Eid Miylad Sa’eed, Aesya!

sany0089

Assalamu’alaykum Aesya…

Hari ini 23 Februari, genap usiamu 4 tahun, sayang!

Sempena ulangtahun ke empat ini, Umi mahu ceritakan satu kisah mengenai Aisyah r.a, isteri kesayangan Rasulullah s.a.w.

Nama penuhnya ialah Aisyah binti Abu Bakr al-Siddiq. Abu Bakr al-Siddiq merupakan sahabat Rasulullah s.a.w yang paling akrab.

Aisyah dilahirkan di Makkah kira-kira 8-9 tahun sebelum hijrah. Dia dilahirkan ketika Islam sudah disebarkan. Aisyah lebih muda 8 tahun dari Fatimah binti Muhammad s.a.w.

Suatu hari Aisyah berkata kepada suaminya, “Wahai Rasulullah! Semua kawan-kawanku mempunyai gelaran”.

Suaminya lalu berkata, “Ambillah gelaran sempena nama anak saudaramu, Abdullah”.

Abdullah yang dimaksudkan ialah Abdullah bin al-Zubayr. Maka Aisyah digelar dengan nama Ummu Abdullah.

Menjadi tradisi orang Arab menisbahkan nama seseorang ibu kepada anak lelaki pertama mereka. Oleh kerana Aisyah tidak dikurniakan cahaya mata bersama suaminya, maka suaminya membenarkan Aisyah menyandarkan namanya dengan nama anak saudara lelakinya.

Inilah sejarah Aisyah semasa kecilnya dan bagaimana dia mendapat gelaran.

Insya Allah…Ya Aesya… Ummi akan mengisahkan lagi kisah Aisyah sedikit demi sedikit menurut perkembangan usiamu. Moga Allah izinkan…ya anakku.

Aesya ya binti …(Aesya anakku)

Aesya tahu tak? Ummi sangat mengagumi Aisyah isteri Rasulullah kerana dua sebab utama;

1. Aisyah sangat mencintai ilmu pengetahuan. Aisyah juga merupakan salah seorang ulama di zamannya. Aisyah menjadi rujukan para sahabat Nabi s.a.w setelah Nabi meninggal dunia.

2. Aisyah sangat menyintai Allah dan RasulNya. Cinta Aisyah kepada Allah mengatasi cintanya kepada suaminya sendiri. Peristiwa al-Ifk (Fitnah) itu sungguh-sungguh membantu Aisyah meningkatkan keimanannya kepada Allah. Nanti Ummi ceritakan hal ini di lain masa ye!

Sejak Ummi hamil yang kedua dan yang ketiga, Ummi simpan nama Aisyah untuk bakal anak perempuan Ummi. Rupa-rupanya Aisyah itu hadir dalam rahim Ummi untuk kehamilan ke empat.

Besar harapan Ummi, Aesya anak Ummi dapat menjadikan Aisyah zaujah Rasulullah s.a.w sebagai ikon. Juga para sahabiyyat yang lain.

Berat sungguh bagi dirimu untuk mencapai impian mukminah salafussoleh di zaman Islam dipandang asing. Namun ketahuilah anakku, 2 sebab utama yang Ummi sebut diatas itulah bekalan penting buatmu menuju matlamat. Dunia dan akhirat. Ummi ringkaskan ‘point’ nya ye…ilmu, iman dan amal!

Aesya Widaadi… (Aesya sayangku)

Masa tidak mengizinkan Ummi berceloteh lagi. Ummi mesti berusaha menepati masa menyiapkan 2 bab untuk buku Fiqh Perubatan. Ummi bimbang barakahnya hilang bila Ummi mendahulukan perkara yang sepatutnya dikemudiankan. Maafkan Ummi…sayang…

Insya Allah… lain kali, Ummi bacakan lagi kisah-kisah Aisyah untukmu.

Wassalam.

Ummu Abbas
28 Safar 1430H/ 24 Februari 2009
10.54am

4 thoughts on “Eid Miylad Sa’eed, Aesya!

Add yours

  1. Selamat ulang tahun kelahiran ke-4 utk Aesya. Semoga terus membesar menjadi anak solehah yang kuat pegangan agamanya, tinggi semangat juangnya dan taat kepada Allah & Rasul. Selamat panjang umur dan murah rezeki, dunia & akhirat.

  2. Salam Kak Nur,

    Selamat Hari lahir Aesya (maaflah makcik terlewat), comel. Samalah nama anak kita Kak Nur. Saya pun amat meminati nama Aisyah dan kena tunggu yg ketiga baru dapat namakan Aisyah. Aisyah saya dah berusia 6 tahun..

  3. Terima kasih semua atas ucapan dan doanya. Malaikat tetap mendoakan kebaikan yang sama sebagaimana doa kita untuk sahabat-sahabat kita. [maksud hadis]. Amin.

    Milla, kirim salam untuk Aisyah 6 tahun.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: