Kisah dalam Kelas BI (Isu Pasangan)
Salah seorang dari kami menjawab,”Bergantung pada seseorang. Ada yang diuruskan oleh orang tengah dan ada yang mencari sendiri.”
Mrs Aneta menganggukkan kepalanya sambil berkata, “Bagaimana kamu boleh bernikah sedangkan kamu belum mengenali antara satu sama lain?”
“Kami bercinta selepas kahwin”, kami tersenyum-senyum sambil tergelak kecil.
Saya teringat persoalan ini sering juga berlegar-legar di kalangan umat Islam yang kurang yakin cara mencari pasangan secara Islam. Tidak yakin dengan cara Islam sama seperti tidak menaruh sepenuh kepercayaan kepada Allah swt yang berkuasa menentukan jodoh seseorang. Justeru itu ramai yang memilih cara sendiri dengan ber’couple’ dan berkenalan dengan seorang demi seorang, keluar ‘dating’ dan pelbagai lagi kaedah-kaedah yang membahayakan iman dan taqwa.
Hend, “Jodoh saya diuruskan”
Mrs Aneta bertanya yang kedua,”Kamu?”
Sarah, “Juga diuruskan”
“Kamu?”
Saya, “Dia yang melamar”. Tersenyum.
“Oh… Kamu pula?”, sambil memandang ke arah kawan berbangsa Bangladesh.
Rumana, “Diuruskan”
[Antara kami berempat, saya seorang sahaja yang memakai purdah.]
“Saya fikir semua kamu diuruskan orang tengah sebab saya pernah dengar begitu. Bila kamu dikira dengan seseorang, adakah kamu dipaksa menerima pasangan kamu?”
“Tidak. Orang tengah atau ibubapa akan bertanya sama ada kami setuju atau tidak. Jika kami setuju, baru kami dinikahkan”.
“Oh begitu. Pasangan kamu cium kamu?”
“Iya.” Kami tersenyum-senyum dan tergelak. Tidak terfikir isu tersebut menjadi persoalan bagi individu seperti Mrs Aneta. Terasa lucu sekali… iyalah, kalau tidak, mana mungkin kami memperolehi anak.
“Saya rasa hairan bagaimana kamu boleh bercium dengan seseorang yang kamu tidak pernah berkenalan”.
Kami tergelak lagi. Saya seolah-olah dapat memahami kawan-kawan muslimah yang lain saling memahami namun tidak terungkap dibibir untuk menjelaskan lebih lanjut.
Soal naluri mudah ditanggapi. Ia sudah sedia ada dalam setiap insan normal. Untuk menerangkan isu fiqh, memerlukan keimanan kepada Allah terlebih dahulu. Tanpa iman, sesuatu yang bersifat syariat tidak mudah dihadam. Oleh sebab itulah perjuangan awal Rasulullah s.a.w ialah membersihkan kekufuran dalam cara berfikir dan iktikad hati. Selepas isu aqidah dilepasi, barulah syariat diturunkan sedikit demi sedikit.
Mrs Aneta, “Saya punya ramai teman lelaki sebelum ini. Salah seorangnya berbangsa Turky tetapi dia tidak berpegang teguh pada agamanya.”
Hmm, sedikit sebanyak info yang Mrs Aneta berikan membuatkan saya memahami bagaimana dia masih samar dalam banyak perkara mengenai Islam. Dia bercinta dengan lelaki muslim yang tidak komited dan mendengar cerita-cerita negatif mengenai pernikahan di dalam Islam.
[41]Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya.”






Tinggalkan komen