Hasil korban diambil dari pusat penyembelihan menggunakan van yang disewa.

Assalamu’alaikum warahmatullah buat semua pengunjung.

Apa khabar kesihatan kita hari ini? Dan apa khabar IMAN kita hari ini? Adakah IMAN kita bertambah baik atau sebaliknya. Kesihatan IMAN adalah yang terpenting untuk kita pelihara setiap detik dan hari dibandingkan perkara lain.

Ambil berat perkara lain seperti kesihatan badan, soal kerjaya dan lain-lain juga kerana mahu menjaga IMAN.

Hari Raya Korban tidak lengkap tanpa dilakukan ibadah korban semasa menyambutnya. Falsafah pengorbanan yang terkandung di sebalik mengorbankan haiwan ternakan amat besar sekali yakni mengorbankan kepentingan nafsu dalam meraih cinta dan reda Allah swt. Itulah realiti yang berlaku semasa Nabi Ibrahim a.s meletakkan pisau di leher satu-satu anaknya, Ismail a.s. Nabi Ibrahim a.s cintakan Allah swt melebihi dunia dan segala isinya.

Memunggah daging korban dari van. Berat tau…

Adakah kita juga begitu? Adakah kita sanggup menundukkan sedikit pandangan semasa melayari internet semata-mata cintakan Allah swt? Adakah kita sanggup menahan sedikit keinginan nafsu mendedah aurat semata-mata kerana cintakan Allah swt? Adakah kita sanggup menegah tangan dari mengambil yang haram kerana cintakan Allah swt? Siapa Allah di hati kita, kita sendirilah yang mengetahuinya.

Berceloteh mengenai Eidul Adha di Melbourne ini, rasanya tidak lengkap jika tidak disertakan pengalaman melakukan ibadah korban di sini.

‘Lain padang, lain belalang’

Tepat sekali kata pepatah Melayu di atas. Mana mungkin sama suasana melakukan ibadah korban di antara Malaysia dengan Jordan. Lebih-lebih lagi tidak sama dengan di Australia ini. Sebagai sebuah negara penternakan, Australia mempunyai peraturan penyembelihannya sendiri. Sudah tentu banyak perkara yang perlu diambil kira agar industri penternakan negara tidak terjejas untuk jangka masa panjang. Terutama dari aspek kebersihan dan kualiti hasil sembelihan.

Ini hasil dari 57 ekor kambing.

Pada tahun ini, sebanyak 57 ekor kambing dan seekor lembu dikorbankan oleh warga Melayu Malaysia di Melbourne. Urusan korban diuruskan oleh jawatankuasa yang dilantik. Beberapa ekor kambing adalah untuk aqiqah. Harga kambing di sini lebih murah dari di Malaysia. Juga lebih murah dari harga biri-biri. Harganya kira-kira AUD100 seekor (RM300).

Berbincang untuk mengagihkan daging korban

Memandangkan semua pelajar tidak bercuti, maka pengagihan daging korban dilakukan pada cuti hujung minggu yakni Sabtu, 14 Zul Hijjah 1431H. Sembelihan dilakukan sebelumnya dan disimpan oleh ‘butcher’.

Penyembelihan wajib dilakukan di abattoir/slaughterhouse. Penyembelih pula mesti mempunyai lesen menyembelih. Terdapat warga Indonesia yang mempunyai lesen tersebut, maka pihak kami berhubungan dengannya untuk menguruskan ibadah korban ini. Kemudiannya, hasil sembelihan terus dibersihkan di situ juga.

Setelah dibersihkan, kambing-kambing ini masih berbentuk seekor kambing atau dipanggil ‘carcass’.   Peraturan AQIS ( Australian Quarantine & Inspection Service) menetapkan agar daging yang hendak dibawa keluar dari abattoir waktu siang hari, cuaca mesti dibawah 10 darjah celcius.  ‘Carcass’ ini dibawa ke butcher dari abattoir untuk dipotong kecil (curry cut/bbq chop).

Apabila ditanya sebab mesti dikeluarkan semasa suhu masih rendah, jawapan yang diperolehi ialah untuk mengelakkan keracunan.  Nampaknya, kalau di Malaysia, jenuhlah mahu menunggu suhu turun bawah 10 darjah celcius.

Daging dikeluarkan dalam keadaan bersih dan sudah siap dipotong.
Daging tetap segar walaupun selepas hari tasyrik.

Pada tahun ini, garaj rumah kami yang mampu memuatkan 4 buah kereta itu menjadi pilihan sebagai lokasi mengagihkan daging korban kepada semua empunya korban. Jadi dapatlah saya lihat prosesnya sejak dari awal dan merakamkannya di sini.

Memadai catatan saya buat kali ini.  Biarlah foto-foto di bawah mengambil tempat untuk bercerita.

Sehingga jumpa lagi di lain entry.

Ummu Abbas

4.43pm

Melbourne, Australia.

Sambil bapa-bapa buat kerja, anak-anak asyik dengan 'jumping castle'.
Oleh kerana tidak muat van, daging lembu diambil selepas itu.
Daging untuk seekor lembu. 'Best'nya di sini ialah kita dapat daging yang sudah dibersih dan siap dipotong. Ada potongan untuk BBQ.
Daging korban yang sudah siap diagihkan.
Sambil agihkan daging, buat BBQ. Kali pertama dapur BBQ digunakan selepas dibeli di 'garage sale'.
Kambing BBQ yang emmm… yummy…!
Empunya korban mengambil bahagian masing-masing.
Suasana di backyard rumah kami semasa daging diagihkan.

3 respons kepada “Eidul Adha di Melbourne- Korban”

  1. hamdan khalid Avatar
    hamdan khalid

    assalamualaikum.

    saya ingin membetulkan sedikit fakta yang didapati kurang tepat. sebenarnya kambing2 ini disembelih dan dibersihkan di abattoir/slaughterhouse. setelah dibersihkan dan sebelum dipotong kecil kambing2 ini masih bentuk seekor kambing atau dipanggil ‘carcass’. peraturan AQIS, daging yang hendak dibawa keluar dari abattoir waktu siang hari, cuaca mesti dibawah 10 darjah celcius. bukan dibawa keluar dari butcher seperti yg tertera dalam blog. daging2 kambing dalam bentuk carcass ini dibawa ke butcher dari abattoir untuk dipotong kecil (curry cut/bbq chop)

    wassalam

  2. ummu sulaim Avatar
    ummu sulaim

    Assalamu’alaikum warahmatullah k.nur….

    ana merindui ummi jiddan.Sudah lama tidak mendengar halwa buat hati dari ummi.Moga Allah pelihara iman kita semuanya.Ameen.Kirim salam kat aisyah comei.

    Wa’alaikum salam wbh,

    Semoga syurga merindui Ummu Sulaim :).

    Ameen….

    Insya ALlah.

  3. Pulau Tidung Avatar

    Today, I went to the beach with my children. I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and
    said “You can hear the ocean if you put this to your ear.” She placed the shell to her ear and screamed.
    There was a hermit crab inside and it pinched her ear.
    She never wants to go back! LoL I know this is totally off topic but I had to tell someone!

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect