Bismillah.

Assalamu’alaikum warahmatullah.

 

 

Alhamdulillah, segala puji hanya untukNya dan selawat serta salam adalah untuk Rasulullah, ahli bayt, para sahabat baginda dan tabi’in semuanya.  Semoga Allah beri ganjaran setimpal dengan usaha mereka menyampaikan ilmu Allah di muka bumi ini.

Alhamdulillah, antara perkara diluar jangkaan saya dalam memasuki era alaf baru ini ialah masih ramai anak-anak gadis atau wanita yang berminat dengan purdah dan berkeinginan pula memakainya. 

Selepas seorang demi seorang sahabat-sahabat saya menanggalkan purdah mereka, menyimpan jubah-jubah mereka, menyingkatkan tudung-tudung mereka bahkan me’make-up’kan wajah-wajah mereka dengan pelbagai rasional dan alasan, saya jangka saya akan bertambah sepi di dunia yang serba mencapah pelbagai tahap kemajuan ini.  Saya sangka saya akan semakin tersisih dalam masyarakat Islam saya sendiri.  Namun Allah memberi keterangan yang nyata kepada saya, jika sesuatu itu secara fitrah dan syariat memang ada hujjah di sisiNya, tiada siapa yang dapat menghapuskan amalan tersebut dari kalangan wanita yang mahu memilih purdah sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepadaNya.

Sering juga saya mendapat soalan-soalan dari kaum wanita yang bertanyakan tentang purdah, tentang hasrat untuk memakainya dan cara bermuamalah dengan masyarakat serta kerjaya apabila berniqab.

 

Oleh kerana kita berada di zaman banyak restoran dan kedai-kedai makan, maka antara soalan yang dikemukakan ialah bagaimana cara wanita berpurdah mahu makan di tempat umum?  Jika di Arab Saudi atau setengah restoran di Jordan, mungkin tiada masalah bagi wanita berniqab kerana di sana terdapat restoran yang mengasingkan ruang makan muslimin, muslimah dan keluarga.

 

Sebelum saya memberi respon tentang persoalan-persoalan di atas, sukalah saya berkongsi sedikit info di bawah bagi mereka yang berminat memakai purdah.  Ia adalah hasil kajian Harlina dan sahabat-sahabatnya di KUIS.   Sudah tentu tulisan di bawah kelihatan tidak sempurna namun ia mampu menyempurnakan  lagi  perbahasan sedia ada mengenai niqab.  Oleh itu, dinasihatkan agar membaca juga perbahasan-perbahasan lain yang dinukilkan di dalam kitab-kitab salaf, buku-buku moden dan juga web serta blog. 

Sebenarnya, sebahagian persoalan saya sudah jawab di ruang komen itu sendiri dan sebahagiannya saya jawab melalui email.  Oleh kerana saya sering kesuntukan waktu menulisnya secara ilmiah, maka saya tidak paparkan di ruang hadapan blog ini. 

Walaubagaimana pun, pandangan Harlina dan sahabatnya di bawah tidak mewakili pandangan saya secara peribadi.   Oleh sebab itu,  sehingga saat saya menulis ini, saya konsisten dengan jawapan-jawapan yang pernah diberikan di ruang komen.  Seperkara lagi harus disedari, walaupun Harlina dan sahabat-sahabatnya berpegang kepada hukum wajib, namun mereka tidak menolak pandangan sebahagian yang berpegang kepada hukum sunat berpurdah.   Jadi hukum memakai purdah tetap terdapat khilaf pandangan mengenainya. 

Berdasarkan pengamatan peribadi saya, hukum memakai purdah sama ada wajib atau sunat berlandaskan nas-nas al-Quran dan hadis.  Jadi saya tidak dapati wujudnya ruang kepada mana-mana individu, organisasi atau kerajaan untuk menilai (judge) pemakai purdah sebagai ekstrim, syadid, kolot, ketinggalan zaman dan seumpamanya.

Bila kita memahami asas dan kaedah-kaedah matematik dengan baik, insya Allah kita mampu menjawab apa jua bentuk soalan yang dikemukakan.  Begitu juga dengan hukum memakai niqab, kita perlu memahami prinsip asas menutup aurat dan juga perbahasan-perbahasan pada perkara khilaf dengan baik, barulah kita akan merasa mudah melaksanakannya walau apa pun cabaran yang mendatang.  Selain prinsip mengenai hijab itu sendiri, kita berkewajiban memahami prinsip-prinsip Islam yang asas pada ilmu aqidah, syariat dan akhlak.  Ketiga-tiga struktur ilmu Islam ini jika difahami dengan baik, akan membantu kita menjadi muslim yang baik bukan sahaja pada penampilan, bahkan pada perkara yang menjadi akar dan buah pohon Islam itu sendiri yakni aqidah dan akhlak.  Justeru itulah Allah berkata di dalam surah al-A’raaf ayat 26,

 

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu serta pakaian perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

 

Insya Allah,  saya akan menyambung sedikit demi sedikit respon terhadap soalan mengenai pemakaian niqab di blog ini.

Wassalam.

Ummu Abbas

9 Jumadal Awwal 1432H

11.41am.

Melbourne, Victoria.

***************************************************

SAYA NAK PAKAI PURDAH, APA PANDANGAN AKAK ?

by Harlina Al-Hamra on Tuesday, April 12, 2011 at 10:24am

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Segala puji hanya bagi Allah.

Kita memuji-Nya, memohon pertolongan kepada-Nya dan memohon keampunan

kepada-Nya. Kita juga memohon perlindungan Allah di atas segala kesilapan

dan kesalahan diri kita. Mereka yang diberikan petunjuk oleh Allah, maka tiada

siapa pun yang dapat menyesatkannya daripada petunjuk tersebut. Dan

barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak siapa pula yang dapat

memberikannya petunjuk. Aku bersaksi bahawa tiada Ilah (tuhan) melainkan

Allah dan tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah

hamba Allah dan Rasul-Nya.

Seringkali ana mendapat soalan begini, sama ada seseorang menemui ana face to face atau  menghantar SMS kepada ana.

SAYA NAK PAKAI PURDAH, APA PANDANGAN AKAK?

Ana suka mengingatkan ana dan sesiapa sahaja tentang beberapa perkara:

Selepas berbincang dengan Naqibah di sebuah institusi, alhamdulillah ana lebih mantap memahami hukum berpurdah setelah sama-sama mengkaji dengan Naqibah apakah sunat atau wajib yang sewajar-wajarnya menjadi pegangan kami? Oleh itu, kajian kami hendaklah berlandaskan pada kebenaran menurut al-Qur’an dan as-Sunnah.

Ana sebelum ini berpendapat wajib.

Begitu juga naqibah ana.

Oleh yang demikian, kami sama-sama menyatakan hasil kajian kami mengapa kami meyakini wajib berpurdah. Kami juga mengeluarkan hujah-hujah ulama’ yang mengatakan purdah ini sunat atau harus. Pelbagai hujah dikeluarkan daripada kitab Fiqh sampailah kepada buku-buku ringan tentang wanita dan auratnya. (Hujah yang tidak menghukum WAJIB purdah bagi wanita). Mengapa?

Ini adalah bagi memastikan kedua-dua kami bukan bertaqlid membuta tuli atau sekadar memahami pada surface sahaja. Alhamdulillah, kami boleh memahami kitab bahasa Arab dengan baik.

Ana tunjukkan hujah-hujah bahasa melayu yang telah ana simpan selama pengkajian ana.

Naqibah juga menunjukkan hujah yang diyakininya.

Ada tiga hujah yang kuat mengatakan seperti berikut: (Boleh rujuk pelbagai Kitab Fiqh): Hujah-hujah lain sengaja tidak disenaraikan di sini kerana tidak kuat untuk menyaingi hujah wajib.

AL-QUR’AN

Ana jelaskan bahawa Surah al-Ahzab (33:59) menunjukkan perkataan ‘jalabibihinna’ yang ditafsirkan ‘tudung’ bagi sesetengah ulama’ dan ‘purdah’ bagi sesetengah yang lain.

HADIS

Ana jelaskan bahawa ada tiga hujah yang kuat mengatakan seperti berikut: (Boleh rujuk pelbagai Kitab Fiqh):

  1. Dalil yang paling banyak dibentang dalam mana-mana buku tentang AURAT WANITA ialah hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada Saidatina Asma’, “ Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali ini dan ini”(Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan tangan).Boleh rujuk teks lengkap dalam Riwayat Abu Daud.

 

2.   Dalil yang mengatakan seorang wanita telah menemui Rasulullah s.a.w semasa

      ihram untuk bertanyakan soalan, kemudian Fudhail bin Abbas melihat wanita itu.

      Rasulullah memusingkan wajah Fudhail ke arah lain supaya tidak memandang  

      wanita itu. Ini adalah kerana wanita itu tidak memakai purdah.(Pertikaiannya 

      ialah Rasulullah tidak mengarahkan wanita itu berpurdah sebaliknya hanya 

      memusingkan wajah Fudhail). Boleh rujuk teks lengkap dalam banyak kitab.

  1. Dalil ketiga ialah selepas menunaikan Solat Hari Raya, Rasulullah berkhutbah,

     seorang wanita bangun dan bertanya soalan kepada Rasulullah, dalam hadis ini

      menyatakan bahawa wanita itu wajahnya kemerah-merahan. (pertikaiannya, 

       Rasulullah tidak menyuruh wanita itu berpurdah, sebaliknya hanya menjawab

      soalan-soalannya). Boleh rujuk teks lengkap dalam bnyak kitab.

Oleh yang demikian, kami berbincang tentang penjelasan ulama’-ulama’ bagi setiap hujah:

Bagi Surah al-Ahzab (33:59) menunjukkan perkataan ‘jalabibhinna’ yang ditafsirkan ‘tudung’ bagi sesetengah ulama’ dan ‘purdah’ bagi sesetengah yang lain.

Setelah berbincang, kami berpegang pada pendapat sahabat yang hidup pada zaman Nabi s.a.w iaitu Ibn Abbas yang menjelaskan bahawa perkataan ‘jalabibhinna’ ini bermaksud seluruh tubuh wanita wajib ditutup kecuali mata. Ini adalah kerana pada pendapat kami beliau adalah ulama’ tafsir yang paling memahami apa yang dimaksudkan dalam ayat al-Qur’an yang mulia ini kerana beliau hidup di zaman Nabi s.a.w.

Oleh itu, sebarang hujah ulama’ lain yang menghukum ia sebagai tudung tidak dapat dijadikan hujah memandangkan banyak ulama’ lain mentafsirkan bahawa ia bermaksud purdah juga. Oleh kerana pendapat ulama-ulama adalah pelbagai, tafsiran yang paling rajih sekali ialah melalui mufassir yang hidup pada zaman Nabi s.a.w. Oleh yang demikian,tafsiran yang paling rajih adalah tafsir Ibnu Abbas. Wallahua’lam.

Manakala bagi hadis pula:

Dalil yang paling banyak dibentang dalam mana-mana buku tentang AURAT WANITA ialah hadis riwayat Saidatina Aishah bahawa Nabi bersabda kepada Saidatina Asma’, “ Wanita apabila sudah baligh seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali ini dan ini”(Rasulullah s.a.w menunjukkan muka dan tangan).

Setelah berbincang, kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, oleh yang demikian kami rujuk kitab hadis Abu Daud dan mendapati bahawa Abu Daud mengatakan bahawa hadis ini mursal iaitu terputus sanadnnya, oleh yang demikian, tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana Khalid bin Duraik dikatakan tidak berjumpa dengan Saidatina Aishah r.ha. Oleh yang demikian, hadis ini tidak dapat menyangkal ayat al-Qur’an yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dan tidak pula bertentangan dengannya. Ini adalah kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana Abu Daud sendiri yang meriwayatkannya dan tidak pasti kesahihannya.

Dalil yang mengatakan seorang wanita telah menemui Rasulullah s.a.w semasa ihram untuk bertanyakan soalan, kemudian Fudhail bin Abbas melihat wanita itu. Rasulullah memusingkan wajah Fudhail ke arah lain supaya tidak memandang    wanita itu. Ini adalah kerana wanita itu tidak memakai purdah.(Pertikaiannya ialah Rasulullah tidak mengarahkan wanita itu berpurdah sebaliknya hanya memusingkan wajah Fudhail)

Kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini dipertikaikan oleh ulama’ yang menghukum tidak perlu menutup muka ialah kerana Rasulullah tidak memerintahkan wanita itu menutup muka sebaliknya hanya menolehkan wajah sahabatnya Fudhail. Manakala menurut ulama’ yang menghukum wajib menutup wajah mengatakan bahawa ini berlaku ketika ihram. Sebagaimana kewajipan memakai purdah adalah terkecuali ketika solat dan ihram, maka wanita ini tidak wajib berpurdah kerana sedang berihram. Sebab itu, Rasulullah hanya menolehkan muka sahabatnya dan tidak memerintahkan wanita itu menutup mukanya. Oleh yang demikian kedua-duanya mempunyai hujah yang seimbang. Wallahua’lam.

Dalil ketiga ialah selepas menunaikan Solat Hari Raya, Rasulullah berkhutbah, seorang wanita bangun dan bertanya soalan kepada Rasulullah, dalam hadis ini menyatakan bahawa wanita itu wajahnya kemerah-merahan. (pertikaiannya, Rasulullah tidak menyuruh wanita itu berpurdah, sebaliknya hanya menjawab soalannya)

Kami berpendapat seperti berikut: Hadis ini menjadi hujah bagi yang mengatakan pemakaian purdah tidak wajib kerana wajah wanita yang berdiri itu kemerah-merahan, oleh yang demikian ia jelas terbukti wajahnya kelihatan. Namun pendapat ini dipertikaikan oleh ulama-ulama’ yang menghukum wajibnya purdah kerana hadis ini tidak tercatatkan bila, oleh itu terdapat kemungkinan ia berlaku pada solat hari raya antara tahun-tahun sebelum tahun kelima hijrah. Ini adalah kerana kewajipan menutup aurat diperintahkan pada tahun kelima hijrah sedangkan kewajipan solat hari raya pada tahun kedua atau ketiga hijrah. Selain itu, wanita ini juga berkemungkinan telah tua bangka kerana wanita yang telah menopause atau tiada berkeinginan berkahwin diizinkan menanggalkan purdahnya berdasarkan ayat al-Qur’an Surah an-Nur ayat ke-60. Oleh itu kedua-dua hujah adalah seimbang. Wallahua’lam.

Kesimpulannya, kami berpegang pada aurat wanita yang wajib ditutup adalah seluruh tubuh kecuali mata di hadapan lelaki ajnabi kecuali ketika solat dan ihram.

 

Oleh yang demikian tiada pertikaian mengenai menutup dahi atau tidak dan memakai sarung tangan atau tidak. Bagi yang berpegang pada sunat, perlulah berdasarkan dalil yang rajih yang telah dikaji begitu juga bagi yang berpegang pada wajib perlulah didasari kajian dan penelitian dalil yang adil dan bukan ikut-ikutan.

Bagi mereka yang berpegang pada wajib, namun tidak mendapat restu ibu bapa. Wajib berpurdah kerana kita bertanggungjawab pada Allah bukan pada manusia. Walaupun ibu kita menangis dan memulaukan kita. Kita wajib taat pada Allah. Tidak ada ketaatan pada ibu bapa di atas perkara-perkara maksiat. Adalah kemaksiatan bagi seorang ibu menyuruh anaknya menanggalkan purdah sedangkan anaknya berhukum pada wajib berdasarkan dalil yang paling rajih yang telah dikajinya. Oleh yang demikian seseorang itu tidak boleh dipaksa untuk meninggalkan mazhab pegangannya. Jika dia berpegang pada wajib memakai purdah, maka tiada sesiapa boleh menghalang atau mengatakan ia wahabi atau ekstremis (berlebih-lebihan). Ini adalah kerana setiap orang ada mazhabnya sendiri dalam Fiqh, dan oleh itu tidak boleh mengatakan orang salah atau menuduh sembarangan atau menuduh orang lain berlebihan  hanya kerana ORANG LAIN YANG BERBEZA PANDANGAN sedangkan dia telah mengkaji tentang hukum tersebut. Maka, wajib atau sunat itu pendapatnya. Begitu juga apabila seseorang itu telah mengkaji bersungguh-sungguh tentang hukum purdah dan menghukum ia sebagai sunat, maka tiada sesiapa boleh memaksanya. Ini hanya dalam hal jika ia TELAH MENGKAJI DAN MENDALAMI ILMU MENGENAINYA.

Wallahua’lam bissowab.

111 respons kepada “Aku Mahu Pakai Purdah”

  1. Afikah Aziz Avatar

    Assalamualaikum kak….saya memang berpurdah tetapi membuka purdah apabila dalam melaksanakan tugas/kerja kerana di tempat kerja saya tidak membenarkan pemakaian purdah….tetapi saya masih keliru,wajah wanita sebenarnye aurat atau tidak…sbb dlm entry ni akak ckp yg akak berpegang pada aurat wanita yang wajib ditutup adalah seluruh tubuh kecuali mata di hadapan lelaki ajnabi kecuali ketika solat dan ihram.Tetapi dlm entry yg lps2 akak ada bls komen seseorang dan mengatakan asal wajah wanita bukan aurat….

    “Pilih tempat makan yang agak tersorok dari pandangan umum. Boleh juga makan dari bawah purdah jika makanan ringan seperti kuih muih dan lain-lain. Jika makanan berat seperti nasi, buka purdah dan makan seperti biasa. Pedulikan mata yang melihat kerana asal wajah wanita bukan aurat. Ia ditutup kerana memelihara diri dari fitnah. Atau ada juga wanita berpurdah makan dengan meletakkan kain selubung dari atas kepala. Terserah kepada pilihan kita.” ni komen akak yg lepas

    Itu yg membuatkan saya keliru,minta penjelasan drp akak ye sbb saya pun masih baru lg memakai purdah….bukan untuk ‘mengikut’ tetapi lebih kpd ‘menjaga’ diri…mohon penjelasan ye kak,terima kasih 🙂

    Wa’alaikum salam wbh.

    Oh.. maafkan akak. Ada berlaku salah faham di sini. Artikel Harlina tidak mewakili pandangan akak secara peribadi. Ia dipaparkan agar pembaca dapat melihat hujjah dari sisi lain. Kebanyakan hujjah yang dinyatakan dalam tulisan lain dihuraikan dari sudut yang bertentangan dengan huraian yang dikemukakan oleh Harlina dan sahabat2nya. Sudut pandangan yang berbeza itulah yang menarik perhatian akak memilih menyiarkannya di sini.

    Insya Allah, akak akan edit sedikit entry ini agar tidak berlaku salah faham lagi pada pembaca yang lain.

    Terima kasih kerana bertanya.


  2. mujahidah Avatar

    salam…saya teringin sangat nak pakai purdah. tapi saya merupakan ahli majlis perwakilan pelajar di salah sebuah ipta..jadinya, sukar bagi saya untuk memutuskan sama ada saya patut pakai purdah atau x…sebab kalau saya pakai purdah, saya berpendapat bahawa sukar bagi para pelajar untuk mengenali saya…tambah2, saya merupakan majlis tertinggi mpp..sudah tentu akan selalu berurusan dengan pihak atasan dan menghadiri jemputan daripada menteri2..lagipun, waqi’ kita di malaysia berbeza…tak sama seperti di mesir yang penggunaan purdah ini menjadi suatu kebiasaan…bagaimana ye nak selesaikan masalah saya ni? kat luar u, insya Allah boleh..tapi kalau dalam u, itulah yang jadi masalahnye. mohon pandangan…terima kasih.

    Tahniah kerana ukhti memilih untuk mengenakan purdah. Pada pandangan akak (berdasarkan kefahaman akak mengenai nas-nas mengenai niqab), apa yang Mujahidah amalkan sudah betul memandangkan Mujahidah merupakan perwakilan pelajar di kampus. Mujahidah boleh mengenakan niqab semasa di luar kampus atau semasa menghadiri mesyuarat atau majlis bersama menteri.

    Memang benar, pelajar muslimah di Timur Tengah lebih bebas mengenakan niqab meskipun mereka Pengerusi Hewi.

    Kalaulah Mujahidah punya kemampuan untuk ‘request’ dari pihak U agar membenarkan pelajar perempuan berniqab sementara Mujahidah mempunyai sedikit ‘kuasa’ di sana. Namun permintaan tersebut haruslah disandarkan hujjah atau rasional. Juga nyatakan bahawa pelajar berniqab akan membuka niqabnya dalam keadaan memerlukan seperti semasa memperkenalkan diri kepada guard di pintu masuk, semasa mahu masuk ke Dewan Peperiksaan atau ke Dewan Kuliah dan sebagainya. Pelajar berniqab akan mengenakan kembali niqabnya setelah masuk ke dewan peperiksaan atau dewan kuliah jika di dalam dewan bercampur dengan pelajar lelaki ajnabi.

    Pelajar berniqab juga akan sentiasa memakai kad pelajar di dalam kawasan kampus agar mereka mudah dikenali. Jika berlaku masalah disiplin kepada sebahagian mereka, tindakan disiplin seharusnya dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan sahaja dan tidak boleh diumumkan kepada pakaian niqab. Niqab selama-lamanya tidak pernah bersalah. Yang bersalah adalah pelaku kesalahan tersebut.

    Setakat itu dahulu pandangan akak.

    Wassalam.

  3. Abu Huzaifah Avatar
    Abu Huzaifah

    Jazakillahu khairan kathira.Perkongsian ilmu yang sangat menarik.

  4. unhh Avatar

    Alhamdulillah. Terima kasih atas entri ni kak, memurnikan tujuan ana memakai niqab insyaAllah.

  5. ummuafiq Avatar

    Assalammualaikum Ummuabbas,

    Betullah, biar ada ilmu baru buat – dari pengalaman sendiri 🙂

    Wa’alaikum salam warahmatullah Ummu Afiq:)
    Betul..betul..betul..Kalau tidak berdasarkan ilmu, mudah hilang keyakinan.


  6. ipan Avatar

    Assalamualaikum.
    Salam kenal untuk admin disini, saya ipan blogger kuningan jabar.
    saya membaca beberapa artikel disni sangatlah menarik hati dan enak dibaca. sungguh saya banyak belajar dari sini.
    sudi kiranya admin yang mempunyai web ini untuk meluangkan waktu dan merefisi forum yang saya buat. dan kalo bisa abang ikut serta membantu saya dalam pengembangan forum tersebut. terima kasih..
    Wassalamualaikum wr.wb

    Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh.

    Salam kenal kembali.

    Ahlan wasahlan.

    Insya Allah ye… jika diberi kesempatan oleh Allah, saya cuba ke sana…

    Saya cewek kot … bisa-bisa cewek dipanggil ‘abang’ kah di Indonesia? 🙂

    Wassalam.


  7. ayu andriany Avatar
    ayu andriany

    maaf saya belum mengerti benar, akan purdah, sebenarnya saya juga belum pernah mndengar kata purdah
    tolong kejelasannya….

    Purdah ialah kain yang dipakai untuk menutup wajah/muka.


  8. ayu andriany Avatar
    ayu andriany

    maaf saya ingin menanyakan tentang purdah..
    purdah itu sebutulnya apa sih…….

    Purdah ialah kain yang digunakan untuk menutup sebahagian wajah wanita sehingga menampakkan hanya dua biji matanya.

  9. ayu reihan Avatar
    ayu reihan

    assalamualaikum…..

    sya baru sekali berkunjung ke web ini, jujur saya merasa sangat nyaman, yaa….
    walawpun saya kurang bisa mengerti dengan bahasanya……tapi saya mencoba untuk mengetikannya……….
    bagaimana kalau kita masih sekolah, tapi sudah ingin memakai purdah….itu bagaimana………?

  10. Hannah Sofea Avatar
    Hannah Sofea

    Salam,

    Dimana untuk mendapatkan purdah dan niqap

  11. qurratuaini Avatar
    qurratuaini

    assalamualaikum, saya seorang pelajar yang memakai tudung labuh tetapi tidak memakai purdah atau niqab, ada seorang ustazah ditempat pengajian saya mengatakan jika kita berpurdah,dan kita sukar dikenali.katanya lagi, pakai purdah ini lebih diwajibkan kepada wanita yang berwajah cantik dan ayu.(saya biasa2 je),saya ingin tanya pendapat cik tentang benarkah pandangan ustazah saya??
    bagi saya pula, pemakaian bagi wanita islam adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan, pakaian yang longgar, tidak menampakkan anggota yang menggoda (terutama dibahagian dada).TETAPI saya suka melihat pelajar yang berpurdah di tempat saya,mereka bebas dari fitnah pemakaian haram.allahualam.

  12. falahi Avatar
    falahi

    mmg btol. purdah itu boleh mengelakkan fitnah. pda wajah kte tdpt bnyk rahsia yg bleh mncritakn tntg dri kte. alhamdulillah kalo ukhti punyai hasrat untuk memakainya, doalah mga ALLAH kkalkn dan prmudahkan usaha ukhti. insyaALLAH.,

  13. srikandi mutiara Avatar
    srikandi mutiara

    salam alaik..sgt bgus post d blog akak ni..sy juga seorg niqabis ..namun trdpt segelintir masy x tima pemakaian purdah ini..sya pna ditego oleh seorg pemuda ttg pemakaian purdah ini..dia mgtakan purdah sesuai dipakai bg glgn yg cntik2 sja dan myoal pganagn mzhab sya..sdgkan sy memakainya utk mnutp pntu fitnah..sy hnya mndiamkn diri sja ktk disoal ole pemuda tsbt..

    berpegangla kita dgn alquran dan as-sunnah dan fahamila ia dgn sdlm2nya..jgnla kita mnuduh wanita berpurdah ini ekstrem atau tdhan yg tidak sewajarnya..

    Semoga wanita niqabis di luar sna tabah mghadapi ujian dan cbaran di masa kini..amin ya Rabb.

    Wslm Srikandi,

    Iya… sama-samalah kita bersabar dengan dunia yang penuh fitnah ini. Amalan Islam dianggap asing jika tidak sesuai dengan ‘selera’ mereka serta dianggap begitu Islamik atau sunnah jika sesuai dengan nafsu mereka. Kalau bagi lelaki, sunnah yang sangat mereka pertahankan ialah poligami sedangkan sunnah muslimah berpurdah dianggap ekstrim.

    Moga Allah mengampunkan kita dan merahmati para niqabis semua serta memberi hidayah kepada mereka yang masih ‘geli geleman’ dengan purdah ini.


  14. cici Avatar
    cici

    assalamualaikum..kak tw x kitab ape yg ade cte psl purdah ney..??

  15. kajol Avatar
    kajol

    assalam… sy bkn la seorang niqabis… ttpi mmg ade hasrat sy nak berniqab, memandangkan keje sy x sesuai utk sy berniqab. lagi 1, sy sering tertanye2 kalau mmg ditakdirkan sy memakai niqab suatu ari nnt, negare kite ni lain mcm sket.. x mcm kat timur tengah yg da mmg biase dgn muslimah berniqab dan burqa.. di m’sia ni, x bole mcm tu.. apetah lagi bukak n tutup balik niqab tu, on off.. mesti akan dipandang serong atau akan lebih mnimbulkan fitnah.. ntah la, sampai skang sy masih berpikir2 tentang ini…. mohon pandangan kalian…

  16. nash hamzah Avatar
    nash hamzah

    assalamualaikum..nice…akak,mula2 akak pakai purdah dulu macamana???akak pakai purdah secara tiba-tiba atau ada cara lain..saya mmg dh ada niat nk pakai..tp saya mcm confuse..x kn lah tiba2 pakai purdah..

    Wa’alaikum salam Nash.

    Try baca artikel Purdah: Hari Pertama Memakainya.

    Dan lain-lain berkenaan purdah. Boleh gunakan kemudahan ‘search’ dalam blog ini.

    Harap ianya membantu.


  17. aisyah Avatar
    aisyah

    assalamualaikum akak…..saya teringin nk pakai purdah tp kan saya takut owg sekeliling saya xleh trima saya.. saya amik tesl dan skrg ni sy pkai bju pon cm owg skrg pkai…tudung pown sama….so cm pelik la kalo sy pkai purdah….saya sbnarnya mmg da psg niat nk pkai purdah cuma xtercapai lg….sebab sy tkut utk berubah…..saya xde keyakinan dr..

  18. mamaWgdWfy Avatar
    mamaWgdWfy

    AsSalamualaykom.

    Saya hanyalah surirumahtangga. Al7amduliAllah berniqab. kini saya dalam tempuh iddah. saya sedang mencari pekerjaan yang melayakkan saya sentiasa berniqab. saya memerlukan pekerjaan untuk menyara hidup berseorangan ditengah bandaraya kuala lumpur. tapi tiada pekerjaan yang sesuai untuk saya. tiada ke peluang pekerjaan untuk orang berniqab seperti saya? Adakah niqab sesuai hanya untuk surirumahtangga di Malaysia ini?

  19. noorsalwani sulaiman Avatar
    noorsalwani sulaiman

    assalamualaikum….saya ada niat nak pakai purdah…tp saya takut x mampu nak pakai…saya takut nanti saya jap pakai jap x pakai…..adakah bila kita dah mula pakai kita x boleh berpatah balik????saya dapat sokongan dari suami dan anak2 tp saya takut saya x mampu….apa pandangan anda???

  20. Fiona Mazlan Avatar
    Fiona Mazlan

    Assalamualaikum akak , saya memang ingin memakai purdah atas sebab untuk mengelakkan dari fitnah . Tapi saya tak tahu dimana hendak membeli atau cara2 memakainya dan lain lain . Saya harap akak boleh tolong saya .

    Terima kasih . Assalamualaikum .

  21. nurbahirah Avatar
    nurbahirah

    alhamdulillah…banyak yang ana blajar kat sini…cuma boleh x akak jelaskan dgn lebih terperinci…bila kita berniqab tu….pada masa manakah kita harus membukanya…?

    Harus buka niqab bagi wanita berpurdah bila berjual beli, terlibat dalam urusan kehakiman seperti menjadi saksi, ketika dilamar, dalam ihram umrah atau haji dan lain-lain. Asasnya ialah dalam urusan yang perlu dibuat pengecaman untuk mengelak terjadinya penipuan. Walaubagaimana pun bergantung kepada reda antara dua pihak dalam kes yang ringan seperti berjual beli.

  22. elani Avatar
    elani

    Assalamualaikum,
    Alhamduliilah saya telah mula memakai niqab semula setelah sekian lama 20 thn lalu kerana dihalang oleh ibu dan pada ketika itu masih cetek ilmu dan keyakinan.
    Awal Ramadhan ini mula kembali di atas rasa ingin kembali kehidupan yang amat bahagia menegakkan Islam dalam diri akan perintah Allah. Perubahan diperlukan supaya keimanan akan terus meningkat untuk mencaai keredhaan Allah. Alahamdulillah suami, anak2 dan juga ibu bersetuju dengan keputusan berniqab. Mohon mendapat doa untuk menguatkan diri menghadapi masyarakat kerana saya adalah ahli perniagaan.
    Sejauh mana kenyataan ini sesuai untuk seorang peniaga? > “Harus buka niqab bagi wanita berpurdah bila berjual beli, terlibat dalam urusan kehakiman seperti menjadi saksi, ketika dilamar, dalam ihram umrah atau haji dan lain-lain”

    Wa’alaikum salam warahmatullah Puan,

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah di atas perubahan yang Puan lakukan.

    Benar Puan, bila kita pernah merasai kemanisan kerana mengamalkan sesuatu yang baik di sisi agama, kita akan merinduinya selepas meninggalkannya. Sukar untuk menghuraikan perasaan itu dan sukar pula memahamkan kepada orang lain kecuali dapat difahami oleh mereka yang ikhlas mengamalkannya. Paling tidak pun, kita hanya perlu ‘ignore’ sahaja terhadap pelbagai persepsi manusia di sekeliling kita. Yang penting, sesuatu bernilai yang Allah campakkan dalam diri kita tetap terpelihara. Pandangan Allah adalah paling utama untuk diraih dan pandangan manusia yang tidak mendekatkan diri kepada Allah, perlulah diabaikan. Saya sering mengingatkan diri sendiri tentang perkara itu. Alhamdulillah, sehingga kini saya mendapat kekuatan dari Allah untuk istiqamah. Tiada satu makhluk yang mampu memberi ketenangan ke dalam hati kita kecuali Allah. Jadi apa pentingnya mendengar dan menurut pandangan yang akhirnya akan membuatkan jiwa kita gelisah? Meskipun mereka bergelar ibubapa, suami, pemimpin itu dan pemimpin ini.

    Bahkan saya percaya, jika mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan diri kita tahu kita merasa bahagia serta tenang dengan apa yang kita amalkan, mereka pasti menyokongnya. Ibubapa mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia? Suami mana yang mahu lihat isterinya gelisah dan tertekan? Tinggal lagi, mereka juga seperti kita yang kadang-kadang merasa goyah dengan pelbagai persepsi dan tohmahan yang dilemparkan di luar sana. Ditambah pula, mereka yang bergelar ustaz dan juga ulama tidak menyokongnya. Memang itu hak mereka untuk memilih pendapat yang terdapat khilaf fahaman padanya, namun untuk mencegah para muslimah yang mencari ketenangan melalui purdah, saya kira ia sesuatu yang amat tidak wajar sama sekali. Siapa mereka untuk menghalang petunjuk (taufik) yang Allah campakkan ke dalam diri seseorang muslimah jika mereka juga mengharapkan tuhan yang sama memberi ketenangan ke dalam diri mereka?

    Di saat kita menghadapi sakaratul maut, adakah manusia mampu melindungi kita dari godaan iblis? Akhirnya, hanya Allah yang kekal abadi jua yang menjadi teman karib terbaik kita dulu, kini dan selamanya.

    Baiklah Puan, berbalik kepada kenyataan berbunyi, “Harus buka niqab bagi wanita berpurdah bila berjual beli, terlibat dalam urusan kehakiman seperti menjadi saksi, ketika dilamar, dalam ihram umrah atau haji dan lain-lain.”

    Saya kira Puan sudah mendapat kefahaman yang jelas mengenai hukum fikah berkenaan memakai purdah dan juga perbahasan fuqaha’ mengenai isu tersebut. Kenyataan tersebut dibina di atas khilaf fuqaha’ mengenai hukum memakai purdah sama ada sunat atau wajib. Lihat salah satu perbahasan di sini.

    Ia juga dibina di atas pendapat majoriti ulama yang menyatakan wajah dan tangan bukan aurat. Wajah dan tangan ditutup untuk lebih menjaga kehormatan diri wanita serta melindungi diri dari memberi fitnah dan difitnah apabila mereka keluar ke tempat awam. Oleh sebab itu, menjadi keharusan membukanya apabila terdapat keperluan berbuat demikian.

    Saya pernah berniaga dan memiliki premis menjual buku, Puan. Saya juga mempunyai kawan-kawan yang memakai purdah dan berniaga. Ada di antara mereka yang membuka purdah ketika berurusan dengan pelanggan dan ada yang tidak. Ia bergantung kepada keperluan semasa muamalat itu berlangsung. Saya rasa Puan membaca ayat berikutnya dalam kenyataan tersebut, … Asasnya ialah dalam urusan yang perlu dibuat pengecaman untuk mengelak terjadinya penipuan. Walaubagaimana pun bergantung kepada reda antara dua pihak dalam kes yang ringan seperti berjual beli.”

    Jadi saya kira, kenyataan tersebut memang sangat relevan bagi seorang peniaga seperti Puan. Puan juga boleh mengunjungi blog sahabat saya, Kak Chik yang berpurdah dan juga berniaga. Mungkin Puan boleh berkongsi pengalaman dengannya. Saya turut mengagumi beliau yang lebih istiqamah berbanding diri sendiri meskipun Kak Chik bukanlah dari latar belakang sekolah agama. Puan boleh bertanya kepada Kak Chik bagaimana dia menghadiri mesyuarat bersama kaum lelaki, bagaimana dia berkomunikasi dengan pelanggan dan pembekal lelaki pelbagai bangsa dan peringkat usia dan lain-lain lagi. Yang penting Puan, selain purdah yang dipakai, usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.

    Saya berharap respon di atas membantu Puan.
    Segala yang baik datangnya dari Allah, yang kurang itu dari kelemahan diri sendiri.

    Wassalam.

  23. wani Avatar
    wani

    salam
    akak, saya plajar sekolah..tp saya sangat teringin untuk memakai purdah. tp sy takut x istiqamah untuk memakainya. sempena bulan ramadan ni, sekolah saya ada buat program minggu mengamalkan sunnah. pelajar peremuan digalakkan memakai jubah dan purdah. saya takut untuk menghadapi situasi tersebut. saya takut dengan penerimaan orang lain.

    Wsalam Wani, Alhamdulillah diberi taufiq dan hidayah untuk beramal dengan sesuatu yang lebih baik. Wani bertuah sebab berada dalam suasana yang menggalakkan untuk berniqab… walaubagaimana pun, lebih baik Wani mendalami terlebih dahulu hukum berniqab dan mengambil tahu sedikit sebanyak cabaran berniqab di Malaysia amnya. Kemudian baru buat keputusan mana yang terbaik untuk diri Wani sendiri. Tidak perlu terikut-ikut dengan kawan-kawan kerana ia tidak mungkin dapat kekal lama.

    Berkenaan perasaan takut, bagi K Nur, Kak Nur lebih memikirkan penerimaan Allah terhadap diri Kak Nur berbanding penerimaan manusia lainnya. Jika apa yang manusia terima, juga diterima Allah, tidak mengapalah. Cuba tanya diri sendiri, jika mahu berniqab kerana apa? Untuk apa? Moga ia membantu Wani mendapat jawapan pasti terhadap persoalan tersebut.

  24. inaaziz Avatar
    inaaziz

    Syukur kpd Allah SWT,pada pertngahn ramadhan baru ni ,sya telah mula berniqab.semua perkara spt nas, hujah dn dalil telah sya ambik kira.dn yg penting sya tahu dn faham knp sya perlu berniqab.Alhamdulillah,walaupun baru tp kemanisan brniqab sya tlh dpt kecapi sedikit demi sedikit.

    Alhamdulillah. Moga perkongsian ini menambah teguh pendirian mereka yang memakai niqab.

  25. qaseh uyyun sharah Avatar
    qaseh uyyun sharah

    assalammualaikum saya rasa terpanggil untuk comment kat sini juga..saya berkerja sebagai jururawat keinginan untuk memakai tudung labuh dan juga berniqab dah lamer saya impikan..tapi kerana kerjaya saya yg tidak mengizinkan terpaksalah saya pendamkan buat sementara waktu …sedangkan suami saya ada juga menyatakan hasratnya mengatakan mungkin saya lagi cantik jika berniqab..apa pendapat cik tentang hal ini

  26. Aqila Huddin Avatar
    Aqila Huddin

    Salam . Saya baru mengenakan purdah pada usia muda iaitu 13 tahun . Saya bukannya ingin menunjukkan bahawa saya ini seorang yang warak . Sama sekali bukan . Saya memakai pun atas keinginan saya . Sebelum saya mengenakan purdah pada wajah saya , saya berfikir sepuluh kali tiap-tiap hari .
    1)Okey ke tak kalau saya pakai purdah ?
    2)Ada orang akan perli saya ke tidak ?
    3)Perlukah saya memakai purdah ?
    Tiap-tiap hari saya mempersoalkan diri saya dengan tiga soalan ini . Akhirnya , saya mengambil keputusan untuk terus merujuk pada ustazah saya . Selepas ustazah saya menjelaskan tentang pemakaian purdah , barulah saya menarik nafas lega . Sebenarnya , seseorang yang memakai purdah ini , tentunya banyak cabaran dan dugaan yang bakal menimpa . Apa-apa pun , saya tidak kisah itu semua kerana saya tahu . Saya lakukan bukannya untuk orang lain bahkan saya lakukan untuk Allah SWT . Insya-Allah .

    Wsalam. Alhamdulillah, yang penting lagi untuk Aqila buat penambahan ialah ilmu. Insya Allah, dengan ilmu kita lebih kuat dan istiqamah serta tidak mudah diperkotak-katikkan oleh manusia sekeliling kita.

  27. Lyn Asrar Avatar
    Lyn Asrar

    Assalamualaikum…..
    Saya sangat tertarik dengan perkongsian ilmu di atas….
    Sejujurnya…saya telah lama berniat untuk memakai purdah, namun masih kurang berkeyakinan mengenainya…mungkin disebabkan fahaman agama yang masih cetek.. Setiap kali melihat wanita berpurdah mewujudkan semangat untuk merealisasikan niat saya untuk berpurdah…. saya juga merasa rendah diri kerana bagi saya orang yang berpurdah ni adalah daro golongan hambaNya yang mempunyai pelajaran yang tinggi tentang agama…. boleh tak kalau saudari berikan sedikit panduan agar saya lebih berkeyakinan untuk merealisasikan niat saya untuk berpurdah..? Sepertimana yang telah saya ketahui…dari seorang guru..menyatakan berpurdah ini tidak wajib dan boleh dibuka atau tidak memakainya setelah berpurdah… ini kerana guru tersebut mengatakan muslimah arab tidak membuka purdah kerana keadaan musim atau cuaca di sana seperti angin berpasir yang membuatkan mereka tidak membuka purdah mereka… sedangkan di negara kita, cuaca tidak sama dengan di negara arab,? boleh saudari tolong jelaskan?

  28. nur Avatar
    nur

    salam…
    saya pn bru bca blog ni…
    mmg niat tu sudah ada dlm hati utk brniqab..
    tapi yg sy hairannya… knp ibu bapa sy tdak blh menerimanya??
    stiap kli sy brkata ingin brpurdah…ingn mnutup pntu ftnah… n laen2…
    dyorg msti ckp cmni.. “kita bkn dk kt pdg pasir… kt sna pn dyorg brpurdah sbb debu..dgn tanah2..apabila dtg angn…” apa ptt sy katakan pd mreka?? sy ingn mnjwb..tp tkut dikatakan sbgai ank derhakan lak… harap pndangn n jwapan dr kakak…
    wslm..

    Wsalam.

    Boleh beritahu mereka cara baik dengan niat memberikan penjelasan. Memberikan penjelasan tidak salah di sisi Islam dan tidak dianggap menderhaka kepada ibubapa. Kawal nada suara dan cakaplah dengan lembut.

    Akak dulu, ibu tidak izinkan juga pada mulanya. Akak jawab cara mudah sahaja, “Isteri Rasulullah s.a.w pakai purdah Ma dan Nur rasa tenang bila pakai purdah”. Tidak perlu berhujjah dengan ayat atau hadis jika mereka tidak bertanya. Selain itu, Akak tetap memelihara akhlak setakat kemampuan, menolong ibu di rumah tanpa perlu disuruh, jaga pelajaran dan tetap membataskan pergaulan dengan ajnabi. Alhamdulillah, lama kelamaan, bila ibubapa tengok kehidupan kita bertambah positif dalam banyak sudut, mereka tidak lagi mempertikai purdah yang kita pakai.

    Harap sedikit di atas membantu Nur.

    Wassalam.

  29. Nur Afthirah Humaiyra Avatar

    ASSALAMUALAIKUM YA UKHTI…sy terpanggil utk mnulis komen..sy seorang jururawat pelatih di kolej kerajaan di negeri sabah..sy memang sabahan..bagaimna pndpt akak jika sy ingin mmakai nya…dgn profsion sy ni yg x blh berpurdah swaktu kerja…sy buntuh tetapi kuat hati dan yakin utk mmakainya insyaALLAH..sy juga bukan cantik utk mntup wajah..dulu sy jnis nakal2 gak..ttpi bbrpa bulan berlalu sy dh blajar utk beristiqomah mmkai tdung labuh dan alhamdulilah skrg dah biasa…dan kini teringin memakai purdah..lagi satu akak fhm aje lah kat sabah ni kan..susah skit org nya…tlg sy ye kak..insyaALLAH kak blh bagi pndpt kot…l

  30. Harina Akila Avatar

    assalamualaikum…
    bagaimana caranya untuk saya makan di tempat awam jika berpurdah????

  31. Balqis Haziqah Avatar
    Balqis Haziqah

    Salam . saya teringin untuk memakai purdah dan tudung labuh , tapi saya tidak tahu samaada mahu memakainya atau tidak . kerana saya masih bersekolah dan berumur 14 tahun , dan ssaya sekolah campur msdnya ada laki dan perempuan , saya ingin memakainya kerana ingin mjga keselamatan di sekolah .boleh bagi penerangan ?

  32. Rashidah Binti Saidin Avatar
    Rashidah Binti Saidin

    Assalamualaikum, saya mempunyai niat hendak memakai niqab, tetapi masih belum betul-betul faham akan hukum, adab-adab memakai niqab..boleh akak terangkan? Jazakallah Khairan Khatira..

      Wa’alaikum salam warahmatullah.

      Rashidah yang dikasihi Allah,

      Kak Nur mohon maaf kerana belum berkesempatan lagi memberi respon kepada persoalan ini. Namun perbahasan hukum mengenai purdah terdapat banyak dalam website lain. Ada dua link yang Kak Nur sertakan di bahagian widget. Rashidah boleh rujuk di situ. Boleh juga google dengan taip perkataan purdah. Jalan-jalan ke blog yang bercerita mengenainya. Alternatif lain, dapatkan buku-buku di kedai buku agama. Sekiranya dalam pembacaan atau melalui kuliah agama, Rashidah masih merasa keliru, bolehlah kongsikan di sini. Insya Allah, K Nur cuba jawab setakat termampu.

      Sekian, Wassalam.

  33. Qibtiyah Avatar
    Qibtiyah

    salam.kak…saya dah lama menyimpan hasrat untuk berniqab..tapi saya takut tidak istiqomah dan tak dapat menjaga amalan saya sebagai seorang muslimah dengan baik,contohnya hubungan dengan Allah…sekaligus takut orang2 sekeliling akan memandang serong terhadap wanita yang berniqab dan melabelkan yang tidak baik…

      Wsalam. Menurut pengalaman akak, jika hubungan Allah kurang baik, ia boleh menjadi salah satu faktor seseorang muslimah tidak mampu istiqamah dengan niqabnya. Lebih-lebih lagi dalam situasi di Malaysia yang mana muslimah berniqab masih dipandang aneh.

      Di sini, akak copy paste jawapan akak pada soalan yang ditanya di dalam FB:

      “Segala kebaikan dari Allah jua.

      Pada pandangan saya yang sudah berpurdah hampir 20 tahun ini, sebaiknya Puan memahami terlebih dahulu hukum memakai purdah. Banyakkan bertanya dan membaca perbahasan mengenainya sehingga Puan benar-benar berpuas hati dan merasa yakin dengan keputusan yang Puan ambil.

      Puan juga perlu tahu apa risikonya di tempat kerja Puan dan apa persediaan Puan untuk berhadapan dengan risiko tersebut.

      Insya Allah, gerakan naluri ke arah kebaikan itu adalah baik namun biarlah ia dilandasi hujjah yang meyakinkan diri sendiri.

      Kita perlu melatih diri beramal berdasarkan ilmu. Insya Allah, bila kita buat sesuatu berdasarkan ilmu, kita ada kekuatan untuk istiqamah. Cabaran memakai purdah di Malaysia bukan sedikit. Saya tidak bermaksud menakutkan tetapi sebagai persediaan mental Puan.

      Bila kita fahami semua perkara dan selok belok mengenai pemakaian purdah ini, kita akan lebih ‘cool’ untuk berdepan dengan tribulasi.

      Akhirnya mohonlah kekuatan dari Allah…

      Satu pesanan saya buat diri sendiri dan juga Puan, bila kita diberikan kemanisan mentaatiNya dalam apa jua jenis ibadah, cubalah terus istiqamah dengannya walau apa ujian mendatang… saya bimbang ianya ditarik semula oleh Allah dan tidak lagi dikurniakan buat kali kedua.”

      Moga jawapan di atas membantu.

  34. ummuabbas Avatar

    Assalamu’alaikum semua.

    Insya Allah, Kak Nur akan kumpul soalan yang belum direspon dan jawab serentak bila keadaan mengizinkan.

    Mohon maaf atas kekurangan.

    Harap maklum.

  35. amylia Avatar
    amylia

    assalamualaikum,

    saya tetarik untuk membaca blog ini..saya seorang yang baru berhijrah..sebelum ini saya seorang yg “free hair” dan alhamdulillah sekarang telah bertudung..pada suatu hari selepas pulang mendengar kuliah maghrib saya telah singgah di satu “booth” diluar masjid,dan saya terpandang niqab..hati saya tertarik sangat dengan niqab tersebut lalu saya membelinya.. mungkin saya belum ready untuk memakai niqab sepenuh masa tetapi salah atau tidak jika saya memakai niqab sekali sekala ketika saya keluar mungkin ketika saya berseorangan atau berjalan bersama teman yang telah berniqab?

      Wa’alaikum salam warahmatullah.

      Alhamdulillah.

      Boleh dengan niat untuk terus mencari kekuatan agar dapat mengamalkannya secara istiqamah. Sebenarnya lebih elok jika dikaji dahulu dengan banyakkan membaca dan bertanya kepada mereka yang pakar berkenaan hal ehwal memakai niqab. Lihat perbezaan pendapat ulama dan hujjah-hujjah mereka. Kemudian buatlah keputusan terbaik untuk diri.

  36. muhibMu Ya Ilahi Avatar
    muhibMu Ya Ilahi

    assalammulaikum..salam ukhuwah..
    kak.. saya teringin pakai purdah tapi saya masih sekolah.. saya teringin sangat.. tapi,,peraturan sekolah.. camna kak??

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Alhamdulillah.

    Buat permulaannya, pakai di luar sekolah. Masuk kawasan sekolah, buka purdah. Jika sekolah bercampur lelaki, kalau mampu, pindah ke sekolah perempuan sahaja. Jika tidak mampu, usahakan agar sukses dalam pelajaran dan akhlak, kemudian baru meminta kebenaran pihak sekolah untuk pakai. Sambil tu, doa bebanyak minta Allah permudahkan jika Dia reda dengan keputusan kita. Yang penting, adik mengetahui tentang khilaf hukum memakai purdah di kalangan ulama’.

  37. maiza Avatar
    maiza

    assalamualaikum,,
    ustazah..
    klu kte dah berumur 14 thun,,
    ttapi keinginan untuk memakai purdah itu sangat tinggi,,
    bolehkah saya memakai purdah dalam usia sekarang,,
    dan dari mana kita hendak mendapat sokongan untuk memakai purdah?

      Wa’alaikumsalam warahmatullah.

      Boleh sahaja jika Maiza sudah memahami betul-betul dari sudut ilmunya. Sokongan boleh didapati dari kefahaman dan niat ikhlas. Selain itu, kena berkawan dengan mereka yang pakai niqab juga. Jika Maiza ada FB, bagi nama akaun, insya Allah, Ummu boleh add Maiza ke dalam grup niqabis.

  38. MirhaqisyQiela Avatar
    MirhaqisyQiela

    Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
    ana ni bru umur 14 thn..tpy awl bln ramadhan taun ni..
    ana mula berniqab alhmdulillah..
    tpy klau bOley ana nk thu juga sbgaimana yg ditnya ukhti maiza..
    shingga hari ini masih trntnya tnya slh ke klau ana berniqab pda wktu yg msih muda ini…
    hrp akak dpt tolong;)
    sekian,wssalam(:

    Wa’alaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh Qiela.

    Ummu sudah beri respon kepada persoalan Maiza. Ia tidak mengapa asalkan diamalkan dengan ilmu.

  39. annur Avatar
    annur

    salam….

    sy seorang guru…memang dah lama niat nak pakai jubah…. boleh ke guru pakai niqab.. sy tak penah jumpa cikgu sekolah kerajaan yg pakai purdah @niqab….. sy selalu berdoa diberi kekuatan…. Moga Allah bg kekuatan dan jalan utk sy lakukan amalan sunnah ini…

    Wsalam AnNur.

    Ini saya copy paste jawapan yang pernah diberikan kepada seorang rakan yang bertanya soalan yang lebih kurang sama seperti di atas. Moga ia membantu.

    “Insya Allah ada cikgu2 yang pakai niqab.

    Ada yg buka masa di sekolah. Dan pakai selepas habis waktu sekolah.

    Ada yg pakai jika ada guru lelaki…

    Bergantung pada kebenaran pengetua sebenarnya.

    Ada seorang guru yang hafizah Quran. Alhamdulillah dapat istiqamah pakai niqab sejak anak dara sampai sekarang. Mengajar di sekolah kerajaan.

    K Nur tanya rahsia dia.. dia kata, solat hajat minta Allah permudahkan amalannya. Alhamdulillah, semasa mengajar di Selatan tanah air… dapat pengetua yg benarkan. Balik ke kampung halaman pun macam tu juga.

    Kat Kelantan, sekolah YIK pun, ada yg pengetuanya tak bagi pakai purdah.

    Rules utk sekolah tu memang utk semua sekolah tapi ada je pengetua yg boleh bertolak ansur. Jika pengetua ok… perkara tu tak sampailah ke atas. Yg ni kita nak minta dgn Allah… sebab Allah je yg tahu tabiat setiap hambaNya.

    Ada sorang lagi kawan K Nur, pernah ngajar kelas budak lelaki je… cikgu , bukan ustazah pun… tapi dapat kerjasama dari pelajarnya utk mengajar pakai purdah. Alhamdulilah.

  40. Shoba Avatar

    Assalamu’alaikum kak, saya baru revert kepada Islam. Saya kini masih sedang mempelajari ilmu-ilmu asas. Pada awalnya saya mengenali Islam melalui persilatan. Kini saya mewakili negeri dalam acara jurus wajib dan berhasrat untuk memakai purdha pada masa terdekat apabila rasakan diri sudah bersedia. Namun saya masih dalam kekeliruan, perlukah seseorang itu mengenali ilmu agama secara mendalam seandainya hendak memakai purdha kerana saya berniat memakai pudha agar sentiasa mengingatkan diri untuk membawa agama dalam pemikiran, pertuturan mahupun perlakuan? selain itu saya juga berharap agar dapat menunjukkan bahawa bersukan tidak semestinya mengabaikan seruan Allah… Saya juga berasa keliru, kerana dalam menjalani latihan pusat, perempuan dan lelaki dilatih bersama. jadi aktiviti seperti streching and circuit training dijalani bersama… bolehkah saya menjalani latihan bersama dengan atlit lelaki yang lain andai saya memilih untuk memakai purdha… adakah ianya salah? lagipun acara saya melibatkan banyak tendangan, jatuhan dan sapuan… bolehkah saya terus melibatkan diri dalam persilatan dan latihan pusat seandainya saya memilih untuk memakai purdha kerana saya amat meminati silat dan ingin mencapai kejayaan dalam bidang sukan yang akan datang..? apa pandangan kak..?

    Wa’alaikum salam Shoba.

    Ahlan wasahlan. Alhamdulillah.

    Insya Allah, saya cuba respon dalam masa terdekat ye… Mohon bersabar.

  41. Shoba Avatar

    Ahlan beeki…
    Syukran kak 🙂

  42. dieyba Avatar
    dieyba

    assalamualaikum akak…bersyukur ditemukan dgn entri2 akk yg berkaitan niqab nih..alhamdulillah..memberi saya kekuatan utk terus istiqamah dgn niqab..akak ada ckp yg akak ad join group niqabis kat fb kan? mcmmne ye saya nk join group 2? akak boleh tolong addkan x? saya nak sgt berkongsi pengalaman dan ilmu dgn niqabis2 lain supaya sya akn lbh kuat dijalan ini…jazakillahukhairan kathira..

    Wa’alaikumsalam warahmatullah. Insya Allah boleh. Apa akaun FB Dieyba?

  43. Anita Avatar
    Anita

    Asslm… saya pun nak join niqabis kt fb boley?

    Apa nama akaun FB Anita? Insya Allah, akak add nanti dalam grup itu.

  44. Farah Avatar
    Farah

    Assalamualaikum kak..saya teringin nk berniqab, nk sgt rasa lebih tenang. Sudahpun buat solat istikharah dan masyaAllah kak boleh katakan dalam 3 hari berturut2 Allah temukan saya dengan wanita berniqab. Is this really the sign? Should I go for it? Bila terfikirkan balik, asyik kesal dengan diri sbb tak dpt nk berniqab lagi. Saya nk rasa berpakaian tanpa perlu fikir mcm2, I mean akak fhmkan kalau bertudung tapi suka fashion, rasa niat tu tak complete utk Allah. Berbeza sgt rasa dengan pakai jubah 🙂 I feel that niqab would make me dress as modest as possible for Allah 🙂

  45. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    “….dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah berbincang untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

    Ali Imran: 3

  46. An Avatar
    An

    Asslm kak,,, moga sentiasa di lindungi Allah… nak tanye,, saya da baca tentang pemakaian purdah ni… tapi satu je nak tanya.. bagaimana cara 2 nya untuk kita makan @ minum bila kita pergi ke rumah kawan .. contohnya saya dan suami pergi ke rumah kawan saya.. di mana dia dan suaminya… kami duduk berempat di ruang tamu… so patutkah saya menanggalkan purdah untuk makan? saya tidak biasa lagi untuk makan melalui bawah kain niqab tu… apatah lagi makan nasi@ yang berkuah??? saya dalam proses seperti yang saya beritahu akk… sebab itu saya kena tahu cara -caranya..kalau kawan saya tu memakai niqab, tidak menjadi hal… ….. perlukah saya menghadap dinding?sebab banyak yang saya baca tentang situasi kerja, kenduri kahwin ,dll… tapi tidak seperti yang saya katakan tadi … harap jawapan akak dapat membantu saya … wassalam…

    Wsalam. Bergantung pada situasi kawan tu… Jika dia memahami dan boleh sediakan hidangan untuk dimakan berasingan antara lelaki dan perempuan, lebih baik makan berasingan. Jika dia tidak memahami, ambil kelonggaran untuk buka purdah ketika makan bersama tetapi adab pergaulan antara lelaki perempuan ajnabi tetap dipelihara. Juga jika dapat dipastikan suasana aman dari fitnah.

  47. kitton Avatar
    kitton

    nilaian Allah adalh yg terbaik..tidak kisah berniqab atau tidak.yg paling utama sekali adalah tarbiyah dan dakwah yg dibina dalam diri serta akhlak yg baik lagi dipuji Rasulullah. salah satu cerminan islam adalah dari pemakaian dan akhlak kita. menurut ustaz saya bertudung labuh itu adalah tudung dakwah. semoga Allah menilai yg terbaik buat kita.

  48. Raudhah Avatar
    Raudhah

    Assalammualaikum…Saya harap saya masih belum terlambat untuk bertanya satu hal yang merunsingkan fikiran saya saat ini…Parents saya tidak mengizinkan saya berpurdah.Kata Ayah saya,dia takut saya mengikut perhimpunan-perhimpunan yang tidak sepatutnya.Kata ibu saya pula,purdah ini adalah budaya orang Arab sahaja.Tapi,betul ke purdah ni adalah budaya arab?Kakak saya turut dibantah oleh ibu saya atas keinginan hendak memakai purdah apabila berangkat ke Mesir bagi menyambung pelajaran.Mohon penjelasan.

    Wa’alaikum salam warahmatullah Raudhah. Soalan seperti ini sering ditanyakan. Kalau boleh, akak mohon Raudhah search entry berkenaan purdah dan baca komen-komen di bawahnya. Insya Allah akan temui jawapan akak mengenai persoalan di atas- berkenaan keizinan ibubapa.

    Berkenaan kenyataan purdah adalah budaya Arab, untuk penjelasannya, boleh klik link berkenaan perbahasan niqab di wijet blog ini.

  49. ummu muhammad Avatar
    ummu muhammad

    Salam Ukhwah,
    Alhamdulillah dari apa yg sy dh baca, kebanyakan mereka berniat utk berniqab…. sama spt saya juga rupa2nya.
    Dah lama sy menyimpan hasrat tapi sy masih kurang keyakinan dan banyak faktor perlu difikirkan.
    Saya perlu banyak membaca tentang dalil2 dan hadis2 berkaitan, utk sy berhadapan dgn masyarakat.
    Bagaimana sy nak berhadapan dgn ahli keluarga (mereka biasa2 shj dan ada diantara mereka yg masih on/off bertudung).
    Tidakkah masyarakat akan mengaitkan hijrah sy itu dgn latarbelakang keluarga.

    Sy juga perlu memperbaiki ilmu agama yg tak seberapa bnyk.
    Suami juga tiada masalah dan lebih suka jika sy berniqab.
    Saya takut akan difitnah pula jika sy berniqab sedangkan hijrah sy itu utk mengelakkan fitnah dan melindungi diri.
    Sy juga berpendapat hikmah berniqab dapat mengelakkan dr penyakit berjangkit. (sama spt pemakaian topeng muka yg dijual difarmasi2).

    Harap Ummu Abbas dpt memberi pandangan dan memperbetulkan kesilapan sy.

  50. Azuriza Avatar
    Azuriza

    Assalamualaikum… Saya teringin memakai purdah. Walaubagaimanapun saya tertanya-tanya bagaimana jika ada tetamu datang ke rumah dan mungkin juga bermalam. Haruskah saya tetap berpurdah sambil melakukan kerja-kerja rumah? Selain itu saya bukanlah org yang byk amal ibadatnya. Saya biasa2 saja. Kadang2 marah dan sebagainya… Macam mana ye keadaannya jika saya berpurdah? Tidakkah itu mencacatkan imej purdah itu sendiri? Minta jasa baik kak tolong jelaskan.

  51. nurulfarhanirozali Avatar

    Reblogged this on nurulfarhanirozali and commented:
    Aku Memilih untuk Allah SWT..

  52. aniehanny Avatar
    aniehanny

    Assalamualaikum…
    kak saya ade pasang niat nak pakai niqab..
    tapi bagaimana kita nak makan dan minum di tempat umum..
    bantulah saya kak…

  53. wanita lemah iman Avatar
    wanita lemah iman

    Assalamualaikum..

    Macam mana pula dengan ulamak yang menyatakan wajah wanita bukan aurat adalah majoriti ulama semasa, antaranya Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Al-Niqab li al-Marah” Al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani r.h. dalam Jilbab al-Marah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah” dan kitabnya yang akhir sebelum beliau meninggal sebagai jawapan dan tambahan kepada kitab tersebut iaituالرد المفحم Al-Radd al-Mufhim. Begitu juga Muhammad al-Ghazali r.h. dalam banyak tempat dalam buku-bukunya. Alasan-alasan yang dibawa oleh jumhur ulama yang menyatakan wajah wanita muslimah bukannya aurat adalah jelas dan nyata.

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Wajah wanita ditutup kerana memelihara dirinya daripada menjadi fitnah kepada lelaki ajnabi, bukan kerana ia aurat. Ini yang saya fahami ketika belajar Fiqh al-Muqaran di Jordan dulu.

    Berhubung khilaf pendapat yang dikemukakan, tiada masalah untuk ukhtie menerimanya dan mahu beramal dengannya.

    Setiap orang berhak beramal dengan apa yang diyakininya dan berlapang dada dengan pilihan orang lain selagimana amalan itu terdapat sumber nas Al-Quran dan Sunnah.

  54. muslimah Avatar

    bagaimana nak mulakan pamakaian purdah..

  55. cik misbah Avatar
    cik misbah

    assalamualaikum wbt kak nur..

    moga kak nur berada dalam rahmatNYA untuk terus sama- sama berkongsi ilmu buat kami yang cetek ilmu. saya juga dikalangan mereka yang baru berjinak- jinak memakai purdah namun agak terbatas kerana berkerja di sektor awam melarang pemakaian purdah. namun, saya akan cuba istiqomah dan pemakaian purdah ini saya buat tanpa pengetahuan ibubapa. kadang-kala saya takut juga jika saya tidak mampu istiqomah dalam pemakaian purdah.

    buat pengetahuan kak nur, saya bukanlah dikalangan golongan yg berlatarbelakangkan pengajian agama. malah suatu masa dahulu, saya pernah tersesat dari jalanNYA dan alhamdulillah atas kasih sayangNYA, saya kembali ke pangkal jalan dan awal ramadhan lepas saya istiqomah berjubah dan tudung labuh seterusnya pemakaian purdah. mungkin perubahan saya ini agak agresif tapi jika saya dulu nekad berpaling dariNYA, apa salahnya saya juga nekad kembali padaNYA.

  56. Hamba Allah Avatar
    Hamba Allah

    Assalamualaikum .
    Akak Nur , saya sangat-sangat teringin untuk mengubah diri sendiri . Saya dulu bersekolah di Sekolah menengah agama . Tetapi berpindah kerana homesick . sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah biasa . Dulu semasa berpindah sekolah saya masih mengenakan tudung labuh dan berhasrat untuk meneruskan nya . Tapi bila bergaul dengan kawan-kawan jadi saya bertindak memotong tudung labuh itu dan lalai mengerjakan perintah Allah . Apabila saya menyedari kesilapan yang telah dilakukan saya ingin menebus balik kesilapan yang telah saya lakukan . Saya berharap sangat Kaka Nur memberi pandangan . Saya sekarang berumur 16 tahun . Saya ingin berubah tetapi takut akan pandangan orang lain . Saya tahu saya tidak sempurna . Saya cuma ingin berubah dan bertaqwa kepada Allah . Jika Kak Nur sudi , add lah saya di FB agar senang berhubung 🙂

    Wa’alaikum salam warahmatullah. Insya ALlah, boleh je nak berkawan di FB. Apa FB Hamba Allah? Boleh add Ummu dan perkenalkan diri melalui mesej ye. Insya Allah, Ummu cuba beri respon bila berkelapangan.

  57. dila Avatar
    dila

    Assalamualaikum,sahabat…sy adalah hamba Allah yg br saja mula memakai tudung labuh dan sy ingin sekali memakai purdah …masalah disini sy bekerja disyarikat orang bukan islam,blh kah jika permulaan ini sy pergi ke tempat kerja tanpa mengenakan purdah dan bila bersiar2 or beriadah sy mengenakan purdah……sy mahukan pandangan anda…..xsalah ke jika kita mengenakan purdah on n off?hati sayu benar2 ingin mengenakan purdah…..jika tidak sy merasa seperti sy belum melakukan perubahan dri secara kseluruhan…..harap anda dapat membantu….tq

  58. solehah Avatar
    solehah

    assalamualaikum…saya dah mintak izin mak n ayah untuk pakai purdah..
    ayah bagi..mak macam teragak-agak…kakak ada cadangan tak nak buat macam mana?mohon kakak balas..

  59. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Boleh pakai. Kemudian pelihara akhlak dengan ibubapa agar bertambah baik dari semasa ke semasa. Insya Allah, bila ibu dapati dengan pemakaian purdah, memberi kesan yang baik kepada anaknya, insya Allah, dia tidak akan menghalang, bahkan mungkin menyokong.

    Mohon kekuatan dari Allah.

    Wassalam.

  60. ana Avatar
    ana

    assalamualaikum..saye berumur 14tahun,saye nak sangat pakai purdah,.tapi saye tak bnyk tahu tentang islam,boleh ke klau saye pakai purdah…saye harap kak boleh bantu saye.

  61. fiea Avatar
    fiea

    assalamualaikum,bnyk yg saya baca di atas..saya berumur 13 tahun.saya berhajat nak pakai purdah,tapi saya tak bnyk mengenali islam…buat masa skarang saya sikit demi sedikit saya tahu tentang islam…bolehke klau saya nak pakai purdah…kalau saya pkai purdah,saya rasa malu untuk berhadapan dengan kawan dan keluarga…saya harap akak boleh bantu saya.,,

  62. bulan Avatar
    bulan

    assalammualaikum ..

    akak …saya baru jer follow blog akak ni .. tk tahu kenapa ..tapi sebenarnya saya tertarik utk memakai purdah .. bukan mengikut trend tetapi saya mengikut gerak hati saya ,kerana saya berpegang kepada prinsip “wanita diciptakan sbg sumber kebahagiaan SEORANG lelaki .. bukan untuk dikagumi SEMUA lelaki .. tpi saya baru masih baru .. saya perlukan semangat dan dorongan ..

    saya bukanlah seorang gadis sosial tetapi suka bergaya dalam pemakaian , masih mnutup aurat cuma saya sedar ianya tidak smpurna .. hidayah Allah tdak memerlukan masa yg lama utk berubah … setelah saya mencapai usia 25 tahun pada thun 2012 ni, hati sya rasa sayu dan .. saya ingin berubah ke arah yg lebih baik dari dulu ..saya telah mula improve dalam berpakaian, dan skg saya teringin utk menutup wajah dari dilihat lelaki yg bukan ajnabi .. harap akak dapat berikan pandangan ..

    terima kasih
    *bulan*

  63. putri Avatar
    putri

    Assalamualaikum kak. Saya nk tanya sedikit, adakah niqab boleh dipakai dgn baju kasual selain jubah? Menurut pndangan saya sendiri, saya rasa ia tidak mmbawa masalah kerana terdapat pakaian kasual yg longgar serta boleh menutup aurat saya. Tetapi saya takot org luar akan memandang pelik trhadap saya, kerana kebiasaannya org yg berniqab akn berjubah. Jadi apa pandangan akak dlm kes ni? Harap akak dpt mmbantu saya.
    Assalamualaikum..

  64. hamba Allah Avatar

    ASKM sahabaniyyah…
    saya baru memakai niqab sejab Rejab 2012..sebelum itu anak saya seorang pelajar tahfiz menghadiahkan kpd saya purdah yaman yg dibeli drp ustazahnya untuk hadiah hari ibu kpd saya.sejak mula mencuba pakai..terasa sangat selesa,selamat dan senang utk berzikir tanpa diketahui org.then,hati terasa sayu apabila buka dan tutup..saya mohon petunjuk Allah agar beri ruang dan jalan terbaik utk saya menukar imej diri buat selamanya hanya kerana Allah SWT.Komen suami pula amat mengejutkan.rupanya beliau suka dan redha jika saya berniqab di luar rumah.sekarang kami tenang,sentiasa tersenyum apabila ada saudara dan rakan2 yg terkejut melihat perubahan kami sekeluarga.namun harus menjaga hati agar tidak timbul rasa riak,ujub atau takbur dalam mentaati Allah..bukan kerana manusia tetapi HANYA KERANA MENCARI REDHA DAN CINTA ILLAHI.
    Tabarakallah.

  65. hamba Allah Avatar

    Askm sahabaniyyah..
    saya mahu bersahabat dengan wanita2 berpurdah/niqabi di luar sana agar dapat lebih kekuatan hati dan berkongsi pengalaman sesama sendiri.semoga Allah memudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.InsyaAllah

  66. Anis Avatar
    Anis

    Assalamualaikum..saya seorang insan biasa yang sering melihat wanita-wanita muslimah diluar sana memakai niqab @ purdah..saya cuma ingin bertanya adakah muslimah yang tidak memakai purdah itu dianggap tidak semulia wanita berpurdah., walhal saya masih lagi menutup selurh tubuh saya kecuali muka dan tapak tangan..walaupun saya memakai tudung tiga segi labuh..bukannya tudung jilbab yang labuh..pernah satu kali saya terbaca info didalam Facebook yang mengatakan wanita yang tidak berpurdah itu mengundang maksiat..”SubhanaAllah..menangis saya bila mengenangkan diri saya yang tidak berpurdah..

  67. sandra Avatar
    sandra

    assalamualaikum kak..sya trigin sgt nak pakai purdah dari thun lps lg dan keinginan itu mkin kuat sejak 2mnjak ni shinggakan sya brmimpi dibawa ksatu tempat yg dipenuhi dgn wanita2 yg brpurdah..subhanaAllah..tapi kak msalahnya skrg ramai kluarga yg mnentang keinginan sya..krana bg mereka pakaian purdah itu khas buat wanita yg cntik sja..kak bgaimana caranya utk sya mendalami mgenai pemakaian purdah ni..hrp kakk dpt bantu sya…

  68. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikum salam warahmatullah Sandra.

    Alhamdulillah atas keinginan yang baik itu. Saya syorkan Sandra fahami terlebih dahulu perbahasan yang ada mengenai niqab. Kemudian barulah memutuskan menurut kefahaman dan kecenderungan hati.

    Sandra boleh baca entry2 berkaitan purdah dalam blog ini atau blog lain dengan menaip kata kunci “purdah” di ruang ‘search’.

    Jika difahami betul-betul, ayat mengenai hijab adalah umum untuk semua wanita sama ada cantik atau tidak. Selamat menghayati.

    Wassalam.

  69. siti hajar Avatar
    siti hajar

    saya ingin join group niqabis .,,ni akaun fb saya ,http://www.facebook.com/jartsitihajar

  70. NUR SABRINA Avatar
    NUR SABRINA

    assalamualaikum…
    saya b’umur 17 th ingin bertanye …
    bru2 ni sye tibe2 ati sye timbul pasal purdah…
    dan x lme kemudian ati sye menginginkan memakai purdah….
    tp ble keinginan memakai tu dtg sye b’piki layak ke sye memakai nye sedangkan tingkah laku sye bkn la bgs…
    sye kadang2 terlalu gembira dgn dunia ( ske akan K-POP), kadang2 melawan ibu walaupun kadang2 cube untuk x melawan tp kadang2 terlepas wat gak…
    layak ke sye memakai????
    n sye takut pepandangan org luar, family sye( lg2 mereka rapat dgn sye 24jam bersama sye tahu tingkah laku sye yg x baik, sye takut mereka akan ckp “kelakuan x baik layak ke pakai purdah.” )

  71. safar Avatar
    safar

    Saya seorang lelaki. Berminat sangat nak berkenalan dengan wanita pakai purdah ni. Sebab saya pernah ditolak dari berjodoh dengannya semata pada pertemuan pertama saya tidak memakai jubah. Kerana pada masa itu saya tertinggal jubah di rumah saya. Kami bertemu di kampung. Saya sangat2 suka tengok wanita berpurdah. nak berkenalan dengan saya terutama yang dari KELANTAN. tq safar1402@yahoo.com

  72. ijah Avatar
    ijah

    Assalamualikum…kak ummu.Saya juga teringin ingin memakai niqab tetapi saya masih bersekolah..bolehkah saya tangguhkan niat saya sehingga saya tamat persekolahan?…Soalan yang kedua…apakah tanggungjawab yang akan kita pegang sekiranya kita berniqab?…

  73. Intan Zahra Avatar
    Intan Zahra

    salam
    saya bukan memakai purdah dan bukan anti pemakai purdah.namun suka memerhatikan pemakai purdah,nyata kebanyakkannya menjaga adab2 sopan.Namun akhir2 ni ramai yang memakai purdah( tidak pasti memakai dengan rela @ ikut fesyen) mengenakan mekup keterlaluan dibahagian mata contoh memakai celak berlebihan/tebal,memakai contactlense berwarna & memanjangkan bulu mata dgn penggunaan bulu mata palsu supaya kelihatan mata lebih galak,ini mungkin pengaruh idola artis2 tertentu.jadi saya nak dapatkan kepastian apa hukumnya tindakan mereka ini. Mereka menutup aurat mengikut lunas2 islam tapi dlm masa yg sama berlebih-lebihan menghias diri..bahkan golongan inilah yg lebih menarik pmandangan kaum lelaki yg tertarik dgn kecantikan mata palsu.

  74. ummuabbas Avatar

    Bergantung pada niat dan cara pemakainya. Kalau niatnya ikhlas kerana Allah dan bersederhana – tidak fokus mengenakan make-up pada mata, itulah yang selari dengan syariat.

    Jika pakai ikut trend dan berhias kerana mahu tarik perhatian orang, maka perhatian manusia sahaja yang mereka dapat serta jauh dari reda Allah.

  75. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikum salam warahmatullah.

    Boleh atau tidak bergantung pada kefahaman Ijah terhadap hukum memakai niqab. Jika Ijah faham ia adalah satu tuntutan wajib, maka tidak boleh tangguh. Jika Ijah memahaminya sebagai sunat, boleh ditangguh.

    Tanggungjawab yang sama dipikul oleh mereka yang tidak memakai niqab tetapi berhijab lengkap iaitu pelihara yang wajib, jauhi yang haram serta berakhlak mulia.

  76. Humairaa'Abdul Rahim Avatar
    Humairaa’Abdul Rahim

    Assalamualaikum, saya mmg berhasrat utk memakai purdah pada usia yang muda tapi masih belum berkesempatan, kerana saya ingin mengetahui adab2 berniqab.. saya ingin bertanya… kalau saya pulang dari skolah adakah saya perlu memakai purdah kerana di sekolah tak boleh pakai purdah..ini sahaja soalan saya..

  77. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumsalamwarahmatullah Humairaa’.

    Sebaik-baiknya begitu. Pakai purdah selepas habis waktu sekolah jika sekolah tidak membenarkan.

  78. Humairaa'Abdul Rahim Avatar
    Humairaa’Abdul Rahim

    syukran, ummu abbas atas jwapan yang diberi…

  79. muhamad shahram mastura Avatar
    muhamad shahram mastura

    saya ingin pakai purdah tapi saya takut perangai dan akhlak saya x berubah mcm mana ye. ada dua orang kakak pakai purdah. kakak tu kata kalau nak pakai purdah kena ubah perangai dan akhlak. yang paling penting niat kerana allah kenapa nak pakai purdah.mak ayah saya kasuh saya pakai purdah. tapi takut perangai saya dan akhlak saya x berubah. tapi saya dh ada niat untuk pakai purdah..assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

    terima kasih atas segalanya…………

  80. Wan Nur Afifah Avatar

    assalamualaikum akak.. dimanakah untuk mendapatkan purdah atau niqab?
    harap balas.. 😀 tq

  81. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumsalam warahmatullah Afifah 🙂 {Sama seperti nama adik bongsu Akak ni}

    Sudah cuba google kedai online dengan taip perkataan ‘beli atau jual purdah’?

    Di sini salah satu tempat yang Afifah boleh try tengok;

    https://www.facebook.com/groups/499053956792475/

  82. Wan Nur Afifah Avatar

    Terima kasih akak.. 🙂
    sama seperti nama adik bongsu akak? hehe

  83. ummi kalsum Avatar
    ummi kalsum

    Assalamualaikum..
    Alhamdulillah saya terjumpa dengan blog ni.
    Saya ummi kalsum berasal dari medan-indonesia
    Saya teringin sangat2 memakai niqab
    Alasan saya ingin menggunakan niqab karena wajah saya,walaupun saya telah mnggunakan apa2 yang diwajibkan keatas muslimah yaitu menutup aurat kecuali muka dan telapak tangan .tetap saja para lelaki maupun wanita yg saya jumpai MEMUJI-MUJI wajah saya .
    Dan saya fikir ini adalah wajib keatas saya untuk menggunakan niqab.
    Tapi orang tua dan saudara-saudara saya melarang karena tiada kewajiban keatas wanita untuk berniqab
    Saya sudah jelaskan alasan kenapa saya ingin berniqab seperti kata2 saya diatas
    tapi mereka tetal dengan hujahan mereka.
    Pertanyaan saya
    Apa yang harus saya katakan kepada mereka agar mereka mampu menerima keputusan saya ini?

    Wassalam

  84. syaza Avatar
    syaza

    assalammualaikom…adakah wajib seorang itu memakai purdah selepas orang melihat dia tanpa mengalihkan pandangannya dan menyebabkan seseorang itu kemalangan selepas melihatnya,,wajib atau pon tak? cerita ini terjadi kepada adik saya sendiri…tolong saya akak..

  85. Slave.Of.Allah (@_balqiszaini_) Avatar

    Assalamualaikum kak,,
    Saya berumur 13 tahun,,
    dulu pernah sekolah kat sekolah agama,,tpi pindah ke mrsm atas sbb permintaan ummi sy,,walaupun sy masuk ke mrsm,,sy tetap pkai tdung lbuh,,tp,sy selalu dipndg serong oleh rakan2 di sini,,sy juga dah berniat nk berniqab,.tp dyorg mcm x suka,,dyorg akn mengata..kat mrsm x boleh pkai niqab,jd sy pkai kat luar je,,jd mereka selalu kt yg sy ni mcm main2kan agama..sbb on,,off,,on off je..apa pndgn akak?bolehkah sy terus berniqab..

    syukran,,jazakallah.. =’)

  86. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumsalamwarahmatulah

    Boleh terus berniqab.

    Ignore sahaja pandangan kawan-kawan asalkan Allah reda dan hati sendiri tenang. Itu yang penting.

    Ummu sudah pernah melalui pelbagai halangan untuk tetap istiqaamah berniqab. Alhamdulillah, Allah tetap bersama memberi kekuatan pada diri ini selagi ikhlas dalam memakainya.

  87. AJ Kastry Avatar
    AJ Kastry

    Assalamualaikum..Saya nak cari bakal isteri yang berpurdah..Susahnya..sebab saya ni dah secondhand.. duda ank 1. Umur lak dah 38, kerja jurutera, tinggal di KL, Hartamas..jadi kalau ada kawan-kawan yang mencari calon Suami, bolehlah cuba-cuba berkawan dengan saya, mana tau..sesuai untuk Cik or Puan..Janda or Balu.. saya tak kisah,, Janji BerPurdah..
    Wechat saya : WFY959

  88. raja haslina Avatar
    raja haslina

    assalamualaikum .
    Alahamdunillah,saya baru juga berniqab bermula thn lps. apa yg bermain difikiran saya skrg ini, bgmana cara niqabis menunaikan umrah/haji….bilamana kita perlu membuka niqab?..dan bila kita boleh mngenakan niqab spt biasa?..saya akn menunaikn umrah bersama suami bln 12 nanti, insyallah.

  89. nik maisarah Avatar
    nik maisarah

    assalamualikum..akak…sya bru bErumur 13 thun dan beRsekolah di mAahad muhammadi perempuan,…sya mmasang cita2 utk pkai purdah pda thun dpan(insyaAllah)…tpi rmai yang mngatakan tidak perlu mmakai purdah kErna ianya amat mnyusahkan….sya nax sngt pkai…lgip0n,umi sya sngt2 mEmberi d0r0ngan kpd sya….ape penDapat akak???adakah sya perlu hEntikan niat sya atu mEneruskannya???

  90. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumsalamwarahmatullah.

    Alhamdulillah, bertuahnya Nik kerana hasrat yang baik mendapat sokongan ibu dalam keadaan ramai kawan di luar sana mendapat halangan dari kedua ibubapa mereka.

    Paling penting Nik ya… elok dimulakan dengan memantapkan kefahaman berdasarkan hujjah-hujjah yang sahih sebelum memulakannya. Sesungguhnya ilmu adalah teman terbaik dalam melakukan sesuatu perkara dan untuk istiqamah dengannya.

  91. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikum salamwarahmatullah Haslina.

    Buka niqab semasa mahu berniat ihram dan memakainya semula sebaik habis tempoh ihram.

    Semoga Allah permudahkan urusan Haslina dan suami serta diterima amalan tersebut.

  92. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumsalamwarahmatullah.

    Alhamdulillah atas niat yang baik itu.

    Insyaa Allah saya panjangkan ke grup muslimah berpurdah.

    Moga ditemukan jodoh yang baik.

  93. nurfa rosfida Avatar
    nurfa rosfida

    salam…masih musyawarah dengan org sekeliling, family juga diri…tringin berniqab dah lma…masih mencari dri sdut ilmunya…keadaan persekitaran sekarang (mesir) mmg normal berniqab tu n klu x grab utk start di sini, mgkin x da kesempatan dah n rugi sgt la…mnta izin masuk grup niqabis juga bolehkah?

  94. ummuabbas Avatar

    Wsalam.

    Mohon beri akaun FB. Insyaa Allah, saya cadangkan nama Nurfa.

  95. nora Avatar
    nora

    asslammualaikum sis sya nora..sya mmg dah lm nk pakai purdah tp suami xmmbenar kan pakai..apa dosa saya jika sya ingkar ckp dia dan sya terus pakai jgk purdah

  96. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumsalamwarahmatullah.

    Tidak termasuk ingkar jika isteri mahu pakai purdah tetapi suami tidak benarkan kerana ada pendapat ulama yang mengatakan hukumnya wajib. Jika disandarkan kepada hukum wajib pakai purdah, suami tidak berhak melarang apa yang diwajibkan oleh Allah swt.

    Cuma pandai-pandailah pujuk dan ambil hati suami. Elakkan bertengkar dengannya, sebaliknya terus doakan supaya Allah buka pintu hatinya untuk menerima di samping berdialog dengan cara yang baik pada masa yang sesuai.

  97. wanie mujahidah Avatar

    Assalm..nk tnye..adekah slah jika seseorg itu menutup dahinya ? Ini seperti org yg brniqab..sye kurg setuju dgn pndpt ini..tp..kwn2 sye kbnyknnye mngtekn tdk boleh kerana ada nama Allah..mntk akk jwb..sye dh lme mncri jwpn tntg soalan ini..
    Mntk tolong akk ws sye ye ? ^^
    0124460560
    Mntk tolong sgt 😥

  98. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumssalam warahmatullah.

    Mohon maaf, ana baru lihat blog.

    Boleh tutup dahi.

    Tiada dalil menunjukkan ada nama Allah di dahi.

    Wassalam.

  99. Soleha Avatar
    Soleha

    Assalamualaikum kak sy nk join group niqabis kat fb jugak.. fb saya : yah adi amy

  100. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumussalaam warahmatullahi wabarakaatuh Soleha.

    Mohon maaf ye, saya sendiri sudah lama deactivate FB.

    Mungkin Soleha boleh cuba google sendiri grup tersebut. Semoga Allah permudahkan. 🙂

  101. faqihah Avatar
    faqihah

    assalam..
    .sy pljr tahfiz.. adakah perlu sy membuka purdah ketika bljr walhal di dlm kls terdapat pljr lelaki ..

  102. ummuabbas Avatar

    Wa’allaikumussalamwarahmatullah. Tidak perlu buka purdah jika ada pelajar lelaki.

  103. Norsakinah Avatar
    Norsakinah

    Seronoknya jumpa blog ni..
    Sy dlu berpurdah..
    Tp lama dah, masa sek rend..
    Hati memberontak tak nak berpurdah sebab perangai tak berapa semenggah..
    Sy tak nk kerana perangai sy, para niqabis dipndang hina/serong..

    Tp kini sy dh dewasa.. perasaan membuak2 nak berpurdah kembali.

    Alhamdulillah, suami mengizinkan. Dan kini sy berpurdah kembali..
    Doakan sy istiqomah.
    Ditempat krja sy tidak berpurdah, krn tuntutan ditmpt krja tdk boleh berpurdah.

    Diluar sy berpurdah, mkn ditempat awam juga sy buka.. selesai makan sy berpurdah kembali..

    Betulkan / tegur sy andai sy membuat salah..
    Sy berpegang pd hukum memakai purdah adalah sunat.
    Sy memakai purdah bukan krn ikut ikutan @ trend.
    Sy pakai krn ingin memelihara diri dan perbaiki diri..

    Smoga Allah merahmati kita smua dalam menegakkan syiar Islam… 😊😊

  104. Hazirah Avatar
    Hazirah

    Assalamualaikum akak..saya ada niat nak pakai purdah tapi mak ayah saya berat hati untuk membenarkan saya memakainya..mak saya kata nak pakai ni kena ada ilmu..hari2 saya search tentang purdah tapi macam2 pendapat yang saya jumpa..boleh saya tahu dalil2 atau hadis yang sahih mengenai purdah untuk saya yakinkan ibu bapa saya?

  105. ummuabbas Avatar

    Barakallahu fiiki Norsakinah… Semoga Puan menemui kembali ketenangan yang dicari. 🙂

  106. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumsalamwarahmatullahi wabarakaatuh

    Hazirah, mungkin entry ini membantu mencari jawapan tersebut.

    Menepis Salah Faham Mengenai Purdah [Kajian Kitab di Pesantren]

  107. Nur Avatar
    Nur

    Assalamualaikum, saya baru memulakan pemakaian berpurdah, saya ingin bertanya boleh ke kalau kita berpurdah ketika pergi kenduri saudara mara?

  108. Ummu Abbas Avatar

    Wa’alaikumussalamwarahmatullah. Alhamdulillah, tahniah atas pilihan Nur untuk berpurdah. Boleh berpurdah di hadapan lelaki ajnabi walaupun mereka adalah saudara-mara sekiranya dibimbangi menimbulkan fitnah.

  109. zahrazhar609 Avatar
    zahrazhar609

    Assalamualaikum akak.. saya nak pakai purdah.. dah lama saya teringin tapi orang sekeliling menghalang saya. Ibu bapa saya tidak menggalakkan saya untuk pakai, ramai dari kalangan saudara-mara saya malah mempunyai pandangan yang agak serong kepada orang alim. Semasa saya pernah menyatakan hasrat saya untuk memakai purdah kepada nenek saya, dia membantah malah mengatakan bahawa saya takkan mampu untuk konsisten memakai purdah selamanya. Dia mengatakan bahawa satu hari nanti akan datang waktunya dimana saya akan membuka semula purdah saya. Sedangkan waktu saya ingin masuk tahfiz juga mereka memujuk saya supaya tidak melakukannya.. tapi Alhamdulillah saya masuk juga.

    Seandainya saya mula untuk memakai purdah sekarang, pasti saya akan dipandang serong oleh orang sekeliling saya. Jadi saya hanya mampu memakai pelitup muka setiap hari. Saya juga tidak pasti adakah sekolah saya membenarkan pelajar untuk memakai purdah kerana sekolah itu ialah sekolah yang mempunyai pelajar cina dan india. Malah jumlah pelajar cina juga lebih ramai daripada pelajar Melayu.

    Saya tidak dibesarkan dengan dikelilingi orang-orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi, jadi saya agak lemah berkaitan ini. Saya perlukan pandangan akak, adakah saya patut teruskan dengan hasrat ini ataupun bagaimana?

  110. Ummu Abbas Avatar

    Wa’alaikumsalamwarahmatullah Zahra.

    Alhamdulillah atas niat yg baik tersebut.

    Langkah2 yg perlu utk memakai purdah:

    1. Memahami hukum memakainya secara ilmiah.
    2. Solat hajat dan solat istikharah.
    3. Memilih kawan yang baik dan menyokong pemakaian purdah walaupun mereka sendiri tidak memakainya.

    Selepas berpuas hati dgn kefahaman yg diperolehi dan mendapatkan ketenangan utk memakainya selepas menunaikan solat. boleh teruskan niat memakainya. Semoga Allah permudahkan urusan Zahra.

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect