Bismillah

Kelantan dan Lebuhraya

Rakyat Kelantan adalah antara mangsa yang dizalimi Kerajaan Pusat bernama BN.  Rakyat Kelantan adalah pembayar cukai sama seperti rakyat di negeri-negeri yang maju dari aspek pembangunan materialnya namun tidak mendapat hak samarata dengan pembayar cukai di negeri-negeri lain.  Keadaan di anaktirikan seperti ini saya saksikan sejak lebih suku abad.   Itu saya!… yang belum sempat merasai usia separuh abad.   Bagaimana dengan generasi ibubapa yang sudah melangkau usia separuh abad?  Dan mereka yang lebih berusia lagi?

Setiap kali cuti sekolah atau cuti raya atau cuti umum yang lain, boleh dirasakan peritnya beratur di atas jalanraya bermula di Kuala Lipis  atau Raub jika dari Kuala Lumpur.   Memasuki Merapoh, para kereta sudah pun boleh berlumba dengan kura-kura.  Kura-kura boleh menang berkali-kali dibandingkan berlumba dengan arnab.  Mereka yang mengambil jalan melalui Perak pun boleh sampai dahulu ke Kota Bharu walhal jalan itu lebih jauh.

Akhirnya berkat fikiran dari pemimpin yang ‘jjuruh‘ dan rakyat sentiasa dihatinya, satu usaha ‘berdikari’ dilancarkan iaitu kutipan derma untuk membina lebuhraya secara sendirian berhad.  Rakyat Kelantan yang matang dek latar belakang dan persekitaran universiti Islam yang ada segera menyahut dan memberi respon positif terhadap usaha ini.    [Kecuali ada sesetengah yang berfikiran singkat dan busuk hati menyindir usaha ini.  Lepas ini kita tengok, mereka akan pilih jalan mana bila lebuhraya sudah siap, insya Allah].

Selepas hak-hak cukai tidak diperolehi, rakyat masih sanggup ‘membayar lagi’  membantu kerajaan Islam yang dikasihi membina lebuhraya untuk mereka.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

‘Bravo’ rakyat Kelantan!  Alhamdulillah, rakyat Kelantan sanggup bersusah sedikit di dunia kerana keyakinan mereka terhadap kehidupan akhirat.  Dengan itu mereka lebih sanggup bersama Kerajaan Islam walaupun dianak tirikan dalam banyak perkara.  Biar dianak tirikan oleh Kerajaan Pusat asalkan tidak di’anak tiri’kan oleh Allah, pemilik Deen al-Haneef ini.   Teruskan usaha mempertahankan hak-hak Allah di Bumi Serambi Mekah…

Moga ‘Baldatun toyyibatun wa Rabbun ghofuur’ itu sentiasa dihidangkan buat generasi hari ini dan generasi mendatang.

Derma Rakyat Kelantan untuk lebuhraya Kelantan insya Allah menjadi aset lebuhraya akhirat menuju syurga abadi.   Bukankah mereka yang berharta dan habis hartanya untuk agama Allah dan maslahah umum akan cepat menuju syurga?  Tender membina lebuhraya akhirat ini juga terbuka kepada sesiapa jua yang bukan dari kalangan rakyat Kelantan walau di mana mereka berada.

Ini aset kekal selepas mati insya Allah.  Selagi lebuhraya ini digunakan umum dan sebanyak mana kenderaan yang melaluinya, semua pahala masuk terus menerus ke akaun peribadi penyumbangnya.

Sebelum Ada Yang Bertanya…

Bagaimana jika yang menggunakan lebuhraya ini, niatnya berbuat maksiat di sesuatu tempat?

Untuk persoalan ini, kita sambung ke rancangan lain, insya Allah.

Lebuhraya Akhirat

Ramai orang memilih menggunakan lebuhraya jika mahu cepat sampai ke destinasi. Jarang orang mahu menggunakan jalan kampung yang sempit, banyak simpang dan bengkang bengkok.

Namun bila masuk bab-bab akhirat, ramai pula yang  suka [tanpa disedari] ‘jalan kampung’ yang banyak persimpangan, bengkang bengkok dan sempit.

Jika mahu sampai ke destinasi akhirat dengan selamat, hanya lebuhraya Islam berpandukan al-Quran dan sunnah sahaja jawapannya.
Sambil menikmati keselesaan memandu di lebuhraya, selalu ingat ini juga 🙂
Ummu Abbas
13 Muharram 1434H
Melbourne/ 140am.

13 respons kepada “Lebuhraya Kelantan Lebuhraya Akhirat”

  1. Mazz Avatar

    Assalamualaikum, komen saya ni bukan bermaksud menyokong mana2 parti cume saya fikir secara rasionalnya kerajaan yang memerintah negara sekarang ni tidak dapat memajukan dan membina lebuhraya tersebut berkemungkinan kerana tempat tersebut tidak berada di bawah pemerintahannya. Cuba kita bayangkan kalau rumah kita nak di ubahsuai oleh jiran kita? apatah lagi seseorang yang kita tak suka dengan cara hidup dia.sikit sebanyak mesti kita menolakkan? sebab banyak keburukan dari kebaikan kalau orang luar yang membuat sesuatu di dalam rumah kita. Mereka pun tak boleh lah nak menceroboh kalau dah tuan rumah tak suka dengan tawaran mereka.Maaf kalau komen ini menyakiti atau salah pada pandangan pembaca dan tuan punya blog. ini sekadar pendapat saya. sekian, terima kasih.

  2. adninaim Avatar

    erkkkk
    hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri adalah “jiran”???
    bukan ke hubungan ini adalah hubungan mak ayah dan anaknya…

    setahu saya hubungan jiran adalah seperti hubungan Malaysia dengan Thailand, Malaysia dengan Singapura, Malaysia dengan Indonesia dll

    “jiran” bayar cukai kepada “jiran” ke?
    biasanya mak ayah yang bagi duit atau kemudahan kepada anaknya

  3. Ima Avatar
    Ima

    Assalamualaikum… buat saudaraku Mazz

    Cubalah rujuk PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Bahagian 6, Bab 4 Perkara 83 & Perkara 85. Bukan sebab org luar atau ceroboh…. tetapi di sana ada PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI kerana semua negeri & wilayah persekutuan berada di bawah YDP Agong. Tak kira apa pun perbezaan politik, rakyat Kelantan adalah warganegara yg berhak mendapat keistimewaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

  4. ummuabbas Avatar

    Setuju dengan jawapan anda 🙂 Kerajaan perlu mendidik rakyatnya untuk memahami apa itu negara demokrasi berparlimen, kan… Ada lagi yang tidak faham rupanya…

  5. marr Avatar

    Salam, kak nur, bertuahlah org2 islam yang tinggal kat kelantan. Nak tanya kak nur, kalau kat terengganu mana nk dapat buku 31 kisah nabi tuh?

  6. asura Avatar
    asura

    berapa kos pembinaan lebuih raya ni? rasanya dulu zaman Tun M, ada dia bagi RM2billion dkt Kelantan..kenapa x guna duit itu..rasanya juga TGNA ckp hasil kelantan sgt tinggi, kenapa tak guna duit itu utk buka tender..mcm negeri lain seperrti penang dan selangor..diaorg bina sendiri tanpa bantuan federal kecuali jalan federal..so ada konsesi yg akan kutip tol..kalau nak buat percuma utk rakyat pun boleh, tp nnt state kena tanggung beban utk selenggaraan..
    apa pun, hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih..rasanya state di bawah TGNA patut bina lama dahulu time dpt duit tahunan dari federal..
    kemana duit itu pergi? jgn ckp federal tak bagi duit…billion duit dari federal utk kelantan..

  7. akudisini Avatar
    akudisini

    jika kita nk anggap kerajaan persekutuan sebagai kerajaan “jiran”..jadi tak perlu la kita bayar cukai yer dok..

  8. IMD Avatar
    IMD

    asura, pertamanya nak mohon maaf kiranya jawapan saya ini tersalah, apapun, yang ini maklumat yang saya ada:

    1) Lebuhraya ini adalah tanggungjawab FEDERAL. Bertahun2 keluar masuk Plan Rancangan Malaysia ke 7, 8, 9… Time Pilihanraya, ia masuk, bila kalah pilihanraya, ia x masuk. Kalau nak banding Selangor dan Pulau Pinang, acu try tengok pendapatan dia pula… Ibarat membandingkan seekor ikan paus dengan ikan cencaru. Budget Kelantan mentdbir sebuah negeri hanyalah RM500j dan jumlah ini lebihkurangnya equal dengan budget MBSA mentadbir kawasan Shah Alam sahaja. Kalau 1 negeri ? tentu billion

    2) Mana bukti fizikal Dr Mahathir beri RM2billion? Kalau sekadar laporan dari Sidang parlimen, Utusan Malaysia, Berita Harian…. Baik x payah. Satu lagi, tahu atau tidak setiap ahli parlimen diperuntukkan RM1j untuk pembangunan Parlimen masing-masing, tetapi peruntukan ini tidak diberikan walau sesen pun kepada Ahli Parlimen pembangkang. Jadi, kalu nak cerita pasal RM2billion telah diberi, baik x payah, sedang RM1j pun x leh nak bagi inikan pula RM2billion….
    Sekian.

  9. asura Avatar
    asura

    salam
    keluar plan rancangan malaysia? biar betul..x pernah ada pun…
    ada sekali diletakkan itu pun usaha sama dgn kerajaan negeri…tak capai kata putus pun..

    keduanya, sila rujuk perbendaharaan negeri kelantan sendiri pasal 2 billion tu..tahun yg sama juga lepas tun M bagi 2 billion, dia dpt pingat DK dari sultan kelantan..lupa?

  10. ummuabbas Avatar

    Boleh cuba cari di kedai-kedai buku yang jual buku terbitan PTS. Mohon maaf, K Nur kurang arif dengan kedai2 buku di Terengganu.

  11. raihan Avatar

    yg paling penting, kenape due2 parti ni x bersatu? tu yg penting tu. 🙂

  12. ummuabbas Avatar

    Kenapa air dan minyak tidak dapat bercampur? Di situ ada pointnya 🙂

  13. mw.yayang Avatar
    mw.yayang

    harap sgt admin apabila mnyampaikn ssuatu or mncrta kn sstua d fkir dhulu..mngkn anda nmpk krjaan BN tu zalim.tp ad byk prkara yg d smbunyikn dlm dunia politik ni.trmsuk la ulama tu sndri..msing2 ad kpntingan.sy pun xthu sgt tp jika kita btul2 phm akn tngjwb kita pda ngra in sha ALLAH blh..mmg air dn mnyk x blh brcmpur,tp mnusia ni apa la sgt ciptaan ALLAH juga.stiap prkra msti brbalik pdanya..admin sgt arif dlm agama jika d bndingkn sy..smpaikn ilmu yang baik,jgn salah mnyalahi..doakn utk kita rkyt malaysia wlpn brda jauh dri sni.. selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri.

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect