
Bismillah.
BTS (Bedtime story) malam kelmarin kisah Bapa Borek Anak Rintik.
Alhamdulillah, saya membacakan kisah-kisah nabi dari buku 31 Kisah Nabi sebagai Bedtime Story. Asalnya saya membacakan untuk Aesya yang berusia 7 tahun atas permintaannya. Setelah beberapa kali bercerita padanya, Aziz yang berusia 9 tahun turut tertarik untuk mendengar sama. Melihat minat Aziz dan kemampuannya memahami ibrah-ibrah (pengajaran) yang diberikan, saya membuat keputusan supaya semua anak-anak mendengar sama, Abbas yang berusia 13 tahun dan Azzam yang berusia 12 tahun. Yang kecil, Aqil dan Aleeya saya biarkan mereka berada di ruang yang sama. Insya Allah, akan ada kesan untuk mereka walaupun mereka bermain-main sahaja. Doa seorang ibu itu yang penting.
Tanpa niat mahu memanjangkan mukaddimah, saya kongsikan di sini ibrah yang diberikan dari Kisah 28, Bapa Borek Anak Rintik.
@@@@@@@@@@@@@@
” Kita dapat lihat bagaimana Nabi Zakariyya berfikiran jauh dalam merancang pemimpin yang akan menggantikannya. Setelah dibuat pemerhatian yang lama dan mendalam, dia dapati tiada yang benar-benar layak mengambil alih tugasnya sebagai da’ie seterusnya memimpin umatnya ke jalan yang benar.
Allah perkenan doa hamba yang soleh dan tidak berputus asa itu dengan kurniaan anak berpangkat nabi juga. ”
~ Pentingnya pemimpin yang bertaqwa dan berkaliber merancang dan melatih pengganti.
Tinggalkan Jawapan