Entry kali ini, saya lakarkan secara ringkas sahaja memandangkan hambatan masa untuk menyiapkan suntingan buku Fikah Perubatan yang memasuki fasa akhir.  Lebih mendesak lagi, saya sekeluarga akan ke Beijing 4 hari lagi,  insya Allah.   Mohon maaf atas segala kekurangan dalam tulisan ini yang mungkin agak kurang tersusun. 

#################

Di bawah  ini luahan seorang isteri yang suaminya bernikah lagi secara sorok-sorok.  Nikah pun boleh main ‘nyorok-nyorok’ juga.  Aduh… di mana kejantanan seorang lelaki jika dengan seorang isteri pun takut.  Namun itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini.  Akibatnya poligami dipandang serong kerana perlaksanaannya yang agak menyerong.

Objektif poligami sebagai salah satu mekanisme mengatasi masalah sosial juga tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Bukan takut, tapi mahu jaga hati isteri…”

Mungkin ini alasan popular untuk menjustifikasi satu tindakan yang tidak begitu ‘gentleman’.

Oleh kerana sikap tidak ‘gentleman’ ini, seorang isteri kedua menuntut fasakh dari suaminya. 

Apabila seorang suami mahu ‘main sorok-sorok’ berterusan, implikasinya ialah isteri kedua tidak mendapat giliran yang adil.  Bukan itu sahaja, si suami juga cuai dalam memberi nafkah. 

“Sabarlah sayang… Abang tunggu masa yang sesuai untuk beritahu kakak”.

“Abang janji dalam tempoh 3 bulan untuk beritahu ‘kakak’.  Sekarang sudah 12 bulan, Abang masih takut berterus terang.  Kalau begitu, biar saya beritahu sendiri bahawa saya juga isteri kepada Abang”.

“Sayang, janganlah begitu.  Abang bimbang ‘kakak’ mengambil tindakan yang bukan-bukan nanti…”.

Pelbagai alasan diberi si suami.  Akhirnya isteri kedua menuntut fasakh.  

Bila begini akhir sebuah perkahwinan, maka poligami tidak menjadi usaha menyelamatkan golongan armalah, sebaliknya menambahkan lagi status janda di kalangan wanita.

Jika tidak dapat berlaku adil, maka bernikahlah seorang sahaja.  Itulah pesanan Allah sejak awal-awal lagi.  

Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.

Sudahkah Allah dibawa berbincang sebelum bernikah lagi?  Jika mahu tahu kemampuan berlaku adil atau tidak, tanya Allah dulu melalui istikharah dan berbincang dengan mereka yang arif.

Poligami adalah medan untuk memimpin dengan adil antara isteri-isteri.  Jika berlaku aniaya kepada mana-mana isteri, maka isteri berhak keluar dari wilayah yang zalim tersebut.  Carilah keadilan dari Yang Maha Adil yakni Allah.  Wakil Allah di muka bumi ialah qadhi dan hakim yang menunaikan amanah.

Usah biarkan diri dianiayai kerana Allah jadikan kita sebagai insan merdeka dan mengharamkan kezaliman sesama kita. 

Jika kita sendiri pernah menganiaya, maka anggaplah ia sebagai kaffarah dosa.  Salah satu bentuk isteri menganiaya suami ialah menolak ajakan suami melakukan hubungan intim atau tidak berhias di hadapan suami. 

Nabi s.a.w berpesan agar mewar-warkan perkahwinan. 

Anas r.a. melaporkan:  Tatkala Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin ‘Auf, beliau bertanya, “Apa ini?”

Abdul Rahman menjawab,”Saya telah menikahi seorang wanita dengan mas kahwin emas seberat biji kurma.  Maka Rasulullah s.a.w mendoakan Abdul Rahman,

 

 “Moga-moga Allah memberkati kamu!  Adakanlah walimah walau dengan seekor kambing”.

 

Bab menambah isteri, cepat sahaja si suami menjawab, “Ini hukum Allah.  Ini sunnah …” dan bla..bla.. berbuih mulut ingat syariat dan ingat Nabi s.a.w.  Kenapa masa mahu bernikah lagi, tidak war-warkan pada isteri dan ahli keluarga yang lain. 

Rasulullah mengamalkan perbincangan dengan isteri-isteri, kenapa sunnah berbincang dengan isteri ini tidak dituruti?

Jika benar mahu ikut sunnah Nabi, ikut semua; menundukkan pandangan, tidak ber’sms’ dengan wanita ajnabi tanpa urusan mustahak, tidak ber’couple’, membantu isteri di rumah, mendidik isteri dengan kelembutan dan ketegasan, bermesra dengan anak-anak, solat jemaah di masjid, solat tahajjud, berjuang di jalan Allah, menegakkan politik Islam, melaksana undang-undang Islam dan banyak lagi.

Kenapa memilih-milih dalam menurut sunnah Nabi s.a.w?

Seseorang yang baik niatnya dan betul caranya, biasanya tidak akan takut pada manusia sekelilingnya dan sanggup berdepan dengan risiko.  Jika berlaku sebaliknya, maka ada perkara yang perlu diwaspada.  Ia menzahirkan ‘jiwa kecil’ si suami yang berangan-angan besar.

Jika lelaki mahu menegakkan hak dirinya bernikah ramai yang hukum asalnya harus, maka mereka harus sedar hak-hak ALlah yang lebih besar terhadap diri mereka bertaraf wajib yakni menyuruh ummat berbuat maaruf dan mencegah dari kemungkaran.

Untuk kes seperti di bawah ini, menjadi tanggungjawab suami memohon kepada Allah agar dikurangkan sifat cemburu si isteri.  Pimpinan berbentuk spiritual begini amat-amat berharga buat seorang isteri yang mempunyai 9 emosi dan 1 rasional.   Suami juga harus memohon maaf kerana tidak cuba bikin apa yang dicakapkan, “hanya awak di hati saya”.  Berbohong dan tidak menepati janji merupakan salah satu sifat munafik.  Bab bercakap sahaja, si suami telah gagal menurut sunnah Nabi s.a.w yang terkenal sebagai seorang yang bercakap benar walaupun semasa bergurau.

Jika akhlak Rasulullah s.aw tidak menjadi ikutan, maka dengan akhlak siapa mahu dipimpin isteri-isteri?

Petikan entry bertajuk. “Hiburan Untuk Mereka yang Putus Tunang/Diceraikan/Kematian Pasangan

Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

Melalui kisah ini, dapat dilihat bahawa Rasulullah berdoa kepada Allah agar Ummu Salamah dihilangkan sifat cemburunya.   Rasulullah memainkan peranan sebagai pemimpin akal, emosi dan spiritual isteri-isterinya. 

Rasulullah tidak cepat menggunakan rasional, “ini hukum Allah” tanpa cuba memahami apa yang dibimbangkan oleh Ummu Salamah.

Rasulullah fokus kepada ‘point’ yang disebutkan oleh Ummu Salamah yakni tentang usianya, anak-anaknya dan sifat cemburunya.

*********************

 Luahan Hati Seorang Isteri

Amat berat untuk saya menerima hakikat suami saya telah berkahwin lagi. Apalagi dia berkahwin tanpa pengetahuan saya selama 9 bulan. Jika sebelum ini saya selalu mendengar suami saya berkata ” hanya awak di hati saya”, kata-kata manis itu tak mungkin lagi dapat saya dengar dari mulutnya kerana saya dan dia tahu, ianya tidak lagi benar. Saya rasakan sebahagian dari nikmat bersuami sudah hilang. Setiap sentuhan suami tidak lagi eksklusif kerana dia juga menyentuh perempuan lain. Saya tidak bermaksud untuk melawan takdir, tapi kekecewaan dan kesedihan sukar digambarkan. Hidup bermadu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yg amat tinggi. Jika tidak, tak mungkin Tuhan menjanjikan payung emas. Saya tidak yakin saya mampu melakukannya. jika saya mampu, alhamdulillah, saya adalah manusia yg amat beruntung. Tapi jika saya tidak mampu untuk menangani perasaan cemburu, saya khuatir hati saya akan amat tersiksa.

SS

 

Terima kasih atas perkongsian. Saya dapat memahami apa yang diluahkan kerana saya juga perempuan dan seorang isteri. Setiap pengorbanan dan kepahitan hidup pasti ada ganjaran namun idea payung emas tidak terdapat dalam mana-mana nas Quran atau hadis.  Saya tidak tahu bagaimana ia bermula. Mungkin ia direka oleh suami yang mahu memujuk isterinya. Wallahua’lam.

 

Jika ada sesiapa yang pernah menemui hadis tentang ‘Payung Emas’ ini, bolehlah maklumkan kepada saya.

 

Apa pun, ganjaran pahala bagi mereka yang sabar menghadapi ujian banyak termaktub di dalam al-Quran atau hadis.  Ia tidak khusus untuk kes wanita yang dimadukan sahaja. Bahkan bagi suami-suami yang sabar berhadapan dengan kerenah isteri-isterinya.

 

Antaranya ialah ayat 96 dari Surah al-Nahl,

مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

 

Buat diri SS, saya doakan saudari sentiasa diberi kekuatan oleh Allah dan tenang selalu. Fikir yang positif dan lihat masa hadapan. Allah tidak bebankan sesuatu melainkan menurut kemampuan hamba-hambaNya.  Saudari seorang yang hebat sebenarnya.  Justeru Allah memilih saudari untuk berdepan dengan situasi yang ditakuti ramai wanita.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى.وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى.ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاء الْأَوْفَى

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak). Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

Al-Najm: 39-41

 

Ummu Abbas

18 Safar 1431H

2 Februari 2010

57 respons kepada “Tiada Payung Emas untuk Wanita Bermadu”

  1. KakChik Avatar

    assalamualaikum k.nur.
    chik ingat nak buat sedutan sikit di bbrp bahagian dlm artikel k.nur ni.
    belum buat lagi tapi akan buat.
    harap halalkan deh.

    p/s: amboi… jeles jugak dengar k.nur nak gi beijing. entah bila chik nak berjalan jauh ni?

  2. el Avatar
    el

    orang selalu memilih tuntutan ugama yang sesuai dengan nafsu masing-masing… hohoho…
    macam kerajaan kalau bab zakat… tuntutan ugama katanya… bab berhukum… errr… tak boleh laaa…

    macam satu kes hari tu… seorang janda artis yang sedang menuntut mutaah dan nafkah edah… “ini kan tuntutan ugama…” dalam keadaan tidak menutup aurat…

    macam orang yang puasa… tapi malas sembahyang…

    macam pemimpin… mahukan pengikut jangan derhaka… tapi tang tanggungjawab pemimpin terhadap pengikut… hampeh…

    Moga Allah berikan hidayah kepada mereka semua. Terima kasih el atas perkongsian. Lagi jelas tersuluh…:)


  3. Husin Husaini Avatar

    Salam akak,
    saya suka baca tulisan akak.banyak manfaat dan penuh makna…x sbr jugak nak tunggu buku akak.akak rupanya seorang penulis ya…ok akak selamat bermusafir ke Beijing…moga beroleh sesuatu…

    Wa’alaikum salam wbh Husin Husaini,

    Terima kasih atas doanya.

    Moga Allah berikan sesuatu dari perjalanan itu nanti untuk dikongsikan dengan pembaca blog.


  4. dupahang Avatar

    Eh…..eh…..
    Kesah rumahtanga bermadu rupanya.

    Paling sukar diterima oleh wanita itu sebab lelaki main sorok2 nak bagi tahu isterinya
    Tahu apa sebab?

    1. ???????? Sayang isteri Pertama takut minta cerai
    2.?????????
    3.?????????

    Kalau kalimah ?????? boleh diterjemahkan kepada fakta tentu lebih baik sebagai rujukan para wanita untuk lebih memahami persepsi pihak lelaki terhadap diri mereka.

    Berdasarkan pengalaman aduan beberapa orang isteri yang pernah dimadukan, saya melihat lebih baik mereka dibawa berbincang terlebih dahulu secara perlahan-lahan. Peranan suami untuk menstabilkan emosi mereka adalah penting agar tindakan negatif dapat dielakkan.

    Jika kena gaya, sebenarnya suami mampu menenangkan isterinya. Apa yang penting ialah meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan kaum wanita.

    Suami perlu yakin kemampuan mereka memimpin kaum wanita. Bukankah Allah menyebut, pimpin isteri secara makruf.

    Tahu sebelum dan selepas suami bernikah lagi tentu berbeza.


  5. shafifah Avatar
    shafifah

    Ketika Rasulullah Tersenyum : http://wp.me/piAx4-16x

    Gerakan Tajdid dan Pemikiran Najdiyyun : http://wp.me/piAx4-172

    Isu Kalimah Allah Banyak Hikmah : http://wp.me/piAx4-16U

    Sambutan Maulidurrasul di Masjid al-Falah : http://wp.me/piAx4-16R

    ALLAH: BUKAN BAHASA BIBLE : http://wp.me/piAx4-16N

  6. hatimati Avatar

    tak mampu nak kawin 2…. tak layak sebnarnya

  7. hikmah kembara Avatar
    hikmah kembara

    salam ziarah…..:)

  8. nurfirqah Avatar
    nurfirqah

    Salam kak Ummu,
    nampaknya sy dh tlewat ni, mungkin akak sekelurga dh berangkat ke Beijing. Apa2 pun sy doakan smg akak seklrga selamat pergi & pulang nanti. Dan xsabar menanti tulisan akak slps ini, mesti byk yg ingin dikongsikn dgn peminat2 tulisan akak di blog ni nanti. Moga2 p’jalanan akak dberkati Allah hendknya…amin..

    Wsalam Nur,

    Akak curi masa mengadap internet di Tune Hotel sekejap. Terima kasih atas doanya.

  9. sunflo Avatar
    sunflo

    assalamu’alaikum sis… lama tak sua. semoga baik selalu… hmmm rumah tangga bermadu, aq tak takut… asal sesuai dengan syari’at saja… ^^

    Wa’alaikum salam Sunflo… Rindu juga pada sis. Baguslah aq berjiwa besar… takut hanya pada Allah, bukan? 🙂


  10. shafifah Avatar
    shafifah

    SEMINAR AMALAN TARIQAT NEGERI SELANGOR : http://wp.me/piAx4-17c

    JADUAL MAJLIS ILMU & MAULIDUR RASUL 1431H : http://wp.me/piAx4-17X

    Program Bulan Kelahiran Rasulullah di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR : http://wp.me/piAx4-17R

    JADUAL MAULIDURRASUL BERSAMA HABIB ADNAN AL-HADDAD : http://wp.me/piAx4-17E

    Majlis Maulid Kubro Nabi Muhammad ke -8 di Yayasan al-Jenderami : http://wp.me/piAx4-17l

    MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

  11. della Avatar
    della

    assalam…saya pun hidup bermadu..suami bernikah tanpa pengetahuan saya selama 5 bulan..memang sukar digambarkan dengan kata2 akan perasaan hati ini..rasa rendah diri,mencari-cari kekurangan diri,tertanya-tanya mengapa situasi ini berlaku terhadap diri sendiri..segala kesetiaan,pengorbanan dan kasih sayang terasa dipersiakan…memang itu haknya..namun payahnya menerima kenyataan ini…betul2 memerlukan kesabaran yang tinggi..

    Wa’alaikum salam wbh. Jika suami pandai berkomunikasi menurut tuntutan syariat, emosi isteri akan lebih stabil seterusnya lebih mudah reda kepada takdir. Ramai isteri yang dimadukan terasa demikian kerana suami tidak cuba menjelaskan rasional berkahwin lagi secara berbincang dari hati ke hati.


  12. azri Avatar
    azri

    apa2 hal pon..akak patut bgi penghargaan kt dia..sekurng2nye dia kwin pompuan2…zaman ni kalu nk pompuan,zina, cara haram sgt mudah…tpi dia cari yg halal..kawin..suami mcm ni bleh dibaggakn lgi la..

    Azri… betul juga tu..;) Xie-xie atas perkongsian pendapat.


  13. nur Avatar
    nur

    salam.. baru2 ini suami saya berkahwin lain..saya izinkan tetapi sehingga kini saya tidak menandatangani borang keizinan suami berpoligami. ini kerana perkahwinan saya dengan suami ada masalah menyebabkan suami ingin berkahwin 1 lagi. untuk pengetahuan pembaca, keluarga suami , keluarga belah madu saya dan madu saya tidak tahu yang saya masih isteri kepada suami saya.mereka cuma tahu bahawa suami telah menceraikan saya.sehingga kini suami masih belum boleh berlaku adil iaitu tiada giliran buat saya.ini kerana suami takut perkahwinan yg kedua musnah sekiranya keluarga suami , keluarga madu dan madu saya tahu yg kami masih suami isteri.. apakah hak saya sebagai isteri yg pertama.saya terpaksa berkorban jiwa dan perasaan kerana masih menyayangi suami.begitu juga suami masih sayangkan saya dn berkahwin lain kerana atas desakan keluarganya yg mahukan zuriat…sehingga kini suami terpaksa sorok2 untuk bertemu dengan saya dan keadaan ini mengakibatkan suami tidak boleh berlaku adil pada saya. suami hanya menyediakan rumah sahaja.. baginya ia sudah cukup..kerana alasan saya tidak mampu memberikn layanan seks buatnya..

    Wsalam Nur,

    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

    Atas faktor kekangan masa, saya berikan pandangan ringkas berhubung masalah yang sedang Nur hadapi.

    Perkara ini pangkalnya ialah suami Nur sendiri. Dialah yang harus memimpin isteri-isterinya dengan baik.

    Saya percaya, jika suami Nur seorang yang memahami Islam dengan baik dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, pasti dia mampu (dengan pertolongan Allah) berlaku adil dan berani menghadapi secara terbuka semua keluarga yang ada.

    Nur punya hak giliran, nafkah zahir dan batin serta pendidikan dari suami. Nur lebih tahu apakah Nur mampu melayani keperluan batin suami atau tidak. Sekiranya dia beralasan demikian sedangkan Nur sebenarnya adalah sebaliknya, maka Nur masih berhak mendapat belaian, sentuhan dan hubungan kelamin dari suami. Kecuali Nur sendiri memang sudah kurang keinginan kepada hubungan batin, maka sewajarnya Nur merelakan suami berbuat demikian.

    Buat sementara ini, saya syorkan agar Nur galakkan suami mendalami ilmu agama dan meningkatkan iman dan amal. Insya Allah, jika dilakukan secara serius, suami akan mendapat kekuatan untuk bersemuka dengan semua orang dan memberitahu hal sebenar. Sebelum menyatakan pada suami, berdoalah kepada Allah agar melembutkan hati suami untuk mendalami ilmu agama.

    Usaha ke arah itu WAJIB ada bagi suami sebab sepatutnya dia berILMU dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Lebih-lebih lagi melibatkan tanggungjawab yang besar ini.

    Beri masa untuk dia memperbaiki dirinya. Jika dia enggan, maka Nur berhak memohon fasakh sekiranya Nur tidak dapat menghalalkan hak-hak Nur yang telah diabaikan. Apa pun keputusan, bergantung pada diri Nur sendiri.

    Sebelum itu, Nur sama-sama memperbaiki kekurangan Nur dan mendekatkan diri kepada Allah.

    Jika Nur masih sayangkan suami, berdoalah kepada Allah agar memberi hidayah dan kekuatan kepada suami untuk berlaku adil. Di samping itu, mohon kepada ALlah agar diberikan kesabaran pada Nur sendiri.

    Sentiasalah bangun di tengah malam, solat taubat dan solat hajat agar dipermudahkan segala urusan.

    Setakat ini dulu jawapan saya.

    Jika masih terdapat sebarang kekeliruan, silalah bertanya lagi.

    Ummu Abbas.


  14. nur Avatar
    nur

    salam…terima kasih diatas pandangan tuan tadi.. yer.. sehingga kini baru 2 minggu usia suami saya benikah 1 lagi.. saya dan suami harus beri peluang pada diri masing2 untuk menstabilkan keadaan ini.. terus terang saya kata kan jiwa saya bertambah tertekan kerana setiap hari saya cuma sempat bertemu dengan suami 5 mint waktu pagi sebelum pergi kerja dan 5 minit petang selepas waktu kerje.. dalam fikiran saya sekarang tidak terfikir untuk saya meminta cerai kerana saya tak bersedia lagi melalui fasa kehilangan seseorang yg amat saya sayangi.. hanya mampu saya berdoa semoga suami dapat berlaku adil kelak.. mungkin selepas suami mendapat anak dng isteri baru nya barulah suami akan berterus terang pada keluarga nya nanti.. tentang nafkah, suami hnya sediakan rumah untuk saya dengan alasan itu sahaja yg mampu dia berikan kerana saya seorng yang bekerja dan dia harus memberi perhatian yg lebih pada isteri baru dengan alasan isterinya itu telah menjalankan tanggungjawab yg sempurna sebagai seorang isteri..terus terang saya juga inginkan belaian dari suami, tp keadaan kami yang macam ni agak sukar untuk suami lebihkan masa bersama dengan saya..

  15. Joe Avatar
    Joe

    Saya sangat tertarik topik-topik yang diutarakan dalam laman ini. Saya seorang mualaf dan tak banyak mengatahui tentang agama dalam konteks “poligami” ni. Cuma saya pun selalu terdengar bahawa isteri yang sanggup dimadukan dengan penuh kesebaran dan keihlasan hati, kelak mendapat “payung emas” dan 7 pintu syorga terbuka untuk si isteri pertama apabila di akhirat nanti. Sejauh manakah kebenaran ini, saya masih mencari-cari petikan ayat tersebut. Andainya kenyataan tersebut adalah benar, tunjukkan pada kami. Jika ianya benar, saya lebih terdorong menghadiakan “payung emas” kepada isteri saya yang pertama (juga mualaf) untuk di akhirat kelak berbanding dengan hadiah di bumi ini yang tak kekal atau sementara sahaja. Isteri saya juga senggup menerima hadiah daripada ALLAH (Paynug Emas) tersebut berbanding harta duniawai yang tak kekal ini. Pohon budi baik para pembaca dan Akak untuk menjelaskan atau membantu tentang kesahihan akan hal tersebut. Wassalam!

    Alhamdulillah kerana saudara dan isteri diberi hidayah Allah untuk berada di atas jalan yang lurus ini. Semoga Allah menetapkan hati-hati kita dalam iman dan taqwa hingga ke akhir hayat.

    Mengenai persoalan yang saudara kemukakan, saya sudah jelaskan dalam entry yakni setakat pengetahuan saya tiada nas yang sahih tentang payung emas. Apa pun, saya berharap mana-mana pembaca yang mengetahui hal ini dengan lebih mendalam dapat berkongsi ilmu dan pandangan di sini.

    Wallahua’lam.


  16. LAILA Avatar
    LAILA

    Saya telah dimadukan semasa usia perkahwinan kami baru menjangkau 4tahun.Suami bernikah senyap2 di Thailand dan saya mendapat tahu setelah 2minggu mereka bernikah. Perit untuk menerima kenyataan ini, hanya doa kepada Allah dan kesabaran yang amat tinggi membuatkan saya masih kekal bersama suami sehingga sekarang (15tahun usia perkahwinan sekarang).

    Saya masih terkilan dengan sikap suami sehingga sekarang kerana saya bernikah dengannya atas dasar CINTA dan bukannya harta benda seperti madu saya. Ya Allah ,kau tingkatkanlh tahap kesabaran ku…

    Moga kesabaran itu dibalas syurgaNya tanpa hisab.


  17. hawa Avatar
    hawa

    assalamualaikum..

    saya tidak tahu pada siapa saya nak luahkan perasaan saya ni..untuk pengetahuan akak, saya putus tunang pada akhir tahun lepas dan saya sgt2 kecewa selepas tu..ditakdirkan, saya berkawan dengan seorang lelaki namanya J dan dia sgt baik, melayan dan membantu saya bila kesusahan.. J dah berkahwin selama 4 tahun, dan mempunyai 2 org anak..saya tahu batas2 hubungan antara kami, tapi entah macam mana, lama kelamaan saya mula jatuh hati dengan dia..saya tak bertepuk sebelah tgn kerana J juga mempunyai perasaan yang sama seperti saya, kak.. suatu hari kami berbincang, saya ingin memutuskan hbgan kami sbb saya tak sanggup kecewakan hati isterinya..tapi lbh memeranjatkan, J beritahu saya yang isterinya telah beri keizinan utk berkawin lagi..mulanya saya tak percaya, tapi J tunjukkan bukti beberapa ‘sms’ dari isterinya beberapa bulan sebelum itu yang menyatakan keizinannya utk bermadu..J berhasrat ingin mengahwini saya, tetapi hasrat itu dihalang oleh keluarga saya.. ibu saya melarang sama sekali utk saya berkahwin dgn suami org dengan alasan, saya akan jadi perampas..
    akak, demi Allah ..saya iklas menyintai J, dan saya dpt rasakan J juga ikhlas dan mampu membahagiakan saya.. J tidak pernah abaikan tggjawab dia terhadap isteri dan anak2.. J juga selalu mengingatkan saya ttg solat dan agama..selepas saya putus tunang dulu, saya berdoa pada Allah agar saya ditemukan dengan seorg lelaki yang ikhlas menyintai saya, yang dapat membimbing saya dan bertanggungjawab..dan ciri2 itu ada pada J..J juga merupakan pekerja cemerlang dan disenangi semua org..J sanggup menunggu sehingga keluarga saya menerimanya…
    akak, adakah saya seorg perampas kak? saya perhatikan mana2 org yang menjadi isteri muda, pasti akan dipandang serong dan dicop sebagai perampas atau perempuan jahat..ibu saya juga berpandangan begitu…saya pernah terfikir utk kawin senyap2, tapi J tak setuju ..dia bersungguh2 mahu berkahwin dengan saya secara elok dan ingin membuat majlis kahwin yg saya idamkan..
    akak, saya buntu.. adakah saya patut putuskan hubungan saya dengan J seperti kehendak keluarga saya?

    -hawa

  18. mar.. Avatar
    mar..

    Assalamualaikum…

    saya tertarik dengan kenyataan bahawa ‘tiada payung emas untuk wanita bermadu’ ini..baru pertama kali mendengar pernyataan ini selalunya wanita akan disogokkan dengan pernyataan yg sebaliknya..on another note..saya ingin bertanyakan pendapat..sekiranya seorang wanita itu tidak rela dimadukan kerana dia tahu bahawa suaminya tidak mampu berlaku adil dan juga kerana khuatir dia sendiri tidak dapat menjadi isteri yg baik setelah dimadukan dan pastinye kedua-dua rumahtangga akan hancur kerana tiada sefahaman dan keharmonian..lebih-lebih lagi keadaan wanita tersebut yg tidak mampu memberikan zuriat pd suami…menjadikan dirinya yakin akan dipinggirkan suami sekiranya telah berkeluarga baru. Disebabkan itu wanita tersebut mohon agar diceraikan supaya suaminya dapat menumpukan perhatian kpd isteri dan keluarga barunya sahaja…..adakah wajar tindakan wanita tadi dan adakah berdosa untuknya memohon cerai sekiranya dia berpendapat itulah jln terbaik bagi semua pihak…

  19. arjuna Avatar
    arjuna

    sy 13 tahun kawin tiada anak…umur 38 th..
    sy suami brtgjwb..beragama..pndpatan ttp..sgt penyayang..dan ada rupa. (terima kasih Allah)
    sy berjaya menjadikan rmahtgga terbaik dan contoh..
    sy terlalu sukakan kanak2..
    nekad ambil anak angkat twin prempuan warga thailand..kini umur 6 th.
    sy belanjakan banyak duit utk anak ini demi masa depan isteri..
    kini tiada harapan utk ada anak…(kecuali dgn izin ALlah)..
    sy ingin berkahwin lg..dgn melalui saluran yg betul…
    sy discus dgn semua keluarga…kluaga isteri n sendiri.
    ancaman n tomahan..ugutan terlalu byk…akhir putus ditgh jln…sy menjadi seorg murung…sellalu menangis…
    title suami org menjadi penghalang kpd prkahwinan lagi…
    demi masa depan sy nekad…
    dgn perkenalan 1 bulan sy nikah dgn seorng janda anak 1…demi anak…walaupun hati belum cukup menyayanginya…ttp sy akan cuba…
    melalui saluran yg betul di pej agama sy nikah 1 lagi…
    isteri izinkn tetapi muka pahit macam hempedu..
    Tomahan, fitnah, ancaman, sindiran, ugutan….malu…perli.. terus melanda
    sy kalah…sy tak kuat..
    hubungan singkat 1 bulan dgn keputusan utk nikah…terlalu singkat…
    isteri di sana buat hal…isteri di sini sentiasa masammuka…
    sy terus menjadi insan murung…tiada siapa tahu isi hati….
    Poligami tanpa sokongan isteri, keluarga..akan jatuh…
    hati dah tawar pd kedua2 isteri….hati ku sakit..hidup ku hancur kerana wanita…
    anak angkat menjadi pengikat….
    akuk bingung..gila..tension..tak leh wat kerja….bantu ya Allah..

    Usaha saudara sudah cukup baik dalam usaha untuk berkahwin lagi. Namun di sana masih menemui jalan sukar. Saya merasa kasihan dengan apa yang sudah berlaku. Sekiranya saudara tidak keberatan untuk mendengar, saya ingin memberikan pandangan bahawa di sana terdapat tanggungjawab yang lebih besar untuk mendidik keluarga dengan agama- dari segala aspek- aqidah, ibadah dan akhlak. Apabila individu telah mantap aqidah, ibadah dan akhlaknya, barulah pintu kebahagiaan dan ketenangan itu dibukakan untuk kita. Saya tidak tahu sejauh mana usaha saudara dalam hal begini. Secara umumnya saya dapati para pemimpin rumahtangga kurang mendidik secara langsung anak isteri dengan agama. Pun begitu, secara fitrahnya, setiap manusia pasti diuji agar mereka sentiasa bermuhasabah diri dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan cara yang diredaiNya. Semoga saudara terus tabah, menambah ilmu di dada, memilih sahabat yang beragama serta menambah amalan yang baik. Sebaik-baik teman ialah ilmu yang bermanfaat dan menambah dekat diri kepada Allah.

    Sesiapa yang bertaqwa, akan dibuka pintu rezeki dari jalan yang tidak disangkakan sama sekali. Terima kasih atas perkongsian pengalaman saudara di sini.

  20. kakcik Avatar
    kakcik

    salam,
    saya pun ingin berkongsi masalah poligami
    saya dimadukan dalam diam pada usia perkahwinan tak sampai 4 tahun seaktu saya bersalin anak kedua
    hancur hati Allah sahaja yang tahu, dahlah bersalin, berpantang seorang diri sbb suami sentiasa hilang, bila ditanya ke mana..
    katanya ada kerja..
    anak pertama umur 2 thn setengah
    susah payah sy handle kedua anak yg kecik….
    dan sekarang selepas sebulan sy tau dia kwn lg..die dah tak tahu jalan pulang ke rumah….
    kalau blk pun setakat nak maki hamun saya sahaja…
    kalau tgk peribadi suami amat tidak sesuai kerana dia adalah tok bilal di masjid…..
    tetapi entahlah….tiadalah ciri2 adil yang ditunjukkan…
    saya rasa dizalimi oleh suami yang sepatutnya menajdi pelindung saya dan anak2..
    saya tidak lupa berdoa setiap masa semoga Allah akan memberinya petunjuk

  21. pelepahpalas Avatar
    pelepahpalas

    Salam…
    Mungkin akhir zaman nanti melakukan yang haram lebih mudah daripada melakukan yang halal…
    Jangan sampai kerana terlalu rigit mempertahankan keegoan tidak mahu dimadukan menyebabkan kita dihumban ke neraka.
    http://www.eizil.com/2010/07/29/indahnya-hidup-bermadu/

    Indahnya Poligami Islam.

  22. Araman Avatar
    Araman

    Assalamualaikum.
    Saya jejaka berusia 48 tahun sudah beristeri dan berkerjaya. Pendapatan dan kemampuan saya alhamdulillah dan insyallah sangat mampu untuk berpoligami. Saya ingin mencari isteri kedua yang bercirikan janda samada yang belum beranak atau yang sudah beranak satu. Atau pun seorang gadis mualaf yang memerlukan bimbingan agama. Tujuan saya ialah untuk mengembangkan jenerasi dan saling mambantu wanita islam yang memerlukan seorang ketua keluarga yang bertanggung jawab. Insyallah saya akan lakukan dengan semulia2nya mengikut hukum islam.

    Araman
    Kuching Srwk.

  23. arjuna Avatar
    arjuna

    Sebagai pengalaman, sy menasihati para suami agar jangan ambil risiko utk berkahwin lagi. Amalan poligami sangat berat. Jika tiada alasan yg munasabah, jgn cuba2….risiko sangat besar…hidup anda tidak akan enjoy…penuh dgn tanggungjawab yg akan di tanya di akhirat nanti.
    Jangan cuba cari cinta baru….dan jangan saja2 mencari isteri baru.
    Kecuali….
    Memang cinta berkurun dipendam tak dapat dibendung, cinta telah disemai bertahun2 dulu….spr kekasih lama… maka lebih baik kahwin…tapi jangan saja2 mencari cinta.
    Atau tiada anak…. Zuriat sgt penting…
    atau isteri sakit bertahun2…tidak dapat menikmati tuntutan batin….
    Berkahwin lebih baik dari zina….zina musibah sangat besar….
    biar masyarakat hina sebab kahwin lagi…tetapi jangan Allah yg hina sebab zina.
    Please…jangan mencari cinta jika hidup telah sempurna….
    Kadang2 niat membantu…tetapi akhirnya anda akan jadi hamba kepada isteri….sebab di ugut dgn pelbagai tanggungjwab. Anda akan rungsing sepanjang hari..
    Seorang peniaga ada sebuah kedai…..pening kepala fikir….selapas 10 tahun tambah 1 kedai lagi…org nampak macam bertambah kaya…memang betul…tetapi peniaga itu akan bertambah pening…(contoh)
    Maaf….ingat…kalau cinta tak dapat dibendung…istiharoh..dah kahwinlah…dan jutaan pohon pada mayarakat yg membaca…tolong bagi sokongan…jgn mencela poligami..jgn menghina org yg poligami….jgn menyindir poligami…
    Para isteri yg telah dimadu..
    Allah bersama anda…mati tak bawa suami..tak bawa anak..tak bawa harta..tak bawa pangkat…
    Gunakan kudrat yg ada untuk perhambakan diri kpd suami…syurga habuannya…..doakan utk suami..senyum untuk suami…
    redo…sabar…tawakal….itu formula
    Dengan syarat…..anda amalkan syariat agama…amal agama…amal sunnah…insaALlah berjaya dunia akhirat.

  24. Syakirin Avatar
    Syakirin

    Setakat payung emas biasa je bagi Wali Allah. Ttp kebesaran Allah jua.

  25. Rita Avatar
    Rita

    Salam Kak Nur,

    Saya ingin berkongsi masalah saya dengan pembaca semua. Saya juga ingin mendapatkan pandangan daripada Kak Nur dan pembaca semua. Kalau madu saya ada terbaca luahan ini, mungkin dia juga mempunyai pandangan yang tersendiri.

    Saya adalah seorang wanita yang telah berkahwin selama 16 tahun dan telah dikurniakan 3 orang cahayamata. 2 bulan yang lalu, seorang wanita telah datang ke rumah saya dan menyerahkan dokumen perkahwinan beserta gambar perkahwinannya bersama suami kepada saya. Menurut wanita tersebut, beliau adalah isteri kedua suami saya. Beliau adalah seorang janda beranak 3. Telah berkahwin dengan suami saya selama 3 tahun dan mempunyai seorang anak. Perkahwinan mereka telah dilangsungkan di Thailand setelah 2 bulan berkenalan.

    Sebagai seorang isteri saya memang terkejut. Saya bertanyakan pada suami dan dia mengaku semuanya. Kami tidak bergaduh kerana di hati kecil, saya memang telah mengagak perkara ini, namun sebagai isteri saya tidak pernah mempersoalkan sebarang tindakan suami dan tidak pernah menyimpan sebarang syak wasangka. Bagi saya berdosa sekiranya saya mempunyai syak wasangka pada suami. Atau mungkin juga saya bodoh kerana tidak mempunyai sifat itu. Entahlah……..

    Namun demikian, suami mengaku tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut atas beberapa perkara dan dalam proses memfailkan penceraian mereka. Saya tidak mahu mencampuri urusan mereka dan tidak pernah menyuruh suami menceraikan wanita tersebut. Saya redha dengan kehendak Allah…. Wanita tersebut marah dengan tindakan suami saya dan ingin memalukan suami.

    Saya telah masuk ke FB wanita ini. Didalamnya terdapat banyak gambar mereka bersama. Saya menatapnya satu persatu. Namun saya boleh terima kerana itu adalah adat suami isteri untuk bergambar bersama. Namun apa yang membuatkan saya kecewa ialah wanita tersebut telah invite pegawai2, kawan2 serta kerani saya ke dalam FBnya. Apakah tujuannya berbuat demikian? Dia juga secara terbuka menulis bagaimana dia sakit kerana ilmu hitam dan orang yang dimaksudkan adalah saya. Saya adalah wanita yang berkerjaya dan saya tidak percaya dengan semua itu. Lagipun saya sendiri tidak tahu tentang perkahwinan mereka sehinggalah 2 bulan lepas bila dia datang ke rumah saya untuk menyerahkan dokumen perkahwinannya. Demi Allah saya tidak melakukan semua itu. Namun sejak kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku dan saya punya bukti niat buruknya terhadap saya dan suami.

    Dalam sebulan yang lepas, saya telah bertemu dengannya. Sepanjang pertemuan saya dengannya, dia hanya menceritakan keburukan suami. Saya sendiri tidak mencerca suami hingga sebegitu sekali. Bagi saya apa pun keburukan suami, sebagai isteri kita harus menerimanya dan berusaha pada kebaikan. Dia adalah suami dan syurga kita sebagai isteri terletak padanya.

    Entahlah Kak Nur, saya mengaku hati saya terluka. Saya terasa seperti ditipu. Saya kemaskan beg suami atas alasan dia akan out station, tapi sebenarnya dia pergi untuk berbulan madu. Saya tahu Allah tidak akan menguji umatnya sekiranya Dia tahu kita tidak dapat menghadapinya, dan pasti ada hikmah disebaliknya. Disebabkan itu saya masih bertahan.

    Kak Nur, saya kasihankan suami, dan pada masa yang sama hati saya terluka.

    Wsalam.

    Saya simpati dengan apa yang menimpa Puan namun setakat ini saya kekurangan idea untuk beri pendapat.

    Secara asasnya, cara suami berpoligami pun sudah membelakangi akhlak Islam, jadi tidak hairanlah masalah seperti ini boleh timbul di kemudian hari.

    Secara peribadi, saya berpandangan suami Puanlah yang kena selesaikan masalahnya dengan isteri kedua tersebut. Tidak kiralah apa pun keputusannya, ia tiada kena mengena dengan Puan. Apatah lagi memang Puan ditipu hidup-hidup oleh suami. Risikonya dia tanggung sendiri.

    Puan hanya perlu menumpukan perhatian terhadap ‘unsur ancaman’ yang Puan rasakan dari madu Puan tersebut.

    Oleh kerana perkara yang dilakukan tidak jelas tujuannya, maka banyakkan solat hajat meminta petunjuk dari Allah.

    Saya yakin, jika Puan boleh ikhlas menerima kenyataan suami sudah berkahwin lagi tanpa pengetahuan Puan dan juga berusaha untuk tidak menganggu rumahtangga mereka, Allah pasti akan membantu Puan keluar dari masalah sekarang dengan cara terbaik.

    Berbincanglah dengan suami, keluarga yang amanah seperti ibubapa serta sahabat2 yang ikhlas bagi mendapatkan jalan keluar terbaik. Kemudian susuli dengan solat hajat dan solat istikharah agar Allah menyelamatkan rumahtangga Puan serta menunjukkan jalan keluar terbaik.

    Adukanlah kesedihan hati Puan hanya kepada Allah kerana Dia mempunyai sifat al-Latif (yang maha memahami), insya Allah, Puan akan merasa tenang selepas itu dan juga punya kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.

    Sekian dari saya.

    Wassalam.


  26. arjuna Avatar
    arjuna

    suami kalau nak kahwin lagi, isteri tak boleh halang…..sebab walaupun dihalang..dia tetap kahwin sorok2…terbaik di thailand. Ini bukan pandangan peribadi..tetapi kenyataan. Kita telah didedahkan dgn pelbagai berita hari ini. So…para isteri perlu mengenal bakal madunya dgn lebih dalam…sebab dia akan menjadi sebahagian dari keluarga kita…
    Mungkin wanita itu lebih solehah dari kita…………atau lebih hantu dari kita.
    Kita tak pasti….so..jadikannya kawan..agar kita kenal hatibudinya…
    Pandang baik..jgan cari aibnya…sebab dia akan menjaga suami kita juga..
    Jgn terlalu emosional atau melatah apabila suami minta izin kawin lagi….ini sunatullah……
    Poligami akan berterusan sampai kiamat…dan begitu juga dgn perceraian….itulah kehidupan dan telah tertera dalam kitab munakahat.
    Hanya Allah tempat mengadu dan pengharapan…moga RIta tabah

  27. Rita Avatar
    Rita

    Salam,

    Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Saya sangat-sangat menghargainya. Sekarang saya lebih tenang kerana apa pun tuduhan yang dilemparkan pada saya adalah tidak benar sama sekali. Allah itu maha mengetahui. Selama 3 tahun saya difitnah dan dimalukan. Saya redha. Apa yang saya berikan pada suami adalah ikhlas, dulu hingga sekarang. Saya tidak pernah menghalang kehendak suami kerana saya faham benar akan sikapnya. Makin dilarang, makin menjadi. Saya sentiasa berdoa pada Allah agar diberikan hati yang tenang dan dijauhkan dari bisikan syaitan yang menjahanamkan. Saya juga bermohon agar diberikan kesihatan yang baik agar dapat membesarkan ketiga-tiga anak saya dengan baik. Saya tahu pasti ada hikmahnya disebalik dugaan ini. Sememangnya saya sangat independent dari dulu, kerana itulah yang ditekankan oleh suami. Dari servis kereta sampailah membawa kedua-dua putera kami untuk dikhatankan. Semuanya saya buat sendiri. Keluarga saya telah pun berbincang, saya akan mengundurkan diri kiranya suami ingin bersama dia. Saya perlu menjaga diri demi anak-anak saya. Dia seorang wanita yang nekad dan kita tidak tahu apa yang sedang dirancangnya. Insyaalah saya boleh……… Untuk kak ummu dan arjuna, terima kasih atas masa yang diluangkan untuk saya.

    Untuk madu saya, saya doakan agar dia memperoleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan. Banyak-banyaklah bersabar kerana apa pun yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Banyak-banyaklah muhasabah diri dan mensyukuri apa yang kita ada. Jangan terlalu fokus pada apa yang kita tiada. Jauhkanlah diri dari dendam yang tiada kesudahannya. Mintalah ampun dari suami atas segala yang telah anda lakukan padanya.

    Wassalam.

    Moga Allah terus berikan kekuatan. Ameen.


  28. Yan Avatar
    Yan

    Saya ada perancangan untuk bermadu, hubungan kami sudah masuk 8 tahun.. sampai bila harus begini? walaupun kami pernah putus hubungan selama 1 tahun, hubungan kami kembali semula.

    Dia kata tunggu tahun ini (2011) sampai bila harus saya tunggu, tak cukup lagi ke masa selama 8thn?

    Apa yang difikir oleh nya? xkan nk duduk dalam dosa saja… makin hari usia makin meningkat, kalu saya bercakap dengan lelaki lain di depan dia, dia marah.
    pernah dia kata, kalau ada ore lain tinggal je dia.. walau apa pun yang terjadi saya ingin berkahwin dengannya walaupun sekejap ( 1 Bln)

  29. Rita Avatar
    Rita

    Salam Yan,

    Fikir masak-masak sebelum memegang status isteri ke-dua. Ia tidak semudah yang disangkakan. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya rasa Yan boleh berfikir sendiri, tak perlu saya huraikan. Contoh, kenapa agaknya dia mengambil masa yang begitu lama untuk mengambil Yan sebagai isteri. Suami saya hanya mengambil masa 2 bulan untuk berkahwin lagi. Maknanya, lelaki kalau dia nak, dia boleh.

    Sebagai isteri tua, saya boleh menerima seseorang sebagai madu, tetapi orang itu juga haruslah menghormati saya sebagai madunya dan menjaga hak masing-masing. Perkara itu tidak terjadi pada saya. Saya rasa perkara terbaik adalah untuk dia membawa Yan bertemu dengan isterinya terlebih dahulu. Biarlah semua pihak redha dengan apa yang akan berlaku. Jika tidak, perkara yang lebih besar akan berlaku.

    Fikirkanlah. Wassalam.

    “Fikir masak-masak sebelum memegang status isteri ke-dua. Ia tidak semudah yang disangkakan. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya rasa Yan boleh berfikir sendiri, tak perlu saya huraikan. Contoh, kenapa agaknya dia mengambil masa yang begitu lama untuk mengambil Yan sebagai isteri. ”

    Benar sekali pandangan Rita di atas. Saya setuju.


  30. helwa Avatar

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

    Bagi saya, hakikat poligami secara Islam memang sangat indah dan praktikal. Malangnya, amat sedikit lelaki yang dan wanita yang memahaminya dan dapat melaksanakannya ala Rasulullah s.a.w. Ingatlah, poligami adalah amanah dan tanggungjawab yang berat. Sekiranya anda mampu melakukannya…lakukanlah dengan berteraskan ihsan dan taqwa. Adakah anda berkahwin lagi lillahita’ala? Adakah anda sanggup menjadi isteri kedua, ketiga, keempat lillahi ta’ala? Adakah anda redha bermadu atau dimadukan lillahi ta’ala? Kalau tidak sanggup, mengapa jadi munafik dan berterusan dengan kepura-puraan ataupun self-denial? Akhirnya anda menzalimi diri sendiri dan individu-individu yang berkaitan. Na’uzubillah min zalik…

    Bila melihat janda-janda anak ramai yang kesempitan hidup terpapar di kacamata tv, janda-janda kematian suami akibat perang di Afrika, Asia Barat dan sebagainya….mengapakah tiada kelihatan pun lelaki-lelaki yang selama ini berkumandang suara mahu menegakkan sunnah Rasulullah melalui poligami, berlumba-lumba mahu mengahwini mereka.

    Kesimpulannya, banyak perlakuan kita di dunia ini sebenarnya berdasarkan nafsu, dan nafsu memang sukar nak dikawal melainkan kita ikhlas. Ikhlas sebenar ikhlas itu pula memang sukar nak dicapai melainkan dengan mujahadah nafs yang berterusan.

    Kalau berkeras juga menjadikan sunnah sebagai alasan, mengapa tidak dijadikan perkahwinan Rasulullah s.a.w bersama dengan Khadijah Al-Kubra r.a sebagai contoh? Sewaktu beristerikan Khadijah Al-Kubra r.a, Rasulullah s.a.w boleh sahaja berkahwin lagi bukan?

    Ini juga satu sunnah yang indah dan amat mulia yang patut dicontohi oleh kaum lelaki dan wanita…yang lelaki mengikuti contoh Rasulullah yang memuliakan Khadijah r.a kerana pengorbanan dan jasa-jasa Khadijah r.a kepada perjuangannya menegakkan syiar Islam….yang wanita berusaha pula menjadi Khadijah al-Kubra buat suaminya….

    Perkahwinan bukanlah satu permainan medan nafsu. Perkahwinan adalah untuk membawa kita lebih hampir kepadaNya, untuk mengenaliNya, untuk mendapatkan rahmah dan keredaanNya…perkahwinan bukanlah an end in itself. Suami, isteri mahupun anak2 bukanlah matlamat hidup kita…matlamat kita adalah Allah semata-mata. Suami, isteri dan anak-anak bukanlah anugerah, tetapi mereka adalah amanah….dan amanah ini mestilah dipulangkan kembali kepada yang Empunya Hak. Walaupun suami ataupun bapa memikul beban amanah yang lebih, namun setiap individu didalam sebuah keluarga ada peranan penting yang perlu dilakukan, iaitu bekerjasama untuk memastikan bahawa setiap ahli keluarganya akan pulang ke kampung akhirat dalam keadaan yang baik, dalam keadaan saling redha-meredhai, dalam keadaan mengenali siap Rabb yang disembah.

    Tentang anugerah payung emas di syurga pula? Saya selalu tersenyum simpul bila mendengarkan ini, tetapi bukanlah kerana saya memperlekehkannya….anugerah yang terbaik bagi seorang manusia adalah anugerah Keredhaan, Keampunan, Cinta dan KasihNya…inilah tujuan yang perlu kita usahakan. Kalau ini yang kita perolehi, apa perlunya kita berpayung emas di syurga nanti? Lebih daripada payung emas akan kita perolehi…

    Kerana cinta kita

    Demi Zat yang Maha Pengasih Lagi Penyayang…Zat yang Amat Mengasihi kita semua, semoga kita beroleh pengampunan dan keredhaanNya dan sentiasa berterusan berada di bawah lindungan payung nikmat rahmat dan kasih-sayangNya….Amin…

  31. ummuabbas Avatar

    Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakaatuh Helwa.

    Jazakumullah atas perkongsian ini. Sungguh bermakna sekali.

  32. arjuna Avatar
    arjuna

    sungguh indah helwa menyusun kata2…
    tapi ada komen sedikit…
    sebenarnya masyarakat masih tak boleh menerima lagi hakikat poligami…
    kenapa saya mengahwini wanita janda beranak satu masih dicerca..dihina..
    kenapa sy mengahwini wanita lain utk zuriat masih lagi dihina…
    Masyarakat kejam…
    memang..peduli dgn orang kata…tapi tak semua orang boleh buat begitu…setiap kata2 hinaan akan tersemat dihati…

    Lelaki akan terus mencari alasan utk berpoligami…..dan wanita akan terus mencari helah menyatakan tidak boleh poligami.
    Jangan kaitkan poligami dgn sunnah kerana monogami dan poligami kedua2nya adalah sunnah….
    kita cerita bab jodoh…
    Senaraikan perkara2 yang membolehkan utk lelaki berpoligami…?
    jika anda senaraikan….akan disanggah satu persatu oleh wanita…

    Sebagai kesimpulan…..ketahuilah….dgn poligami secara ‘ISLAMIK’, anda akan dididik tentang hakikat sabar….redo..tawakal…mengenal diri…mengenal Tuhan….
    Banyak perkara anda akan ditarbiah oleh Allah….

    “tidak menggalakkan poligami…dan tidak menentang poligami…”

  33. Jentayu Avatar
    Jentayu

    Assalamualaikum,

    Saya menerima hidup bermadu dengan hati terbuka. Tanpa menitiskan air mata, memirkan kekurangan yang ada pada diri. Suami memilih kawan saya sebagai isteri keduanya, mungkin untuk memudahkan keserasian antara isteri2. Tapi , lain pula jadinya. Istilah kawan makan kawan memang ada kebenarannya. Mungkin sebelum bermadu, isteri kedua mengaku sanggup bermadu, tetapi selepas berkawin , perlahan-lahan suami di ‘ikat’. Itulah di antara sebab isteri2 takut dimadukan. Bukan kerana menafikan sesuatu yang halal, tetapi benci kepada perempuan2 yang menyalahgunakannya. Benci kepada lelaki yang bertegang urat menegakkan hak untuk berpoligami tapi tak mampu untuk mengendalikan dan menguruskannya.

  34. Rita Avatar
    Rita

    Salam Jentayu,
    Apa yang berlaku pada Jentayu juga berlaku pada saya. Sebelum berkahwin memang begitulah keadaannya. Selepas berkahwin lain pula agendanya. Saya telah mengalaminya. Saya sabar menghadapinya dan saya bersyukur kerana suami akhirnya dapat melihat kebenaran itu. Kita semua ada dugaan masing-masing. Yang membezakan antara kita hanyalah cara kita menghadapi cabaran tersebut.
    Sekian, wassalam.

  35. aisyah Avatar
    aisyah

    apapun hakikatnya, sebelum seorang lelaki berpoligami perlulah beliau merenung kembali pengorbanan isteri pertama terutama dalam bab keperluan rumahtangga, pendidikan anak2, dan keberlangsungan hidup. jangan kerana dengan lesen poligami yang dibenarkan islam, para lelaki mendabik dada mengatakan bahawa mereka sepatutnya tidak dihalang oleh mana2 pihak untuk berpoligami walaupun atas nasihat isteri pertama. memang islam benarkan poligami, tetapi pernahkah kaum lelaki semua terfikir kenapa hampir 100% isteri pertama menghalang suami berpoligami. Cuba anda sebagai suami renungkan beberapa fakta yang menjadi punca isteri menentang hasrat suami berpoligami:
    1. setiap bulan suami kerap mengeluh takde duit bila isteri minta untuk beli keperluan rumah, keperluan sekolah anak2 malah keperluan diri isteri itu sendiri. akhirnya semua gaji isteri yang akan terpaksa digunakan untuk semua itu, walaupun tanpa diminta sememangnya isteri akan melabur duitnya untuk keperluan keluarga. mana perginya gaji suami yang beribu2 tu??? kalau begini keadaannya adakah isteri pertama boleh terima jika suami minta izin poligami. Fikirlah sendiri…
    2. kalau dengan satu isteri dan anak2 sediada, suami sudah malas nak membantu mengurus anak dan rumah sedangkan sama2 bekerja, malah kebanyakan suami bila isteri dalam pantang dan amat memerlukan bantuan kerana sakit bersalin belum baik sepenuhnya, berapa ramai suami yang sanggup urus isteri berpantang sepenuhnya walaupun sibuk bekerja? setakat saya hidup selama 36 tahun ni, komen yang saya dengar dari semua kawan2 perempuan malah di internet mengatakan setiap kali balik kerja, suami hanya tahu tidur, baca suratkhabar, tengok tv dan bersantai je. anak2 berderet hiruk pikuk dengan kencing berak langsung tak peduli. semua serah kat isteri buat sampai tak cukup tangan malah tenaga untuk settlekan semua. malah isteri sedang sakit berpantang, suami boleh pulak pergi keluar memancing, bersantai berjam-jam di kedai kopi, enjoy ke sana ke mari dengan motor besar. terkial-kiallah isteri tu kat rumah dengan sakit2 diri sendiri belum baik, kena pulak urus baby dan anak2 sedia ada. fikirlah …
    3. kebanyakan suami lepas kahwin terus lupa dengan ucapan terima kasih, lafaz cinta dan prihatin dengan keadaan isteri. tapi bila nampak gadis genit atau perempuan cantik kat luar, pandai pulak beri perhatian konon2nya take care, prihatin dan sebagainya…fikirlah…
    4. berapa ramai suami yang mampu mengajar anak2 mengaji malah memperhatikan pendidikan anak2 di rumah setiap hari?? kalau sampai ke tahap pendidikan anak dirumah dan mengajipun, isteri kena perhatikan…di manakah masa anda sebenarnya wahai kaum suami terutama yang berangan melangit nak poligami. satu isteri dan anak2 sediadapun anda tak boleh nak urus dan tarbiah, tak payah berangan nak tambah isteri dan anak2 baru. Fikirlah…
    5. dengan banyaknya kelemahan dan kepincangan dari kaum suami menyebabkan isteri berasa kurang hormat, malah bosan atau mungkin kurang senang dengan kehidupan rumahtangga. namun, kebanyakan wanita berhati besi sanggup mengabaikan desakan dan kepentingan diri demi anak2 dan suami. namun, akhirnya suami sendiri sering memperlekehkan pengorbanannya dengan menyindir isteri tak pandai jaga badanlah, tak pandai berhiaslah, dan sebagainya tanpa suami sedar semua yang berlaku dek kerana isteri sangat kepenatan, takde masa untuk diri sendiri, duit isteri habis untuk keperluan rumah, malah sampai satu tahap nak pandang muka suamipun dah tak larat…Fikirlah
    6. suami yang suka berinternet memanjang…tu kadang2kala tak hirau langsung keperluan dan urusan rumahtangga. asyik bersms, asyik berkedai kopi…kalau dah itulah lagaknya, boleh ke isteri percaya suami tu boleh langsai tanggungjawab kalau dah ada dua keluarga. Fikirlah…

    Isteri dan anak2 adalah amanah suami. kalau isteri kurang pandai atau isteri kurang solehah, suami kena beri tumpuan didik isteri dengan sabar hingga jadi insan yang terbaik, bukan menggunakan alasan itu untuk berkahwin satu lagi. kalau solat subuhpun, kerap sangat suami tak boleh bangun tanpa bntuan dikejut oleh isteri, adakah anda sebagai suami layak untuk berpoligami? Fikirlah…

    sebenarnya wanita kini banyak yang telah belajar agama hingga ada yang tahap pengetahuan boleh jadi ustazah. tak payahlah kaum lelaki nak tuduh isteri ni tak tahu hukum Allah, tak faham hikmah poligami, tak boleh kawal hati cemburu dan macam2 lagi komen yang menyakitkan hati kami kaum isteri mendengarnya. sebab punca semua itu sebab anda kaum suami yang tak prihatin dengan tanggungjawab yang menjadi amanah kamu. kalau kaum suami semua boleh laksanakan tanggungjawab anda sepenuhnya, saya sebagai isteri pasti akan menyokong apa jua tindakan suami walaupun ketahap nak berpoligami. yang penting jangan nak ajar isteri berjalan tegak kalau anda sendiri sebagai suami jalannya sentiasa senget macam ketam. 🙂

  36. Abdulricks Avatar
    Abdulricks

    Sekadar berkongsi saja…Allah itu maha mengetahui akn segala2 yg berlaku…

    Kenapa AKU DIUJI?

    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut : 2-3

    Kenapa AKU TAK DAPAT APA yang AKU IDAM-IDAMKAN?

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah : 216

    Ya Allah! Kenapa UJIAN SEBERAT INI?

    “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah : 286

    “Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Kenapa aku rasa FRUST? DEPRESSED?

    “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

    Ya Allah, BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran : 200

    “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah : 45

    “Maka bersabarlah engkau (Muhammad) dengan kesabaran yang baik” Al-Ma’arij : 5

    APA YANG AKU DAPAT daripada SEMUA INI?

    “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… .. -Surah At-Taubah : 111

    KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

    “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah : 129

    AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

    “… ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf : 12

    InsyaAllah..

    Jazakumullah atas perkongsian.

  37. Maya Avatar
    Maya

    Aslkum wtw..

    sy ingin bertanya pndapt sume yg lg penuh dgn pngalaman. Sy ingin luahkan perasaan sy…bulan lepas sy putus tunang kerna khadiran pihak ke3. puas sy bertanya pd tunang apa dia sudah x mahukan sy lg hingga sanggup berlaku curang…& stelah itu dia mendakwa dia x mnyintai wanita tersebut yg seorang janda & mempunya 2org anak yg kini d besarkn oleh bekas suami. sy trkilan krn rupa’y mreka telah trlanjur & dia trpaksa bertangjawab dgn prbuatan’y. Namun sblum brkahwin dia berjanji utk tetap berkahwin dgn sy krn dia x boleh terima wanita trsebut..dia trpkasa berkahwin. kini setelah seminggu prkhwinan mreka km masih berhubung.Dia mahu brkahwin dgn sy tanpa pngetahuan isteri’y…sy keliru…sy akui sy amat sayangkn dia..& x mampu nk terima klu sy akan kehilangan dia.saat ni sy d himpit rs takut…mampukah dia bahagia kn sy? mahukah isteri prtama’y menerima sy??? apa yg harus sy lakukan krn jika tidak mengahwini’y bagaimana nasib anak yg sedang sy kandungkan ini… Ya Allah… terlalu besar dosa ku…Ampunkan aku Ya Allah!!

    Maya

  38. as Avatar
    as

    kepada maya.dah terang lagi bersuluh.bagi sy klu u teruskan niat itu umpama menjerat diri sendiri.renung kembali, dlm pertunangan dia curang dan terlanjur dan x suka perempuan tu.jadi disini,klu x suka bagaimana bleh berlaku.adakah nak salahkan takdir.kita manusia dimuliakan Allah diberi akal untuk menilaibaik dan buruk.adakah lelaki itu yg akan memberi kebahagiaan sedangkan terang-terangan diperlihatkan kedaifannya.hidup berkasih sayang biarlah dilandasan yang betul.cinta anugerah Allah,kepadanya sujud dan tunduk mohon dialihkan cinta itu kepada yang lebih baik.maya harus bersyukur diperlihatkannya sebelum perkahwinan.ingatlah cinta kepada manusia x bawa kemana,ada kalanya merana kepada Allahlah yang kekal. berusahalah untuk melupakan semuanya.bangkit dan mulakan hidup baru.tepuk sebelah tangan x berbunyi.percayalah ada sinar yang menanti dan akan dapat yg lbh menyanyangi.mohon pada Allah

  39. Isteri setia Avatar
    Isteri setia

    KEPADA UMMU ABBAS: Tahniah, artikel yg sgt bernas!

    KEPADA AISYAH: Puas hati betul membaca komen anda

    KEPADA ARJUNA DAN YG LAIN: Ya, apabila mengaitkan poligami dengan tentang “hakikat sabar….redo..tawakal…mengenal diri…mengenal Tuhan…. Banyak perkara anda akan ditarbiah oleh Allah…” Sbnrnya isteri2 yg dimadukan dpt menemui hikmah2 itu, mrk menemuinya setelah mrk melalui jalan yg penuh siksaan. Itupun belum tak semestinya isteri yg dimadukan akan dpt semua itu. Betapa ramai yg menjadi lebih teruk dan lebih jauh dari Allah. Maksud saya di sini, hikmah2 dan tarbiah itu hanyalah faedah yg mereka dpt bila mereka sabar dengan penderitaan ciptaan suami mereka. BUKANNYA TUJUAN POLIGAMI DISYARIATKAN. Kerana sepanjang laluan saya mendalami ilmu agama, tidak ada satu dalil atau satu kitab pun yg menerangkan bahawa salah satu cara utk membersihkan hati dan meraih sifat-sifat mahmudah ialah dengan bermadu! Cara-cara membersihkan hati hanyalah dengan menghadiri majlis ilmu dan beribadah sahaja. So para suami yg gatal tak bertempat tak usahlah menyebut2 hikmah ini utk menjustifikasikan tindakan mereka. Marilah mengajak diri sendiri dan isteri utk membersihkan hati dan mendekatkan diri kpd Allah dengan menyibukkan diri dengan ilmu agama dan ibadah.

  40. sarah syamimi Avatar
    sarah syamimi

    maknenye.. pasal payung emas tu, mmag xde ke???

    takde… boleh fahami semula penjelasan dalam entry. Setiap kesabaran tetap ada pahalanya.

  41. Nany Avatar
    Nany

    salam, saya nak minta pendapatan pembaca. saya berusia 21 tahun tetapi mempunyai hubungan dengan suami org yg berusia 32 tahun. si dia ini juga merupaka bos tempat saya bekerja. hubungan kami direstui oleh isterinya sehingga pernah bersama bertiga. apakah hukumnya?

  42. wanita lemah iman Avatar
    wanita lemah iman

    Assalamualaikum semua..hebat betul isu ini,saya yang masih bujang pun agak tertarik dengan coretan ini serta komen, pendapat dan pengalaman yang dikongsi. Bagi saya perkahwinan itu satu Ibadah, samalah seperti kita menutup aurat dengan sempurna (tutup aurat kerana Allah s.w.t bukan sebab suami, xnak suami dapat dosa..Abis tu bila suami meninggal macam mana??sebab tu kita lihat ramai yang dedah aurat selepas suami tiada..fikirlah di mana tempat pergantungan kita yang sebanarnya..). Bila kita berkahwin atas dasar ibadah InsyaAllah segala masalah boleh diselesaikan dengan pertolongan Allah s.w.t. Jika perkahwinan yang dibina kerana Allah, di awal perkahwinan lagi mesti ikut syariat Allah s.w.t. Tiada pergaulan bebas, elak zina hati,mata,telinga,kaki,mata dan mulut dan ikuti semua perintah Allah dan tinggalkan segala laranganNya. Paling penting solat perlu dijaga, solat boleh mencegah dari segala kemungkaran..Kebanyakan perkahwinan yang berakhir dengan perceraian semuanya mendapat restu ibu bapa (sebab tu Ustaz cakap restu tidak menjamin keselamatan rumahtangga). Sebab ade yang anak dah berkenan dengan seorang lelaki/perempuan yang cukup baik agamanya tetapi dihalang oleh ibu bapa sebab memandang harta duniawi.

    Dato’ Fadzilah Kamsah pun ade mengatakan runtuhnya sesebuah institusi kekeluargaan disebabkan punca pasangan suami isteri TIDAK SOLAT. 99% yang rumahtangga berakhir dengan perceraian, suami/isteri curang, berpoligami tanpa ikut syariat disebabkan KURANGNYA ILMU AGAMA..Setuju dengan kata2 Isteri setia “Marilah mengajak diri sendiri dan isteri utk membersihkan hati dan mendekatkan diri kpd Allah dengan menyibukkan diri dengan ilmu agama dan ibadah. Wallahu’alam..

  43. ummuabbas Avatar

    Terima kasih atas perkongsian menarik wanita 🙂 Jadi ingatan untuk Ummu juga.

  44. Saxobeat Avatar
    Saxobeat

    Jika seorang lelaki itu kematian isteri lalu dia kahwin dengan wanita lain. Adakah wanita yang meninggal itu akan bertemu dengan suaminya di akhirat nanti atau tidak?

  45. ummuabbas Avatar

    Insya Allah, akan bertemu apabila kedua-duanya masuk syurga 🙂

  46. Saxobeat Avatar
    Saxobeat

    tapi bagaimana isterinya yang baru itu?

  47. Lady mia Avatar
    Lady mia

    Komen & pandangan yg amat berguna, semoga hati ni d beri kekuatan menghadapi dugaan yg besar ni..komen & support positif lebih menenangkn hati. Suami berpoligami harus sabar dan sentiasa memujuk..perempuan hatinya lembut dan amat mudah d ubati walaupun berkali2 dilukai… Ini kerana kasih pdNya & suami.

  48. marziana Avatar
    marziana

    Assalamualaikaum;

    saya ingin bertanyakan pendapat, saya dan suami telah berkahwin hampir 8 tahun tp tidak dikurniakan cahaya mata. pd tahun lepas kami ada mengambil anak angkat, sememangnya rumahtangga kami lebih bermakna dgn kehadirian si kecil ini. Tetapi baru2 ini saya mendapat tahu yg suami sy pernah menyatakan hasrat nya utk berkahwin lain kepada ibunya dgn alasan untuk mendapatkan zuriat (kejadian ini sblm kami ambil anak angkat). tetapi hasrat suami dibantah oleh keluarganya kerana mereka mengasihani saya. Saya amat berkecil hati dgn suami dan saya nyatakan hasrat saya utk berpisah dengannya agar dia dpt membina keluarga yg baru, saya tidak mahu dimadukan kerana sy tahu sy tidak mampu tanganinya begitu juga dgn suami, so lebih baik saya undur diri bg membolehkan dia tumpukan satu keluarga shj. tetapi suami sy menjelaskan yg dia tidak lg mahu meneruskan hasrat berkahwin lain dan mahu tumpukan pd saya dan anak (angkat) kami. Tetapi hati saya susah mahu percaya lgi pd kata2nya sbb dr sulu sy pernah bertanya samada dia mahu berkahwin lain demi mendapat anak tp dia nafikan sekerasnya, katanya x pernah terlintas pun tetapi diblkg sy dia menyatakan sebaliknya. Saya berasa adalah lebih adil pd kami berdua sekiranya kami berpisah sahaja.

    Sekiranya ada nasihat yg boleh dikongsi bersama saya, saya amat alu2 kan, terima kasih.

  49. herr Avatar
    herr

    assalamualaikum..saya di sini hanya untuk memberi pandangan peribadi. pada saya tiada slah nya poligami..jika kita yakin kepada allah..tentu kita yakin kepada peraturan yang digariskan oleh nYa..Allah mengizinkan poligami..jadi siapakah kita untuk mengharamkannya…perkongsian itu akan jadi sesuatu yang membahagiakan jika kita hidup untuk menuntut
    keredhaan allah..jangan mengharap pada janji manusia,sbb kita pasti kan kecewa.namun yakinlah pada janji allah ..kita pasti bahagia.renung2kan..

  50. mawar Avatar
    mawar

    assalamualaikum … saya telah berkahwin hampir 5 tahun dan dikurniakan 2 org cahaya mata.baru2 nie adik ipar saya berkahwin tnpa pegetahwaan keluarganya dan juga bernikah dua semua ahli keluarga terkejut. termasuklah suami saya.saya amat takut dan binbang suami saya buat begitu.suami saya masih lagi belajar ini menjadikan saya berrtambah binbang kerana kami tinggal berjauhan.,saya ingin bertanya bolehkah saya berdoa pada tuhan agar pintu hati suami saya tertutup untuk wanita lain.

    Wa’alaikum salamwarahmatullah Mawar.

    Sebaiknya doakan supaya Allah tetapkan hati suami dalam keimanan dan ketaqwaan serta menyintai ilmu.

    Insyaa Allah jika suami berilmu dan beriman, dia akan bergaul dengan kita secara makruf sama ada dia bermonogami atau berpoligami.

    Insyaa Allah, Ummu respon di dalam entry untuk selanjutnya.

    Wassalam.

  51. ZJ Avatar
    ZJ

    salam. saya minta kebenaran nak ambil sikit ayat2 utk dishare dgn kawan2

  52. ummuabbas Avatar

    Silakan 🙂

  53. aku Avatar
    aku

    kalau minta dulu semesti nya berlaku pergaduhan atau mungkin perceraian…..so itu jalan terbaik ke kalau itu terjadi.keizinan pasti tiada.pempuan x akan nak bermadu n 2 dah adat. so kena pilih salah satu n itu jwpan dr isteri.Kalu tiada jalan hingga jd kearah penzinaan macman…..pempuan kena ingat benda ni….kalau kawin lebih dr satu x baik dah tentu allah haramkan terus.So nak jadi mudah tu yang buat faham x betul ikt nafsu kawin mutaah…..alasan nk halalkan.kan ini lagi parah dari sorok2. ingat u

  54. puteri sara Avatar
    puteri sara

    Thanks diatas info dan penulisan sis, Alhamdulilah walaupun saya isteri ke2 perkawinan saya di war2 oleh suami kpd pihak keluarga nya dan saya diterima. Malahan cincin risik disarungkan oleh ibunya.Dan majlis perkawinan saya dilangsungkan seperti biasa dgn paluan kompang.Terus terang saya katakan tidak ada mana2 gadis pun inginkan poligami namun atas dasar agama dan tidak mahu hanyut dgn dosa kami membuat keputusan untuk berkhawin.Atas dasar mencari redha Allah dgn menyebabkan kemungkaran manusia maka saya redha.Ramai lebih merasa sedih mendengar rintihan isteri pertama namun tidak ramai yg tahu perit menjadi isteri kedua. Ya akan terdengar ejekan bila ada org akn ckp emm amk suami org?. Hakikatnya adakah wanita sahaja harus dipersalahkan.Isteri kedua menangung rasa lagi pedih dr isteri pertama.Tomahan masyarakat sudah tentu ada,tidak kira alim mane pun dia status perampas tetap akn ada dan dipandang serong.Bila suami bt hal isteri kedua jadi mangsa seperti kerja lebih masa dan sebaliknya.Bila ada masalah sudah tentu berfikir 3 kali sebelum bercerita. Tentunya ayt “itulah kawin laki org” atau “siapa suruh jadi no2” atau sebalik nya.Isteri kedua terpaksa pendam rasa dimana jgn harap la nak merasa bermesra lama dgn keluarga mertua, risau hati isteri pertama terluka.Nak jumpa atau kenal2 rapat pun takut2 risau kalau diketahui isteri pertama.Bukan kah isteri kedua juga manusia? Ank sedara atau abg ipar sendiri pun kadang tak dpt nak kenal siapa mereka cukup sekadar kenal nama atau gambar.Hari raya tentu nya isteri kedua berserorangan.. dahulukan isteri pertama.Bilangan hari sudah tentu dilebihkan isteri pertama, bila giliran isteri pertama , isteri kedua tidak pernah bising malah saya dpt rasakan kebanyakkannya bila giliran isteri kedua ,isteri pertama akn mula la rasa x puas hati. Terus terang saya katakan suami suami saya terpaksa membohongi isteri pertama mengatakan tidor di tmpt lain semata mata ingin menyenangkan hati isteri pertama,dan bnyk perkara lg yg harus dibohongi hanya kerana berlaku jujur memberitahu sudah berkawin maka ini dianggap kesilapan.Renungkan jika suami mintak izin sebelum kawin pasti jawapan nya tidak dan bila memberitahu selepas kawin alasannya kenapa tidak memberitahu sebelum kawin.Adakah kita sebagai isteri lebih redha melihat suami di neraka bergelumang dosa rupanya dibelakang kita melakukan maksiat.Alim mane pun lelaki ujian nya satu sahaja wanita.Bukan semua perempuan yg mengambil keputusan menjadi isteri ke2 itu adalah perampas.Terus terang sekiranya perempuan itu tidak ikhlas dan tidak kenal apa itu erti hati pasti nya dia lebih suka lelaki itu menceraikan isterinya sebelum berkawin.Tidak kah pernah terfikir kalian?.Dikala suami saya melamar saya dulu setiap tahun tidak pernah sekali pun di bibir menyatakan menceraikan isterinnya sebalik nya saya mencari jawapan dgn istihara dan amal.Malah tidak pernah dia memburukan isterinya walau sekali atau mengadu ada masalah rumah tangga.Sebelum berkhawin dia menyatakan dia syg akn isteri nya dan cinta akn isteri nya dan bukan kerana dia ingin berkawin lg ada atas sebab kekurangan pada isterinya .Fitra seorang lelaki kadang2 Allah bg hati nya boleh dibahagikan kepada org lain.Rasa mcm kejam tp itu adalah fakta.
    Bagi isteri pertama jika semua hak kamu telah dipenuhi kenapa perlu menghalang suami memenuhi hak isteri kedua?Dikala kamu mengucapkan redha ,Allah maha besar akn membalas kecurangan itu kerana dilukai hati namun hakikatnya secara tidak sedar kamu melakukan penganayaan terhadap wanita lain tanpa disedari.Pernah kah kita terfikir jika ini yg terjadi pada ank gadis kita suatu hari nti.Adakah lebih baik dia tidak bersuami hidup sebatang kara menjadi tontonan awam sahaja atau kadaannya lebih elok dimana maruahnya dijaga oleh insan bergelar suami walaupun isteri kedua?
    Memang perit dan saya tahu ada yg akn berckp sbb tidak merasa menjadi isteri pertama kamu tidak tahu.Ya mungkin saya akn lebih zalim.Cuma jika kita org beriman dan berakal boleh sahaja jika Allah meninginkan yg kedua menjadi yg pertama tp kenapa Allah tulis jodoh nya menjadi yg ke2.Jika Allah telah tetapkan kamu mempunyai madu,apa lg yg hendak kamu sangkalkan lg.Bila seseorang itu mati kita yakin ajal org itu telah tiba,tetapi kenapa bila kita diuji untuk bermadu kita tidak yakin itu yg ditulis oleh Allah? Mungkin ini la yg Allah nak tgk adakah engkau betul2 yakin atau sekadar tahu dan cuma faham ucapan dibibir sahaja.Yakin kepada Allah bukan boleh dipilih,hanya melihat ajal yakin ajal nya sudah sampai ,hanya melihat kemenangan oh yakin itu rezeki Allah berikan.Bukan kah gugur nya sehelai daun pun diatas peraturan Allah? Orang yg yakin dan tahu adalah dua perkara yg berbeza.

    sekadar renungan dan luahan untuk berkongsi

    Assalam

  55. siti Avatar
    siti

    segalanya ketentuan Allah swt

  56. Suhana M Avatar
    Suhana M

    ini adalah buat isteri kedua yang marahkan isteri pertama tidak menerima takdir di kala poligami dijalankan secara rahsia……..keizinan isetri terdahulu tidak ada dalam alquran….yang menjadi isteri kedua, sama samalah membantu suami mencari ketiga dan keempat andai suami baik dan cuma isteri pertama kekurangan/tak baik/tak menerima taqdir. Janda anak 6 atau 7 yang merempat perlu diberi keutamaan..dgn ini terbukti suami dan anda adalah org2 yang benar2 mengikut sunnah dan isteri pertama ternyata org yang tidak beriman…poligami is about saling redha meredhai….halal menghalakan apa yang kurang…jgn ikut emosi…andai dimasa akan datang, anak pun lari kahwin disiam jgnlah salahkan mereka…kerana ibu dulu pun buat mcm tu…poligami itu halal dan pasti untuk kebahagiaan hamba Allah…bukan satu bahagia, isteri menderita untuk membahgiakan suami…masuk syurga byk faktor…Allah on top of others…on top of suami ..manusia dilahirja individu merdeka ..jgn biarkan diri dizalimi dan dibodohkan. sementara jadi suami isteri buat tanggungjawab sehabis baik keran Allah, andai tersiksa…move on…syurga da ketenangan untuk semua…cukup Allah bagiku…tak perlu bersedih dgn sifat manusia.

  57. Abdullah Avatar
    Abdullah

    Hanya Allah Yang Maha Mengetahui….jagalah batas2 sebagai seorang Muslim..ambil Islam seluruhnya sbg cara hidup…jgn sesetengah jdkan agama sebagai hujahan tetapi pada sesetengah yang lain diabaikan….Matlamat tidak menghalalkan cara..jadikan cara hidup Rasululluah Swt sbg ikutan..In shaa Allah selamat hingga akhir zaman..

Tinggalkan komen

Saya Ummu Abbas

Selamat datang ke blog saya :) Tempat saya berkongsi secebis ilmu dan pengalaman. Semoga bermanfaat.

Let’s connect