah masyarakat dari melakukan perkara jijik yang sama.

Biarlah suami tersebut malu di dunia dan merasa azab direjam, asalkan di akhirat kelak dia mampu menuju Allah dalam keadaan dosanya telah diampunkan. Azab di akhirat berganda-ganda dibandingkan sedikit balasan di dunia. Apa pilihan kita?

Andaikata hudud dijalankan, suami tersebut akan mati juga. Usahkan untuk mengamalkan poligami, perkahwinan sedia ada pun akan termansukh sebaik sahaja hukuman rejam dilaksanakan. Itulah asas saya menyarankan agar permohonan fasakh dibuat dalam keadaan negara tidak melaksanakan hukum hudud.

Setelah permohonan fasakh diluluskan, urusan bekas suami untuk berkahwin atau tidak dengan teman berzinanya itu bukan lagi perkara yang perlu difikirkan. Kalau dia berkahwin pun, dia memang mendapat calon yang paling sesuai dengannya.

Buktikan kita membesarkan hak-hak Allah dengan cara yang kita mampu. Beritahu suami pendirian kita dalam hal ini.

Inilah antara maksud kita mengasihi suami semata-mata kerana Allah. Kita bertegas dalam perkara yang menyentuh hak-hak Allah dan berlembut selagi suami tidak mengarahkan kita melakukan perkara yang dimurkai Allah.

Allah sendiri menegaskan dalam surah An-Nur ayat 3,

” Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. ”

Allah menegaskan bahawa calon yang layak untuk mereka yang berzina sama ada lelaki atau wanita adalah calon yang pernah berzina juga atau orang musyrik. Inilah hukuman Allah untuk mereka di dunia atas perbuatan yang mereka sendiri usahakan. Peribadi yang bersih dan menjaga maruah dirinya hendaklah mengelak diri dari menerima calon penzina sebagai pasangan hidupnya. Ayat ini menceritakan tentang penzina yang belum pernah berkahwin.

Kembali kepada keadaan negara yang tidak menunaikan perintah Allah agar melaksanakan undang-undang hudud, maka adalah wajar sekali isteri yang suci memohon fasakh daripada suami yang ‘confirm’ berzina. Suami itu sudah jatuh fasik. Golongan fasik terhalang lagi dari beberapa hak yang besar seperti menjadi wali bagi anak perempuannya, tidak boleh menjadi saksi dan lain-lain. Bagi sesetengah topik , mungkin ada khilaf pendapat dalam menerima atau menolak muamalah golongan fasik. Itu adalah kes fasik disebabkan kesalahan yang tidak perlu dihukum bunuh.

Saya berharap Ummu Afiq dapat memahami huraian di atas. Ia adalah pengulangan dan sedikit penambahan keterangan kepada isi entry sebelum ini.

Hanya Allah yang maha mengetahui.

Ummu Abbas
21 Jamadil Awwal 1430H
12.00pm

34 respons kepada “Kenapa perlu fasakh suami yang berzina?”

  1. Ummuafiq Avatar

    Selalunya dalam masyarakat kita, kalau suami dah terlanjur, isteri akan didesak membenarkan suami berpoligami kerana perlu bertanggungjawab dan untuk mengelak dari terus menerus berdosa. Tak pernah timbul isu isteri boleh minta fasakh kerana perbuatan zina si suami. Itulah kalau tak ada ilmu, hak sendiri pun tak tau.

  2. ummuabbas Avatar

    Setiap orang menanggung dosanya sendiri. Apa kata Allah tentang konsep menanggung dosa? Banyak ayat yang menceritakan hal ini. Antaranya ialah ayat 38 hingga 42 surah al-Najm,

    38] (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);

    [39] Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;

    [40] Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);

    [41] Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;

    [42] Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);

    Dosa suami dia tanggung sendiri. Isteri tidak menanggung dosa suami. Sebaliknya dosa-dosa anak isteri yang dilakukan kerana kecuaian pihak suami mendidik mereka, akan turut sama ditanggung oleh suami.

    Suami bertanggungjawab terhadap perbuatannya sendiri. Isteri bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang tidak menunaikan hak-hak suami. Bukannya terhadap dosa yang dilakukan oleh suami. Oleh sebab itu saya menjelaskan bahawa kecuaian pihak isteri bukan alasan suami berzina kerana masih ada ikhtiar lain yang diharuskan syarak.

    Yang akan terus-menerus menanggung dosa ialah mereka yang melakukan dosa tetapi tidak bertaubat. Imma suami waimma isteri.

    Suami yang beriman dan bersabar terhadap mehnah rumahtangga dan tetap patuh pada hukum Allah akan diberi jalan keluar oleh Allah dengan cara yang tidak disangka-sangka.

    Sudah beberapa orang lelaki soleh yang saya kenali tidak perlu bersusah payah mencari isteri kedua tetapi rezeki itu datang bergolek tanpa dipinta dan diusahakan. Meskipun begitu, ujian tetap ada namun ia dapat diatasi dengan sabar dan taqwa.

    Saya hanya mampu menyebut beberapa orang sahaja kerana golongan ini tidak ramai. Kalaulah saya tahu, mahu sahaja saya menyebut ‘ramai lelaki soleh’. Namun apakah daya, kebanyakan manusia suka jalan pintas kepada nikmat hidup di dunia. Walhal mereka diberi mampu mengekang hawa nafsu dan menewaskan iblis.

    Apakah daya…. apakan daya…

    Manusia lebih suka bergantung kepada diri sendiri dari memohon kekuatan dari Allah.

    Islam itu melapangkan bukan menyempitkan.

    Islam itu memudahkan bukan memayahkan.

    Islam itu Indah.

    Sesiapa yang bersahabat dengan keindahan, hidupnya menjadi indah.

    Sesiapa yang mengamalkan Islam, hidupnya akan selamat dan sejahtera.

    Jiwa yang tenang, hati yang bahagia dan hidup dibawah limpahan kasih sayang Allah.

    Masya Allah! Subhanallah!

    Ya Allah! Ampuni daku dan mereka!

    Hamba yang faqir,

    Ummu Abbas

  3. AbahHadi Avatar
    AbahHadi

    Sejahtera semua..
    Tergerak hati untuk memberi komen tentang “Suami berzina: Apa yang perlu isteri lakukan?”selalunya ambo ni jenis baca je apa2 yang di lawati dan malas nak komen, tapi tajuk ni ambo rasa elok juga kalau kaum ‘abah’ beri pandangan…tak kan kaum ’emak’ je.
    Betul apa yang dikatakan oleh Ummu Abbas
    kadang-kadang lelaki menggunakan alasan sudah terlanjur bagi mendapatkan green light untuk kahwin lagi ada yang hanya beralasan semata2 (tipu) ada juga betul2 buat terlanjur.Apapun dua2nya salah dan dosa besar kerana,pertama menipu, kedua bezina (matlamat tidak menghalalkan cara).
    Sebelum seseorang isteri mengambil tindakkan terhadap kes tadi adalah elok di selidiki terlebih dahulu untuk memastikan kebenaran, namun dalam hal ini ramai yang beremosi..sememangnya bergitu kecuali mereka yang belapang dada.
    Situasi begini seorang isteri perlu berani membawa ke tengah dan menyelesai secara bijaksana..kata Mahatma Ghandi: “Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna”.
    Buat lah yang terbaik untuk diri

    ambo penah terbaca satu hadis:

    Maksud Hadis
    ‘Mana-mana lelaki yang bersabar atas perangai isterinya,Allah akan berikannya pahala seperti yang di berikan kepada ayyup kerana bersabar di atas bala yang menimpanya.Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya,Allah akan berikannya pahala seperti yang di berikan kepada Asiah bt Muzahim isteri firaun”

    Ambo tak pasti taraf hadis diatas harap Ummu Abbas boleh jelaskan.

    Wallahualam

  4. ummuabbas Avatar

    Terima kasih Abah Hadi atas perkongsian yang bermanfaat. Setakat ini belum sempat cek lagi hadis tersebut.

  5. mira Avatar

    bagaimanakah sekiranya suami tidak menghiraukan kebajikan, makan minum, perbelanjaan anak isteri tidak diambil peduli?apabila pulang dari kerja dia memaki hamun walhal sebelum keluar bekerja elok bersalam.rupa-rupanya dia berzina dengan teman sepejabat.apakah yang harus dilakukan oleh seorang isteri?

  6. ummuabbas Avatar

    Mira,

    Saya kira persoalan Mira sudah terjawab dalam entry di atas.

    Untuk kes berzina, satu perkara yang harus diingat ialah bukan mudah mensabitkan kes zina kecuali pelakunya sendiri mengaku dalam keadaan waras serta tiada paksaan.

    Mira boleh laporkan masalah yang berlaku ke pejabat berkenaan seperti bahagian kauseling rumahtangga atau mahkamah Syariah. Di sana, kes akan diadili dengan saksama agar tiada pihak teraniaya.

    Wallahu’alam.

  7. Rania Avatar
    Rania

    Assalamualaikum,

    Saya rasa terpanggil untuk menulis kepada puan setelah membaca artikel: Kenapa perlu fasakh suami yang berzina?. Saya seorang ibu pada 3 org cahayamata yg berumur dari 13 hingga ke 9 tahun. Saya telah mengalami masalah ini, boleh dikatakan berulang2 kali. Cuma bezanya kali ini, suami telah pergi jauh dalam ertikata, dia berhubungan intim (zina) dengan seorang perempuan Filipina yang beragama Katolik semasa beliau bekerja dia Labuan, Sabah. Saya diberitau daripada mulut suami sendiri pada 18 Oktober 2009, apabila perempuan itu telah memeluk Islam. Suami berasa besar hati melihat pengorbanan perempuan itu dan hanya memberitau saya mengenai hubungan itu setelah beliau rasakan beliau akan kehilangan perempuan itu (dia balik ke Filipina kerana ketiadaan kerja). Lalu beliau menyuarakan keinginan beliau untuk berpoligami. Bila saya beritahu yang saya tidak rela bermadu, beliau sehingga kini tidak memberi kata putus. Saya tidak yakin dengan niat beliau kerana saya kenal benar suami saya. Sepanjang perkahwinan kami, dia tidak pernah memberi nafkah pada saya dan anak2. Semua keperluan anak2 saya yang sediakan. Andai kata, niat berpoligami diteruskan, saya tidak nampak jalan bahagia. Katanya, hendak beri bimbingan pada perempuan itu dan kerjasama saya juga diperlukan dalam hal ini. Mana mungkin dapat saya lakukan itu semua kerana merasakan diri saya & anak2 tertipu. Saya rasa amat tertekan kerana suami tidak menunjukkan tanda2 yang beliau akan tinggalkan perempuan itu. Apa pilihan saya & anak2? Saya buntu. Jadi setelah membaca ruangan ini, sedikit sebanyak membantu saya membuat pilihan yg terbaik untuk diri saya & anak2. InsyaAllah.

    Sekian.

    Wa’alaikum salam wbh, Terima kasih kerana berkongsi pengalaman berharga itu bersama kami di sini. Insya Allah, dapat memberi manfaat dan panduan buat orang lain juga.:)


  8. nora Avatar
    nora

    Assalamualaikum,

    Saya adalah di antara isteri-isteri yang teraniaya oleh sang suami yang berzina.

    Sememangnya yang pernah prof hamka katakan bahwa suami kita bukan hanya terlanjur. Mereka sudah ada memasang niatnya disaat mulanya pertemuan. Tidak pernah terlintas difikiran saya suami yang saya cintai, yang saya lihat sebagai seorang yang sentiasa beribadah, membaca al-quran, menunaikan solat jumaat, berzakat, boleh terjerumus dalam godaan syaitan. Apakah perbuatan dia ini hanya untuk mengabui mata saya selama ini.

    Alhamdulillah, sebagai seorang isteri muslimah, saya dikejutkan dalam setiap perilakunya yang makin ketara perubahannya. Allah maha besar. Apabila saya dapati bahwa dia telah berzina, saya bagaikan berasa dunia ini telah hancur. Saya amat kecewa sekali kerana anak-anak saya adalah keturunan penzina. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Selama 2 minggu saya tidak boleh tidur. tiada selera makan dan hadapi keguguran. Dengan petunjuk Allah subhanahuwataala, saya berjumpa seorang ustaz (ustaz jumadi mustar) untuk mendapatkan nasihat beliau sebelum saya membuat keputusan yang terbaik buat diri saya dan anak-anak. Namun,
    saya masih bersamanya kini dengan syarat-syarat yang tertentu kerana saya sendiri telah melihat dan memberitahunya bahwa kita sebenarnya dah tiada jodoh. Bagaimanapun saya ambil langkah positif apabila dia ingin meningkatkan kembali imannya dgn amalan-amalan yang baik. Namun hingga ke hari ini saya tetap berdoa dan mengamalkan solat tahajjud setiap malam agar Allah memberi saya petunjuk dan pertolongan. Memang payah untuk ditelan. Tetapi itulah hakikatnya.

    Yang penting isteri-isteri pula harus menjaga kehormatannya sendiri. Insyaallah Allah taala akan membantu orang-orang yang dianiaya. Kini saya terserah padanya sejauh mana jodoh saya. Semoga Allah taala akan berikan kita suami yang berakhlak baik dan pandai menjaga kemaluan serta anggota tubuh badan nya, Insyaallah.

    Wa’alaikum salam wbh Nora.

    Terima kasih atas perkongsian pengalaman yang begitu berharga. Hati saya turut tersayat membaca kepahitan yang Puan alami namun seperti kata Puan, para isteri harus menitik beratkan penjagaan maruah dirinya sendiri agar tidak terjerumus melakukan perkara yang sama.

    Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

    Semoga Puan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak atas kesabaran Puan.

  9. fatimah umar Avatar
    fatimah umar

    saya tertarik dengan laman ini… masalah dan nasihat diluahkan dgan cara masih berbudi pekerti. Suami saya juga pernah curang bukan sekali malah berulang kali.. Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan dari yang maha esa untuk menyayanginya.

    Namun sejauh mana dia menghargai saya.. Wallahualam kerana kata orang mudah melakukan kesilapan jika mudah di maafkan mudah juga untuk mengulanginya lagi… Cuma saya cukup bersyukur kepada yang esa kerana masih mampu pelihara kehormatan dan kemaluan seorang isteri dari perbuatan keji yang sama walau saya bekerja dan banyak godaan yang datang..Allah tutupkan hati dan nafsu saya pada orang lain selain suami saya.. walaupun saya jarang disentuh suami akibat kecenderungan dia dengan aktiviti tidak sihatnya itu. x der doa khusus yang saya amalkan cuma semakin hari godaan makin kuat pada saya..dan saya sangat2 berharap Allah terus kuatkan iman saya dan pelihara kehormatan saya sebagai seorang isteri.

  10. nora Avatar
    nora

    Salam Fatima,

    Apa yang kita isteri-isteri hadapi sekarang adalah ujian yang getir dari allah swt. Sejauh mana kita boleh bertahan? Terus terang saya sendiri tidak dapat menahan ujian ini. Terasa ia sangat payah untuk dipikul. Sejak kecil lagi saya selalu berdoa agar dijauhi zina dan mengharapkan keturunan yang baik-baik . Oleh itu, saya sangat-sangat menjaga diri ini dengan suci sehingga saya berumahtangga. Namun allah taala lebih berkuasa, sejauh mana keimanan manusia itu diuji. Kita hanya manusia biasa. Kemarahan, kekecewaan adalah reaksi yang semulajadi apabila kita menghadapi perkara seperti ini.
    Saya buat keputusan untuk mengikut nasihat ustaz jumadi dan kedua ibu bapa saya. (Syukurlah
    saya masih mempunyai kedua ibubapa yang masih sihat). Berikan dia peluang sekali lagi. Sekiranya perkara ini berlaku lagi, takdir yang akan menentukan jodoh kami, wallahua’lam.
    Perbanyakkanlah doa dan selawat ke atas nabi kita nabi Muhammad saw.

  11. Siiti Maimunah Avatar
    Siiti Maimunah

    Diri ini juga adalah sang isteri yang teraniaya. Setelah 20 tahun hidup bersama, dan menahan segala kepahitan hidup kerana suami yang kurang bertanggungjawab tapi tampak penyayang. Sikap yang suka menyembunyikan hal peribadi mahupun wang pendapatan, mengancam isteri, akhirnya terbongkar dengan doa isteri yang setia dan izin Allah. Hutang suami bertimbun tetapi sanggup menjalin hubungan dengan wanita sekerjanya warga Indonesia. Sungguh hancur hati ini bila smsnya terbongkar. Apakah kurangnya diri ini berbanding wanita itu? Minta izin untuk berkahwin wal hal diri tak mampu memberi nafkah pada isteri yang sah…Syukur isterimu ini masih bekerja kerana niat ikhlas ingin membantu, tetapi suami tak menghargai. Ingin menikah konon takut melakukan zina. Wahai suami, isterimu ini sudah masak dengan perangai mu yang suka berselindung, Firasat isteri dapat merasakan yang perhubungan kalian sudah sampai ketahap terlanjur. Terbukti hari ini bila ku terbaca sms dari wanita itu mengatakan dia telah mengandungkan zuriat mu. Hancurnya hati ini, walaupun wahai suami, kamu menafikannya. Diri ini tak sanggup lagi di bohongi walaupun suami sekeras2nya menafikan sambil mengancamku isteri mu yang setia. Buat lah pilihan wahai suami. Jangan tersalah. Pintu taubat masih luas terbuka. Isteri mu sentiasa berdoa agar hati mu lembut untuk bertaubat nasuha. Apakah hak isteri yang terniaya sebegini? Adil kah si suami yang berzina mengharapkan layanan isteri dengan sesempurnanya?

    Puan disarankan membawa kes Puan ke Mahkamah Syariah. Setiap masalah ada penyelesaiannya dalam Islam. Saya pernah membincangkan kes begini dengan suami dan seorang sahabat, suami saya sependapat dengan saya, suami begitu layak diceraikan sahaja. Jika terbukti dia melakukan zina, diri dia pun sudah halal dibunuh oleh pemerintah. Islam tidak mengharapkan umat seperti ini terus mewarnai kehidupan di dunia ini.

  12. ZARAH Avatar
    ZARAH

    salam…
    saya pun adalah wanita yg tergolong sebagai mangsa suami penzina.baru bkahwin 2 bulan dia dah kena tangkap basah di rumah. sekarang tempoh perkahwinan kami hampir setahun.dalam masa setahun ni,dia xpulang.dia bersekedudukan dgn perempuan itu mcm suami isteri.saya disahkan mngandung pada bln 3 perkahwinan kami.dan skarang saya mngandung 9bulan.dia biar kn saya tnpa berita.skarang saya menumpang tinggal bersama abg2 saya yg belum bkahwin.ibu bapa saya dah mninggal dunia…dek kerana mmikirkan masalah saya,ibu kesayangan kembali ke rahmatullah kerana kecewa dgn tindakan suami saya. ibu mula jatuh sakit selepas dapat tahu suami kna tangkap basah.dugaan bertimpa2.tetapi hasil dekatkn diri dengan Allah,saya mmpu bertahan sehingga ke tahap ini…skarang saya menunggu hari untuk mlahirkan anak yang di amanahkn oleh Tuhan kepada saya..

  13. norlizanazar Avatar
    norlizanazar

    salam saya nak berkongsi masalah teman2 sejak kebelakangan ini diceraikan oleh suami2 mereka dan paling sensitif sekali terjadi pada cucu sedara saya, dia berumur 31 tahun ini seorang guru, fobia utk kahwin lagi.dia bercerai 2009 pada bulan empat, semasa diceraikan suami bagitahu tuan hakim dia memang berniat nak ceraikan isteri dan dia selalu ungut isteri dgn perkataan cerai dan dengan bangganya dia berkata tak ada orang nakkan awak setelah bercerai luluhnya perasaan cucu sedara saya ini. suaminya bernama pensyarah di institiut tinggi dimalaysia bayangkan seorang lecturer boleh buat isteri macam ni, macamana tahap pemikirannya. cucu saya dibela oleh opahnya, ayahnya seorang kaki pukul dan apabila lecturer ini melamarnya dia terus terima tanpa berfikir2 apa kerana dia anggap lecturer sebagai pelindung apakan daya panas tak sampai kepetang hujan ditengahari, dia tinggalkan kerjaya di kl utk bersama2 dia di selatan, sebaik melahirkan badannya gemuk, suaminya gemuk tapi suaminya putih handsome sahamnya masih tinggi. masa tinggal di johor cucu saya buat direct selling maju sampai boleh gi melacong ke hong kong, taiwan suami ikut aje, tak keluar modal langsung.cucu saya ni pembersih orgnya rumah nak bersih org pun nak bersih, dia setiasa menjaga kebersihan suami dan cara berpakaiannya. suami aktif sukan, dan suka jaga kebersihan ini adalah punca2 keretakan rumahtangga mereka, suami tidak ambil kisah tengguran isterinya ini. suaminya segak, tampan maka banyak pelajar2 dan pensyarah tergilakannya, rakan sepensyarah juga jatuh cinta kat suami dia selalu buat aktiviti2 bersama lama lama jatuh cinta, pukul 7.30 pagi keluar dan pukul 8.00 mlm baru balik, mula 3 hari tak balik, lepas itu 8 hari selepas itu 3 bulan tak balik. last 2 balik bagi duit suruh keluar dari rumah, anak no 2 masih dlm buaian, maka pergi 3 beranak ke kl balik. belum lagi bercerai suami dah bertunang girl friend yang pensyarah siarkan gambar pertunangan dalam blogspotnya lagi sedih rasanya dia, nafkah anak2 pun tak bayar boleh bertunang dan perempuan tu tak malu boleh ceritakan kepada semua org dia dah bertunang dgn suami dia, pensyarah ini bertudung lagi, sekarang cucu sedara saya tak percaya pada org yg bertudung kenapa suaminya dirampas dan kepada suami kahwin 4 tahun bukan boleh menjanjikan perkahwinan yang sempurna, baru pensyarah ini berkahwin glamour lagi, pensyarah perempuan bagi hantaran laptop sportshoe mahal pada pensyarah lelaki, taktahu yg lelaki mesti barang branded pada isteri, tapi bagi nafkah anak 600.00 dua orang utk zaman sekarang ini. saya sedih sekarang banyak wanita2 yg berkerja di luar sana tidak mahu jaga tatasusila wanita itu, ramai yang ceraikan isteri utk kahwin teman sepejabat, suami ada affair dgn isteri org, anak dara dgn suami org. kebanyakan wanita2 ini bertudung. keluarga wanita2 ini boleh diam, saya sedih kerana ini terjadi pada cucu sedara lelaki itu mengambil dgn baik pulangkan dgn baik, bukan dicampak macam sampah, sekarang ank dah besar pandai pulak dtg cari masa sakit, demam kat mana bapak meraka ini. saya nak tlg tak mampu cuma saya sedih dgn nasib mereka ini.

  14. emma Avatar
    emma

    saya sangat sedih dengan cerita2 di atas …saya adalah isteri yg di tipu dan di aniaya oleh suami kaki perempuan ,berzina dan bermacam 2 lagi.13 thn kahwin dan ada sorang anak perempuan saya sudah berdepan dgn bermacam jenis wanita yg di tiduri suami.kadang2 saya x pasti dimana dtg nya kekuatan saya yg sampai ke saat ini masih bersama suami sedangkan suami angau dgn wanita lain walaupun saya disampingnya..kadang kala saya rasa sudah putus asa namun saya masih mampu kuatkan hati..saya sentiasa berdoa agar suami saya terbuka hatinya nampak setiap pengorbanan saya untuk dia dan keluarga…semoga Allah berikan petunjuk agar saya sentiasa berada di jalan yg benar…Ya Allah berikan kami,isteri yang teraniaya petunjuk mu agar kami mampu menjalani hidup bahagia…Amin

    Ameen ya Rabbal alamin. Semoga Puan terus diberikan ketabahan dan kesabaran olehNya.


  15. akma Avatar
    akma

    Assalamualaikum…wahai para isteri yg solehah, saya juga antara isteri yg mempunyai suami kaki perempuan, berzina, berpura2 baik dan mcm2 lagi… Suami saya nampak saja lembut ttapi sbnrnye dia ‘mat romeo’ yg sememangnya kaki perempuan, dia slalu sgt menipu saya dgn brmacm2 alasan, dahla x pernah solat apatah lagi puasa d bln ramadhan jauh skali…pernah saya balik kampung selama 4 hari dia telah berzina dgn pompuan lain di atas katil kelamin kami, bnyak bukti yg saya boleh cakap mengenai dia, dia buat jahat tp selalu terkantoi dengan saya, maknanye dia x bijak nak buat jahat di blkang saye, saya jumpe condom, pil viagra, p.liner pompuan 2 dll, apa makne sumenye 2, Saya berasa diri saye x dhargai dan dkhianati, saye dh bnyak berkoban utk dia…skrg saye hanya berserah kepada Yang Maha Esa setakat mana jodoh kami, amiinnn…

  16. lara Avatar
    lara

    saya juga sedang berhadapan dgn masalah itu sekarang..bagi saya tak ada gunanya lagi kita setia dengan suami begini. Walaupun hidup saya sepenuhnya bergantung pada dia, saya harus kuatkan hati demi anak2…saya berserah segala-galanya pada ALLAH.

  17. lin Avatar
    lin

    Saya dah berkahwin selama 14tahun..pada tahun pertama jer kami kecapi kebahagiaan berumahtangga.masuk tahun ke 2..semuanye bermula..kami ni memang sentiasa berpindah..setakat 14tahun saya kawin ni,dah 6 kali saya berpindah..dan setiap kali berpindah,mesti cik somi ada perempuan lain.banyak lah suka duka hidup yang saya lalui..masa mengandung,pernah di tinggalkn rumah adik saya tanpa khabar berita.masa nk beranak,baru dia balik.dan lebih menyedihkan lagi,masa saya duduk kat 1 negeri tu..dia pernah bersekedudukan dengan perempuan lain..dia prnah tak tidur di rumah selama 3 bulan..dan balik pada waktu siang 1 kali seminggu.masa dia buat semua tu..saya lansung tak tahu yang dia dengan perempuan lain..sebab bila di tanya,dia cakap dia keje..jadi saya percaya..masa tu hanya Allah jer yang tahu bagaimana perasaan saya,smpai kn nk tido pun saya tak boleh,terpaksa saya telan pil selsema untuk saya tido..perempuan tu jugak ada msg saya bgtau pasal somi saya tinggal ngn dia,tapi saya tak percaya,sebab bila saya tanya cik somi,dia menidakkan semua tu,saya pn sangat percaya ngn cik somi.banyak sangat perkara yang berlaku pada masa tu,kalau saya cerita kat wall ni,berjela2..dipendekkan crita,saya dapat tahu betul cik somi dh bersekedudukan ngan perempuan,sebab saya terjumpa msg yang perempuan tu hantar..ya Allah!!pada masa tu,hati saya hancur sangat,sebab kepercayaan saya telah dia pergunakan.tapi untuk menyelamatkan lagi rumahtangga kami,dengan hati yang hancur berkecai,saya bagi lagi peluang pada dia,sebab cik somi jugak berjanji akan berubah dan akan tinggalkn perempuan tu.dalam masa yang sama kami berpindah ke tempat yang lain.tapi rupa2nya janji hanya tinggal janji..banyak msg yang saya jumpe..cik somi masih lagi suka mencari keseronokan dengan perempuan lain..dan akhir2 ni,saya dapat tahu dia telah berhubung semula dengan perempuan yang bersekedudukan dengannya.setakat ni yang saya tahu hanya msg,tel antara satu sama lain..cik somi jugak berjudi(main nombor),sekali skala minum arak dan tak solat.kami sebenarnya dah bukan macam somi istri,dah tak ada komunikasi,dah tak boleh berbincang(kalu brbincang,mesti bertengkar),dah tak pernah makan bersama macam 1 keluarga dan selalu balik kerja lambat,paling awal balik keje pukul 12am(keje ofice hour).saya rsa buntu sangat,sebab saya rasa macam saya duduk sorang2 ngn anak2..macam tak ada somi.sunyi sangat hidup ni.inikah sebuah keluarga???sebab saya rasa,saya dah tak boleh nak teruskan kehidupan yang macam ni,saya jugak nak bahagia.nak jugak ketenangan.adakah patut meneruskan kehidupan yang sememangnya dah tak bahagia???

    Salam’alaikum Lin,

    Saya cadangkan Lin bertemu kaunselor pejabat agama terdekat untuk bincangkan hal Lin. Insya Allah, mereka akan beri panduan menurut lunas agama untuk Lin buat pilihan. Setelah Lin mendapat pandangan-pandangan, eloklah Lin solat hajat memohon petunjuk dari Allah apa jalan keluar terbaik. Minta kekuatan dan hati yang tetap untuk membuat apa saja keputusan. Yang penting, semua langkah2 yang diambil diniatkan untuk mencari reda Allah.

    Jika dilihat kepada kes Lin, Lin berhak menuntut fasakh. Apa pun, biarlah semuanya jelas di pejabat agama supaya hak-hak Lin dan hak-hak suami terpelihara menurut syarak.

    Semoga Allah permudahkan segala urusan Lin.

    Wassaalam.

  18. hasnita abas Avatar
    hasnita abas

    bnyk btul masalah…yg sama..ini mmberikn idea dan semangt br utk sy,,meneruskn hidup ini

  19. ida Avatar

    saya juga mempunyai masalah yang sama,suami kaki perempuan,tak pernah solat,tak pernah puasa,saya terlalu benci dengan sikapnya sehinggakan saya tak boleh tinggal serumah dengannya.sampai ke saat ni saya tak boleh terima dia dalam hidup saya.

  20. ummuabbas Avatar

    Sudah layak untuk difasakhkan kalau begitu.

  21. Suhaily Hen Bte Abdullah Avatar
    Suhaily Hen Bte Abdullah

    Salam semua…saya jgk salah seorang mangsa keadaan spt ini…suami keje sbg sukarelawan JPAM dan menjalin hubungan sulit dgn anggota JPAM jgk…bila saya kemalangan jalan raya dan patah kaki kanan,perempuan tu desak suami ceraikan saya…skrg ni saya diceraikan dan ditinggalkan suami tanpa diberi nafkah…keadaan saya sekarang ni patah tulang paha kanan dan tak boleh bekerja…anak 3 orang nak sekolah,terpaksa saya yang tempang ni cari duit dan sekolahkan anak-anak..

  22. nana Avatar
    nana

    salam.. rupanya ramai yg bersuamikan lelaki yg sebegitu, suami sy telah meninggal januari lepas kerana kemalangan jlnraya. seminggu bercucuran air mata. dengan 2 anak yg masih kecil, hidup berjauhan(kerana faktor bidang kerja) sejal berkahwin 4 tahun. seminggu slps meninggal, ada sorg wanita muncul mengatakan telah setahun berhubungan dan telah berjanji utk berkahwin. hancur dan luluh hati sy. kemudian, satu persatu Allah tunjukan pd sy bukti suami sy telah curang sejal awal perkahwinan. berzina sana sini dgn perempuan, isteri orang, kristian. naik trun hotel. ini semua bahana facebook dan laman sosial yg lain. sy telah membaca segala kandungan chatting arwah dgn perempuan. semuanya berbaur lucah dan hendak muntah sy membacanya. terlalu detail. Malah sy juga terjumpa ubat kuat lelaki dan kad hotel dlm keretanya. pandai sungguh dia berpura depan sy dan anak2 malahan dpn ibubabapa dan mertua. Dulu sy ingat sy tidak boleh hidup tanpa dia. Rupanya Tuhan menentukan hidup sy lebih baik tanpa dia. Hati sy sudah tertutup untuk mendoakan dia. Yang tinggal hanyalah namanya pd nama anak2 saya…

  23. ita iz Avatar
    ita iz

    Ramainya insan yg senasib. Suami saya, pegawai di bdg kontraktor. dh la curang terang2an.. Kononnya sbb saya dh tau… X ada bnda nk selindung lagi..pastu, Hisap segala jnis dadah.. Syabu, kokain, ganja, metadon.. Tp mati2 xmau ngaku. Bila sy jumpa bukti, dia kata sy fitnah dia. Padahal mmg brg2 tu dia punya. Majikan dpt tau, suruh test urin. Tah air kencing sapa dia guna.. Lepas. Saya mintak pisah, dia xmau.. Dia kata, xde hakim yg akn sebelah ppuan yg mtk cerai sbb suami ingin poligami.

    Gaji, 4k. Nafkah utk saya, anak2 17, 9 & 3 tahun, 1k je.. termasuk duit skolah, yuran, blnja dapur, bil, dll. Instalmnt umah, saya byr. Dia cuma byr instalmn keta. Bulehke mtk cerai alasan2 di atas?

  24. ummuabbas Avatar

    Puan Ita yang dihormati,

    Sebaiknya dirujuk kepada bahagian kauseling pejabat agama untuk mengetahui hak-hak isteri dan prosedur sebelum diangkat kes ke mahkamah.

    Sebaiknya juga, solat hajat memohon petunjuk dari Allah swt bagi mendapat solusi terbaik kepada permasalahan yang sedang dihadapi.

    Wassalam.

  25. imami Avatar
    imami

    Assalamualaikum, mohon pencerahan dari saudaraku ini
    Saya ingin bercerita ttg suami yg memaksa istri berfoto2 tdk pantas
    Krn tindkan kasar & pemaksaan2 yg selalu dilkukn suami, bhkan suatu ketika si suami bermksud menjual istriny krn tuntutan ekonomi, maka akhirnya si istri menggugat cerai suami
    Tpi tindkan dzolim si mantan suami ( krn saat ini sdh resmi cerai), tetap tidak terputus sampai detik ini,
    Dia menyebarluaskn foto2 tersebut lewat dunia maya
    Mohon pencerahan saudara

  26. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Dalam situasi yang disebutkan, wajib mematuhi perintah Allah supaya memelihara aurat dan maruah diri, jadi haram mematuhi suami untuk berfoto tidak pantas.

    Isteri boleh mengadu ke kantor agama akan perbuatan mantan suami supaya ia boleh diatasi menurut undang-undang yang ada.

    Dalam ikhtiar sesama manusia, perbanyakkan doa kepada Allah swt supaya diberi perlindungan dari kejahatan manusia. Selalu bangun malam solat tahajjud dan adukan segala perbuatan zalim suami kepada Allah.

    Mohon hidayah Allah untuk bekas suami juga ketetapan hati sendiri untuk sentiasa taat pada perintahNya.

    Sesungguhnya Allah itu mendengar doa para hambaNya dan doa orang yang dianiaya tiada hijab antaranya dengan Allah swt.

    Wassalam.

  27. Hanajun Sakura Avatar

    sy terima qada &qada’ ketentuan allah. selama 23tahun sy menahan sabar dgn karenah suami yg kaki perempuan. bila ditanya, dia kata sy queen control, sibuk nk tau hal peribadi dia, dia kata sy yg kuat cemburu bila ada perempuan yg telefon dia siang malam, dia kata sy x de hak nk tau dia brkawan dgn sesiapa pun! selama 23 thun itu jg dia jd panas baran, kuat menipu, berlakon baik depan sy, pijak semut pun x mati. dia sangat rajin ke surau siang malam! setiap kali kami brgaduh, dia pasti akan angkat tangan, hingga hendak membunuh sy dpn ank2, maki hamun bagai. sy masih jg brsabar, sy tetap maafkan dia & masih terima dia lg kerana allah. tp selama mana dia boleh sorok segala perangai buruk yg dia dh buat dibelakang sy? allah maha brkuasa. satu persatu rahsia dia trbongkar sehingga sy dpt tahu dia sudah brnikah di siam kerana mereka telah berzina……allahuakbar. perempuan tersebut anak dara tua kesunyian. mereka sering melancong ke luar negara & bercuti dlm negeri bersama. sy jg dpt tahu, perempuan tersebut telah mengguna khidmat bomoh untuk dptkan suami sy….. allahuakbar. allah telah balas segala prbuatan buruk mereka di dunia lg dgn keadaan yg cukup memalukan. itulah balasan kerana mempermainlan isteri yg terlampau setia, namun begitu, sy tetap maafkan dia & terima dia lg kerana allah dgn syarat dia trpaksa pilih satu saja sbb sy x mau brkongsi dgn orng berzina & sy x mau dia mnjadi contoh x elok pd anak2. sekarng sy telah fail permohonan fasakh. sy telah patah hati & trlampau kecewa. sy serah segalanya pd allah. tiap hari sy solat hajat minta allah lapang dada, beri petunjuk & permudah segala urusan sy. semuga allah makbul dua insan hamba nya teraniaya.

  28. Noor Diana Avatar
    Noor Diana

    memang cmfrm lari pas 2 buat fasakh.. X mghargai pgobanan seorang ibu terhadap ank2nya..

  29. wati Avatar
    wati

    sy dah 16 tahun berkahwin dan sy juga mangsa suami berzina, bkn sj berzina malah bersedudukan.sy di tinggalkan bersama dgn anak kecik selama 8 bulan.puas dipujuk supaya meninggalkan zina dan kembali kpd jalan ALLAH.Sy suruh mereka berkahwin tp wanita itu tak mahu bermadu.Malahan saya dipukul dan di hina oleh suami.Sy dituduh cuba mengajar suami dan dikatakan sy x layak untuk menasihati dia.skrg kami dalam proses bercerai.dia ceraikan sy melalui sms.Dia ugut nak kerjakan sy cukup2 dan nk bunuh sy kalau ada org lain tahu pasal perangai dia.Sy doakan mereka bertaubat dan kembali ke jalan ALLAH.Semoga mereka mendapat hidayah.

  30. Rose Avatar
    Rose

    Assalamualaikum ,
    Nampaknya ramai wanita yang senasib dengan saya. Saya dah berumahtangga selama 26 tahun. Saya tau suami saya ramai kawan wanita tetapi selama saya dikaburi dengan janji dan kebaikan yang ditunjukkan sepanjang masa tersebut. Di depan saya dia memang suami mithali walaupun nafkah saya dia tidak bagi kerana masalah kewangan yang dihadapinya tapi saya redha dengan kesusahan itu. Dalam menginjak usia 50 an saya ingat setakat itu sahaja hubungan mereka tetapi sejak ada alat komunikasi telefon bimbit, wasap, facebook saya baru tahu sejauh mana hubungan suami saya dengan semua wanita-wanita tersebut. Antaranya janda dan gadis yg telah terlanjur yang ditemuinya dan baru baru ni dengan bohsia berumur 15 tahun. Ini saya dapat tahu setelah 26 tahun. Sekarang kami bergaduh banyak kali bila saya tanya tentang perkara ini dan tiada pengakuan dari mulutnya kecuali dari chatting chatting dia sy baca secara curi curi. Saya buntu, sedih dan hilang punca tak tahu apa nak buat. Saya buat solat taubat dan istikharah sekarang untuk dapat petunjuk. Sepanjang waktu itu saya cuba menjadi isteri yang lebih baik dan melayan dengan lebih baik. Namun dia masih dengan perangainya menipu saya dan berjumpa dengan wanita simpanannya. Bila saya tanya nak kawin lain ke dia tak nak…bila saya baca mesej dia dia cakap dengan kawannya just for fun dan nak thrill. Macam mana tu saya pun tak tau nak cakap apa…Pls ummuabbas berikan sedikit panduan. Terima kasih.

  31. speckylady Avatar

    Kalau kesabaran makin tipis dek kerana kerenah suami yang patut dihukum hudud ni sampai mati ni, si isteri tolong minta fasakh je la. Tak payah susah2 nak luahkan perasaan kat sesiapa lagi dah. Tak guna mengadu nasib tapi tak nak ambil tindakan pergi minta fasakh kan? Bukan berdosa pun minta fasakh. Bukan haram pun bercerai. Itu hak seorang isteri. Lebih baik bercerai daripada makan hati dan lepas tu lama-lama jadi isteri nusyuz sebab tak ikhlas layan suami yang berzina ni. Hak wanita sentiasa diabaikan dan ditindas semata-mata sebab perempuan lemah. Cuba kalau isteri pula yang berzina? Terus suami boleh ceraikan. Ada ke orang ramai suruh suami terima semula isteri yang dah berzina? So, kena fair and squarelah to yourself. Lelaki curang sampai berzina memang elok sangat diceraikan. Sedangkan Allah suruh cabut nyawa orang yang berzina. Allah pun bagi hukuman mati kepada penzina. Jadi, suami yang berzina ibarat membunuh diri sendiri. Sebenarnya isteri yang mempunyai suami yang berzina ni sudah tiada suami lagi sebab kalau ikutkan hukum hudud memang penzina yang dah berkahwin direjam sampai mati. Kenapa nak takut? Maksum sangatkah suami sampai perlu disanjung melebih Tuhan? Suami sekadar manusia biasa juga. Kalau puan-puan tak kahwin dengan suami sekarang ni, tak merasalah dia kuasa jadi suami tu. So, suami tak boleh nak perasan besar kuasa sangat. Kenapa perlu paksa diri berada dalam perkahwinan yang tidak bahagia? Jangan peduli dengan hadis2 yang cuba menakut-nakutkan wanita. Wanita boleh buat keputusan sendiri untuk kebahagiaan sendiri. Kuatkan hati, kumpul duit banyak2 dan pergilah minta fasakh. Orang lelaki ni kalau dah buat salah dia jadi pengecut, dayus dan bacul. Isteri kena berani. Tanya pegawai agama/peguam yang lebih berpengalaman. Jangan minta nasihat daripada orang biasa sebab orang biasa tak tahu apa-apa dan hanya tahu suruh bersabar saja.

  32. ummuabbas Avatar

    Speckylady,

    Terima kasih atas pandangan bernas saudari.

    Cuma bab ayat, “Jangan peduli dengan hadis2 yang cuba menakut-nakutkan wanita.”

    Yang betulnya ialah tiada hadith yang menakutkan wanita. Semua hadith Rasulullah s.a.w adalah untuk membahagiakan wanita. Cuma mungkin sesetengah mereka yang kurang arif tersalah dalam menghuraikan makna hadith dan juga mengaitkan dengan situasi yang tidak sesuai dan tidak tepat.

    Bahaya ya ayat yang saudari gunakan, boleh menjadi seolah-olah memperlecehkan hadith-hadith Nabi s.a.w.

    Wassalam.

  33. Ina Avatar
    Ina

    Asslmkm..
    Saya pon baru lepas bercerai.. kes suami curang jg.. tp biasalah lelaki, xberani mengaku. Die ckp Sya xde hak utk tau dgn siapa dia berkawan, nk kawin 2 3 4 pon dia mampu, Sya sbg isteri cuma perlu taat je slgi die xzalim PD Sya. Tak zalimke pbuatan dia yg acuh xacuh dlm rmhtgga, abaikan perasaan isteri n ank2 demi nafsu.. berlakon baik, solat, ngaji puase Sume dia buat.. waktu cuti ade je kt rmh.. tp waktu kerja, xtaula dia btul2 kerja atau melencong ke tmpt ln.. wallahua’lam.. Allah maha mengetahui, walau bsungguhmnapon mana pon dia cuba menipu utk tutup sgla sikap yg xelok tu, pasti ada je jln Allah bg utk kita isteri yg teraniaya dgn sikap xjujur suami.. Sya bersyukur Allah buka mata Sya. Lelaki baik utk prmpuan baik, laki jht utk perempuan jht. Lps bercerai 1bln, da timbul citer nk kawin dgn perempuan muda, anak siap nmpk gmbr perempuan tu berskirt pendek, rambut perang dlm henfon ayah diorg.. Allah da tnjuk, siapa sebenarnya dia.. jd puan2 semua, jgn bersedih hati. Ada kebaikan n kemanisan disebalik ujian Allah yg pahit utk kita lalui ini.. perbaiki diri, mengaji, solat sunat, berdoa selalu.. Sya selalu meminta kluarga n rakan2 mendoakan kbhgiaan Sya n ank2. Sya terpaksa mencari kerja utk meneruskan hidup. Semoga Allah memandu kehidupan Sya sebaik2nya, semoga anak2 kuat n tabah, dan semoga saya juga boleh membina kerjaya yg cemerlang dan khdupan yg lbh baik tanpa suami spt dia.. jgn takut utk tuntut hak2 kita sbg isteri bgtu jg hak ank2.. biarkan dia ugut mcm2, lawan sj dgn segala tuntutan. Mahkamah yg tentukan, Allah jg sentiasa ada utk kita..Mohon segala urusan kita dipermudahkan.. sekali lg, jgn kalah dgn laki sebegini. Gunakan kuasa doa utk org yg teraniaya, insya Allah tiada dinding antra doa kita dgn Allah. Sya doakan sesiapa sj yg senasib dgn Sya, berjaya meneruskan hidup, lbh baik tanpa suami yg tak bertanggungjawab n tak berakhlak. Percayalah, tak rugi kalo kita takde suami camtu.. gunakan ksmptn yg ada setelah bercerai utk perbaiki diri kita.. semoga Allah lindungi semua drp godaan syaitan n sekutunya.

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect