-
Continue reading →: Catatan Melbourne 1
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah atas nikmat kurniaan Ilahi yang memberi kesempatan kepada saya sekeluarga untuk menitip pengalaman hidup di Melbourne. Tentu banyak hikmah yang mahu dikurniakan kepada saya sebelum saya dipanggil bertemu denganNya. Allah menetapkan sesuatu perkara sesuai dengan diri kita walaupun mungkin kita sendiri tidak begitu menyukainya pada awalnya. Justeru, bersangka…
-
Continue reading →: “Cunnya dia!”Bismillah. Suatu hari di Beijing… (2010) Gadis itu bernama Maggie. Maggie menjadi pemandu pelancong kami di Beijing. Maggie merupakan salah seorang gadis China di Kota Beijing. Dia fasih berbahasa Melayu Indonesia. Maggie sedikit mengeluh ketika menyambut kami di Lapangan Terbang Tianjin. “Kenapa lambat?” “Maafkan kami, kami singgah di bilik…
-
Continue reading →: Buku Fikah Perubatan Sudah Terbit
“Kak Nur, saya datang haid 10 hari. Selepas suci 10 hari, keluar darah lagi. Begitulah berlaku setiap bulan. Yang mana satu perlu dikira sebagai istihadah?” “Kak Nur, saya datang haid 5 hari. Kemudian saya mandi wajib. Selepas 4 hari, keluar sedikit darah… adakah ia istihadah atau masih dikira haid? Bagaimana dengan…
-
Continue reading →: Dilema dilamar dan Impian Memakai Tudung
Saya belum berkahwin. Hati belum terbuka sepenuhnya untuk berkahwin. Saya baru berusia 24 tahun dan seorang lelaki yang rapat dengan saya ada mengajak saya berkahwin tapi saya belum betul2 bersedia kerana perkahwinan alaf moden ini penuh dengan cabaran. Tapi saya berharap agar Allah s.w.t akan membantu saya dan membuka hati…
-
Continue reading →: Saya tidak suka Malaysia
“Berapa suhu di Malaysia sekarang?” “30 darjah celcius” “Oh… panasnya… saya tidak suka cuaca panas seperti di Malaysia. Saya suka tempat sejuk macam Norway”, jelas nurse yang bertugas. Suami baru pulang dari Malaysia dua hari lepas. Semalam kami membawa Aleeya ke Maternal and Child Health Centre berhampiran rumah. Alhamdulillah,…





